Pages

Friday, January 13, 2017

Garden Update: January 2017 - Pokok Pisang Tanduk

It's been more than half a year since my last update on gardening....huhuhu.

Ye la, sebelum pregnant asik xde masa, sekarang dah pregnant lagi la mmg langsung  x jenguk laman and pokok2. 

Tapi Alhamdulilah, dalam tak berjaga tu, pokok pisang tandukyang mak saya tanam pada Disember 2015 dah berbuah buat pertama kali. Happy sgt dari mula tgk jantungnya keluar dan makin lama makin membesar. Sejuk tangan Mak yang tanam 😊😊😊

Alhamdulilah, banyak jugak jadinya dalam 1 jantung tu, ada 10 biji. Semua membesar elok. Kami ni first time tanam pisang, jadinya memang x tau la bila waktu sesuai nak tuai pisang tu. Saya dok la berperang dengan cik HB tanya bila nak amik pisang tu sbb saya risau pisang2 rosak atas pokok. Jiran2 kami ramai jugak yg tanam pisang tapi bukan pisang tanduk, ada yg tanam pisang emas, pisang yg mmg jenis makan mentah tu (sebenarnya mokcik bukannya kenal pon jenis2 pisang...hehehe). So diorg pon rajin bagi pisang kat kitorang sesikat dua bila ada yg berbuah dan waktu bagi mmg hijau lagi dan diorg pesan suh peram. Jadinya saya ingat pisang tanduk pon patut gitu la. Yang cik HB pulak rasa kitorg patut tunggu sampai pisang tu kuning atas pokok. Tapi at last sbb saya bising ari2, bila dah nampak kuning2 dia tebang la jugak...hehehe


 Ni la rupanya masa tgh membesar atas pokok

Ni pulak rupanya bila dah tebang...besar2

So kami pon pakat2 bagi kat jiran2 yg betul2 dekat ngan rumah. Ada 3 rumah, kami bagi 2 biji/rumah. Selebihnya baru kami punya. Jiran2 semua kagum tgk saiz pisang tanduk yang besar ni. Siap abang sebelah minta anak pokok lagi. Abang sebelah kata patut biar je masak atas pokok. Oh ye? Tak tau pon....hehehe

Ni tgh peram la tu....belum masak apa2 lagi. Cadangnya nak buat pengat dan pisang goreng. Happy sgt tgk hasil tanaman sendiri. Pisang tanduk kan mahal....sebiji kalau kat pasar tu dalam RM3-4. Berbaloi sgt tanam pokok pisang ni. Dah la x remeh nak jaga.

Berbudilah pada tanah....banyak manfaatnya :)

Thursday, January 5, 2017

Picnic@ Kampung

Dalam keadaan saya yg tak berapa nak optimum ni mmg takde hati nak pegi bercuti kemana2 so cuti sekolah Disember lepas, kami tak  kemana2 kecuali balik kampung kat Tg Malim, pegi jalan2 shopping complex kat Lembah Klang, pegi makan2 gitu aje....

Kebetulan pulak masa balik kampung aritu, adik2 saya ada yg balik jugak so kami plan dengan kakak sulung yg mmg menetap kat Tg Malim nak pegi berkelah kat Sungai Inki, Kalumpang. Tempat ni tak jauh dr rumah mak saya. Dalam 15 minit perjalanan berkereta. Yg bestnya sungai ni masih preserved kebersihannya dan keindahannya dek kerana orang luar masih tak tahu sangat kewujudan tempat ni. Kebanyakan tempat perkelahan yang terkenal dah tak berapa cantik dan bersih sekarang dek kerana terlalu banyak pencemaran dilakukan oleh pengunjung. Datang berkelah, makan2 semua, sampah ditinggalkan begitu aje. Macamana lah tak jadi penyakit kencing tikus dan wabak2 lain kalau kebersihan tak dijaga. 

Sungai Inki ni nampaknya mcm terjaga jugak la sbb dibawah pengurusan majlis daerah. Ada pekerja yang pantau aktiviti disini. Tak dibenar buat unggun api atas tanah untyk BBQ melainkan bawa bekas pemanggang sendiri. Tong sampah pon banyak disediakan. So harap2 semua ada kesedaran untuk jaga kebersihan alam sekitar kalau nak terus nikmati keindahannya di masa depan.

Jom layan gambar2...


Anak2 bersama sepupu2 mereka sangat la gembira mandi sungai kat sungai. Airnya sejuk sgt tapi x reti2 diorang naik ke darat. Dok la berendam sampai kecut2 kulit,

Ni gambar saya snap dr jauh dan zoom kan..gigih anak beranak ni mengharung air deras. Air kat sini agak deras so kalau banyak budak2 kena ada orang dewasa temankan sekali untuk supervise dengan jarak dekat. Kot2 terhanyut boleh terus tangkap. Anak buah 7 tahun pon x mampu nak cross sungai tu dan hampir dihanyutkan.

Happy betul 2 beranak ni mandi sungai...maklum la kami mmg jarang buat aktiviti outdoor macam ni. Kena selalu bawa anak2 hang-out di tempat2 outing semulajadi macam ni supaya diorg lebih hargai alam sekitar. Sungai cantik dan bersih macam ni dah semakin pupus sekarang. Entah ada ke tak sungai yg bersih lagi 10-20 tahun akan datang.


Mak saya yg sgt adventurous...dia mmg suka aktiviti2 mcm ni sbb katanya dulu dia kecik2 dia hebat berenang semula. Mak membesar di kampung jadi alam semulajadi ni mmg kesukaan dia.

 Adik saya yg pregnant 6 bulan pon gigih nak berendam jugak...

Abah selalunya camni la...dia mmg tak minat aktiviti2 lasak. Selalu jadi pemerhati sahaja...hehehe

 Kembar dan sepupu, Batrisyia


Saya? saya pon x kuasa nak berendam dalam air ,,,,takat rendam kaki aje. Abaikan muka yang selebet...pregnant ni mmg saya rasa saya huduh sangat...huhuhu



Malam tu kami celebrate birthday kakak sulung yang jatuh pada hari berkenaan, sekali ngan birthday adik saya no. 8 yg jugak December born. Kakak saya 45 tahun ni but to me she's always looks younger than her age.


Tuesday, January 3, 2017

Tahun Baru & First Day of School 2017

Assalammualaikum!

Tahun baru sudah....sekejap je 2016 dah berlalu and now it's new chapter 2017. I don't plan much for this year...semuanya gara2 melayan kerenah mengandung kali ini. I am not energetic therefore langsung la tak ambitious. I know tak bagus macam ni. I try very hard everyday to motivate myself to do better for life. Sebab I've been neglecting a lot of things and my family's life currently is very much affected with my conditions (or attitude maybe?)

For the past few months since pregnant, saya susah sgt nak bangun awal. Awal means before 6 am. I would normally wake up at 6.30 am utk solat Subuh. Lepas tu saya baring balik. But today, since school has started, I forced myself to get up before 6 am, kejutkan kembar then solat Subuh, lepas tu turun dapur buat breakfast dan bekal sekolah.

I didn't do anything fancy, just a simple egg sandwiches. Asalkan anak2 ada sarapan dan bekal sekolah. I cannot let them go to school without breakfast and food pack. Maybe for the time being mmg sandwiches la kot jadi menu harian. Sebab senang nak buat.

Sebenarnya persiapan nak sekolah ni pon diorg banyak buat sendiri. Nabihah dah pandai guna the mini sewing machine, so jahit sendiri tudung and lencana. Nabilah punya pon dia tolong buatkan. Alhamdulilah, dia ada minat ke arah itu, mak dia ni mmg helpless sungguh la.



Darjah 6 tahun ni...UPSR masih dikekalkan, cuma tak tahu la formatnya macamana pulak. I'm not very much ambitious about having my kids mesti score all As in their exam. I want them to study because they love to study, not because of scoring in exam. Semoga ilmu yang diperoleh bermanfaat dunia akhirat. Itu doa saya. Of course, semua parents nak anak2 berjaya dengan cemerlang, I want that to but I don't want  the children to be stressful and not happy learning. To be honest, saya mmg tak suka sistem pendidikan kebangsaan sekarang tapi apa nak buat. Kami tak mampu nak hantar ke sistem pendidikan alternatif yang lain (sekolah swasta/international school etc.)


This little one tahun ini bersekolah di tadika baru. Last year, dia bertahan 3 bulan aje di Tadika Iman. Dari minggu pertama lagi dah tak happy di situ. Mulanya kami ingat dia rindukan babysitter dia. Jenuh kami pujuk supaya dia bertahan tapi dah bulan ke 3 masih lagi pagi2 menangis tak nak pegi sekolah, balik pon x happy, maka kami amik keputusan untuk berhentikan dia. Tak nak la emosi dia terganggu sbb patut pegi tadika ni dia kena happy. Kalau x happy, something is wrong somewhere. Maybe sistem tadika tak sesuai dengan dia. Kami redha je la dia x mau sekolah kat situ despite kami dah bayar yuran mahal2 and no refund.

Tadika baru ni, dia dah pegi for 4 days last week for orientation and she seems to be happy with the kindergarden. Pagi2 excited bersiap nak pegi sekolah. Lagipon tadika baru ni dekat sgt dengan rumah, boleh jalan kaki aje.....maybe salah satu faktor yg buat dia selesa. 

Apapon semoga dia terus suka dengan tadika baru ni.