Pages

Showing posts with label Society. Show all posts
Showing posts with label Society. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Where's Your Manners, Girl?

Beberapa hari lepas, saya n family pi makan kat satu food court ni. Masa tu saya n Insyirah aje tunggu kat meja, cik HB and twins pi beli makanan.
 
Then, dtg satu family duduk meja sebelah. Tetiba satu budak perempuan remaja, maybe dalam umur 16-17thn gitu main grab saja kerusi kat meja kami. Terkejut saya....saya kan tercongok kat situ, takde pon dia reti nak tanya2 dulu kat saya samada kerusi tu boleh amik ke tak! Tapi sbb kerusi2 yg ada kat meja kami mmg cukup2 utk kami lima beranak, kena la saya ckp kat dia tak boleh amik sbb anak saya nak duduk kejap lagi. Tu pon mcm dengar tak dengar, sampai saya terpaksa pegang tangan dia nak stop dia dr amik kerusi kami. So dia tak jadi amik la tapi sikit pon tak tengok muka saya dan cakap sorry ke apa ke....
 
Even org dewasa yg ada dalam group (tak tau la samada dia tu mak ke kakak), yg dok perhatikan kejadian pon tak cakap apa2. Yang saya dengar dia marah remaja tu sbb remaja tu minta dia amikkan kerusi at the table on the other side dengan kata2 "itu pon ko tak reti amik sendiri?"
 
Adoiii....I was so surprised la with this behaviour. Mana la pegi adab sopan-santun masyarakat sekarang? Baik yang muda dan yang dah tua, dah tak reti hormat kat org lain dah. Buatkan saya risau dan takut memikirkan anak2 sendiri. Kot2 saya pon terlepas pandang perkara macam ni dan dah tak rasa apa2 or perasan kalau2 anak2 bersikap biadap/kurang ajar.
 
Nauzubillahi min zalik....
 
Semoga anak2 kita masih lagi ada adap sopan dan menghormati orang lain.

Tuesday, May 19, 2015

Nasib Rohingya


I hope you are all aware dengan situasi yang menimpa saudara se-Islam kita, etnik Rohingha yang berasal dari daerah Arakan di Myanmar. Sangat mengganggu minda memikirkan nasib mereka ni.

Sejak berpuluh2 tahun hidup mereka sebagai minoriti Islam ditindas secara zalim oleh pemerintahan Junta di sana yg dikatakan membenci penduduk Islam. Tahun2 kebelakangan ni semakin teruk bila ramai yang diseksa dan dibunuh secara kejam semata2 kerana mereka beragama Islam.

Boleh baca di link2 dibawah ini mengenai Rohingya



Pun begitu, masyarakat antarabangsa berdiam diri dan menganggap isu dalaman negara Myanmar. Paling tak boleh difahami, bila org2 Rohingya ini menjadi pelarian, tak ada negara yang sanggup menerima termasuk la negara kita Malaysia. 

Can u imagine the boats with hundreds(or thousands) of people who have been on board for so long - no food, water, health issues and so on are not allowed to land. There are women, kids and elderly too.

Kenapa lah kita kejam sangat?

Imagine la kalau kita ditempat mereka. U think it cannot happen to us? Kalau Allah nak terbalikkan situasi, bila2 pon boleh jadi.

Alhamdulilah, we have NGOs and individuals yang menggerakkan bantuan2 utk membantu org Rohingya yg stranded near Malaysia coastline. But how much they can help, tak tau la.

Dan kalau dah negara2 ASEAN ni tak nak sangat terima pelarian Rohingya ni, kenapa tak buat sesuatu terhadap kerajaan Junta supaya tak menindas dan membunuh org2 Rohingya. Junta sepatutnya dikenakan tindakan atau tekanan supaya tidak mengganggu etnik Rohingya di kampung halaman mereka sendiri. They should be allowed to live in harmony, access to economy activities and education and the freedom to practice Islam.

Oh, dunia mmg semakin kejam! 

So what can we do if we care?

Share and make it viral on the issue of Rohingya. Bring awareness to a lot of people and donate. They shouldn't be refugees. Myanmar is their country too. 

Seperti mana kita bersimpati dengan nasib rakyat Palestin yg ditindas rejim Zionis, this is the same too with Rohingya people. They need our help and prayers. 

Please, please help them.

Friday, February 13, 2015

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat: Ulama& Pemimpin Yang Tiada Gantinya


Perginya seorang ikon hebat, seorang ulama dan pemimpin yang tiada galang-gantinya. Seorang yang sgt sederhana, sgt tawadduk, sepanjang hayatnya dihabiskan untuk memperjuangkan agama. Walau pernah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun, dia tetap memilih utk hidup sederhana, tanpa rumah besar dan mewah, juga protokol ketat utk rakyat berjumpa dengan dia.

Saya tak pandai menilai politik. Selalunya mual rasanya bila membaca tentang politik. Tapi untuk Tuan Guru Nik Aziz, kekaguman saya adalah kerana cara hidupnya yang sederhana. Sedih bila memikirkan masih ramai yg mencaci dan menghina dia, yang kata mereka, dia hidup zuhud tu lakonan semata, padahal mengumpul harta sebanyak2nya secara diam2. In my personal view, berapa lama seseorang tu boleh berlakon? Takkan mampu berlakon sepanjang hayatnya 84 tahun? 

I believe he was what he was.....dia mungkin bukan manusia yang maksum, bersih tanpa sebarang dosa tapi dia adalah hamba Allah yang saya percaya ikhlas dalam perjuangannya...yang memang mengharapkan hanya syurga Allah menjadi ganjarannya. Bukan kesenangan dan kemewahan kehidupan dunia.

Semoga Allah ampunkan dosa2nya dan merahmatinya, serta dikurniakan ganjaran yang tinggi atas kebaikan yang telah dilakukan.

Al-fatihah.

Monday, January 12, 2015

Misi Bantuan Pasca Banjir

Minggu lepas cik HB join kawan2 dr alumni sekolah pergi ke Kelantan utk menghantar bantuan banjir. They arranged everything on their own. Hasil sumbangan dari group kawan2 diorg, dapat la dlm RM 10k dan about 10 sukarelawan termasuk cik HB pergi ke sana utk hantar bantuan. Sumbangan diberi dalam bentuk selimut, tuala, tikar getah, dapur gas dan keperluan2 lain lagi yg berbentuk survival kits. Cuma takde makanan sbb dah ramai pihak yg sumbangkan makanan.

Area pertama yg dituju - Kampung Manjor, Kuala Krai.

Cik HB kata mmg kebanyakan rumah disitu rosak dan ada yg tinggal tapak saja. Diakui, bagi kami yang sering menggunakan laluan Gua Musang - Kuala Krai utk balik KB, kebanyakan mereka yg menetap di Gua Musang dan Kuala Krai adalah orang2 miskin yg bekerja kampung atau menoreh getah. Rumah pon dah ala2 dah menyembah bumi, jadi bila banjir besar melanda tak heran kalau abis hanyut dibawa arus. 

Kesian sgt kat diorg ni...sudah la tak berharta sangat, apa yang ada pon semuanya hilang sekelip mata. Dugaan Allah nak bagi....pastinya ada hikmah yg kita tak tahu. Didoakan semoga diorg tabah menghadapi cabaran hidup mendatang. Namun mereka ni mmg betul2 perlukan bantuan utk bangun semula. 





SOP yg dijalankan oleh team cik HB dan kawan2, diorg tak bagi barang secara pukal. Sebaliknya diorg hantar ke rumah2 (or tapak rumah yg ada khemah canvas didirikan). Sebabnya dah banyak aduan mengatakan yg bukan mangsa banjir pon dtg amik barang2. Kiranya amik kesempatan la. Ada satu pakcik ni siap terus je grab satu kotak kain pelikat utk dia sorang aje. Agak chaotic jugak la urusan nak hulurkan sumbangan sbb ada pihak2 yg berebut2 dan tak sabar2 nak dpt barang2 bantuan.


Kena la distribute barang betul2 sbb kalau x abis barang dibolot sesetengah pihak aje.


Cik HB demonstrate cara2 nak guna portable gas cooker kat mokcik2, abe2 disitu. He was the only Kelantanese in the group, so kena la jadi jurucakap :))). Looking at this photo, I am so proud of him sbb melibatkan diri dalam kerja2 amal macam ni. Semoga di masa2 akan dtg cik HB akan terus bergiat dalam kegiatan amal dan mudah2an saya pon turut dapat serta nanti.

These were the volunteers yang pergi ke sana. 

Lepas Kuala Krai diorg ke Tanah Merah dan Pasir Puteh. Ada ramai sukarelawan yang ke sana utk membantu baik orang perseorangan, kumpulan NGO dan badan2 kerajaan. Syukur Alhamdulilah masih ramai rakyat Malaysia yang sanggup bertungkus-lumus membantu orang yg dalam kesusahan. Kalau nak tau perkembangan usaha baik pulih dan bantuan pasca banjir di Kelantan, saya banyak ikuti update dari  FB volunteers yang aktif seperti Raja Shamri dan Syed Azmi.

Ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan utk membaik-pulih situasi di tempat2 banjir tu. Jadi memang perlukan banyak sgt bantuan. Kerajaan satu hal la, tp kita yang rakyat biasa ni pon berperanan utk membantu. 

Sedikit petikan dari FB Raja Shamri on the current situation:

Pada pengamatan saya ... Kalau tak kena cara apa yg boleh dan bakal terjadi serta sedang terjadi di beberapa kawasan dan boleh merebak ke kawasan lain :-
1. wabak penyakit seperti taun / denggi / kencing tikus / cirit birit sebab mereka tak dapat air bersih yg konsisten / sistem tandas yg tak terurus / tidur dalamn khemah dengan nyamuk dari sistem sampah yg tak teratur.
2. Masalah sosial / seks bebas / rogol dsbg sebab tidur dalam khemah aurat terdedah .. mandi di tempat terbuka dsbg ...
3. Gangguan psikologi terutama anak2 dan para pelajar sekolah
4. Kekotoran udara disebabkan kesan debu halus dari selut.
5. Gigitan serangga liar termasuk ular / kala jengking dsbg.
6. Gangguan dari haiwan seperti babi dan anjing liar yg masuk ke khemah yg terbuka.
7. Fokus kepada solat dan ibadat yg makin terjejas
8. Fokus kepada kecemerlangan akademik terjejas teruk
9. Kes kecurian dan jenayah meningkat dengan berlakunya curi besi dari bangunan kerajaan / rumah / rail keretapi dsbg.
10. Kematian disebabkan penyakit / jenayah.
Doakan semoga misi kita sekurang2nya dapat mengurangkan risiko semua perkara itu dari terjadi ...
Sertai saya dan beribu lagi sukarelawan ok.... Sekarang bukan lagi soal makanan atau baju ... sekarang pasca banjir ... ada perkara lebih besar yg perlu kita usahakan.
Nak buat penempatan semula tak boleh sebab kita ada bnyk constraint ... politik / legality / faktor keselamatan / TNB / Air kelantan / pemilikan tanah dan macam2 lagi.
So kita fokus buat tandas awam dulu dan buat balairaya / surau supaya mereka ada tempat tertutup sikit ...
Serahkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat utk buat penempatan sbb itulah yg sebaiknya ...
Wallahu'alam ....

Let's help ya!


Friday, January 9, 2015

Picture of the Day: Motorbikers


Yesterday, on the way home from work, I stopped on red light at the traffic light. It was raining heavily and very cold weather. There I saw these father-daughter (I assume so), on the motorbike waiting for the green light under the heavy rain.That traffic light usually would be 2-3 minutes on red, so imagine waiting under heavy rain.

It brought back memories.....how I used to ride bike with my father to everywhere during my growing-up years. That was the only means of transportation we had at the time. If we were to go farther then we would ride bus.

Sekarang Alhamdulilah, taraf kehidupan bertambah baik, punya kereta utk kemana2. Anak2 pon celik2 mata, dah tau ada kereta dan senang nak kemana2. Tak perlu berpanas, berhujan. Tak perlu usung beg turun naik bas/keretapi kalau balik kampung. Cuma pernah merasa zaman dok Jerman few years back perlu susah-payah sikit sbb tak berkereta. 

Sebab itu bila tengok bermotorsikal (motor kapcai not superbike ye), I akan hormat mereka. Meaning, xde la suka2 nak himpit diorg atas jalan. Marah betul bila pemandu2 kereta/van/lori/bas etc suka2 je himpit the motorbikers or memotong without considering them. Nak2 kalau penunggang motor yg dah berumur, tambah pulak bawak pembonceng yg sedang dukung anak.

Kesian tau....

So if you see people riding on the bikes, please have some empathy and doakan semoga hidup mereka selamat dan sejahtera. Even for mat rempits, didoakan semoga diaorg sedar yang jalan-raya bukan tempat utk jadi hero ye!

Wednesday, December 31, 2014

Banjir Pantai Timur 2014 - From My Own Eyes

I can't really remember bila sebenarnya banjir di pantai timur bermula. Yang saya pasti hari2 sebelum cuti krismas mmg dah sgt teruk banjir melanda terutamanya di Kelantan.

Kami memang dah lama merancang nak balik KB masa cuti krismas tu so bila kata dah banjir teruk, berkali2 saya tanya cik HB betul ke kita nak balik KB dalam situasi macam ni.However,  abg cik HB yg dari Johor dah balik KB 2 days before kami balik, and sorang lagi kawan cik HB juga travel dr Melaka ke KB the day before kami balik, report kata takde masalah sangat dengan laluan utk ke KB melalui Terengganu,

Hari pertama: 25/12/2014

Pagi Khamis pukul 8.30 am tu kami bertolak la ke KB melalui laluan Felda-Keratong-Muadzam Shah-Gambang-LPT2. Cuma kat LPT2, kami kena exit kat exit Kuala Dungun sbb LPT2 area Ajil-Bukit Besi dah banjir. Alhamdulilah, hari tak hujan cuma cuaca mendung sepanjang jalan.

Laluan jalan menuju Kuala Dungun was congested jugak la. Berkilometer jugak la mengharung jem. Rupa2nya didepan sana ada kawasan yg dinaiki air tapi x la dalam sangat. Cuma airnya agak deras so kereta kena slow la nak cross. 


Lepas tu dah smooth. Kami amik laluan pantai menuju Kuala Terengganu, lepas tu amik jalan biasa melalui Permaisuri-Jerteh-Pasir Puteh. Sampai di KB lebih kurang 9 mlm. Kat sana kecoh kata bandar KB dah dinaiki air. Family abg sulung cik HB pon dah evacuate ke rumah Mek sbb rumah dia di Pintu Geng dah naik air. Anak buah cik HB yang jadi HO kat Hospital KB pon ckp hospital pon dah dinaiki air. Malam tu kami tido x lena jugak la sbb risau air sampai ke kawasan rumah Mek.

Hari kedua: 26/12/2014

Esok paginya, cik HB ajak ronda naik motor tengok banjir kat KB. Kami pusing kat area Wisma Persekutuan, Hospital KB, KB Mall dan Jambatan Yahya Petra. Banyak jalan2 yang dah ditutup sbb air dah naik. 

Ni kat depan Hospital Kota Bharu

Ini pulak gambar dalam wad hospital yg anak buah cik HB share

Ni gambar di ambil kat atas flyover dekat KB Mall

Tesco KB 

Atas flyover dekat KB Mall, jalan pon dah ditutup 
so ramai yang parked kereta disini utk selamatkan kereta dari banjir.

Ni kat Jambatan Yahya Petra. Air sgt deras. Mcm2 objek yg dihanyutkan.


Seharian kami dok follow berita pasal banjir. Message di WA tak berhenti masuk. Sekejap2 ada je kawasan baru dinaiki air and more jalan ditutup. Rumah Mek bekalan air dah terputus tapi mujur boleh tumpang air boring (air yg dipam dr dalam tanah) jiran mek. Jadi dapat la kami mandi, masak mcm biasa. Stok makanan pon masih ada kat rumah Mek. Kakak biras ckp ayam dijual pada harga RM30 seekor! Bekalan letrik pon kat area Jalan Bayam masih ok walaupun kawasan keliling dah terputus.


Insyirah and Tok Ayoh...perkara yang paling kami bimbangi kalau perlu berpindah adalah kebajikan Ayoh. Ayoh dah bedridden sekarang dan perlukan penjagaan rapi. Kalau perlu berpindah, kesian kat dia. Alhamdulilah sampai ke hari ini (31/12/2014) rumah Mek tak banjir langsung.

Sebelah petang pulak abg ipar dan kakak biras bawak anak2 sedara pi main air kat area2 bandar KB. Saya tak ikut sbb tak nak Insyirah ikut serta. Ikut hati x nak bagi kembar ikut sbb risau keselamatan diorg tp kasi can la diorg nak merasa pesta air dengan sepupu2 diorang.



Malam tu sepanjang malam hujan lebat. Memang tak lena tido dibuatnya. Selalunya saya mmg suka kalau tido malam hujan turun lebat. Sejuk je kan? Tapi malam tu dok berdoa cepat la hujan berhenti sebab dok risau air dari Berek 12 (kampung sebelah) sampai ke rumah kami. 

Hari ke-tiga: 27/12/2014

Alhamdulilah, air x sampai jugak ke rumah Mek. Tapi dari berita yg disampai, banyak kawasan KB dan Kelantan yg lain semakin ditenggelami air. Kami jugak dengar laluan nak keluar dr Jalan Bayam dah banyak yg ditutup, cuma boleh sampai ke Kubang Kerian aje.

Saya dah cuak juga, macamana nak balik Melaka esok? Then keluar lagi berita kata LPT area Temerloh dah ditenggelami air so laluan LPT Kuantan -KL ditutup utk semua kenderaan. Sebenarnya selama hari ni ni pon kami x guna laluan LPT Kuantan-KL utk balik Melaka. Memang lalu ikut Muadzam Shah. Tapi disebabkan ari khamis tu kami lalu Muadzam Shah, jalan byk yg rosak so kami ingat nak la lalu KL. Tup2 jalan ni pon ditutup. So saya cuma berdoa je la mudah2an perjalanan pulang kami esok lancar dan selamat. 

Malam tu saya ajak cik HB keluar cari stok makanan utk rumah Mek sbb stok yg ada dah berkurangan Mula2 kami gi Mydin Kubang Kerian, dah tutup. Pegi another supermarket pon dah tutup. Then singgah la mana2 kedai runcit yg ada tepi jalan. Kebanyakan kedai dah kehabisan stok barang. Dapat la beli bihun 2 bungkus kat satu kedai ni, then another kedai beli maggi, another kedai beli tepung gandum, another kedai beli sardin. Dah x boleh nak fikir dah pasal jenama ke, harga ke..kaut je apa yg boleh.

Hari ke-empat: 28/12/2014

9.30 am: nak bertolak balik ke Melaka. Tawakkal saja kepada Allah apa pon road condition yg akan dihadapi. Bawa bekal makanan siap2 sbb foresee akan masalah nak cari makanan nanti.Cuma nasi putih dan sardin dan juga bihun goreng. Cukup la asalkan boleh makan.

On the petrol, dalam 1-2 hari tu mmg susah nak cari petrol sbb kebanyakan stesyen minyak dah kehabisan petrol dan takde penghantaran baru. Yg masih ada, berderet2 kereta beratur nak isi minyak. Mujur masa otw balik KB, kami masih ada lagi half tank. Tapi cik HB berusaha jugak la pi isi minyak. Dapat la isi dalam setakuk dua kot. Lepas la at least utk sampai Terengganu. Alhamdulilah laluan Kubang Kerian-Pasir Tumboh yg ditutup semalamnya, hari ni boleh lalu semula. Pon begitu masih banyak rumah2 yg ditenggelami air.

Nampak bumbung aje

Alhamdulilah, sampai kat Jerteh, dapat top-up lagi petrol. Sepanjang jalan agak2 dah hilang 2-3 takuk dan jumpa petrol station aje, kami akan top-up. Sebab tak tau condition di depan sana. Tapi laluan mmg smooth. LPT2 pon yg sebelum ditutup antara Ajil- Bukit Besi pon dah dibuka. Cuma masih perlu caution sbb hujan lebat sepanjang perjalanan, air boleh naik bila2 masa.

Kiri kanan LPT dah macam tasik besar

Kami sampai Gambang dalam pukul 5 ptg tapi sebaik saja nak masuk laluan Muadzam Shah, jalan dah jem! Semua yg nak ke KL/pantai barat terpaksa amik laluan itu jugak. Kami ni konon nak elakkan jem and adventurous, check Waza and Garmin, ada jalan alternatif melalui Felda Chini. Dah gerak 40km from Gambang, tup2 jalan yg kami guna tu x leh lalu pon sbb air dah naik!

Hah! Amik ko! Sampai 2 sistem GPS pakai. Waze on, Garmin pon on....sekali dua2 failed! Huhuhu

Adoiii...nak tak nak terpaksa la patah balik ke Gambang dan amik la jugak laluan yg jem tu. Mujur minyak dah full tank siap2. Mana2 petrol station yg ada, semua beratur panjang nak isi minyak. 

Finally we arrived home at 12.30 am. 

15 hours on the road! Phewwww

Namun sangat la bersyukur sbb sampai rumah dengan selamat. 

I'm glad I went back to KB. Boleh lihat dengan mata kepala sendiri apa yg terjadi di sana. KB tu kira tak lah teruk sangat dibandingkan dengan Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan lain2. Kata org2 disana, banjir kali mmg la luar biasa. Tempat yg  x penah banjir pon banjir. Semalam dan hari ni ramai yg share gambar2 post-banjir di area Kuala Krai, memang seumpama dilanda tsunami!

So bagi kita yg berkemampuan ni, let's help them. Banyak sgt cerita sedih yg dikongsi tentang banjir ini. Toksah la mengutuk, mencaci sana-sini. Kesian Tok Guru Nik Aziz dicaci maki kata sbb benarkan pembalakan besar2an di Kelantan maka banjir besar terjadi. Padahal Perak, Pahang dan negeri yg lain pon banjir jugak.

Just bantu dan ambil pengajaran atas musibah yang jadi.

Monday, December 22, 2014

Kisah2 dari Hospital

Walaupun dah lebih 2 minggu since discharged dari hospital, baru sekarang nak share some kisah2 yang saya kutip masa berada kat hospital. Tak lama saya kat hospital, just 2 hari satu malam tapi adalah kisah2 yg nak saya rekodkan kat sini buat bacaan di masa depan :)

Kisah 1: The Sweet HO 

The night I got heavy bleeding, we rushed to Emergency Room GH Melaka dan setelah tunggu sekian lama baru la diperiksa walaupun masa tu dah siap darah menitik2 di lantai disebabkan heavy bleeding. Dan kemudian dirujuk di Kamar Bersalin. Kat Kamar Bersalin pon tunggu lagi dan lepas seketika baru diperiksa. Apa boleh buat, dah hospital kerajaan, orang pon ramai jadi diorg kena utamakan kes2 kritikal dulu. So kena bersabar aje la. Kalau tak sabar dan ada banyak duit boleh la pegi hospital swasta. Yang kesian waktu menunggu tu ada ibu yang dah nak bersalin, bukaan pon dah 4 cm, muka dah berkerut2 tahan sakit tapi terpaksa juga tunggu sampai la ada yg entertain. Pulak tu sebelum boleh dilayan, kena interview dulu mcm2 soalan. 

Walaupun menunggu agak lama, saya kemudiannya dilayan oleh satu HO (Houseman Officer atau doktor pelatih) ni yang memang manis mukanya. Despite it was 3.30 am in the morning, and I could see her tired face, still she treated me with smiling face and cakap baik2. I knew 3 doctors in cik HB's family and I knew what a HO kena go through sepanjang tempoh housemanships diorg. Long working hours, non-stop treating patients, kena marah lagi dengan MO atau specialist. Pendek kata mmg stressful la.

So while she was tending me, I asked this HO " dah berapa jam keje?" and she was surprised by my question and jawab dah 36jam katanya with 5 hours break in between. And then the conversation between us flowing...she mentioned she is married, ada anak yg baru few months old, tapi sedih sbb katanya anaknya mcm tak kenal dia. Ye la, imagine if you work 36 hours already, and u only see her for 5 hours, the baby actually spends more time with the babysitter than the mother. And then she shared how difficult it is to manage a baby without a reliable family member helping taking care the child. Hantar taska sebelum ini, anaknya balik dengan lebam2 di badan dan taska tak nak ckp apa yg terjadi. Langsung dia buat report polis dan tukar taska lain.

" Sedih saya kak, saya jaga anak org lain baik2, org tak jaga anak saya baik2"....tu kata dia.

Then dia shared jugak mmg susah buat housemanship kat hospital Malaysia ni sbb mmg sangat stress. Sebab dia pernah buat praktikal kat oversea (I guess dia belajar medic oversea), dia kata situasi sangat berbeza. Kena marah dgn doktor specialist mcm kucing kurap pon ye. Yang ini saya pon sempat saksikan seorg specialist maki hamun HOs siap baling fail lagi!

Deep inside, I was asking "perlu ke berperangai begitu?"

So what if you are a specialist? Hebat sangat ke sampai perlu layan orang bawahan mcm tu?

What are u trying to show?

By the time I was about  to be sent to  the ward, that HO masih lagi bekerja, berlari sana-sini entertain patients. It was nearly 9am. Tak tau berapa lama dia perlu bekerja utk shift itu.

Adik HO, semoga kehidupanmu bertambah baik dan semoga hidupmu dirahmati Allah kerana apa yg kamu lakukan utk kerjamu mmg sangat mulia.

Dan terima kasih atas senyumanmu walaupun kamu mungkin terlalu penat dan tertekan utk sentiasa senyum.

Kisah 2: The Arrogant Specialist

Again, as my kisah last year, I was warded in wad kelas 3 despite ada GL yg melayakkan saya duduk single room kelas satu. I didn't mind, walaupun nurse bersusah payah memujuk katanya kelas satu takde kekosongan, you are here for just one-night observation so takpe kan duduk kejap kelas 3.

Iye, saya paham dan saya tak bising pon. What is there to complain when you still have a bed to lie down? Tapi still makanan tak sedap la...hehehe.

But the roomates were not that friendly so saya banyak membaca aje. And then the routine check-ups, MO interviews, bla...bla..bla...bosan yang amat dok hospital.

Next morning, the morning round, ada doktor specialist datang. A malay lady with loud voice. So bila sampai katil saya, dia pon tanya serba sikit. Then asked if I have any question. Saya pon tanya about my MC whether ada tak in the discharge note asingkan the hospitalization and MC. Tapi dia tersalah faham dan ingat saya nak MC lebih. Dengan nada yg sarcastic dan marah2 dia ckp org keguguran hanya layak dpt 7 hari, dia dulu pon dpt 7 hari dan itu pon lepas 3 hari dia dtg keje sbb dah sihat katanya.

I told her saya tak kisah berapa hari MC nak bagi pon cuma saya nak tau dalam MC tu tulis sekali dengan hari saya dimasukkan ke ward ke sbb company saya ada policy utk hospitalization dan MC. Dan jugak utk saya claim apa2 yg perlu dengan company.

Agaknya sbb dengar saya ckp banyak term2 professional (saya sikit lagi nak speaking aje...hahaha), nadanya terus lembut dan tanya "u ni keje apa?"

So saya cakap saya engineer utk company sekian sekian. Dan paham la saya sebentar tadi yang dia ckp sarcastic dengan saya tu sbb dia ingat agaknya saya ni low-educated person yang nak amik kesempatan atas status kesihatan saya. Maklum la, itu kan kelas 3 eh? 

Terus pulak lepas tu interview saya byk2 pasal keje saya and somehow I shared some info dengan dia pasal air, terus ckp kat MO dia, kasi saya MC 10 hari!

Bila saya cerita kat cik HB, cik HB kata that extra 3 hari dia kasi sbb nak cover malu la kot...

Hmmmm...

Oh, that specialist siap tanya saya lagi "oh, u tak kisah ye duduk kelas 3?"

*ternganga kejap*

Tapi sempat jawab dah kata kelas 1 takde kekosongan, takkan saya nak paksa hospital kasi jugak saya bilik kelas 1? Takkan saya nak ngamuk2 kat situ demand jugak kelas 1? Besar sangat ke darjat saya ni?

Alahaiiiii doktor!

Hmmmm.....macamana ye nak berdepan dengan mentaliti begini? Itu golongan profesional tu...

Tak boleh ke u layan semua orang sama rata tanpa kira taraf pendidikan dan pekerjaan seseorang?

Maaf cakap, saya rasa mentaliti penjawat awam yang suka memandang rendah pada orang masih lagi wujud tak kira la dari level mana sekali pon (saya pernah alami perkara INI dulu ). Though saya tak nafikan ada yang tak macam tu. 

Kepada yang tidak, saya ucapkan tahniah.

Friday, October 3, 2014

Oh Minyak!

Salam jumaat semua!

Rasanya ramai yg masih belum terkejut dari demam kenaikan harga minyak eh? 

Yg saya perasan status2 dan perasaan org ramai di sosial media berkenaan kenaikan harga minyak kali ni nampaknya lebih cool atau calm. Bukan la bererti bersetuju tapi lebih kepada bunyi2 sarcasm ataupun pasrah aje.

Kerana baru saja September tahun lepas harga naik 20 sen. Nak marah pon tak tau nak marah macamana dah. Saya tahu dan ingat kenaikan harga minyak tahun lepas sbb saya ada rekodkan pasal isu itu di SINI.

Bak kata Saiful Nang - kena telan aje lah!

Suka disini saya nak cut and paste nukilan Saiful Nang di FB semalam:

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG
Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu. Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".
Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.
Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.
Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.
Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.
Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.
Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.
Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.
Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.
Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.
SAIFUL NANG
Orang Marhaen
//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.
///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.
 Juga nak petik nukilan Dr. Hasanah Ismail kesan kenaikan harga minyak dan kesihatan. 
Harga petrol dan diesel naik lagi dua puluh sen. Maka teringatlah saya pesakit-pesakit saya yang sudah begitu terhimpit sebelum kenaikkan terbaru.
Walaupun isteri bergaji RM2,000 sebulan, tiap kali kawan menceritakan ada restoran baru di Kota, hanya mampu telan air liur sendiri. Tiap hari masak makanan yang hasil dibeli dengan pencatuan duit, dan pilihan makanan yang mengeyangkan tetapi beharga murah. Tentunya makanan berkabohidrat tinggi. Okay untuk anak-anak yang membesar dan mereka yang masih kurus. Tetapi ironinya, makin tinggi kos hidup, makin gemuklah rakyat. Sebagai contoh, di Mexico dan US.
Tahu kah anda makanan apa yang paling murah? Tentunya beras, gandum, minyak masak dalam pek plastik. Snek murah, goreng pisang dan goreng ubi. Nak hidangkan snak di rumah, tentunya buat jemput malas, berkabohidrat dan berminyak.
Nampak tak sekarang apa yang ingin saya tonjolkan. Di Malaysia ramai yang kaya tetapi miskin. Kaya dengan lemak di badan. Lagi tinggi kos kehidupan, akan lebih banyak pengambilan karbohidrat, dan akan lebih gemuklah masyarakat biasa, yang tidak mampu beli beg tangan berjenama, usahkan itu, nak makan di KFC pun tak mampu.
Siapa lebih berkredibiliti mempunyai cerita derita dan sengsara manusia, jika tidak seorang pakar psikiatri atau psikologi yang mampu memberi masa untuk mendengar rintihan pesakit yang tidak psikotik, yang juga mewakili rakyat biasa. Mereka ada kerja dan ada gaji.
Jika dengan pakar motivasi yang poket tebal (duit berat) dan menghiasi muka TV Malaysia dan terhias muka dan badan dengan kelebihan, dikatakan tidak bersyukur, dan disuruh menjadi inovatif dan membuat kerja sambilan. Tahukan dia, rakyat biasa ini bila sampai di rumah dari tempat kerja, setelah mengatasi stres di jalan raya, mereka ikutkan hati dan rasa ingin sahaja lepak di atas katil. Tetapi, perlu ke dapur, masak nasi dan ikan goreng Selayang untuk memberi makan anak dan laki. Diri yang stres, apa lagi, makan lah nasi yang banyak dan nasi yang terlebih di dalam periuk. Kan mahal, kenapa pula nak membazir. Atau esok pagi, di goreng dengan minyak lebihan goreng ikan Selayang tadi.
Mereka ini dilihat di luaran berpakaian kemas, pandu kereta proton, ada rumah dan ada TV, tetapi realiti jika diketahui layak menjadi asnaf penerima zakat. Kadang-kadang tangan ini masuk-keluar beberapa kali ke dalam beg tangan di atas lantai klinik, ingin mengeluarkan duit, tetapi kebanyakkan masa tidak jadi kerana ia akan menyingung perasaan pesakit dan juga lain kali perhubungan terapuetik dengan pesakit itu akan terganggu, juga tidak sesuai dengan etika kaunseling.
Ada orang kata jika makanan mahal akibat kos kehidupan yang mendaki harga minyak, jangan lah berbelanja mahal-mahal. Itu lah objektif saya menulis di pagi ini. Makanan yang murah mempunyai peratusan tinggi karbohidrat. Nasi berlauk murah. Cuba bayangkan, nasi dan sedikit lauk sahaja, tanpa sayur. Nak puaskan hati lepas makan, minum teh tarik, susunya berkrim dari lemak sayuran. Bukan sahaja badan jadi gemuk dengan lemak, tetapi kadar keradangan dalam badan menjadi-jadi. Nanti, senang mendapat penyakit kronik, kencing manis dan darah tinggi. Kolesterol tak usah cerita lah. Bila sakit, beratur di hospital kerajaan. Mana mampu hospital swasta. Nak beli insuran? Gila! Nak beli beras pun duit cukup-cukup.
Lagi naik minyak, maka lagi gemuk lah kebanyakkan orang.
Saya tidak tergolong dalam kategori itu, kerana hidup saya dengan memakan minyak!. Saya baru lepas sahur dengan air kopi gano, tanpa gula, dibubuh satu sudu kecil madu acacia dan 2 sudu besar minyak nyior dara. Kalau nak kauseling pesakit cara pemakanan begini, mustahil ada ramai yang mengikut. Kalau tidak tentu ramai orang kurus. Lihat aje pakar motivasi. Adakah anda fikir mereka sudah cukup kurus dalam golongan berat unggul?
So, cakap senang kan?
I am loss at words tentang isu ini. Tapi kedua2 nukilan ni saya rasa sangat la menggambarkan perasaan dan keadaan sebenar kebanyakan rakyat di bumi Malaysia tercinta ini. Tak payah ckp pasal mereka yg benar2 miskin dan tiada sumber pendapatan, yg bekerja suami-isteri pon bertungkus lumus siang malam nak cari duit utk cukupkan perbelanjaan isi rumah. 
Doa saya semoga mereka2 yg duduk dipucuk pimpinan saya dibuka hatinya oleh Allah SWT utk memahami keperitan rakyat dan bukannya lagi menghimpit kami dengan kos sara hidup yg makin tinggi. Jangan la dok minta rakyat berjimat cermat sedangkan para pemimpin hidup penuh kemewahan. Anak2 semuanya dihantar belajar oversea dari peringkat sekolah rendah lagi, apa kes kan?

Saturday, July 12, 2014

Let's Help Palestine!

Utk sekian kalinya, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Israel yg kejam menyerang lagi Palestine. 

Atas dasar self-defense kononnya!

Apa lah yg mampu dilakukan oleh anak2 kecil dan pemuda2 yg hanya melawan dan menentang dengan balingan batu?

Istilah self-defense itu lebih sesuai utk rakyat Palestine yg mempertahankan tanah air mereka dari terus menerus di rompak oleh Israel/Zionist.

Sperti biasa juga, pemimpin2 besar dunia hanya mendiamkan diri, media2 antarabangsa juga buat senyap aje...seolah2 takde apa2 yg berlaku di bumi Palestine itu. Alhamdulilah, adanya internet dan media sosial ramai yg berkongsi berita semasa. 

For those who are concerned, let's help the Palestinians. Kita boleh bantu pelbagai cara:

1. DERMA:

Yang mampu dari segi kewangan, hulurkan bantuan anda kepada Aman Palestine atau Aqsa Syarif. Saya cuma rekomen kan dua ini sahaja sbb yg ini saya amat pasti dengan usaha mereka membantu rakyat Palestine kerana mereka adalah NGO yg mempunyai rekod cemerlang membantu rakyat Palestine. Yg lain2 saya x pasti, tapi saya berharap kalau nak menderma, elok juga amik tau tukang kutip derma tu siapa...sbb dah banyak kes2 konon kutip derma utk Palestine tapi lepas tu songlap duit tu.



2. BOIKOT:

Dah selalu juga saya pos entry pasal boikot produk2 yang mempunyai bukti menyalurkan bantuan kewangan kepada regim Zionist. Antaranya Mc Donald's, L'oreal, Nestle, Coca-cola. Banyak lagi tapi kita boikot setakat yg mampu. Boleh rujuk entry lama saya tajuk Palestin. 

Boikot ini even negara2 bukan Islam pon turut sama menyokong. Di UK, di Jepun ramai yang prihatin dengan isu Palestine dan memboikot Mc Donald's tapi kat Malaysia ini ramai lagi yang tak dapat meninggalkan habit mkn Mc Donald's. Saya juga dulu peminat tegar Mc Donald's tapi dah 2 tahun saya stop makan Mc Donald's. You can do it too.

3. SHARE dan SHARE

..is exactly what I am doing now. Sharing the info, news, awareness so that more people would be concerned and help out. Make it viral, make it consistent. Share it on the blogs, on FB, Instagram,Tweeters and any channels possible.

4. DOA

...the least you can do. Doa semoga keamanan, kebebasan dan hak2 rakyat Palestine dikembalikan semula. Doakan semoga tiada lagi nyawa2 yg terkorban terutamanya anak2 kecil yang tidak berdosa.  Doakan semoga tiada lagi penindasan sesama manusia.

Last but not leaset, let's hear this meaningful song. 

The spirits would never die.....


WE WILL NOT GO DOWN by Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Monday, April 28, 2014

Hati Mak...

Pagi ni saya mendengar luahan hati seorang ibu tentang anak2nya....

Meleleh2 air mata si mak bercerita sikap anak2nya yg melukakan hati dia....sampai saya sendiri pon jadi sebak. 

Katanya anak2nya tak ambil berat pasal dirinya, lebihkan keluarga mertua, time susah cari la mak, x cukup duit belanja, pinjam kat mak, nak makan sedap2 dtg rumah mak.....

Tapi bila mak minta tolong, mcm2 alasan dibagi....

Kat rumah mak, geli2 pegang ikan nak siang, nak minta tolong masak pon alasannya penat, penat, penat.

Kat rumah mertua, siap masak bagai....walaupun baru balik kerja!

Maklum la, baru2 semuanya wangi eh?

Bagus la tu, amik hati mertua.....

Tapi mak sendiri jangan la lupa....berlaku adil la pada kedua2nya. Ingat la, mak tu la yg mengandung, melahirkan, membesarkan kita selama bertahun2....

Mak tu la yg sanggup bersusah payah menguruskan segala, supaya kita boleh membesar dengan sempurna.

Bila dengar itu semua, saya pon muhasabah diri...macamana saya layan mak saya? Adakah mak saya juga rasa begini dengan saya?

Mudah2an tak la Mak ye....saya takut kalau Mak kecik hati atau marah ngan saya, berdosa besar jawabnya kalau menyakiti hati ibu-bapa. 

Tapi cerita anak derhaka versi moden ni mmg kerap kali dah didengar dizaman moden. Apa yg saya dengar pagi ni mmg dah cerita biasa. Anak x ambil berat kat mak ayah, anak ambil kesempatan atas kebaikan mak ayah (pinjam duit, minta ngasuhkan anak dgn percuma, tumpang makan minum dengan percuma), bercakap kasar atau kurang ajar ngan mak ayah....

Sedaya-upaya mmg saya usahakan jaga hati parents saya, berlaku adil terhadap mereka dan mertua saya. Kalau cuti panjang mmg kami balik KB sbb KB kan jauh, nak balik selalu x dapat. Tapi sebulan sekali saya usahakan juga balik Tg Malim walaupun cuma dihujung minggu. Saya harap Mak x kecik hati bab ini.

Ye, semakin ibu bapa berumur, semakin banyak juga cabarannya nak menjaga hati mereka. Bila kita sendiri pon dah berkeluarga dan semakin banyak komitmen, kadang2 kita pon tersepit antara keperluan suami dan anak2 dan juga ibu-bapa.

Tapi saya pernah dengar ceramah agama (tak ingat siapa penceramahnya, though), kita doa lah kepada Allah mudah2an dipermudahkan segalanya. Kalau yg suami tu, harap2 fahami la perasaan mertua yg juga nakkan kasih-sayang anak perempuannya. Walaupun isteri tu yg jadi hak anda, ingat la dia masih anak seseorang. Tak rugi berbuat baik dengan mertua.  Kalau yg isteri tu, mmg la kena faham yg suami anda tu mmg harus taat kepada ibu-bapanya. Jadi kalau suami tu nak balik kampung kerap kali pon, balik je la...minta la pada Allah supaya mak ayah kita faham keadaan. Supaya mereka bersangka baik dan tidak berkecil hati terhadap anak2.

Kadang2 mmg ada mak2 yg mudah berkecil hati ngan anak2. Ada mak, anak tak telefon sekian-sekian hari pon dah kecil hati. Anak x bagitau certain2 benda pon, kecil hati. Jadi anak2 kena la ambil tau apa benda yg boleh buat mak kecil hati dan usahakan jangan buat benda2 tu. Jangan la kita pon emo sama dan cakap "mak ni mengada2 la".

Allahuakbar!

Fikir2 balik, kita kecik2 pon mesti ada mengada2 jugak? 

Buat semua anak2 (termasuk la si tukang tulis ni), sayangi dan hargai la mak ayah kita sementara mereka masih ada di dunia ini. Dan buat yg telah tiada, doakan lah mereka, mudah2an sejahtera hidup mereka dialam barzakh dan mudah2an kita bertemu semula di syurga.

Tuesday, March 25, 2014

Allahuakbar...Sedihnya #MH370

Saya tertidur awal smlm disebabkan sakit kepala....

Lagipon dah lebih seminggu Astro rumah kami bermasalah...so selama tu jugak la kami x menonton rancangan TV...

Sebelum Astro bermasalah, hampir sepanjang masa la juga bila kat rumah kami melayan Astro Awani sejak2 berita kehilangan MH370. Tapi bila dah takde siaran Astro, kami cuma layan berita2 online saja la.

Tup2 pagi ni bangun dan check FB, hampir semua news feed berkongsi kisah terbaru MH370.

Dan ini statement PM yg saya cut & paste dr website MSN.

"We deeply regret that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board have survived ... We must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean."

Innalilahi wa innalilahi rojiun......

Sungguh sedih, sayu dan pilu......

Setelah berminggu2 tanpa bukti yg kukuh bahawa flight ini mungkin terhempas, saya hampir mahu percaya teori2 konspirasi yg menyatakan mereka semua selamat di suatu tempat rahsia. Biar pon saya tak kenal sesiapa pon yg terlibat, saya tetap mengharapkan mereka semua selamat tak kisah la dimana2....

Walau apa pon misterinya, persoalan kenapa flight ni berada jauh dan menyimpang dari laluan asalnya, skrg saya cuma doakan semoga roh mereka dirahmati dan diberkati Allah. 

Saya kagum dgn sikap ahli keluarga rakyat Malaysia yg lebih bersikap tenang dan menerima berita sedih ini dibandingkan dengan rakyat negara China yg masih ingin mengalahkan pihak MAS dan kerajaan Malaysia. 

One of the video saya tengok, seorg rakyat China ni hanya mahu menerima berita ini jika dia dapat tgk sendiri mayat ahli keluarganya....

Ntah la, mungkin dia sgt emosi, lalu akalnya tak dapat berfikir....

Kapal terbang yg menjunam masuk kedalam lautan yg luas, yg kedalamannya dikatakan sekitar 5-7km, bukan la semudah itu dapat dicari. Kalau pon dapat dicari, makan masa berbulan2 atau bertahun2....
Bukan sbb saya rakyat Malaysia dan hanya ingin menyokong kerajaan saya tapi saya rasa sbb kita rakyat Malaysia percaya kepada Tuhan, qada' dan qadar, maka kita tau semuanya telah ditentukan Allah. Kita percaya ada hikmah disebalik ujian ini. 

Alhamdulilah jika hati kita masih percaya pada Allah, kita akan terima dengan redha.

Tapi jika hati kita tak percaya pada Tuhan, kita akan menyalahkan segala2nya pada yg lain....

Semoga ujian ini membuka hati kita semua utk terus mengharapkan kebaikan dan keselamatan dunia akhirat dari Allah s.w.t


Monday, September 9, 2013

Perihal Beli Rumah


Semalam, kat advertisement board nak masuk taman kami, developer dah tampal iklan baru new housing development. Maknanya taman kami akan bertambah besar la nampak gayanya.


Tetapi, harganya nampaknya semakin mahal (walaupun org Lembah Kelang sure kata MURAH!). Kalau ikutkan Durian Tunggal ni masih area kampung, jadi ingatnya harga rumah sepatutnya rendah lagi la. Well, nak kata apa...sure akan ada buyers jugak walaupun kita rasa ianya mahal.

Mesti la makin ramai org mengeluh dgn nilai rumah yg semakin mahal ni. Naik bukan takat 10k, 20k, by few months sampai 100k pon boleh jadi.

Alhamdulilah, kami dikira membeli rumah pada harga yg berpatutan dgn nilainya. We bought our house back in 2011 sebaik saja pulang ke Malaysia dan rumah siap sepenuhnya in 2012. Mujur la developer yg sememangnya punya track record yg cemerlang, menyiapkan rumah lebih awal dr yg dijanji.

Kakak saya beli rumah thn 2006 sampai skrg x siap2! Kes developer lari. Kesian kat abg ipar yg kesana-kesini minta tolong org kerajaan dan bukan kerajaan untuk selesaikan hal rumah dia. Dah masuk paper, masuk TV, akhirnya baru la ada pihak yg amik-alih dan sanbung pembinaan. Insyaallah bulan November katanya boleh la masuk. That makes about 7 years to be completed!. Kalau ada byk duit, boleh la pegi beli rumah lain tapi walaupun rumah x siap, installment dgn bank tetap jalan!

Kami dulu pon the first few years berkahwin, ada jugak ura2 nak beli rumah. Masa tu still menetap kat KL. Nak cari rumah mampu milik kena la mencari2 di area pinggiran bandar. Kami masa tu asalkan ada iklan rumah baru, ke Kajang, ke Rawang, Sg. Buloh gigih kami pi tengok. Ada rumah yg kalau nak book kena bayar RM50 la, RM100 la...jadi x jadi beli tetap no-refund! Ada satu rumah kat Kajang ni, kami dah berkenan dah, dah bayar duit booking bagai tapi fikir banyak sgt langsung x jadi beli. Fikir nak meredah jem nak pi keje KL, fikir juga tambahan kos utk petrol dan tol. Fikir jugak anak2 nak letak kat mana. Patut letak ngan tempat jagaan dekat opis ke or dekat rumah ke...pendek kata byk benda la fikir.

So we postponed the idea of buying house.

Adalah hikmahnya bila cik HB dpt keje kat Melaka. Dah pindah Melaka pon kami rajin jugak pi tgk show house tp masa tu kami x decide nak beli lagi sbb cik HB masih berbelah bagi nak menetap kat Melaka sampai tua ke tak...hehehe.  Then kami pi Jerman sbb cik HB further study kat sana. 

Balik Malaysia/Melaka, masa cik HB dok cari rumah sewa, dia jumpa projek rumah kitorg skrg. Jumpa developer, tgk show house, cik HB terus berkenan dan book terus. Pulak tu mmg rumah ni sgt laku, masa cik HB pi tgk, tinggal 5 unit je tinggal. Kalau lama sgt fikir, cik HB risau sold out terus.  Pastu baru call saya bgtau dia dah book rumah nak beli. Terkejut gak mokcik...baru je balik sini x sampai sebulan, tau2 dah beli rumah?

But it was a good decision, sbb saya pon suka rumah ni. Kiranya menepati ciri2 rumah idaman la. Alhamdulilah, proses pembelian berjalan lancar, rumah pon siap lebih awal dr tarikh yg dijangka. 

Tapi skrg ni proses nak dapatkan rumah yg mampu-milik dah semakin susah. Selain harga rumah yg semakin mahal x masuk akal, proses nak dapatkan pinjaman perumahan pon dengarnya semakin ketat. Kalau sebelum ni boleh dpt 90-95% loan, dgrnya nanti akan jadi 70% saja. Kalau betul, mati la camtu...kata la rumah harga 200k, kena ada cash 60k kat tgn, baru boleh beli rumah...huhuhu.

Harapannya, semoga kerajaan akan kawal selia harga2 rumah dan mudahkan la proses pinjaman perumahan. Ramai lagi org2 kat luar sana yg x mampu nk beli rumah sendiri dek kerana harga yg makin melampau2.

Thursday, September 5, 2013

Isu 20 Sen dan Kisah Seorang Ibu

Tgk tajuk pon dah tau nak citer apa kan?

Mahap la, mokcik still seronok lagi nak citer pasal hal minyak. Bukan apa, smlm first time isi minyak pada harga baru. Selalu full tank around RM80, smlm jadi RM92. 

You know, I could, if I choose - not to be bothered. 

With my job, I am provided with a SUV, along with a petrol card paid by the company and the limit is quite huge. And so far, my monthly usage would not even reach 1/3 of the card limit.

So yes, the petrol price increase would not affect me -  not directly and if I think as an individual.

But I live in a society and I'm thinking about those people who live on meagre salary. So bila saya tgk komen2 kat FB yg berbunyi "20 sen pon nak bising ke?" - saya pon nak marah tau! Obviously org2 ni mungkin tak penah bergaul dgn org2 yg hidup susah, yg mengira setiap syiling yg ada demi kelangsungan hidup. Dan x payah la nak citer pasal mereka2 yg miskin tegar, yg sebelum harga minyak naik dah sedia kala susah, tgk la golongan yg berpendapatan rendah, yg berkemungkinan jatuh ke paras miskin kesan dr kenaikan harga minyak ni.

Dgn harga minyak baru ni buat saya terkenang seseorg yg penah bekerja bersama2 saya disini tapi kemudian dapat job offer lain kat Nilai. She's a mother of three, dua kat IPTA dan seorg masih sekolah. And husband is not working due to health issue. The family based in Seremban, so masa keje kat sini dulu, she commuted Melaka - Seremban like twice a week. At first I thought, dia tinggal menyewa kat sini but I always saw her personal stuffs siap ngan toto n bantal kat surau opis. I suspected she slept in the surau throughout the weekdays tapi tak penah tanya dia. Until at last she told me mmg dia tido kat surau opis everyday. Awal2 menyewa bilik tapi kemudian dia nak jimatkan duit utk buat travelling balik Seremban dua kali seminggu, so katanya baik dia tido kat opis aje. Makan pon ala kadar, kat pantry opis, saya nampak ada la biskut kering, milo, maggi dan pek2 bubur nasi.

Saya tak terkata, tp kagum ngan keberanian dan semangat  dia. Plus, she also took cleaning jobs for our two site offices, so after office hour she would start doing her cleaning jobs. She is such a tiny lady but very energetic and cheerful.

I asked her "macamana akak larat buat semua ni?"

Dia kata sambil tersenyum "Larat x larat, demi anak2, buat2 larat la"

Apparently dr zaman muda remaja dia dah biasa buat two jobs. Penah juga siang keje kerani, malam keje cuci pinggan kat kedai mamak. Katanya kalau ada byk masa lagi, bukan takat 2 keje, 3-4 keje pon dia sanggup buat asalkan dapat rezeki halal. Dan apa saja yg boleh dijimat, dia akan jimat.

Saya selalu bersimpati ngan dia, masa dia keje sini dulu, selalu la saya belanja dia makan tengahari. Ada lagi sorang staff yg tau cerita dia jugak, bila kakak ni tolong buatkan OT claims, selalu jugak hulur duit RM50. Antara kesusahannya lainnya yg saya tau, rumahnya nyaris nak dilelong sbb dah lama x bayar installment. Actually dia bg duit kat husband dia tiap2 bulan utk bayar duit rumah, tapi husband dia x amanah, guna duit utk kepentingan sendiri. Tapi dia sgt tabah, cari jalan sedaya upaya utk selamatkan rumah dia, dan Allah bantu dia bila ada seorg kawan dia yg sanggup pinjamkan duit berpuluh2 ribu tanpa interest untuk dia dapatkan balik rumah tu.

Last week we were talking on the phone (sebelum harga minyak baru diumumkan), and I asked how she was doing, she shared the same old stories. Struggling every day nak cukupkan belanja rumah and anak2. Hari2 duit travel pon dah RM7. Her income with the new job pon not so much, x sampai 3k pon. And she can't do part time job sbb keje banyak, dia selalu balik lambat and now dah stay kat rumah sendiri, balik kena masak dan urus rumah lagi.

So I guess she's one of those people who would be badly affected with the petrol increase. Semoga dia bertabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran kehidupan. I just hope she is healthy sbb masa kat sini dulu dia selalu sakit perut dan saya dah berkali2 suruh dia gi hospital. Tapi dia ckp, xpe...sakit sikit2 aje, padahal masa sakit perut muka sampai pucat2.

Dan tolong la utk mereka2 yg claim 'mampu' tu, jgn la come out dgn statement2 yg mengguris perasaan ramai pihak. 

Tolong ada hati perut sikit!