Pages

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

Expecting

Assalammualaikum,
Lama tak bersiaran kat blog ni. Selain kehidupan yang busy, keadaan kesihatan pon tak berapa bagus. Alhamdulilah, tak sihat sbb nak menambah lagi bilangan ahli keluarga.  Dan macam biasa, bila pregnant, x pernah terlepas dari severe morning sickness (HG). Ditambah pula pregnant di usia hujung 30an ni, lagi la sangat menduga kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental.


Now I am at 14 weeks of pregnancy. Dah second trimester. Masih belum lagi sihat sepenuhnya tapi Insha Allah risiko keguguran tu dah berkurangan. After series of miscarriages before, trauma la jugak bila mengandung tu. The first 3 months mmg sgt berjaga2 dgn pergerakan tapi disebabkan mabuk yang teruk, most of the time melepet je la kerjanya. Sangat la menduga bila stage mabuk bermula masa semester baru pon bermula. Mabuk2 pon still kena masuk kelas mengajar. Seksa sgt rasa tapi tabahkan hati. Jadual kelas dah la penuh hari2. Ada masa tak tertahan, cancelkan jugak kelas2 tutorial. Mujur ada bilik sendiri, so melepet la bawah meja dimasa2 takde kelas. Balik keje lagi la jangan cerita tahap melepetnya. Mandi, solat Maghrib, then tido aje kejenya. Tengah malam baru bangun solat Isyak .


Keadaan kat rumah jugak sgt teruk. Sbb dah tak berupaya nak buat apa2. Semua lepas kat cik HB untuk uruskan. Tapi biasa la kerja orang lelaki mana nak sama dengan kita buat. Tapi sbb diri sendiri tak mampu nak buat, pejam je la mata tgk keadaan rumah yang teruk. Makanan either makan luar atau tapau atau order delivery.


Selain mabuk, badan mmg takde tenaga langsung. Cuma kali ni bertahan tak serah diri ke hospital walaupun masa minggu ke 7-9 mmg langsung x boleh makan dan muntah around the clock. Kalau ikut masa pregnant kembar n Insyirah, bila teruk macam tu pegi la serah diri ke hospital untuk drip sbb rasa sihat sikit bila masuk hospital tapi kali ni tidak. Sebab masa tu kembar tgh sibuk nak exam UPKK, cik HB pon sibuk berulang ke UPM utk Phd dia. So kalau masuk hospital lagi huru-hara la kehidupan kami. Dah la kami dok Melaka ni jauh dari family. Jadi kena la berdikari sendiri.


Ada masa mmg rasa tak tabah, nak je merungut kenapa la nak mengandung lagi. Tapi cepat2 istighfar dan ingatkan diri yang mmg kami sendiri yang nakkan anak ini.... ramai orang kat luar sana yang takde anak, berusaha nak anak tapi Allah tak bagi rezeki tu. Kita ni Allah izinkan untuk tambah anak lagi...cuma dia duga dengan sedikit kesusahan (mabuk yang teruk), takkan la tak boleh sabar kan?
Lagipon dalam keadaan yang susah ni, banyak benda lagi yang Allah dah mudahkan. Contohnya, keadaan kerja saya ni kira flexible jugak la. Takde la kerja long hours dan kerja pon dalam aircond. Tak larat berdiri masa mengajar, boleh je duduk. Tak lalu makan, boleh je pegi cari apa2 makanan yang teringin. Mahal pon masih ada kemampuan nak membayar. Tak larat pegi sendiri, cik HB or kawan2 kerja sentiasa offer utk cari/teman makan.


Pastu, sbb cik HB skrg tgh cuti belajar so most of the time dia based kat rumah. Dalam seminggu dia pegi UPM sekali je, tu pon on day trip. Jadi dia la yang banyak uruskan anak2 dan keje2 rumah. Walaupun tak sempurna kerja rumahnya tapi at least laundry is done, the kids have food to eat. So saya sgt la bersyukur bab yang tu. Imagine la kalau suami kerja jauh, tak dok sekali kita, atau jenis yang tak amik tau urusan rumahtangga dan anak2, lagi la parah kan si ibu yang tak sihat nak hadap semua sorang2 kan?


So, that’s how saya pujuk hati everytime saya rasa down dengan keadaan saya ni. I know some people senang je proses kehamilan diorg. Ada yang langsung tak mabuk, kalau mabuk sikit2 je takde la sampai terjejas kehidupan macam saya ni. Tapi tu rezeki masing2. Apa yang penting buat saya, moga2 diberi kesihatan diri yang bertambah baik dan baby juga sihat sepanjang tempoh kehamilan ni.

Nanti kalau rajin/ada masa, saya nak update pregnancy journey buat kenangan masa depan. Enjoy jugak la baca pregnancy journeys utk kehamilan sebelum2 ni J

Thursday, December 11, 2014

3rd Sad Time

Dah bape kali attempt nak siapkan entry yg satu ni. Entry yang ditulis masa tengah MC tapi tak abis2...ari ni dah start keje balik..memandangkan entry ni dah ditaip quite panjang berjela, maka teruskan saja la ye....
*********************************************************************************

Few weeks ago I found out I was pregnant. Although I was on 'family-planning' mode, we were ecstatic about the news and thought that it was just the right time since Insyirah pon dah lebih 2 tahun.

But I decided to keep the news just among family members and some close friends because nak tunggu kandungan betul2 stable. Dah 2 kali miscarried, one back in 2009 and one in 2013, so memamg agak trauma bila mengandung kali ini.

I was busy jugak at the time, you know la with new job at what nots,  so at 7 weeks, baru ke klinik utk confirmkan pregnancy.Prior to that saya tertanya2 jugak why morning sickness tak muncul tiba walaupun sudah 7 weeks sbb selalunya minggu ke-5, simptom2 mengandung mesti dah datang dengan jayanya. Cuma ada rasa kepenatan dan lapar sentiasa aje la.

The moment doktor scan, she said no heart beat detected and saya sudah terdetik something is not right. Tapi doktor kata mungkin kandungan kecil lagi so kita tunggu lagi 2 minggu dan scan semula. I was down tapi tak berhenti berharap. 

After 2 minggu, scan semula and obviously it's a blighted ovum condition. 

Kantung kosong - no baby :((((.

I was supposed to refer my case to hospital. But I was hoping tak perlu lagi buat D&C sbb this gonna be  the 3rd D&C. I read repeated D&Cs might cause trauma to the womb and may cause complications with the next pregnancy. So saya tangguhkan dulu ke hospital and ingat nak seek 2nd opinion with another doctor. Kot2 boleh melalui proses keguguran biasa. 

Tapi 2 weeks after that, saya start getting blood spots for a day or two dan lepas tu heavy bleeding with painful contractions. Masa tu baru rushed to the hospital and went thru all check-ups dan mcm2, and after few hours disahkan complete miscarriage. Dah scan, dan nampaknya semua dah keluar habis, so doktor kata x perlu la d&c.

Cuma still perlu warded untuk tempoh sekurang2nya 24jam utk pastikan semuanya betul2 ok.

Alhamdulilah takde apa2 complications, saya pon dah terasa sihat. Now on long MC, dapat MC 10 hari yo!

Walaupun hati terasa sedih kandungan yang ini juga tidak berjaya, pujuk la hati utk redha. Mungkin ada sesuatu yg lain Allah nak bagi kan? Mudah2an ada rezeki kami lain kali nak tambah anak.



The first scan image...simpan la buat kenangan. This shud be our 6th child....

Thursday, November 28, 2013

It's Gone

Lama x blogging kan?

Well, ada dugaan yg menimpa, for those yg belum tau saya mengalami keguguran :(.

It started few weeks ago at week 11, when I noticed ada blood stain everytime saya buang air kecil. Not so much but the blood stains akan ada everytime saya buang air kecil. Masuk hari ke tiga seeing the stains, I decided to check it with doctor.

So petang Isnin, pergi la klinik kesihatan memandangkan saya belum lagi buka buku pink. Went thru the procedures - timbang berat, check BP, amik darah, check air kencing semua, then I told the nurse about the stains. Nurse rujukkan saya ke doktor, doktor pon scan dan ckp my fetus size is way too small compared to my EDD. EDD is 11 weeks but my fetus was only 6 weeks 6 days. So dia mintak saya pegi Hospital Besar Melaka dan pegi jumpa doktor kat sana sbb kat sana diorg akan buat vaginal scan which lagi accurate. Malam tu jugak dia suruh pegi and bagi referal letter.

Gi la malam tu ke GH Melaka dan discan sekali lagi. It showed the same thing and according to doctor, the fetus heartbeat pon barely noticeable. She suggested that saya tunggu lagi 2 minggu dan buat scan lagi sekali utk tgk status pregnancy ni. Kalau by 2 weeks masih xde development, means it is a missed miscarriage katanya dan kena buat D&C. I was given 1 day MC. 

So within two weeks I waited and prayed hard that it's going to be ok. The stains still there occasionally and I took the pregnancy supplements diligently hoping that my condition would improve. A bit feeling down but I told myself to be redha je la apa pon kemungkinan. 

Then came the next check-up on 6/11/13 kat GH. The fetus size still 6 wks and 6 days no heartbeat detected. Doctor kata mmg kandungan x developed. So kena la buat D&C. Check schedule dan diberi tarikh utk D&C on 12/11/13 tapi kena masuk ward on 11/11/13 utk observation dulu.

So that was it, 12/11/13 tu buat la D&C. And this is the second D&C I went thru. Penah buat D&C masa kat Jerman dulu back in 2009 mcm sy penah cerita kat SINI. 

How am I feeling? Hmmm...terasa la kehilangan tapi takpe la, bukan rezeki nak tambah anak lagi. The twins were already excited bila tau nak dapat adik lagi tapi bila jadi mcm ni byk la soalan diorg tanya. Mujur diorg masih ingat cerita 2009 tu, so senang la nak explain.

I am now back to work since 2 days ago lepas dah MC hampir 16 hari. Health wise, I guess I am fully recovered. Masa tgh MC malas sungguh nak blogging. 

People at work gave remarks that I miscarried due to work stress. But I don't feel that way. Ntah la, saya x rasa stress pon, pada saya kalau dah tak jadi mmg x jadi la.....

I have a lot more to share about my experience masa stay kat hospital aritu because I learnt something during the 3 days being warded  tapi nanti2 la. 

Monday, October 28, 2013

Mutiara Kata - Utk Ibu Mengandung

For me, mengandung itu bukan la sentiasa indah. Ada masanya rasa tak tabah je mengharungi dugaan mengandung. Rasa nak mengomel, nak merungut, nak self-pitied, nak nangis...walaupun ini bukan first time mengandung.

Padahal bukan x sedar dan tak percaya bahawa Allah memberikan byk pahala utk setiap kesusahan seorg ibu mengandung itu lalui. Jadi setiap kali rasa nak mengeluh, cepat2 la istighfar dan cari la artikel2 yg membantu kita berfikiran positif.

So today, I found kata2 hikmah dari Facebook Ustaz Ebit Lew yg menyentuh hati. Semoga diri ini bertabah dan tak berkeluh-kesah.....

Saya bila tengok isteri asyik mual, alahan yang agak berat, tiada selera makan dan lemah kerana mengandung. Saya bertambah sayang isteri saya kerana Allah, terlalu banyak korban dia demi untuk melahirkan seorang anak.

Begitulah korban seorang ibu kita dan isteri kita. Isteri kita jaga lagi anak kita di rumah. Apa hadiah kita kepada mereka? Kita tidak didik mereka dengan agama dan kasih sayang. Kita tidak didik mereka seperti Nabi saw dan sahabah didik isteri mereka. Kita berkasar dan marah mereka? Kita tak faham kesusahan mereka? kita lupakan korban mereka? Kita arah mereka macam mereka milik kita. Mana ada milik kita. Mereka milik Allah. Kita milik Allah. Mereka amanah Allah kepada kita.

Mereka yang mengandung telah berkorban begitu besar sehingga ia dicatat dalam Al-Quran tentang korbannya seorang wanita yang mengandung. Bila kita tenung mereka dengan sayang. Bantulah mereka. Jika orang lain susah kita cepat kasihan. Isteri kita tanggung berat dan beban yang besar. Janganlah jadi zalim pada mereka

Setiap urat yang yang sakit diberi pahala dan diampunkan dosanya. Setiap letih,sakit, pening, loya, sakit badan, setiap kesusahannya diberi pahala, diampunkan dosa, dinaikkan darjat di sisi Allah, dan diampunkan dosa mereka.

Kesusahan seorang ibu mengandung untuk bergerak, uruskan rumah, untuk ke bilik air, untuk solat, untuk uruskan rumatangga semuanya sedang dihitung oleh Allah. Setiap kebaikan pasti Allah balas dengan kebaikan. Ya Allah tingginya kemuliaan yang kau beri pada seorang wanita.

ya Allah jadikanlah setiap kesusahan wanita Islam yang mengandung dan bersalin dalam dunia menjadi asbab hidayah buat setiap manusia di seluruh dunia seluruh alam sampai kiamat - ebit lew yang dhaif dan berdosa

Thursday, October 17, 2013

Pregnancy & Extreme Hunger

I think I've mentioned several times in the previous post that I am hungry all the time with this pregnancy.

Bukan lapar yg sikit2, lapar yg sampai menggigil2 that you can't focus on what u are doing and you feel like vomitting. And I need abundance of food sekali makan, and I would be hungry again after 1 hour.

It's crazy!!!

I don't remember being this extremely hungry masa mengandungkan kembar dan Insyirah. Tak selera makan ada la. After 4 bulan baru start boleh makan dan makan banyak tapi tak la sentiasa lapar mcm skrg.

Tapi walaupun sentiasa lapar, not all the food I can eat. I can only eat certain foods - and I crave for the unhealthy ones - Maggie, junk foods. Bila makan kat kedai, I would order air manis sedangkan sebelum ni I am very concern about sugary drinks.  

So my eating habits sekarang mmg dah berubah sama sekali!

Pagi2, sampai opis dalam 8.30 am dah mencari heavy breakfast - give it nasi lemak dgn telur mata, bihun goreng ke, bihun soto. But never mee goreng. The sight of mee goreng buat rasa nak muntah! I am concern eating these heavy breakfast tapi nak buat sendiri healthy breakfast menu mmg x daya la.

Kalau bungkus aje, I am saved from minum air manis tapi kalau makan kat kedai sure nak order milo air. Kekadang je la boleh makan kat kedai kalau cik HB teman. Nak makan sorang2 kat kedai mcm segan. Tapi ada masanya kalau tak tertahan sgt nak makan bihun soto sedap kat kedai satu ni, nak bungkus leceh, sy selamba jugak pegi makan sorang2.

Then pukul 10 lapar lagi, saya turun kedai runcit bawah opis, beli milo kotak and any biscuit. Kul 12 kang perut dah kelaparan balik tapi saya tahankan sampai kul 12.30 sbb tunggu time kembar balik dari sekolah so sy keluar sekali beli makanan dan amik diorg. Nak keluar byk kali malas. Lunch menu mesti kat satu kedai ni sbb nasi putih dia menepati citarasa saya - lembik2 gitu. Tgk? Bila pregnant ni, mcm2 kriteria makanan nak dimakan. Lauk pon sama ari2 - paru sambal kering, kacang goreng ngan bayam goreng. Ayam dah x lalu sama sekali, ikan2 pon sama. Kari ke, masak lemak ke, langsung tak teringin.

Hari2 sama tau!

Nasi penuh ngan lauk yg melimpah-ruah

Then beli juga buah potong dan makan sementara tunggu kembar keluar dr sekolah sambil berdoa 'cepat la keluar sbb x sabar2 nak makan nasi'. Ada sekali lambat betul kembar keluar, dan saya tak tertahan kelaparan, buah potong pon dah abis, abis lauk nasi campur saya ratah. Nak makan nasi xde sudu. Balik opis makan nasi kosong je la...huhuhu

Starting from today, saya beli roti kismis Gardenia ni buat stok kat opis. Dah lunch nasi sebungkus pon, saya boleh makan lagi 3 keping roti ni! Mulut ni kalau xde makanan, mula la rasa payau dan saliva berkumpul. I survived before with sugarfree chewing gum but recently chewing gum pon buat saya rasa mual.

Kang pukul 3 kang, percaya la saya akan lapar balik. Semalam kul 3ptg, saya pi beli nasi goreng bungkus - pon abis! Bayangkan la kul 1 dah makan nasi bungkus, kul 3 ptg makan nasi goreng pulak!

Cuma malam aje saya tak bape layankan sangat kelaparan. Sbb balik ptg saya akan tido. Bangun utk solat aje. Kalau larat, saya ikut cik HB keluar dinner. Kalau x, saya suruh dia bungkus aje. Mcm malam tadi, kul 10 baru saya makan nasi putih ngan tomyam. Lepas tu tido balik. Kalau kelaparan tgh malam, saya x layan dan paksa diri tido. Tu yg bila bgn rasa tak keruan sbb kelaparan.

My biggest concern with this new eating habit, saya risau dapat kencing manis masa pregnant. Berat saya pon dah bertambah beberapa kilo. Everyday I try to motivate myself to eat healthily tapi nak makan secara sihat, saya kena masak. 

Masak still is not in my mind now. 

I hope this extreme hunger is not going to be the whole 9-months thing. Otherwise saya akan naik berat bdan berpuluh2 kilo la jawabnya. With twins, my last weight before delivery was 76kg, Insyirah at 83kg.

Yang ini????

Adoii, x sanggup memikirkannya.... 

Monday, October 14, 2013

Breastfeeding while Pregnant

Hehehehe...x sampai bape jam dah blogging balik...

Sampai 2 entry ari ni keluar kat blog. Bukan apa, dah berjaya siapkan notes of discussion tadi. Pastu dah x tau nak buat apa. Nak cabut balik, mcm xde kesanggupan walaupun bukan ada sapa2 pon. Opis depan pon nampak gaya, clerk yg pagi tadi nampak ketanya dah x nampak. 

Saya sgt lapar sebenarnya. Tapi malas nak pi cari makanan. Pregnant kali ni x tau la, awal2 dah lapar cam gini. Dulu the first 4 months, the sight of food made me sick, sampai x tau nak makan apa. Skrg ni kejap2 lapar walaupun dah makan byk.

Tadi tengahari dah makan nasi bungkus penuh campur lauk dgn 2 jenis sayur. Memang melimpah ruah la bekas polistrine tu. 

I guess sbb breastfeeding kot, campur pregnant menjadikan perut lapar all the time. Cakap pasal breastfeeding, ada few people concern about me still bf walaupun pregnant. Even the doc yg saya pegi check utk confirm pregnancy aritu pon suruh saya stop bf sbb dibimbangi akan affect kehamilan.

But I've read a lot on the internet on this issue. Byk medical article yg support breastfeeding while pregnant asalkan takde masalah dengan kandungan. Besides, adik ipar yg juga seorg doktor still bf kan anak dia while she is pregnant. 

And tadi I stumbled into Dr. Harlina's blog (wife Dr. Sheikh Muzaffar - the astronaut), dan dia juga cerita dia bf anak sulung dia while pregnant with the 2nd one. Dia kata x sampai hati x bagi bila anak dia buat muka comel minta susu ibu. Sama la cam Insyirah....saya jemput je dia dr rumah bbsitter, kalau dia tgh menyusu botol (formula), dia akan campak botol dia dan jgn harap la dia nak minum dah. Sampai je rumah terus tepuk my breast dan ckp "Nak tutu". So kat rumah mmg bf je la. No doubt you'll be berganda lapar but if u really determined nak bf masa tgh pregnant ni, kena makan secara byk sihat dan amik multivitamin. 

Happy jugak baca that Dr. Harlina kata she was constantly hungry masa peknen, so I am not alone! Hehehehe...

So dalam hal breastfeeding while pregnant ni, saya ikut kata hati je la. Unless kalau di masa2 yg dtg kalau bf would affect my pregnancy, then I would quit la. But I guess ramai mommies diluar sana yg bf while pregnant kan?

Ok, nak pi beli Milo kotak dan biskut susu!

Tuesday, October 8, 2013

Sharing the News





Dah tgk gambar kat atas, you sure know what I'm sharing kan?

Yes, I am pregnant! 

Tu gambar scan minggu lepas, ikut EDD is 8 weeks but ikut scan is 6 weeks 6 days. So this week ikut EDD saya sudah 9 weeks.

It's not in the plan, we actually had family planning but the natural method la. Tapi manusia hanya merancang, Allah juga yg menentukan.

Macamana pon kami tetap happy. Mmg niat nak tambah lagi seorg tapi tak terfikir dalam tempoh terdekat ni. Konon2 nak tunggu tahun depan, at least selepas kontrak kerja skrg tamat atau lepas Insyirah dah 2 tahun. 

Tapi Allah bagi rezeki lebih awal :)

So far paling bersyukur, saya belum diserang hyperemesis gravidarum. Kalau time Insyirah dulu time2 mcm ni dah selamat kena warded sbb muntah yg melampau dan badan dehydrated. Pregnant kembar pon macam tu. At least until 16 weeks la kena melalui stage hyperemesis ni.

Kali ni rasanya beza pulak. No doubt, mulut dah payau dan loya since 2 minggu lepas. Dan penat melampau. But I can eat dan asik lapar. Mungkin faktor still breastfeeding pon iye jugak yg membuatkan perut asik lapar. Alhamdulilah la kalau mmg x dilanda hyperemesis kali ni, sbb dengan keje yg ada, I don't know how I would go through. So far saya masih boleh keje mcm biasa, cuma bila balik rumah, terasa amat la penat. Jadi keje2 rumah mmg dah x lalu dah nak buat.

So for the time being, cik HB la take over  segalanya. I'm no longer capable of cooking, bau semua dah annoying, so our meals are mostly take-outs and dine-outs. Sesekali cik HB masak la tapi boleh kira la baru bape kali. 

I hope that this pregnancy will go smoothly as possible, tau la kan pregnant after 35yo byk risiko yg perlu diawasi. Kena betul2 monitor sugar level, blood pressure dan mcm2 lagi.


Saturday, January 21, 2012

Semoga Tabah!

I just logged in into FB and read my friend's status:

Terima kasih atas doa kwn2. Tp Allah lebih menyanyangi puteri sulongku, aisyah. Aku hanya sempat melihat puteriku beberapa saat shj. Dunia ini hanya pinjaman. Jenazah puteriku selamat disemadikan pg td. Pergilah puteriku, ibu redha. Al-fatihah.

I'm in tears now. Her statements sounds so melancholy. Though I knew about this news yesterday through her husband and felt sad, this status is much more saddening.

The day before yesterday, we visited her at the hospital. She was 5-months pregnant with her first child, after 4 years being married. She was admitted to the hospital because her amniotic fluid leaked and there was nothing the doctor can do except monitoring her condition. When we were there, she said she has already been induced for forced labour since the situation worsened. There was infection and she started bleeding since the day before.

I was told, later that night she went into labour and gave birth to a baby girl. But being so small and beyond anything capable to help her survive, she only lived for a few seconds. They named her Aisyah.

To Dylla and Mat Nur, sesungguhnya mmg ini satu dugaan yg amat berat utk ditanggung tapi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk korang berdua. In my eyes, I see you both are strong dan tabah menghadapi dugaan ini. Insyallah, mudah2an akan ada rezeki lain yg menanti. Dan yang pastinya arwah Aisyah menanti kalian di syurga.

As for me, I can't help feeling sad. Being a mother and some more tgh sarat mengandung, dugaan kehilangan anak mmg tak dpt nak dibayangkan perasaannya. Dah la just few weeks ago, dpt berita yg lebih kurang sama, my senior lost her baby at 23 weeks of pregnancy - kes yg sama.

Semoga everything is well and safe for me and my baby.....

Friday, November 4, 2011

Pembawaan Budak? Or Mmg Pemalas?

Malas serba serbi!

I don't know why tp itu la perangai skrg. Nak kata x larat, takde la x larat bebeno tp mmg malas la nak buat apa2. Adakah ini pembawaan budak?

Sbb dulu masa pregnant sikembar, I don't remember being as lazy as now. Maybe dulu I was still working, so whether larat ke tak, I have to drag myself to work but I remember even lepas balik keje still I would cook and buat keje2 rumah.

This time, buat la jugak tapi kena memaksa diri. Masak as simple as possible. Sy rimas begini, sbb eventhough tak de la in nature rajin sgt, I am someone who likes to see things organised. So let's say ini pembawaan budak, boleh gitu?

About pregnancy, I did the glucose test and alhamdulilah at this stage, my sugar level is normal. But since diabetes runs in my family, doctor said I have to do the test once again in my 28th week just for monitoring purposes. Well, takpe la, air gula tu takde la teruk sgt rasa dia. Cuma nak tunggu 2 jam lepas minum tu yg malasnya.

Last week kami pi private clinic sbb nak buat scan. Kat klinik kesihatan hari tu dah scan but cik HB tak dpt nak tgk. Lagipon kot la boleh tgk gender baby dah. Actually about this, kami takde la beria nak tau sgt. By nature of course la kami harap ianya boy sbb dah ada 2 girls kan, tapi honestly boy ke girl tak kisah la. Rasa dah cukup comel dah tgk dia bergerak2 masa scanning tu. Yg penting dia lahir sihat dan sempurna.

I really wonder la macamana org sampai hati buang2 baby. Kita ni tak sabar2 nak tunggu baby lahir.

Thursday, October 20, 2011

Terlebih Sudah

Semalam gi antenatal check utk minggu ke-20. Skrg sy gi check-up kat Poliklinik Komuniti Durian Tunggal. Memula aritu check ngan satu klinik swasta ni. Tapi lepas kena admit kat Hospital Besar Melaka itu ari, sy dinasihatkan buat buku merah kat klinik kesihatan berhampiran. Ingatkan just nak buat buku merah pastu sambung check-up kat swasta. Bukan apa, pengalaman check-up masa pregnant twins dulu kat HKL, aduhai.....menyeksa jiwa dan raga sbb masa menunggu yg lama, nurses yg x friendly dan kena ikut tarikh dan masa yg dah ditetapkan.

Tapi lepas pergi first time bulan lepas, not bad gak la Poliklinik Komuniti Durian Tunggal ni. Dari segi rupa, dah la baru dan cantik, lepas tu the system is very organised. So tunggu turn pon x lama. Nurses and doctor dia sgt la baik, sgt la lemah-lembut, cam x caya jer kita gi klinik kerajaan. Dah la yg entertained sy masa tu satu nurse muda yg sarat mengandung, tapi cool je dia layan kita. Ngan ckp lembut, byk senyum, I really comfortable la at that time.

Lagi pulak, doktor utk klinik ibu mengandung semuanya perempuan Islam so x risau dah pasal aurat. Aritu gi klinik swasta pon sbb isu aurat juga. Kali ni insyaallah nak cuba jaga aurat masa check-up dan bersalin, tu yg kali ni mungkin akan bersalin kat private hospital sbb nak dapatkan gynae perempuan. Masa twins dulu, malu toksah nak ckp la bila ntah berapa ramai doktor lelaki yg ngadap kita, campur ngan ntah bape ramai lagi doktor2 pelatih yg dtg tgk. Tapi masa tu nak buat cemana, pengalaman pon takde campur ngan financially pon tak stable so kita harung jugak la.

Ckp pasal check-up, bp ok, urine ok tapi weight gain melampau sudah. Naik 5kg ko dlm masa sebulan! Adoiii...mentang2 dah boleh makan ni, makan byk sgt la pulak sampai berat naik melampau. Nurse ckp kena jaga makan camni and Isnin ni pulak kena buat test minum air gula utk check diabetes. Ala, dreadnya nak minum air gula tu sbb dgr citer air gula tu tersangat manis dan boleh buat rasa nak muntah. Masa twins dulu sy skipped test tu dan somehow nurse x bising pulak. This time x berani nak skip sbb umur pon dah bertambah, pulak tu mmg ada keturunan kencing manis. So suka tak suka, kena buat juga.

Harap2 mmg takde diabetes la.....

Monday, October 3, 2011

Setelah Berbulan-bulan.....

Lama kan blog ni menyepi? Last entry konon2 nak memeriahkan blog ni semula selepas sibuk urusan pindah rumah dan urusan2 lain yg penting, tup2 makin sunyi pulak blog ni jadinya.

Alkisahnya, bermula awal Julai onwards hingga la baru2 ni sy diuji dgn keadaan kesihatan yg sgt2 terganggu. Good news is, sy tidak sihat disebabkan bakal menerima kedatangan org baru, makanya walaupun tak sihat sampai kena masuk hospital, still sy gembira sbb hasrat kami nak menambahkan bilangan ahli keluarga insyaallah termakbul. So biar la mabuk sampai stage hyperesis gravidarum dan kena on IV drip, sy redha dgn doa mudah2an baby lahir sihat walafiat dan sempurna sifat hendaknya. Lagipun ini bukan pengalaman pertama kali, masa pregnant with twins, pon mabuk cam gini jugak cuma sbb itu pengalaman 6 thn lepas, so mcm ingat2 lupa cemana the whole experience.

Ada masa rasa mcm tak tabah juga bila muntah around the clock, sampai minum air kosong pon boleh keluar balik. Masa pregnant minggu ke-7, the night before sy decided nak pi hospital, I vomited dr pukul 3 am sampai 7 am. Dah la bukan ada makanan pon dlm perut, yg keluar lendir hijau, yg menunjukkan badan sudah dehydrated. So pagi2 tu sy ckp kat cik HB, hantar je la saya masuk hospital sbb sy betul2 dah lembik dan tau solutionnya hanya la put me on drip berdasarkan pengalaman masa mabuk mengandungkan sikembar dulu.

The day masuk hospital pulak, ada sikit bleeding so sy bgtau doktor. Risau la jugak chances of miscarriage sbb sy dah pernah keguguran sebelum ni. So doktor pon monitored my condition closely, bg ubat kuatkan rahim, ubat tahan muntah selain dr put me on drip. Suka tak suka, 4 hari juga la menginap kat hospital, sbb level ketone dlm air kencing tinggi so kena tunggu sampai ianya normal. Bosan teramat dok kat hospital tapi badan rasa sihat walafiat dan makanan hospital yg tak berapa sedap tu boleh pulak makan sampai habis!

But then, bila keluar hospital, lembik balik. Makan apa pon muntah tapi disebabkan sy tak mo masuk hopsital kembali, sy paksa diri minum air banyak2 dan cuba makan juga. Muntah pon takpe janji perut x kosong. Bulan puasa malangnya x dpt nak berpuasa disebabkan asik muntah. Nak buat cemana, jawabnya kena bayar fidiah dan ganti je la puasa yg ditinggalkan.

Bulan puasa dan raya tahun ni mmg agak menyedihkan. Makan-minum cik HB dan anak2 sgt la terabai. Cik HB yg mmg takde skill memasak (dia cuba gak masak, tapi ended up dia sendiri yg x selera nak makan), terpaksa membeli samada kat kedai makan atau bazaar Ramadan tapi malangnya bazaar Ramadan kat area rumah kami tak best. Selalu sgt makanan yg dibeli ntah apa2 rasanya. Persediaan raya lagi la sadis, apa pon x shopping. Mujur mak sy uruskan baju kurung sikembar dan baju2 lain sy sempat shopping masa J-Card sale sebelum sakit.

Kehidupan sosial mmg out. Sy masa tgh sakit langsung tak berdunia ngan org baik in reality or online world. FB and blog langsung tak dilayan. Nak keluar rumah pon x sanggup. Masa raya pon x kemana kecuali rumah adik beradik.

Skrg pregnant@17 weeks, things getting better. Sy hanya muntah sekali sekali, pagi terutamanya. Tp selera makan dah ok, dah makan sgt byk ok! Hari tu merasa la sekejap berat badan turun sampai 8kg tapi la ni rasanya dah naik lebih 8kg kot :). Cuma rasa mual dan air liur berlebihan still ada, dan cepat penat. Tp yg penting dah boleh la memasak (aritu masuk dapur pon x lalu!), dan buat keje rumah sikit2.

Skrg tengah happy browsing barang2 baby. Rasanya byk jugak brg2 baby yg nak kena dibeli memandangkan brg2 baby masa zaman sikembar, kami dah bagi2 kat org sebelum ke Germany dulu.

Sunday, December 20, 2009

Bukan Rezeki...

Dalam dok kata x nak lagi,x nak lagi tu kan....

Several weeks ago, my period x dtg2. Being on regular cycle, rasa kalau dah lewat seminggu tu...hmmm, apalagi kan?

So, I went buy pregnancy home test kit and did it and WALLA!!!

Two lines appeared immediately....

For those who don´t know what it means....it means PREGNANCY ok!

Walaupun bukan dlm perancangan, hati tetap berbunga2 dan excited dgn kehadiran orang baru. Terus survey stroller dan tgk brg2 baby di internet!

Anyway, the week I found out about it, was the busy week sbb si kembar masuk kindergarten. So disbbkan sibuk menguruskan sikembar, maka lawatan ke frauenarzt (gynae) ditangguhkan dulu. Lagipon based on my calculation, baru 6 minggu so xpe la kalau pegi lambat sikit.

At the same time, morning sickness dan rasa x larat pon mula appear. Masak pon dah x lalu dan tekak payau je manjang. Dok berdoa jgn la sampai dpt hyperesis gravidarum mcm masa pregnant si kembar.

The following week, selepas twins dan settle down kat kindergarten gi buat appointment kat frauenarzt and was given an appointment on another week. And my sickness was getting worse and exhaustion makin menjadi2. Buat keje sikit, dah rasa nak tergolek. Most of the time, tido aje.

Then, the appointment day arrived. Pegi frauenarzt, went thru all necessary procedures - amik darah, timbang berat, measure blood pressure....

Then, jumpa doc...she performed scan...and the moment she saw the image, dia kata there's something wrong with my pregnancy - there was the egg but it was empty! No child, no heartbeat. So she said she will refer me to the hospital and the hospital will do further check-up and take necessary action. And that could mean D&C...

Sedih la jugak masa doctor tu ckp "I'm sorry it happens this way". Tapi nak buat cemana kan...bukan rezeki kali ni.

The next day, gi Hospital Ruesselsheim, ditemani anak kak Liza, Zurina. Nasib la Zurina ikut sbb bukan semua staff kat hospital tu boleh ckp English. Then I went thru another scan, lepas tu diorg ckp I had to stay in the hospital at least 3 days sbb maybe kena buat D&C. The thing was, the pregnancy is not normal and they had to check further details to confirm whether they can proceed with D&C procedures. And the D&C pon x boleh delay sgt sbb kalau dah mmg xde baby but the body developed pregnancy body, then the body could be poisoned with the pregnancy hormone (sorry if I conveyed wrong info, but that was what I understood).

One thing I amazed about the medical procedures kat sini, is how details they go through things. Like in my case, before I was warded, I was to sit down with the gynae who did the check-up on me when I was first arrived in the hospital and she explained my condition, then the procedures that I would go thru with D&C and long list of risks, consequences and effects that I would probably face with the medical procedures they would carry out on me. So if I understand and agree to accept all of the abovementioned, then only I should sign the agreement paper. Kalau dgr the probable risks tu mmg sgt menakutkan, as if I was going to do major operation!

Itu yg dgn gynae....

Then another session ngan anesthetic. Pon sama jugak.


Koridor hospital Russelsheim - photos courtesy Mazrah. Aku x sempat pon nak snap gambar bilik aku kat hospital tu.

That night, I was told to stop eating by 12pm and to stop drinking by 2 am. Ingatkan awal pg diorg akan proceed ngan D&C tp when the doc came, he said they still have to take my blood sample sbb the previous day, my blood showed that I had the pregnancy hormone and pregnancy hormone is produced by baby so they were afraid that there could be a baby, it's just that x nampak on the scanner. So kena amik darah lg and kena tunggu lg. Bosan seh dok hospital! Dah lah x boleh makan/minum. Dah lah tgn abis bengkak sbb diorg nak bg drip tp asik x jumpa urat atau cucuk salah urat (I don't blame them, it's my common problem, kat Mesia pon camni gak!)

Then, they came and told me that they would proceed with D&C since there was a drop in the level of pregnancy hormone. Then diorg bg ubat utk kembangkan uterus as a preparation for D&C. Mula2 ckp operation would be at 3 pm, lepas tu kata kul 7pm. Pastu kata kul 10pm. Tp x jadi jugak. Sbbnya diorg kata asik ada emergency case so x cukup doktor anesthetic and since my case was not critical so kena la tunggu. Hish, x tau ke org dah kelaparan!

In between tunggu dah ler sakit perut mcm nak bersalin. Rupanya ubat tu mmg ubat utk bg contraction so it's normal rasa sakit mcm nak bersalin. Kul 11pm lebih kot, masa dah tertido tu, tetiba the nurses masuk bilik, kata dah dpt call utk hantar aku ke operation room. Nasib baik la dah penah went thru operation masa bersalinkan twins dulu, jadinya xde la berdebar sgt masa di tolak ke operation room then masuk operation room. Dlm operation tu dah ler semua lelaki, sorang tu (rasanya doktor bius kot) made conversation with me and try to sooth me down (suh relax la kot) tp honestly xde la rasa takut kot. Then nampak diorg inject something into my dripline pastu letak topeng mulut on over my face. Then dah x sedar apa2 dah.

Tau2 aje dah ditolak ke one room (they call it wake up room). Stay kat situ kejap then ditolak balik ke bilik. Immediately I fell into sleep again, the kul 6pm something nurse dtg check on me and aku disuruh bgn pegi toilet, tgk normal ke proses pembuangan and checked whether I was bleeding heavily.

Tetiba badan rasa normal, sihat, sikit pon x rasa sakit apa2. Tekak payau ke, nausea ke semua hilang, padahal just the day before tu still rasa morning sickness. Mula2 nurse kata I had to stay one more day tp when the doc came later, dia kata since everything was fine, dia bg balik that noon. Yeay!!!! Kalau nak kena dok kat hospital lg sehari, huh!

But of course, I have to revisit my gynae for following check-up lepas seminggu or so.

So that was the whole story. Senang sikit bila buat entry ni because ramai yg tanya what happened kat FB and jenuh la nak citer the whole thing kat setiap sorang.

I really have to thank some people when this things happened.

To Mat & Liza yg sgt2 mengambil berat - tolong call kan pihak hospital sebelum masuk hospital bertanyakan apa2 yg perlu n then mlm2 yg sejuk tu bawa Liya pi hospital, sbb nak melawat I dan bawa makanan (makanan hospital sini mmg x sedap!). Then kebetulan pulak masa tu I've got friend yg dtg dr Mesia for vacation and she arrived when I was still hospitalised...pon dgn jasa balik Liza & Mat, tumpangkan ler my friend kat rumah diorg sekejap.

Then Kak Liza n Cik dee yg tolong jagakan sikembar, jemput dr kindy, sent me food and mcm2 lg while cik HB terpaksa ke sekolah. It was a hectic time for us, sbbnya that week la cik HB ada test dan mcm2 urusan.

Then of course, Zurina.....the one yg drove me to hospital, arranged for my admission, jadi tukang translate, visiting me from time to time, bawakan my things, follow-up with the nurses and doctors on my situation and then drove me home the day I was discharged.

Really, I'm so blessed that we live around all these kind-hearted, helpful people. No blood relationship and yet already feel like family. Alhamdulilah.....

And for those who have been asking how am I doing....I'm doing just fine - physically and emotionally. Ada yg kata kena pantang even miscarriage but I don't know how to pantang. So just go through life as usual, cuma xde la mkn benda2 yg tajam dan bergas.