Pages

Thursday, February 4, 2016

Food Journal Update


Hari ni tak busy so sempat la amik gambar bekal dan update blog. Bekal ari ni bawa brown rice, dengan mixed salad, telur masin separuh (leftover dinner smlm) dan kari ikan dgn terung takde santan. Untuk makan lunch. 

Breakfast pagi td dah minum milo O campur habbatus sauda dan minyak kelapa dara. So rasa x perlu makan apa2 dah. Sampai opis bancuh air kosong yg dicampur 1 sudu cuka kurma dan 1 sudu jus delima. Mula2 dulu susah jugak nak minum sampai abis. Tapi skrg dah terbiasa.

Anggur hitam tu for snacking. 

Dah lama x timbang berat. Bateri digital weight scale pulak dah kong. Tapi smlm juga rakan sekerja opis lama, dia ckp saya nampak kurus sikit...hehehe.

Minggu depan cuti CNY so akan balik Kota Bharu and stay seminggu kot. That's my biggest challenge to eat clean and control portion. Exercise jangan cerita la...lalalala.


Pengorbanan Ibu Bapa

Semalam, balik dari keje, singgah beli laksa Kedah n keropok lekor dr gerai kat taman perumahan saya. Suka dengan laksa dia, mmg rasa pure laksa Kedah, kuah dia pekat. Tak kedekut ikan. Kakak yg jual tu mmg asal Kedah, ckp pon dok ckp loghat Kedah lagi. Kuih2 dia pon sedap. Mula2 dulu dia n suami dia niaga kuih2 dgn ABC. Lepas tu makin maju, dan mula tambah mcm2 - laksa, rojak buah, keropok lekor.

Sebelum ni saya takat sembang pendek2 je ngan suami-isteri ni. Maklum la diorg pon sibuk menguruskan org berjual-beli. Tapi diorg mmg peramah dan muka pon muka org baik2. Semalam x ramai org, sy pula beli 3 bungkus laksa, so sementara kakak tu dok bungkuskan laksa saya sempat la sembang panjang sikit.

Baru tau yang kakak abg ni sebelum ni dok KL. Tapi sbb anak 2 org belajar kat Melaka, dan risaukan si anak lelaki dok berulang balik KL naik motor, maka mak ayah ni sanggup pindah ke Melaka demi anak2. Abg tu dulu keje kilang kat KL, x tau la dia dah mmg bersara dr keje kilang atau sanggup berhenti keje sbb nak duduk Melaka. Kakak tu pula kata dulu dia ambil upah jaga budak. Kadang2 sampai 10 budak dia jaga. Fuhhh....

So from their story, I guess keluarga ni struggling jugak agaknya dr segi ekonomi. Tapi demi kebajikan anak2, sanggup berpindah dan mulakan hidup baru kat Melaka ni. Rumah kat Melaka ni pon rumah yg disewa. Tapi dr ceritanya rumah yg kat KL rumah sendiri dan disewakan. Jadi ada lah jugak duit timbal balik.

Saya kata kat kakak tu mmg saya kagum pengorbanan mereka pada anak2. Diorg senyum aje dan kata "takpe, duduk Melaka pon seronok jugak. tak jem".

Saya doakan semoga perniagaan diorg maju. Paling doakan semoga anak2 diorg jadi anak yg solehah dan ingat jasa mak ayah. Esok2 bila dah berjaya dalam kehidupan senangkan la pulak mak ayah ye!

Tuesday, February 2, 2016

Risik & Tunang

Alhamdulilah, Insyaallah tahun ni dua adik perempuan saya bakal menamatkan zaman bujang. The second last dan yg bongsu. Kahwin dua2 ni maka complete la semua anak2 Mak Abah yg mendirikan rumahtangga.

Mula dgn Epa, diikat bulan Disember lepas dengan org Jasin, Melaka. Katanya tak nak tunang2, nak terus kahwin. Tapi kena la jugak keluarga dua2 belah berjumpa kan? Tu yg Disember lepas keluarga sebelah lelaki dtg berjumpa keluarga kami. Majlis risik kekdahnya. Buat kat rumah saya memandangkan masa tu mmg Mak Abah ada kat rumah saya. Kami pulak sempoi gila. Tak sediakan apa2 hantaran pon. Saya cuma masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca daging, acar timun nenas. Mula2 kata cuma 1 kereta je nak dtg but turn out 3 keta datang! Mujur mmg masak lebih.

Dua2 belah pihak berbincang...

Pihak lelaki bawa 3 dulang - cincin, buah dan sepasang kain

Bakal mak mertua sarung cincin tanda to Epa

Insyallah, majlis nikah/kenduri kahwin Epa akan dibuat bulan Mei tahun ini.

2 minggu lepas majlis Epa, majlis bertunang adik bongsu saya Ain pulak di rumah kakak di Tg. Malim. Ain pon dapat jodoh org Kelantan juga, macam saya. Orang Pasir Tumboh. Sebab ramai ahli keluarga sebelah pihak lelaki nak datang, jadi Ain pon buat la jugak majlis bertunang dan makan2 sikit.

Rombongan pihak lelaki

Hantaran dari pihak kami, hantaran pihak lelaki I x sempat amik gambar

Ain dan bakal mak mertua

Ain dan cik tunang :)))

Kami 6 org adik-beradik perempuan

Part of cucu2 Atok Opah.

Insyaallah majlis nikah/kenduri kahwin Adik Ain akan dilangsungkan bulan Julai tahun ini. Serabut juga 2 kenduri kahwin in 2 months time apart. Tapi dah pilihan masing2 gitu, kita turutkan aje.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Monday, February 1, 2016

Rezeki Yang Tak Disangka2

Nak share cerita....

Semalam bawa anak2 ke Popular Bookstore, beli buku latihan and some reading books. Bila ada bajet lebih mmg saya set aside sikit utk bahan bacaan. I want the kids to love reading as I do. 

Masa tengah nak bayar, tiba2 ada satu kakak belakang saya menyapa...

"Dik, nah ambil voucher RM5 ni..."

Saya ternganga kejap, tanya balik " akak x nak guna ke? Takde benda dah nak beli?"

Dia jawab " dah cukup dah apa yg akak nak, kena clearkan jugak voucher ni by hari ni, awak amik aje".

Saya ckp terima kasih dan sy katakan kat kakak tu semoga rezeki dia dimurahkan.

RM5 might not sounds much. Tapi kakak tu boleh je memilih untuk grab anything of RM5 price and use the voucher. Instead, dia memilih untuk sedekahkan saja. Mulianya hati. Semoga RM5 yang disedekahkan itu memberikan ganjaran pahala yg besar untuk dia.

On my side pulak, I saw it as rezeki yang Allah swt melalui didorongkanNya kakak tu untuk sedekahkan saya, She might give it to other people but dah Allah kata itu rezeki saya, maka jadi rezeki saya.

Saya sangat la tersentuh dgn hal ni, tu yg saya share kat sini. Mungkin org nak ckp "alah, RM5 je kot, bukan Rm5 juta". But that's how I feel it, mcm dapat juta2....sbb nampak macam tu la aturan rezeki yang Allah dah tetapkan. 

Sama la jugak dengan sedekah. Kalau rasa nak sedekah, sedekah aje terus. Jangan fikir banyak. Jangan fikir org tu layak x layak terima sedekah. Jangan fikir duit kita tak cukup kalau bersedekah. Insyaallah takkan rugi org yg bersedekah.