Kembali bersiaran....
Susah betul nak selalu update blog ni. I guess ramai bloggers yang dah ignorekan blog masing2. Susah nak tgk my blog lists updated with new entry. Ramai yg lebih aktif di FB dan IG. Well, pilihan masing2. I am writing here untuk kenangan diri sendiri. Seronok bila baca balik cerita lama2.
I am now quite free from work. Minggu P&P dah habis untuk semester ni. Students dah mula final exam. Saya pon dah selesai marked all lab reports and key-in markah. For the time being belum di assign apa2 management works. So let's update so story in this blog!
Awal Disember hari tu kami terima kunjungan Kak Liza dan Cik Dee ke rumah kami. Last sekali kami berjumpa masa kak Liza dan Cik Dee datang rumah kami on Mac 2015. Kami terharu diorg ni sanggup luangkan masa datang melawat kami. Diorg balik cuti kat Malaysia ni kejap aje so mcm terkejar2 la jugak masa diorg. Diorg dtg on weekdays, saya pulak tak boleh cuti masa tu.
Diorg sampai Isnin petang, so malam tu kami bawak diorg dinner kat Asam Pedas Claypot yang popular kat Melaka ni. Tak teringat pon nak amik2 gambar. Saya mmg fail bab2 amik gambar ni. Esoknya Selasa, saya gi keje tp cik HB and the kids ada kat rumah melayan tetamu. Tapi biasa la kak Liza, bukannya dia nak pegi jalan2 pon, siap dia kemaskan lagi rumah saya luar dalam.....hehehehe. Saya dah ckp awal2 dengan Kak Liza yang keadaan rumah saya mmg x semenggah sejak saya berbadan dua dan saya mmg segan dia nak dtg time2 gini tapi being Kak Liza, mana dia kisah tu semua.
Tau2 bila saya balik dari keje ptg, rumah saya dah diselamat dikemas...hahaha. Dia siap pegi Mydin beli barang2 nak buat BBQ. Memang tak berubah kak Liza ni dari dulu. Sanggup susah payah untuk org lain. Tuan rumah pulak yang naik segan...hihihi
Kemas dah laman saya....pasu2 semua di rearrange as such.
Kak Liza and the the team prepare dinner BBQ. Along with Kak Liza & cik Dee, diorg bawa anak sedara cik Dee Ika dan anak jiran Kak Liza di kampung, nama dia Along. Rajin sgt2 diorg ni. Diorg la yang tolong kak Liza kemas2 rumah saya. Kak Liza kata Along ni anak orang susah tapi sgt la rajin tolong mak ayah dia. Walaupun baru Form 3, boleh diharap macam2. Saja Kak Liza bawa dia berjalan sbb kesian kat anak dia.
Sebab saya tak boleh masak, saya beli siap2 pizza dari Domino's. Tu je la yg tuan rumah contributed...huhuhu
Tengok la....tetamu jugak yang uruskan BBQ...terima kasih la adik2....korang mmg baik hati
Sementara tunggu BBQ siap, kita layan pizza dulu. Kak Liza and cik Dee kata pizza Domino's sedap...hihihi. Ye la, kat Jerman xde Domino's, Pizza Hut ada la. Takde pulak close-up gambar2 makanan yang di BBQ. Mmg fail mokcik ni...x sempat nak amik2 gambar. Tapi yg pasti kambing bakar, salad buah, jagung rebus kak Liza mmg sgt la sedap. Rindu menggamit semula zaman2 kami berkumpul kat Raunheim dulu. Lepas dinner, kami berlonggok depan TV layan movie seram, Insideous. Sama mcm zaman2 berkumpul kat Raunheim dulu...rinduuuuuu
Esoknya tengahari diorg dah nak gerak balik Teluk Senangin. Saya berhajat nak belanja makan tengahari kat Restoran Omak Den yang famous kat Masjid Tanah. Saya tau kak liza dia suka makan makanan melayu yg klasik. Restoran Omak Den tu mmg favourite sy sbb mcm2 masakan melayu yg sedap2 ada kat situ. Tapi malangnya jauh2 kami dtg, tutup pulak restoran tu hari tu. Terpaksa la pegi makan kat Medan Selera Alor Gajah. Nasib baik kat sini pilihan makanan dia boleh tahan jugak la. Cik Dee kata dia pernah makan kat sini dan mmg suka makan kat sini sbb ada sate yang sedap.
Ni je gambar yg sempat dirakam sebelum hp mokcik out of battery!
Insyirah cukup suka dengan tetamu2 ni semua especially cik Dee...hehehe
Lepas makan, diorg semua gerak balik ke Teluk Senangin. By now, Kak Liza dan cik Dee dah selamat balik ke Germany. Walaupun sekejap je masa diorg spent dengan kitorg, kami rasa gembira sangat. Kemesraan tu x pernah hilang walaupun dah bertahun2 kami tinggalkan Raunheim. Saya selalu rasa bersalah that I dont contact them as frequent as I should and dont do much for them compared to what they have done for us. I wish them well dan Insha Allah ada rezeki moga jumpa lagi.
Kalau cik Dee or Zurina are reading this (dulu diorg kata ada baca blog ni...hehehe), we want you to know that we love you all so much!!!