Pages

Friday, May 30, 2014

Garden Update (May 2014)

Bulan Mei rupa2nya dah sampai penghujung dan saya masih lagi belum buat entry "Garden Update" utk bulan ini (ecehhh...mcm la mokcik editor majalah...hehehe).

Bulan Mei juga bulan yg sgt sibuk - travelling, family events, parents around, kids' exams, kids's school activities....Sampai mmg saya takde masa langsung nak jenguk pokok2 dilaman....dah lama x baja dan siram. Alhamdulilah skrg ini hampir setiap hari hujan jadi takde la pokok2 kekeringan. Dan sejak Mak ada dirumah, dia pon kadang2 tolong siramkan pokok.

Despite not having done much on gardening dan dah jadi satu kemestian utk pos entry on "Garden Update" so here are some latest photos of my garden:


Laman depan yg dah lama terabai...pokok heliconia yg dah lama x trim, rumput dah memenuhi laman, dah sampai masanya untuk dimesin sama rata...yg itu saya serahkan pada cik HB..ntah bila la dia akan buat...huhuhu. Pokok luar pagar yg ditanam developer pon dah mula mengeluarkan hasil - hasilnya daun2 kering yg masuk ke laman....hari2 balik keje bercita2 nak sapu..tapiiiiiiiiiiiiiii


Amaryllis dan bawang spider pemberian Kebun Bahagia Bersama utk Give-Away bulan lepas dah lama ditanam tapi x sempat nak belek2, nak baja2...maka perkembangannya tak begitu ada....jgn mati sudah la!



Pokok mulberi sudah semakin besar dan dah mula berbuah tapi satu pokok dalam 2-3 buah gitu je...pokok ni pon kena rajin kasi trim baru dia rajin berbuah lebat. Ini pon dah lama x baja ni. 


Benih pemberian Kebun Bahagia Bersama pon dah disemai dan bercambah. I know satu tu pokok bunga telang tapi yg lagi satu tak tahu...hehehe. Takpela, kita tanam aje lepas tu tgk apa yg keluar, ok?


Pokok kunyit yg haritu dah togel dikerjakan belalang, dan saya hampir putus asa, ingat nak gali habis ubinya, tetiba skrg dah naik cantik pulak. Alhamdulilah. Dua pasu bekas tanam bayam yg tak menjadi, dah saya buang bayamnya dan treat with kitchen waste (yg kering2 aje), dengan harapan tanah dalam pasu tu akan lebih subur lagi. Belum fikir apa nak ditanam dalam dua pasu tu. Satu lagi pasu ada pokok tomato yg x berapa memberansangkan...berbunga selalu, tapi  x sempat jadi buah. Takpela...I leave you alone for the time being until I think it's no point keeping you anymore


Pokok betik dah berbuah! I'm torn in between nak buang atau tak pokok betik ni sbb ada org komen ckp akar pokok betik kuat, so takut akan pecahkan dinding pagar pulak. Kalau dinding tu kita punya sorang takpe, ni share ngan jiran. Tapi Mak saya pulak kata, takpe...x kuat akarnya. My decision, saya tunggu buah sulung ni masak dulu, lepas tu saya buang kot. Sayang memang sayang tapi saya tak nak amik risiko. Lagipon hidup berjiran kena la ambil kira hak mereka juga. Lepas ni saya tanam pokok pisang je kot kat tempat pokok betik tu.


Selingan: saya dok geram kat flower bed rumah jiran saya ni...mcm2 bunga ada kat dalam tu....actually bukan rumah ni je yg ada byk koleksi pokok2 bunga....ada ramai jiran yg lain pon yg ada tanam mcm2 depan rumah. Nanti la bila berkesempatan, saya pi jadi paparazzi amik gambar2 kebun2 area neighbourhood saya ni. Nak amik gambar pon cuak jugak, kang org ingat saya ni ada niat jahat lak suka2 hati amik gambar rumah dia kan?

Thursday, May 29, 2014

Makan2 Sempena Birthday Behabella

Semalam kami buat makan2 sikit sempena birthday kembar...nak buat on the birthday date itself, cik HB ada kelas malam, so kami tangguhkan ke sehari lepas tu.

Tak buat besar pon, takat panggil 2-3 kawan rapat dan nak ajak jiran sebelah, malangnya jiran sebelah takde. Saja la sbb nak raikan sikembar....nak buat majlis besar2an, tak mampu dari segi kudrat dan masa. Nak amik catering, fuhhh....paham2 saja la kosnya kan.....

So kecil2an pon jadi la. 

Thanks again to my Adik yg gigih membuat pavlova dan kek coklat lembap, dihiasi dengan strawberi dan coklat Kit-Kat. Mmg menepati apa yg saya nak. Adik with her desserts project, and me masak nasi ayam dan mee kari ala Nyonya. Utk mee kari Nyonya tu, nanti resepinya saya masukkan dalam blog masak saya ok!

Terasa mcm dalam rancangan Masterchef pon iye masa nak sediakan makanan sbb saya start masak lepas balik dr keje at 5.30pm dan target mesti siap semuanya by Maghrib sbb jemput tetamu selepas Maghrib. Alhamdulilah nasi ayam yg dimasak dalam 5 pot dengan 2 ekor ayam dan juga mee kari siap semuanya by Maghrib. Terima kasih pada Mak yg dah siap2 siang dan basuhkan ayam, kerang dan udang sebelum saya balik dr keje. So dah jimat masa kat situ.


Moist chocolate cake with strawberry and grated choc topping dan ada kit-kat kelilingnya. How much is the price kalau tempah? Dan juga pavlova yg takde whipped cream (sbb tukang buat dok leka buat apa tah, whipped cream terlebih whipped, maka x dapat la krim yg dikehendaki) tapi tetap sedap :)

Nasi ayam blackpepper dan mee kari Nyonya on the menu 

Birthday girls akhirnya gembira dapat birthday cake seperti yg diidamkan :)

Tetamu kami
Tukang masak seronok tengok org menjamu selera :)


Resepi mee kari Nyonya dari blog Fauziahsamad.com akak Dari Dapur Kak Jee yg mmg marvelous!Tapi saya ada derhaka sikit buat resepi tu sbb tambahkan daun kesum, bunga kantan dan udang...hehehe

Wednesday, May 28, 2014

Happy 9th Birthday Behabella!

Semalam sikembar, Behabella dah mencapai usia 9 tahun.

Alhamdulilah...syukur kedua2nya setakat ni membesar generally dengan sihat, cergas dan cerdas. 

As they grow older, semakin banyak la cabaran membesarkan mereka. Masa kecik cabarannya lain, bila besar cabarannya lain. So bertambahnya usia mereka, bertambah la ilmu pengetahuan kami sebagai ibu-bapa. Dan saya semakin sedar, bukan mudah jadi ibu-bapa. Membesarkan anak2 bukan semata2 bagi mereka makan, pakai dan keperluan hidup yg lain. Tapi nak kena pastikan diorg mendapat didikan sempurna, yg dapat membantu mereka menjalani kehidupan dunia akhirat.

Nak2 dizaman ini yg macam2 pancarobanya. Betapa banyaknya mereka terdedah kepada kehidupan di luar sana. I really feel bad when seeing them watching too much TV, Youtube or playing the internet game. And everytime I vowed that I would change the situation, I just need to be organized and spend more quality time with them. Tapi selalu juga tertewas dengan keperluan masa yg lain. And I know kalau saya tak manfaatkan masa di usia mereka skrg ini, it may be too late to change it. 

Oh..well, Ummi must be determined to do it ok!

So for their birthday, this year, utk pertama kalinya sejak mereka bersekolah rendah, saya buatkan goodie bags utk rakan2 sekelas mereka. The previous years bukan sbb saya kedekut, tapi I'm not keen to prepare goodie bags yg isinya banyak processed food or jajan. So baik la tak payah buat goodie bags.

Alhamdulilah, tahun ni berkesempatan utk sediakan goodie bags mengikut specs saya...hehehe. Thanks to my adik bongsu, Ain yg sedang bercuti belajar and loves baking so much, dia yg sediakan cup cake coklat dan cookies ala Famous Amos.


Cupcake coklat yg simple...no topping what-so-ever. Sebab kalau nak buat topping jenuh pulak pk camne nak packing.


Choc-chip cookies ala Famous Amos. Yes, I spent  quite an amount on buying good quality ingredients for making these homemade cookies and cupcakes. It is more costly compared to just buying the cheap store-bought candies or the rolls cakes or any chips. Tapi hati puas sbb dapat provide a good, though not so 100% healthy snacks for the kids.


Packing is just using some cheap ready-made plastic wrapper. Nothing fancy. I am very practical when it comes to packing. No point buat goodie bags yg mahal2 utk kids sbb nanti diorg buang je the bags or wrappers. Yg penting pada diorg adalah isinya. Along with the cupcake and cookies, saya letak juga 1 kotak air Milo dan satu belon. Lupa nak snap the goodie bags photo tapi x letak pon xpe gambarnya sbb simple je pon...hehehe

Selingan: Let's get down the memory lane of twins's life :)

Behabella masa umur 1 bulan. Diorg bukan kembar seiras, rupa x sama, attitude juga x sama...malah cara/bunyi menangis pon berbeza. Takde masalah nak membezakan diorg :)

Masa 1 tahun

Ini masa 5 tahun....kebanyakan masa strangers would never recognize them as twins.

And the latest photo


And this is the photo of yesterday masa saya hantar the goodie bags. Cikgunya minta saya bagi sedikit ucapan. Tapi mokcik mcm speechless pulak depan anak2 kecik ni...hehehe. Ckp la juga sepatah dua kata but somehow saya jadi sebak pulak....Anyway diorg mmg kanak2 yg sporting, suruh nyanyikan lagu harijadi, sampai 3 lagu diorg nyanyikan, versi melayu, English dan Allah Selamatkan Kamu. Agaknya kalau tau in Mandarin ke Tamil ke  mau tambah lagi....hahahaha. Terima kasih anak2...semoga kamu semua jadi anak2 yg soleh, solehah, cemerlang dunia akhirat.

Monday, May 26, 2014

Felixia Yeap - The Chinese Girl in Hijab

She was a Playboy model, a Bunny girl they call it.

Her previous modelling job required her to be extremely sexy and almost naked, I would say...huhuhu.

But then she falls in love with hijab and muslimah clothing and decided to change her way. She started publicly posted her photos wearing hijab and muslimah clothing on FB and her blog and that caused mixed responses and reviews on her appearance.

Many are excited with her new look and continuously give her support but many have questioned her move, saying that it is just a gimmick she did to be popular since her modelling career might come to an end to her age (but she's only 27!). Some muslims even said she has tarnished the Muslimah's image....

Hmmm....such a stupid remarks, isn't it? 

She is yet a Muslim, she said she is preparing herself to become a Muslim and she's in learning process. But she has stopped taking modelling jobs that required her to expose her aurat and she keeps wearing hijab and aurat-compliance-clothing whenever she goes out - she even wears hand and foot socks!

This is her response when questioned on her motive wearing hijab 

So far she has gained a lot of attentions and popularity and a lot more bad gossips and perceptives she has to face. When she first announced she she would quit from her previous career, she has this concern of not being able to generate a proper income anymore but Alhamdulilah, she said she keeps receiving offers with jobs that allowed her to dress in her hijab and muslimah clothes. 

For me, she has the right to dress in the fully-covered clothing and hijab eventhough she's not a muslim...yet. She said eversince she dressed in that way, she noticed that she's more serene and respected especially by guys. She has expressed about her feelings and thoughts in her blog and Facebook.


Whether her motive is genuine or not, I guess it's not for us to judge. As far as I've seen on her FB, her act has inspired a lot of Muslimah to cover themselves too. Just pray that she would get the Hidayah and revert to Islam as soon as possible (she said she would be doing that in this Ramadhan). And I do hope no Muslim would condemn her as not to revert now. Dalam Islam takde paksaan kan? So please, jangan menakutkan dia dengan all paksaan.

Anyway I love her Muslimah style. She always dressed in a modest way and stylish. Takde la pakai tudung yg pelik2 atau baju yg pelik2. Most of the time, memang bajunya longgar dan labuh, though ada la jugak kadang2 dia pakai seluar ketat dan blouse pendek. Tapi dia pon masih belajar kan, takkan nak expect dia perfect. Saya yg dah lama muslim ni pon masih failed utk berpakaian menutup aurat dengan sempurna. 

Jom tgk stail Felixia yg saya suka....byk lagi gambar2 dia yg cantik kat Facebook dia...mokcik berangan nak dress-up mcm dia tapi kalau x kurus cam Fel....mmmmm...malas nak ckp banyak ah!









Pegi gym pon masih mampu berpakaian muslimah...so no reason ok?

Thursday, May 22, 2014

Straighten Things Up

It has been couple of weeks of diet negligence, no exercise, minum air kosong pon x cukup....

Breakfasts, lunches and dinners selalunya menu white, refined carbohydrate. Sayur x cukup, buah x cukup, juicing pon dah ke laut...huhuhu

Impactnya, terasa la badan semakin berat dan lemau....

Sebelum2 ni walaupun tak strict sgt dan berat x turun sgt, but I felt energetic. Takde la rasa mengantuk, lembik semacam....

So yes, pilihan makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian!

Kebetulan pulak semalam while 'skype'ing with my friend, Nat...she asked about my diet. I told her about my obstacles, how my daily routines dah lari dari kebiasaan...and after that I realized - itu semua ALASAN!!!

Jadi pagi ni gigih la saya sediakan bekalan makanan sihat utk hari ini. Actually stok makanan sihat ada dalam fridge tu tapi sbb saya x gigih, maka x buat la. Padahal bukan lama pon nak buat....

Again, kalau ALASAN dibiarkan membelenggu diri....mmg takkan jadi la apa2 pong!

So hari ni bekal saya adalah seperti ini:

Roti whole-meal with peanut butter spread, grilled salmon dgn salad sesuka hati dan raw almond. 

I have to straighten things up...back to track on eating right and exercising. Juga organizing the kids' daily schedule. Smlm pegi taklimat ibu bapa on SARANA kat sekolah kembar....nanti la buat entry pasal ni.

All I know, I need to establish a good routine suitable for everyone in the house.

So let's sit down and draft things out!

Monday, May 19, 2014

Family Gathering

Since my parents are here, saya pon jemput my siblings to come over my house and buat makan2 with BBQ. Dah lama kami tak berkumpul ramai2, last sekali masa hari jadi Abah January lepas, tapi tu pon x lama. Bukan senang kami yg ramai2 ni nak berkumpul, maklum la 9 org semuanya, campur ngan 7 menantu lagi. Even raya pon belum tentu dapat berkumpul since ada yg kena ikut jadual beraya rumah mertua. 

Jadi kalau dapat berkumpul, mmg la menggembirakan. Especially for my parents. Tapi kakak saya dan abang saya somehow  x dpt join sbb ada urusan lain. Takpelah, at least 7 org ada bersama....

We had laksa utara, nasi goreng, salad

Dan juga buat BBQ. Saya sediakan 2 ekor ayam, 1kg udang besar, 1kg sotong dan 1kg kambing. Bekas BBQ pon hari tu jugak beli. 

Terima kasih pada cik HB, adik2 lelaki dan juga ipar yg dok membakar. Lepas ni kita try bakar sate pulak ok?



Alhamdulilah, Allah beri kami sedikit rezeki utk duduk di rumah yg selesa dan agak besar. Ini lah tujuannya...supaya bila adik-beradik dtg, kami selesa berkumpul. Baik famili saya dan famili cik HB, we both datang dr keluarga yg besar. Jadi bila berkumpul ramai2 mcm ini, soal ruang tak jadi masalah.

My SIL, her son dan kembar. Mokcik sibuk menguruskan itu ini so xde la sempat nak snap gambar byk2...

Honestly, saya mmg takde banyak masa utk bersosial dengan kawan2 disebabkan mmg banyak aktiviti keluarga. Kalau tak kerana keluarga saya, keluarga cik HB. Anak2 saya mmg happy sbb ada banyak makcik/pakcik dan sepupu2 dari keluarga belah keluarga. 

And to maintain a good ukhwah antara keluarga, kita kena la sikit sacrifice masa dan juga wang ringgit. Tak leh la nak berkira sokmo....bila kita adik-beradik rapat, insyaallah kita akan bersama2 susah dan senang. Mak ayah kami tak punya ramai adik-beradik, pulak tu x berapa nak mesra. Sepupu2 pon ada yg kami x kenal. Jadi kami adik-beradik mmg berhasrat tak nak jadi camtu, kami nak rapat dari sekarang. Nak anak2 kami juga mesra satu sama lain. 

Kadang2 kita terlupa, keluarga yg bahagia adalah satu nikmat yg kita patut syukuri dan hargai. Dan yg paling penting, kena ingat...yg paling gembira bila kita adik-beradik rapat dan bersatu-padu, adalah mak ayah kita. 

Friday, May 16, 2014

Fynn Jamal & Arjuna Beta

Friday afternoon and I am so sleepyyyyyyyyyy

So I need to babble...but I dont have a live chat friend at the office, even my skype mates pon senyappppp aje....

Gi shopping la tu...maklum la long lunch time (Lindaaaaaaaaaaaaa)

So I babble kat blog saja la...aci tak?

Saja nak share lagu Fynn Jamal...

Siapa Fynn Jamal?

Ntah la...start kenal dia kat Facebook sbb ada kawan2 yg asik like status dia, post2 dia, so mokcik pon skodeng la dia ni. Agak famous jugak...mcm selebriti Facebook Saiful Nang.

Lama2 mokcik pon terlekat ngan dia....baru tau dia ni org Melayu, jadi cikgu English kat Kazakhstan nun, pada masa yg sama seorg aktivis dan penyanyi underground....eh ye ke underground?

Orangnya sgt puitis dan very creative thinking. Skrg ni mokcik dok melekat dengar lagu dia "Arjuna Beta". Lagu ni dia buat khas utk anak lelaki dia yg bernama Bakti Arjuna Beta (adopted son, whom she adopted since he was born and had/or still has heart problem).

I think lagu ni sgt la menyentuh hati...how a mother feels about her child. How we, mothers would always want to protect our kids forever but we know we have limitations. Cuma mampu berdoa semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi dan merahmati anak2 kita semua.

Lihatlah liriknya yg sgt puitis namun begitu menyentuh hati:

Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Nanti tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Wednesday, May 14, 2014

Wednesday Update - Cabaran Kurus

Nothing interesting to blog about, even my weightloss journey.

Last week, I did 30-min pilates for 3 days in a row, then the 6km brisk walking on Saturday morning. And I thought "Bravo!"

Terbayang2 maintaining these routines for the following weeks.

Nan hado!!!

This week, life is more hectic. My parents are here, tolong jagakan Insyirah since her babysitter dia pergi umrah. So, I have to make sure we have enough foods at home...either raw ingredients or cooked meals. Selalunya saya akan masak breakfast siap2 dan kalau sempat lauk for lunch sbb seboleh2nya tak nak susah2kan Mak. She offers to cook and clean the house and other housechores tapi seboleh2nya tak nak la sbb kita minta dia dtg utk jagakan anak kita aje kan...tapi kalau x sempat tu, mmg minta jugak la tolong Mak.

Pastu ptg2 takkan nak dok buat pilates depan parents kan? Lagipon kena masak dinner with lauk lebih, coz org tua pon ada specific makanan diorg. 

So kena put on hold dulu la aktiviti bersenam.

Last week masa saya gigih ber pilates, mencabar jugak prosesnya sbb si Insyirah dok mengacau.

Dia melepak depan TV dan mengganggu view

Tak pon dia bergayut kat kaki kita or kudakan kita...haih!!!

Mmg la sgt mencabar....rasa mcm mau give-up saja. 

Anyway, I would try to squeeze-in some time for exercise this week. 

On dieting, pon huru-hara. Isnin saya posa, smlm public holiday, saya mkn banyak juga since masak nasi beriani sbb ada tetamu dtg. Minum air pon kurang. 

Pagi saya tekadkan hati bersarapan dengan sihat. Walaupun dah buat bihun putih, saya buatkan sandwich peanut butter with whole meal bread dan blend 1 biji oren sama 1/2 mangga.

Healthy enough la tu eh?

Monday, May 12, 2014

Be Inspired and Inspiring :)

Ada masa2nya saya rajin jugak pos gambar pokok2 yg saya tanam kat Facebook. Either on my own wall dan of late di group Kebun Bandar. Because I think as much as I am inspired by looking at photos posted online dan perkongsian2 di blog2 berkebun, saya juga berharap saya dapat memberikan inspirasi kepada org lain.

Seorg kawan saya memang teruja dengan perkongsian berkebun saya di FB dan dia pon mulakan projek menanam sayur. Selalu la saya sharekan tips2 apa yg saya tau dr Internet walaupun kadang2 saya sendiri pon failed membuatnya...hehehe.

So last week dia pm saya dan bgtau saya projek tanam sayur dia dah mula menunjukkan hasil dan dia rasa sgt bangga. Sebab sebelum ni dia rasa apa yg dia tanam asik x menjadi, so dia dah mula kecewa. Saya sendiri ikut teruja dan suruh dia share gambar di wall Kebun Bandar supaya boleh menjadi inspirasi kepada org lain pulak. Mulanya dia rasa mcm tak perlu sbb dia kata dia tanam sawi je...tp saya insisted juga. And she did...dan ramai yg suka dan komen minta tips. 


So that's about it....perkara yg baik apalah salahnya di share. Bukan niat utk menunjuk2 tapi supaya kita pon boleh membuahkan minat pada orang lain juga utk sama2 bercucuk tanam. 

Seperti mana saya yg bermula dari langsung tak tahu apa2 pasal pokok dan berkebun, dan x pernah ada minat pon sebelum ini tapi setelah asyik melihat apa yg dikongsi oleh para bloggers berkebun, saya pon ikut teruja sama dan memulakannya. Dan skrg semakin maju!

Kepada blog otai pekebun - Kebun Bahagia Bersama, TanamSendiri.com, Suka-suka, Semua Menjadi dan banyak lagi blog2 kebun diluar sana, terima kasih diatas perkongsian anda :).

Tuesday, May 6, 2014

BIG Family Day

Cuti Hari Buruh lepas kami pulang ke KB. Kebetulan pulak family adik-beradik Ayoh nak buat Hari Keluarga Allahyarham Haji Muhammad. Jadi dapat la kami join.

Adik beradik Ayoh mmg ramai, x silap dalam 10 org kot. Tapi walaupun dah dekat 10 thn kawen, bukan semuanya saya kenal, apalagi sepupu-sepapat. Bila riki2 ngan kakak2 biras, diorg pon kata ada jugak lagi yg belum kenal sepupu2nya...nak2 pulak menantu2. Ada yg dah ada cicit jugak.

Masa seorg sepupu meninggal beberapa bulan lepas, abg sulung cik HB adalah bunyi2 nak cadangkan buat hari keluarga ni sbb susah nak berjumpa dan masih ada yg tak kenal satu sama lain. Sampai ada yg meninggal dah pon pakcik/makcik/sepupu tapi anak sedara/cucu tak pernah pon jumpa. 

So masing2 pon setuju la nak buat family day ni. Walaupun x semua dapat hadir tapi sekurang2nya dapat la jugak berkenalan. Perancangan semuanya dibuat oleh family di KB dan akhirnya sepakat utk buat family day di Pantai Melawi, Bachok.

Mana yg memilih utk menginap kat chalet disitu, ptg Jumaat dah sampai la termasuk kami. Chalet kat sini murah2 aje, chalet kami pon cuma RM65/night with aircond and tv. Yang takde aircond and tv, just RM45. Tapi jangan la expect tv LCD ke LED, cuma tv lama saiz 14 inci je la....hehehe. Bilik pon ala kadar, takde la deco2 macam2 kat chalet mewah tu....tapi kami happy ja sbb bilik kami ada 2 katil queen size so it's enough to cater kami satu keluarga.

Malam tu kami makan secara pot-luck. Setiap keluarga bawa makanan, jadi banyak la makanannya.

Ayoh dan adiknya Pok Wae

Mak sedara, cik Ni dipanggil contractor air minuman sepanjang majlis pasal dia in-charge air minuman...hehehe

Kembar and kawan2 berpangkat mak/pak sedara

Disebabkan kami sampai Pantai Melawi dah nak dekat Maghrib, maka xde la budak2 dapat main pantai lama2....esok pagi2 dah turun ke laut.

Insyirah yg dulunya penggeli sgt dengan pasir pantai, kat Pantai Melawi ni dah berubah persepsinya...hehehe. Maybe sbb pasir kat sini sgt halus dan sedap dipijak.

Pagi di Pantai Melawi...tp tak nampak la matahari terbit. The sea breeze was very refreshing. It's a beautiful beach but sadly, not taken care of. Banyak sampah terbiar....huhuhu

Ini semua ahli keluarga kami, kalau ikut list dekat 300 org sepatutnya hadir tapi masa ni ramai yg belum sampai.

Insyirah and cousins, Tasnim dan Anas. Bukan selalu budak2 ni dapat main pasir kan...so biar la main puas2 walaupun lepas tu jenuh nak bersihkan baju2 yg berpasir.

Breakfast time: We had nasi lemak dan saya contribute sandwich sardin. Ada yg dtg pagi tu bawa kuih dan lauk-pauk.

Aktiviti santai 

Kemudian gotong-royong masak utk makan tengahari. Orang lelaki potong daging nak masak singgang tulang/daging dan daging goreng kunyit.

Orang perempuan buat rencah utk masakan dan kerabu mangga

Ada juga ayam dan daging bakar.

Sebelum lunch, ada juga buat games dan sesi berkenalan (masing2 pakai tag nama supaya senang nak kenal...hehehe). Then we had lunch, singgang daging sgt sedap hokehhhh...

By 3pm ramai yg beransur pulang. Alhamdulilah, family day berjalan lancar walaupun takde la sempat nak kenal semua. Ada family yg lepak bersendirian, x campur kami. Tapi at least dah kenal la juga who and who's. For me, dah kenal la jugak pakcik/makcik sedara cik HB. Sebelum2 ni jarang bersua muka sbb kami kan balik jarang2 dan kejap2 pulak tu.

Mudah2an tautan ahli-ahli keluarga semakin erat hendaknya dizaman moden yg ramai org semakin lupakan keluarga dan asal-usulnya.