Pages

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

Jalan2 Kerja @ Ipoh


Lebih kurang 2 minggu lepas saya ditugaskan sebagai salah seorang peyelia lawatan industri untuk students fakulti saya. Tempat lawatan area sekitar Ipoh, dengan 8 syarikat dan 12 students. Kebetulan pula jatuh masa cuti sekolah, cik HB pon free jadi saya angkut la satu family...yeay!!!

Walaupun saya orang Perak, saya tak familiar pon dengan area Ipoh. Jadi sesuai sangat la dapat peluang ke Ipoh. Kami gerak dr Melaka hari Isnin, saya amik cuti sbb cik HB ada meeting kat UPM. Kami anak-beranak lepak2 kat IOI City Mall sementara tunggu cik HB selesai kerjanya. Selesai semua, kami gerak ke Tg, Malim dan bermalam kat rumah Mak. 

Esoknya Selasa, pagi2 kami dah gerak ke Ipoh dan terus ke syarikat2 yg ada dalam jadual hari pertama saya. By noon dah selesai dah semua syarikat yg jadual lawatannya di hari pertama. Then kami pi makan Nasi Vaggey yg dikatakan sgt famous kat Ipoh. Saya dan cik HB rasa biasa2 aje, maybe sbb saya bukan la peminat tegar nasi kandar pon. Tu yg gambar pon x amik. 

Then kami ke hotel. Kami booked hotel berkonsepkan butik, namanya S Boutique kat area Tambun. Happy sgt dengan hotel ni, sbb hotelnya baru dan family roomnya sgt cozy. Rate dia rm248/night despite tgh cuti sekolah. Hotel2 cuti sekolah ni kan suka apply surcharge tah hapa2 tapi hotel ni takde la pulak. Maybe sbb baru sgt kot.

Family room yang kami dapat, ada 2 katil queen, dua katil single so mmg terlebih2 la tempat tido. Then ada dua LCD TV jadi xde la mak bapak berebut tv dgn anak2...hehehe. Cuma xde la facilities mcm swimming pool ke, gym ke or restoran. Dah konsep hotel butik mmg budgeted hotel kot....but somehow the interior and the services is not bad pon.

Bilik pertama

Bilik kedua

Cantik kan setting dia? Simple tapi kemas.

Daaa..gambar toilet pon nak masuk blog? Saya bukan apa, saya appreciate toilet yg bersih and functional walau kat mana pon saya pegi :)

Sepanjang ptg kami hanya lepak2, golek2 dalam bilik. Malam baru keluar cari makan. Pusing punya pusing, dan google macam2, akhirnya kami makan kat medan selera Taman Kanak2. Tak jauh dari Ipoh Parade. Ok la sini, mcm2 pilihan makanan yg ada. Yg paling meletop popiah dia. Mmg sedap sgt! Laksa pon sedap. Lepas makan kami pusing2 Ipoh Parade dan beli stok makanan utk makan kat hotel. Lepas tu balik tido....

Hari kedua, sambung lawatan industri. 3 company lagi. Hari ni lunch kami cuma tapau makanan dan makan kat hotel. Sebab cuaca panas sgt dan kami pon keletihan. Sepanjang2 saya buat lawatan, cik HB dan anak2 tunggu dalam keta. Tu pon dah penat...hehehe.

Dah petang sikit baru kami keluar jln2. Kami pi try Laksa Sarang Telur kat area Taman Botani. Agak jauh jugak dari city centre. 


Ni la laksanya. Taste wise saya suka aje tp cik HB rasa so-so aje. Dia x puas hati takde telur rebus....hahaha. Dah telur presented in the form of nest (sarang), so xde la telur rebus dah!

Lepas makan laksa, kami dah x tau nak kemana. Kami just pusing2 area bandar Ipoh. Then makan malam kami try makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Kami pilih kedai ni berdasarkan carian google tempat makan popular di Ipoh. Namanya mcm kedai jual nasi lemak je kan? Tp sebenarnya ada mcm2 makanan. Saya try makan sup belut. Sedap jugak la. Again cik HB rasa kedai ni biasa2 aje.

Hari ketiga, sambung lawatan lagi 3 companies, juga selesai by noon. Kami decided nak pegi jenguk Taman Rekreasi Gunung Lang pasal dah x tau nak buat apa dah kat Ipoh. Tempat ni agak menarik, nak sampai ke situ kena naik bot. Kena bayar la tapi tapi harga reasonable, kami bayar RM10 utk satu family. Naik botnya sekejapan sgt. 

Boat dia agak besar dan lengkap safety jacket walaupun travelling time dia ada kot 2-3 minit saja

Ni view dr pulau Taman Rekreasi Gunung Lang mengadap jeti kami bertolak.  Tempat ni cantik by nature tapi sayang tak dapat penjagaan yg sempurna. 


Tak banyak aktiviti boleh dibuat disini tapi boleh la jugak kalau nak bagi ikan makan. Selain tu ada juga la beberapa ekor rusa dan burung unta. Monyet liar pon banyak. Jadi hati2 jugak la especially kalau bawak makanan.

Terjumpa gua batu kapur....Ipoh mmg banyak gunung batu kapur. These three excited sungguh pi venture gua ni and took selfie!

Lepas Gunung Lang, ada la jugak berhajat nak jalan Kuala Kangsar tp the weather was so hot, and that made everyone tired, jadi balik ke hotel lebih menyeronokkan. So kami x kemana2 dah petang dan malam baru keluar cari makan. Kami repeat balik makan kat Medan Selera Taman Kanak2. 

Esoknya last day in Ipoh, kami checked out dan menuju ke Kellie's Castle. Kellie's Castle ni terletak kat Batu Gajah, off road sikit aje dr route kami nak balik Tanjung Malim. Ianya adalah banglo separuh siap tinggalan zaman British dan terkenal dengan kisah2 mistik. Alhamdulilah, nothing scary happened masa kami pusing2 di sini. 


Agak cantik jugak kan view kat sini?

This is view from the other side of the building

Anak2 dara pon dah nak sama tinggi dengan maknya


So that's all about our time in Ipoh. Not much but at least we got ourselves acquitted with Ipoh and its surroundings and of course foods :)

Tuesday, June 25, 2013

Teluk Senangin

Meh nak citer sikit pasal Teluk Senangin....

First time I came here in 2011, sebulan lepas balik dr Jerman sbb masa tu Kak Liza, cik Dee, Liza & Mat balik bercuti kat Malaysia. Jadi alang2 diorg balik, and I've been hearing about Teluk Senangin masa kat Jerman, so kami pon pegi la kesana. Then second time bulan Oktober tahun yg sama kami dtg lagi jumpa Kak Liza n Cik Dee yg balik bercuti sekali lagi. 

So kali ini kunjungan kami yg ke-3 ke Teluk Senangin.

Teluk Senangin ni terletak hampir dgn Lumut. About 20km from Manjung. Kata Kak Liza, mak dia asal dari sini. Tu yang dia ada rumah pusaka kat sini. Dulu2 kawasan ni sgt remote dan hanya ada  perkampungan kecil nelayan. No proper access road, diorg kena guna laluan laut utk pegi ke Lumut. If not, diorg kena jln kaki dr main road, menempuh hutan utk sampai ke Teluk Senangin ni.

Now Teluk Senangin semakin maju. Since Swiss Garden Lumut dibuka about 5-6km away from pantai Teluk Senangin, sudah ada proper road. Semakin ramai org luar masuk, dtg berkelah, mandi-manda dan ada yg buat bisnes chalet dan motel. Penduduk asal masih ada tp rata2 hidup dlm kemiskinan. You can tell which one rumah org kampung dan org luar. Rumah org2 kampung look shabby, tak terjaga dan ada yg mcm nak roboh dah. 

Walaupun tempat ni sgt cantik with white sandy beach and clean seawater, tempat ni agak tidak terjaga. Paling sedih, there's no proper drainage and sewerage system except for chalets and motels which I guess are using septic tanks. Org2 kampung buang sampah kat satu gaung ni. I guess majlis bandaran tak hantar lori sampah masuk sini kot. Motel I stayed, at least they hire service to pick up garbage and send it to proper landfill. 

Dua kali kami dtg sini, kami menumpang tido kat rumah Kak Liza but this time around kami sewa bilik kat Kamilla Motel. Jarak rumah Kak Liza dan motel ni dalam 500m je kot. Dan Kamilla Motel ni betul2 terletak depan pantai.

In terms of exterior, Kamilla Motel ni mmg nampak cantik tp the interior agak pathetic. I know it's a low budget motel tapi if you charge a room at RM110/night, surely you should provide a better accommodation. Ni tilam keras cam kayu, langsung tekan2 pon tak tenggelam. Toilet tak best langsung and deco langsung takde. Cuma yg grand sikit sbb ada aircond dan TV with one ASTRO channel. Tu aje....

Anyway, it's the best one in the vicinity compared to other chalets in the area...unless you are looking for luxurious accommodation, then you should go to Swiss Garden or Damar Laut Resort. Yang tu all together dah isolated from this area sbb there are private beach for the hotel guests.

Kamilla Motel, luar nampak cantik.
The landscape here is nice. I love the pergola.

Cik HB and Insyirah kat entrance Kamilla Motel

On the other hand, since Teluk Senangin agak terpencil, jadi pilihan utk membeli brg dan makan2 adalah terhad. Adalah satu dua kedai makan but the choices of food is limited. Malam pertama kami sampai kami makan kat satu kedai depan Kamilla Motel. Minta nasi goreng cina tapi ada cili padi kat dalamnya...huhuhu. I wonder whether tukang masak tau ke tak beza nasi goreng cina dan nasi goreng cili padi.

Saya tengok org2 yg dtg menginap kat chalet2 tu, semua mcm  masak sendiri. Tapi kat Kamilla Motel ni memasak adalah dilarang ye!

Second day, kami sibuk dgn kenduri kahwin Zurina, jadi makanan semua Kak Liza dan catered siap2 dr breakfast sampai la dinner. Third day tu la baru kami cari breakfast sendiri. Ada la satu kedai yg jual breakfast, so makan je apa yang ada.  Oh, just don't be surprised dgn kadar kewujudan lalat yg sgt byk. Serius banyak! Org situ ckp lalat ni mmg major issue kat situ sbb dekat2 situ ada few kawasan ternakan ayam. Jadi lalat adalah tidak terkawal. Masa kenduri Zurina pon, cik Dee dgn gigihnya sembur air serai wangi sepanjang masa nak halau lalat.

Pagi Ahad, sempat mandi kat pantai Teluk Senangin

Beautiful Teluk Senangin
Budak berdua ni sibuk cari ketam

Budak kecik ni refused masuk air. main tanah pon tak nak.

Dia sibuk mengunyah je!

Marah sbb kami paksa dia main pasir, tabur pasir tu atas tangan and badan dia. Dia ni geli kot ngan pasir, siap dah buang pasir tu pon, dia still tunjuk2 tangan dia. Dah lap bersih2 baru diam. 

So that's it la citer pasal Teluk Senangin. Mudah2an satu hari nanti isu lalat kat situ selesai.

Tuesday, July 3, 2012

Trip to Penang

Awal bulan lepas, kami buat trip ke Penang. First, kami nak jumpa Mat, Liza & Liya yg pulang bercuti ke Malaysia sempena majlis perkahwinan adik lelaki Liza. Second, it was school holiday, so kira bawa anak2 memerangkap mak bapak pegi bercuti la. Sy dah lama x ke Penang. Last pergi was in the year 2000 kot masa ikut my parents yg buat jejak kasih dgn sedara mara Mak yg ada kat Penang. 
Kami start travel hari jumaat petang tapi bermlm kat KL sbb masa tu parents mertua ada kat rumah adik ipar, so kami singgah nak jumpa diorg. Pukul 5 pagi the next morning kami dah gerak bersama2 ngan parents mertua & adik ipar yg nak balik ke KB pagi tu. Pit stops mmg byk: singgah R&R Rawang for Subuh and cik HB took a nap sbb ngantuk sgt. Then R&R Tapah - budak2 mandi-manda & breakfast. Then singgah Chemor: melawat adik ipar sy yg baru bersalin & lunch. 
Dari Chemor, kami travel ikut jln biasa sbb b4 en route to Chemor, PLUS hi-way mcm sesak and kami pon saja nak rasa ikut jln biasa melalui Kuala Kangsar, Taiping sbb x penah lalu ikut situ. And kami nak singgah nak makan mee udang Kuala Sepetang yg famous itu. Oh, mee udang Kuala Sepetang Mak Teh mmg mantops!!! Harga considerably murah dgn saiz udang yg besar & byk.

Nasi goreng udang @ RM6
Mee udang saiz M @ RM10

Lepas mee udang, kami sambung travel ke Penang ikut PLUS balik. Mak aii, kereta still byk and start je border Penang @ Nibong Tebal, hi-way dah start jem. Since exit Bukit Mertajam jauh lagi, kami decide keluar hi-way dan ikut jln biasa. Pun sama gak, Penang mmg jem ah dimana2. Kami plan nak bermlm kat rumah kwn kami masa kat Jerman dulu - Zul Konti and rumah dia pon kat Bukit Mertajam. By the time sampai rumah Zul, dah kul 8.30 pm. Penat!
Tapi sbb nak merasa char kuey tiaw yg Zul kata sgt sedap di Penang, kami pon keluar for dinner. Kedai mkn ni cuma jual char kuey tiaw saja tapi besar & penuh! Kena tunggu nak dpt meja kosong. Tunggu makanan nak sampai pon agak lama but worth waiting sbb char kuey tiaw nya mmg sedap! Just lupa nak snap gambar char kuey tiaw yg marvellous itu.
Next day, kami gerak sama2 ngan Zul gi kenduri kahwin adik Liza kat Mengkuang, Bukit Mertajam. Dah setahun x jumpa Liya, she has grown up so fast, dgn ckp yg sgt keletah :).

Kembar & Liya
Another pose!
Sorry mama & papa Liya sbb x bergambar pon ngan uols!

Lepas kenduri, kami gerak menuju Butterworth nak naik feri ke Pulau. Queue nak naik feri agak lama tp xpe la sbb nak bg sikembar merasa dan kami pon dah lama x naik feri Pulau Pinang. Kembar sgt excited ok!!! Then sampai Georgetown, kami terus cari Hotel Sentral Georgetown yg dah booked siap2. Lega tengok hotel yg quite cantik & bersih though masa booking online is categorized as budget hotel. Hajat dihati mula2 nak stay kat Hard Rock Cafe Feringghi tapi tgk rate dia..mak aii...x mampu la...dah tu min. stay 2 malam pulak. Hmmm..xpe la, lenkali la ye kot ada rezeki lebih.

Family room yg sgt comfy & cantik

Berangan nak buat design camni kat umah sendiri...huhuhu

Lepas mandi-manda, solat kami keluar ke Padang Kota Lama nak cari mkn. Penang seperti yg dimaklumkan, mmg asik jem dan susah nak cari parking. Anyway, kami bernasib baik dpt jugak parked kereta kat Padang Kota tu walaupun kena menapak jauh sikit. Padang Kota mmg sgt lain skrg compare 12 thn lepas. Kami mkn kat medan selera kat situ: makanan sedap2 tapi agak kotor ye! Sedih la with this kind of attitude....

Lepas mkn, kami plan nak tgk Batu Feringghi at night. As usual, jln nak kesana agak jem tp dek kerana nak tgk sgt Batu Feringghi kami tempuh gak jem itu. The opposite way (patah balik ke Georgetown) lagi dasat, mcm x gerak je kereta. Penang mmg happening la, very much different from the last time I was here. High-rise buildings sana sini with 5-star condos. Patut la kata the locals can't afford to buy properties here.

Batu Feringghi pon sgt lain. Sgt penuh dgn tourists, ala2 Miama kot ye? I don't know, x penah sampai Miami. Tapi i can see a lot of expensive restaurants, bistro, 5-star hotels. Kitorg x turun pon, just sight-seeing dr dlm kereta. Then nak balik Georgetown, cik HB x sanggup nak go thru the jam, so dia kata "why dont kita try lalu ikut Balik Pulau since kita ada GPS".

So kita pon ikut la....

Aaaa...jln Teluk Bahang-Balik Pulau sungguh thrill and seram youuuu!!! Dah la sgt gelap, jln sgt narrow and windings gitu and sgt susah nak nampak kenderaan. Nabilah dah start takut. Nabihah after a while rasa nak muntah. Mujur Insyirah tido. Nak sampai Georgetown amik masa 2 jam kot, siap ada perarakan apa tah malam tu by the Indians. Sampai hotel, rasa lega sgt tp penat weh!! Nasib baik la x jadi apa2.

So cik HB, no more road venture at night ye!


Next morning, lepas breakfast and check-out, kami pi Bukit Bendera. Dah awal dah tu, kul 9.30am tapi org dah start ramai. Seronok gak naik Bukit Bendera. View Penang sgt cantik diatas sana. Teringat trip kami pi Swiss dulu. Bukit Bendera x kalah la kalau compare ngan view kat Interlaken ^_^.

Insyirah & Abah
Twins in furnicular
Atas Bukit Bendera
View Penang dr Bukit Bendera - cantik!!!
Another view

Turun je dr Bukit Bendera, org lagi ramai mcm pesta keramaian gitu. Nasib baik ikut nasihat Zul pi Bukit Bendera awal2. Ikutkan byk lagi tempat boleh pegi tp kami mengejar masa sbb nak singgah Bukit Mertajam nak jumpa Mat & Liza again sbb nak collect something. Furthermore nak travel balik lagi. 

Penang mmg best! Rasa x puas je trip ke Penang tu. Kena buat another trip kot, solely berjln2 area Pulau aje. Till next time la ye...

Tuesday, February 21, 2012

Cuti2 Cameron Highland

Early Februari, masa long weekend cuti Maulidur Rasul, my big family og Tg Malim clan gi bercuti kat Cameron Highland. Actually mak sy la dok mentioned yg dia dah lama sgt tak ke Cameron Highland. Kesian pulak kan dgr org tua ckp camtu and besides kami adik beradik pon x penah lagi pergi bercuti ramai2, so it would be nice to arrange a holiday in Cameron Highland.

I was the planner konon2 la sbb I kan surirumah yg tak bape sibuk and mmg suka planning. Adik beradik lain dgn senang hati pon serahkan everything utk I uruskan. So by end of December, I dah start cari2 homestay utk kami sekeluarga. Even kononnya dah awal dah buat persediaan, by then pon kebanyakan homestay within the budget yg I contacted, all booked much earlier! Ramai sungguh org suka pi Cameon Highland rupanya. Anyway, I managed jugak la booked 3-bedroom apartment yg agak murah ratenya compare dgn homestay lain. Lagipon kami cuma plan nak bermalam satu malam aje.

After all arrangement, nicely buat meal plans la, itinerary utk jln2 la (siap ngan tentative time and everything), kami pon bertolak pagi Ahad tu. Tapi nak gak jadi drama, baru je keluar dr bandar Tg Malim, kat stesen minyak, kereta abg ipar tetiba tak boleh start enginenya. Tapi mujur la lokasi kerosakan dekat ngan rumah kakak abg ipar, so dia pon pi la hantar kereta dia kat rumah kakak dia dan pinjam kereta kakak dia.

Kami   amik lalui Simpang Pulai utk naik ke Cameron sbb ramai yg takut pening & mabuk kalau amik laluan Cameron-Tapah. Simpang Pulai- Cameron jln ok lagi walaupun kenderaan agak byk tapi bermulanya masuk simpang Cameron- Kg. Raja, jln dah start jem. Kami ni kononnya destinasi pertama nak gi BOH plantation kat Sg. Palas. Udah la masing2 terlepas simpang Sg. Palas tu, nak buat U-turn punya la seksa sbb jln jem, campur ngan org suka2 je parking tepi jln yg mmg penuh ngan kedai2 jual bunga, sayur segala. Bila dah berjaya U-turn dan naik simpang Sg. Palas tu, pon jln jem sbb jln dia kecik aje. Kami baru je nak naik, kereta2 yg turun semua pakat bgtau x yah la naik sbb kat atas lagi teruk jem. Ada satu mamat ni kata 2 jam dia stuck half-way on the way up, dia pon decided utk patah balik. Kami pon bila dgr camtu, call semua our drivers and cancel kan trip ke sg. Palas but proceed aje ke Brinchang.

On the way to Brinchang, jem makin dashyat. Nak singgah Strawberry Farm ke, Cactus valley ke mmg mencabar. Org sgt ramai, parking pon takde. So as soon as kami nampak any kedai yg ada cukup parking utk kami 4 kereta, terus la stop. Apa tah nama kedai ni tapi boleh la utk buat toilet pit-stop and amik2 gambar sbb byk gak bunga2an, herbs dan sayur2an ditanam kat sini.

Kami semua tp x cukup korum

Atuk & cucu2
Me and my sisters and sorang sister-in-law

Me and mak. Sy yg dah kembang semangkuk @ 35 weeks

Tapi x lama la kat situ sbb masa tu dah tengahari dan masing2 dah lapar. Kat situ makanan takde dijual and besides kami ada tapau makanan dr rumah. So kakak sy kata better kita gi check-in dulu kat homestay and lepas mkn, solat, then keluar la balik.

But then, the road (both ways) were still in massive jam. Kedai yg kami stop tu, is not even kat Brinchang lagi. Nak sampai Brinchang pon jenuh. Then nak ke Tanah Rata lagi la parah. Jarak Brinchang-Tanah Rata cuma 5km aje but it took us 1 hour nak sampai ke Tanah Rata. Org homestay yg nak bg kunci tu pon berkali2 call tanya bila nak sampai.


Finally kami sampai kat homestay kat Carnation Park, Tanah Rata pukul 2ptg. Masing2 dah kelaparan, x sempat panaskan nasi & lauk2, terus makan. Lepas tu masing2 dah malas dah nak keluar, mengenangkan kesesakan yg sgt teruk. Cuma adik lelaki sy je yg sanggup keluar, bawa mak & abah keluar cari strawberry. Yg lain2 tido and layan tv! Petang sikit, sy n cik HB keluar jugak la bawa budak2 gi playground kat Tanah Rata yg dekat aje ngan homestay kami.

Budak2 ni dpt main playground dah happy dah!

Mlm, plan asal nak gi Pasar Malam Brinchang tp tgk traffic x jugak surut, maka kami hanya lepak2 and makan2 kat homestay aje la. Cameron waktu malam rupanya sejuk jugak la, ala2 autumn masa kat Jerman. Mmg kena pakai sweater and stokin and mandi pakai water heater. Dua adik sy yg mmg ada lelah, semput gak la malam tu walaupun dah pakai berlapis2. Sy yg mak buyung je rilek pakai t-shirt, maklum la pompuan pregnant kan sentiasa panas ^_^

Esok paginya, hasil dr siasatan abg ipar yg rajin meneroka area2 berdekatan homestay kami the day before, dia jumpa strawberry park yg tak berapa famous tapi boleh la kalau takat2 nak tgk strawberry farm, nak mkn aiskrim stoberi dan beli serba sikit cenderamata. So kami pon kesini la sbb´kalau nak pegi tempat2 yg famous, kebanyakannya kat area Brinchang tapi mahu menempuh jem, masing2 tak sanggup! Nak ke strawberry park kat Taman Sedia ni pon jenuh gak la sbb ada ramai gak org kesini tapi somehow kami dpt la jugak parked kereta dan lepak2 makan aiskrim´stroberi.


My bro & wife excited mkn aiskrim

cantik juga buah anggur yg ditanam kat sini

Nabihah & her cousin, Batrisyia

Lepas strawberry park Taman Sedia, abg ipar bawak pulak pegi another strawberry park yg agak terpencil tp x jauh dr situ. But another drama, actually hari tu jugak ramai antara kami yg kena cirit-birit. Culpritnya dipercayai rendang ayam yg kami mkn the day before. Bukan la nak salahkan kakak sulung yg dah susah payah masakkan rendang tu the day b4 kami travel ke Cameron but maybe rendang tak sesuai kot dibuat menu travel. Yg x kena, mak abah & abg ipar. Dan masa pegi 2nd strawberry park tu, sy ngan cik HB dtg lak urge nak membuang and kat situ lak toiletnya x berfungsi ke hapa tah. So kami pon excusekan diri nak pegi balik Tanah Rata dan cari toilet. Tp punya la nak seksa nak sampai Tanah Rata - again sbb jem! Tapi mujur la dpt guna toilet yg bersih kat masjid Tanah Rata.

Lepas tu kami semua terpisah2 sbb masing2 pon ada agenda sendiri. Ada yg nak shopping sayur la, ada yg mencari toilet cam kami la. So kami cuma update lokasi masing2 by phone. Awalnya kami nak balik ikut Simpang Pulai jugak tapi nengokkan jem yg sgt teruk menuju Brinchang, maka kami pasrah je la guna laluan Cameron- Tapah. Laluan Cameron- Tapah x la jem dan kami sempat singgah ladang Bharat Tea kat tepi jln bg mengubati kekecewaan x dpt gi ladang BOH kat sg. Palas.Walaupun org sgt ramai  dapat la jugak proper parking. Cuma nak mkn scones/strawberry cheesecake tu yg x dpt sbb queue nak membeli punya la panjang and seats kat cafe pon sgt penuh. Nasib baik mak buyung x ngidam sgt nak mkn scones ke cheesecake!
cik HB and anak2 sempat gak la bergambar kat sini

All in all, trip ke Cameron Highland kali ni x memuaskan hati sgt. Moral of the story, jgn la pegi tempat2 perlancongan camni ni dikala cuti umum, mmg sesak & padat. Nanti masa habis kat atas jalan aje. Insyaallah, lepas baby dah lahir nanti, kalau ada masa dan budget, rasa nak dtg lagi Cameron, nak lepak2 ngan aman damai sambil menikmati teh Cameron dan makan scones...hehehe

Saturday, October 30, 2010

Day 7: Journey Home & Wertheim Village


Time flies so quickly when you have fun eh?

That was how we felt on the last day of our trip. Tau2 dah hari ke-7 dan perlu memulakan perjalanan pulang ke kehidupan realiti.

Prague masih lagi hujan di kala kami ingin bergerak pulang meninggalkan bandar bersejarah ini. Namun at 8 am, waktu semua dah bersiap dok dlm Transit nak memulakan perjalanan, enjin Transit x boleh start pulak. Car battery was out! Ayoyo.....

Tapi mujur la Fattah ada insuran yg cover sebarang kerosakan kereta walaupun di Prague. Dan setelah dihubungi, pihak insuran berjanji akan hantar seorg mekanik utk settlekan masalah kami. Lebih kurang 45 minit lepas tu, mekanik tu pon sampai dan dgn equipmentnya yg canggih tu, dlm 10 minit masalah kami selesai! Alhamdulilah, setiap masalah yg kami hadapi sepanjang trip ni, ada penyelesaiannya!

Pukul 9 pg, kami bergerak meninggalkan Prague yg indah. Tapi as hujan turun dgn lebatnya, perjalanan adalah sedikit bosan sbb x dpt menikmati pemandangan yg indah. 2-3 kali buat toilet break and had lunch kat R&R somewhere along the highway. Since we had time, we had decided to make a pit-stop kat Wertheim Village - a branded factory outlet....YEAY!!!!

Kami pernah ke sini bulan Mac lepas dan walaupun takde budget utk shopping, adalah gembira juga sbb dpt cuci mata pon cukup. Besides Ain mmg ada motif nak singgah sini, dia nak beli sepasang sneakers. And I remembered I promised Hantu Makan a.k.a Kak Dalia that I would skodeng Furla for her whenever I visit Wertheim.

We arrived at Wertheim Village at 3pm. As expected, takde sale, therefore takde la menarik sgt. Tapi I bought little something kat Body Shop - lip gloss dia cuma 4€ saja! And little something jugak from Palmers...hehehe. Ain dpt sneakers NIKE idaman hatinya and harganya juga menepati idaman hati...kan Ain, kan? So it fulfilled the main objective of coming to Wertheim.

Wertheim Village yg sunyi sepi..maklum la bukan musim SALE!

I did go into Furla boutique, tapi x berani nak snap gambar handbag byk2....takut kena sound. So kak dalia, if you happen to read this, here are two Furla handbags photos I managed to snap for you....I´ll probably akan pegi lagi Wertheim before balik Malaysia for good (tgk keadaan), so kalau nak kirim, sila la ye :)

Furla in black

Furla in red

Rosenthal idaman hati

Longchamp! (angkat2 kening...hehehe)

rehat selepas penat keluar masuk kedai

By 5:30pm, kami bergerak menuju Frankfurt, sampai kat Frankfurt around 7pm, menyinggah makan KFC dulu kat Hanau then baru pulang ke rumah. Sampai rumah around 8:30pm....penat dan ngantuk!

So berakhir sudah journal perjalanan 7 hari ini. It was a great memories....and thanks to Ain & Fattah for joining us and made our journey happy....

Friday, October 29, 2010

Day 6: Around Prague

As much as we were hoping that it would be a bright, beautiful day for our venture day in Prague that day, we woke up to a rainy morning. And the temperature was around 5-7C. Nasib baik sy dah mmg angkut jaket tebal utk kami sekeluarga especially utk sikembar. I, on the other hand a bit unlucky sbb bawa jaket autumn yg tidak kalis air. Xpe la, janji sikembar tu were kept warm enough so x jatuh sakit dan x crancky sepanjang jalan.

Pagi di Wenceslar Square

We took our own sweet time bersiap pagi tu sbb kononnya nak tunggu hujan berenti. Tapi xde tanda2 hujan akan berenti pon so kami keluar la jugak. Dah la payung pon tadak. Yg bestnya although it was Sunday, all shops were open. Ok, kami sedikit jakun disini sbb we so get used to the idea that shops are closed on Sunday as in Germany.

Our first stop was this souvenir shop selling lots of crystals and jewelleries and some other souvenirs stuffs. Agak terpegun jugak la melihat crystals disini sbb sgt glittering gitu, cantik2 dan murah2! Org kedai tu pulak peramah2 belaka and one of the shop assistant, bukan sahaja boleh berbahasa English dgn baik, malah dia tau sy dr Malaysia! Dia kata dia pon Muslim, berasal dr Tunisia dan husband dia boleh ckp melayu!

inside the souvenir shop

Nice!

However, kami x membeli apa pon sbb nak meronda byk tempat lagi and I was thinking since this shop is very near to our hotel- apartment, maybe on the way balik nanti boleh singgah. Then we kept walking along the street sampai ke Old Town. The thing about Prague, everywhere you see historical buildings sampai x tau which one actually you looking for. Agak byk points of attractions di Prague dan kami confused x tau nak pegi mana satu dulu.

Kedai Bata di Prague agak exclusive gitu...


Old Town

So we decided to walk in the direction of the famous Charles Bridge dan kemudian ke Prague Castle. Walaupun hujan, pelancong tetap ramai gitu dan seronok berjalan menyusur lorong2 kecil di Prague sbb dimana2 ada kedai souvenirs dgn mcm2 jenis barangan. Crystal jgn ckp la, mmg penuh dimana2 termasuk la Swazsroski. Crystal di Czech dikenali sbg Bohemian crystals dan sgt terkenal dgn buatan tangan yg halus dan cantik dan murah. Chandeliers yg kalau kat malaysia berharga beribu2 ringgit itu dan selalunya dijual kat kedai2 ekslusif, kat sini even a small souvenir shop penuh bergantungan!

Ain & chandeliers


Coklat pelbagai jenis

Too bad sy xde budget utk shopping :(

It was quite a long walk utk sampai ke Prague Castle, and since ianya terletak di atas bukit, some more nak kena mendaki tangga2 kecil nak sampai ke atas tu. Ain yg x berapa sihat, kata dia surrender la nak naik so dia & Fatah decided nak tunggu kat coffee shop kat kaki bukit. Kami ni gigih jugak la nak pegi (sy la actually, cik HB would be happy to comply kalau sy kata x nak naik...hehehe) Ye, sy mmg gigih bab2 berjalan ni....sbb sy fikir we may not get the chance to come again so kena all-out la kan?

Prague Castle dari jauh

Mendaki tangga menuju Prague Castle

View of Prague city dr Prague Castle entrance

Masalahnya, kami x boleh nak angkut buggy sbb jln yg bertangga, therefore cik Nabilah as usual started to be cranky, which was menguji kesabaran! Tambah pulak dgn hujan renyai dan sejuk. However sy pujuk gak dia to walk a bit more sampai we have seen enough. The thing is, kompleks Prague castle ni sgt besar, dikatakan antara castle yg terbesar di dunia. So nak tgk semua mmg out of question la kalau berjalan dgn budak berdua ni. Bila rasa mcm dah x mkn pujuk dah si Nabilah tu, maka pon patah balik dan turun ke bawah.


inside Prague Castle complex

Then kami berehat sebentar kat satu coffee shop ni menikmati kopi of course dan tertarik dgn satu kek ni, namanya medovnik. Sedap, rasa mcm ada honey and karamel. Lepas balik dr bercuti, ain buat research pasal kek ni, rupanya kek ni mmg famous kat Prague...org kata kalau pi Prague, rugi x try makan kek ni. Google resepinya, kek ni made of honey and sugar. Simple je bahan2 dia tapi method of making agak complicated!

Medovnik

Lepas break, kami berjalan menuju Charles Bridge - satu lagi famous checkpoint in Prague. Then berjalan balik menuju Old Town and Wenceslar Square. Actually ada byk lagi attractions di area ini tapi kami dah penat dan kesejukan dek kerana hujan renyai2 yg x berhenti dr mlm tadi. Still berjalan balik ke hotel pon, kami leka dgn deretan kedai2 souvenirs. Mcm2 pon ada!

me on Charles Bridge

wooden craft


By the time kami sampai hotel pon dah pukul 6:30 pm. Masak dinner, makan dan mlm tu hanya lepak2 dlm apartment.

Next episode: Journey home & Wertheim Village