Pages

Friday, July 10, 2015

Catatan Ramadhan 3

Ramadhan 23.....

Haiyo...just few days lagi nak abis dah Ramadhan. Dipenghujung 10 mlm terakhir Ramadhan dimana kita digalakkan utk menambahkan lagi ibadah dan mengejar Lailatul Qadar, mokcik pulak kena 'cuti'. Takpelah, dah mmg fitrahnya gitu...tapi sempat lagi nak posa balik kot sebelum Raya. Insyaallah. 

Dah nak dekat raya persoalan yang selalu ditanya, dah siap ke persiapan raya?

Kami macam biasa, takde la persiapan beria2 sgt cuma tahun ni mokcik buat plan awal. Baju2 dah dibeli sebelum puasa bermula sbb tak kuasa nak membeli-belah tika berpuasa. Ada la lagi satu dua benda yg perlu dibeli so dalam sehari dua ni jengah2 la jugak shopping malls utk membeli. Kuih raya pon baru sempat buat 2 jenis, tu pon takat 1 adunan. Bukannya ada banyak masa nak mengadap buat kuih raya. Nak masak ari2 pon bercinta kan....sampai dah x tau nak masak apa dah.

Tu lah kita ni...punya la banyak rezeki Allah bagi sampai tak tau nak masak apa makan apa. Padahal mcm2 makanan ada. Tapi tu la...pi bazaar Ramadhan yg ada mcm2 makanan pon takde selera nak membeli. Tak nak beli kat bazaar Ramadhan, there are plenty of choices nak makan kat restoran mana2 pon boleh. Asalkan ada duit.

So syukur Alhamdulilah masih punya kehidupan yang baik. Cukup makan pakai dan dikeliling keluarga. Kadang ada jugak rasa nak mengeluh bila penat asik masak, kemas, masak, kemas. Tapi bila difikirkan ramai yang diluar sana tu nak makan pon x cukup, mungkin terpaksa berlapar siang dan malam dan ada pulak yg hidup bersendirian tanpa keluarga, cepat2 la insaf and tell myself to be grateful. 

Setiap saat kena bersyukur tau!



Wednesday, July 1, 2015

Catatan Ramadhan 2

Ramadhan hari ke 14....

Allahuakbar...cepat sungguh masa berlalu...tau2 dah nak abis dah separuh masa pertama Ramadhan. Even anak2 pon terkejut bila ckp dah 14 hari kita berpuasa. Diorg ckp "cepatnya ummi!".

Alhamdulilah, kembar masih berpuasa penuh buat masa ini. Minggu ni pon dah kurang nampak lembik dan merengek lapar. Minggu lepas ada satu hari tu merayu2 tak nak pegi sekolah agama sbb letih sangat. Izinkan jugak la dgn syarat only that day sahaja. No more ponteng2 lagi kalau takde sebab2 munasah. 

Bab buka puasa, so far masih masak sendiri mcm biasa. Cuma ada satu hari minggu lepas pegi PARAM kat Batu Berendam (dekat opis) sbb nak mencuba makanan2 yg jual kat situ. Memang x plan nak masak la kiranya hari tu. Saya beli 2 bungkus nasi kerabu utk saya n cik hB, 2 bungkus nasi ayam utk kembar, 4 biji karipap, 4 biji akok dan sekeping murtabak. 

Mmmm...kembar masing2 cuma mkn separuh aje nasi ayam, cik HB pon x abis nasi kerabunya. Karipap, saya makan 1 biji, 3 biji terbiar. Akok, cik HB makan sebiji, 3 biji lagi terbiar jugak. Murtabak je laku sikit. Tu yg malas nak membeli kat PARAM. Sebab nak jumpa makanan yang rasanya kena ngan tekak mcm payah sikit,  tambah pulak semua tu dah x fresh, sbb org menjual kat PARAM selalunya mungkin dah masak dari pagi. So baik la saya masak sendiri mcm biasa, simple2 pon rasanya family makan lagi banyak dr yang dibeli kat PARAM.

So far baru 2 kali berbuka luar. First, kat masjid sbb opis cik HB anjurkan majlis buka puasa kat situ. Then smlm my project team pulak belanja buffet Ramadhan kat Equatorial, Melaka. Saya dah x keen sangat nak berbuka puasa dengan konsep buffet sbb tahu banyak mana sangat yg kita mampu makan. Tapi sbb kerja kan, tambah pulak boleh bawak family, jadi kita pon pergi la. Mujur la tahun ni satu ni je invitationnya. Kalau tahun2 sebelum ni banyak kali jugak la sbb jaga projek besar, maka banyak la pihak2 yang menjemput ke majlis berbuka puasa. I'm no longer excited about buka puasa kat hotel2 besar. Awal2 keje dulu mmg rasa best sbb dpt makan mcm2 makanan special. Tapi bila difikir2kan patutnya puasa ni mendidik kita menjaga nafsu, tup2 bila buka puasa kita layan nafsu makan sepuas2nya. So mcm tak achieve tujuan berpuasa, ye dak? 

Anyway, tepuk dada tanya la iman masing2 ye....

Of Terawih, minggu lepas banyak hari2 yang malas. Sampai la terbaca sorang kawan pos di FBnya tentang makcik2 yg dah tua yang solat Terawih di masjid, nampak sangat bersemangat dan istiqamah. Kita yang masih muda ni rasa penat sikit dah malas nak pegi Terawih. Memang org perempuan boleh je solat Terawih kat rumah tapi tau2 je kalau mcm diri ini iman yang tak berapa nak kuat, memang chances tak buat adalah lagi tinggi dr buat. Lagipon kalau pergi masjid, rasa mcm lega, sbb balik2 masjid dah boleh tido. Kalau kata lepas Maghrib konon2 baring kejap, alamat tertido pastu tgh2 malam baru nak Isyak.

So kena bersemangat semula pergi Terawih. Kena lawan nafsu malas itu. Kena set in mind that malam2 bulan Ramadhan x sama dgn bulan2 lain jadi kena rebut peluang yang ada. Terutama 10 malam terakhir. Dah la cuma buat 8 rakaat, bukan 21 so kalau 8 pon x mampu nak dikerjakan, memang harus malu dengan diri sendiri. Insyallah, insyaallah, semoga istiqamah. Masak utk berbuka tu, x payah beria2, sbb kalau beria2 tu yang buat tambah penat tu.

Berdikit2 latih diri supaya biasa kan?