Pages

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Langkawi 2015 - Part 3

Lepas dah selesai lunch kat tepi airport tu, kami bergerak ke Pantai Chenang sbb nak pegi Underwater World. Patutnya nak pegi semalamnya tapi sbb parking susah sangat tu yg dtg balik hari ni. Sbb hari Isnin, maka x la sesibuk hari Ahad. Kira senang jugak la nak parking.

Bayaran masuk Underwater World agak mahal jugak la pada saya. Dewasa RM33, dan RM23 utk kanak2. Tapi agak berbaloi la jugak la sbb koleksi hidupan air dia mmg menarik. Lebih kurang sama mcm Aquaria KLCC tapi rasanya Underwater World lebih besar kot.

Selebihnya biar lah gambar yg bercerita :)

Kids and the entrance. Boleh tengok hidupan liar kategori binatang kecil kat area ni. 
Ada burung2, serangga2.

Koleksi penguin yg mcm2 kat sini. Baru la tau yg penguin ada mcm2 jenis. Karakter2 dalam movie "Feet" pon ada.

Penyu albino di belakang kami

Ikan pari yg sgt cantik kulitnya 

Ikan ni mmg menarik sungguh!

Anak2 dara nak posing dgn obor2 tapi sempat capture ekornya saja!

Lepas selesai Underwater World, kami balik motel utk solat dan berehat sekejap. Malamnya kami keluar pegi kompleks Haji Ismail Group untuk shopping coklat dan lain2. Sbb bajet shopping pon tak berapa nak ada, kami shopping ala kadar saja. Beli coklat yg utamanya. Anak2 mmg jadi rambang mata tgk coklat2 kesukaan diorg zaman2 dok Jerman dulu punya la banyak. Tapi nak kata murah tak la murah sgt. Yang pasti mmg lagi murah dr pasaraya biasa. So borong la lebih kurang.

 Dan maknya jadi rambang mata tgk koleksi pinggan mangkuk. 
Tangkap jugak la 1 set Corningware....

Macam2 ada kat sini...sgt menggugat nafsu shoppingku..hehehe

Esoknya pagi2 kami dah check-out dr motel sbb nak naik feri pukul 10 am dan nak pegi Dataran Lang sebelum balik. Hari kami sampai kami x pegi pon Dataran Lang sbb malas. Tapi dah jejak kaki kat Langkawi mcm x lengkap la pulak xde gambar kat Dataran Lang. Nak2 pulak Dataran Lang ni sebelah jeti Kuah aje. 

Elok je abis bergambar kat sini, hujan turun lebat. Terpaksa berlari masuk kereta.

Naik feri pukul 10 am, sampai pekan Kuala Perlis pukul 11 am. Berhajat nak makan laksa Kuala Perlis tapi x nampak kedai laksa yg dibuka. Agaknya buka sebelah ptg. So kami pon teruskan perjalanan balik Melaka. Singgah lunch di R&R Gurun sahaja. 

Sempat jugak singgah makan mee udang di Kuala Sepetang, Taiping. Tapi ntah kenapa, rasanya tak sesedap kami makan for first time tahun 2012 dulu.

Harga masih sama...RM10 untuk semangkuk mee ini

Budak kecik yg bad mood....penat 

So that's it la cerita ke Langkawi. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi. Dan kalau pergi lagi kami plan nak pusing2 pulau naik boat, pegi berendam di Pulau Tasik Dayang Bunting. Kiranya nak menikmati alam la. Insyaallah.

Wednesday, January 13, 2016

Langkawi 2015 - Part 2

Sedang berusaha nak sambung cerita Langkawi. Dah ingat2 lupa dah apa nak diceritakan. So cerita je la takat yg diingati.

Lepas paragliding kat Pantai Tengah, kami pi JJCM kat Pantai Chenang...sebelah je pon. Area Pantai Chenang mmg happening, penuh dgn pelancong2 asing, branded stores dan of course la bar2. Kami cari restoran ikan bakar yang katanya sedap kat sini - Restoran Haji Ramli. Masalah kat Pantai Chenang ni parking, nak cari parking mmg seksa. At last dapat juga walaupun jauh sikit dr Restoran Haji Ramli tu.

Not bad jugak la makanan dia, servis pon cepat dan harga pon berpatutan. Tak beza pon dengan harga makanan restoran ikan bakar kat Melaka. Kami order siakap goreng sweet sour, tomyam campur, sotong celup tepung dan sayur kailan goreng masin. Semuanya sedap :)

Muka2 lapar...hehehe

 Another muka lapar 

Let's dig in!

Lepas makan kami pusing keluar masuk kedai kat Pantai Chenang survey2 barang. Tak shopping pon sbb plan nak survey barang kat pekan Kuah jugak. Seronok cuci mata aje dan beli sikit coklat buat jajan anak2 kat motel dan jalan2. Lepas tu balik motel. Perjalanan antara Pantai Chenang ke pekan Kuah makan masa setengah jam la jugak.

Day 3:

Pagi2 dah gerak menuju Oriental Village sbb nak naik skycab yg popular tu. Tapi sampainya pukul 9 am jugak. Beratur dah sikit panjang tp tak la sepanjang org2 selepas kami. Dan tiket yg kami dpt pukul 10.30 am. So pegi la breakfast dulu kat cafe dekat2 situ. Pukul 10.30 am tu sebenarnya masa yg dibenarkan untuk anda mula beratur, so dr start point queuing, siap break 5 minit in between tgk 3D movie, akhirnya selepas 45 minit baru berjaya naik skycab. Cuak jugak la dgn ketinggian skycab travelling. Cik Insyirah tak takut langsung. 



Sebenarnya ada banyak gambar2 lagi kat Gunung Mat Chincang tu tapi semuanya dalam kamera Canon kat rumah. Ini zaman dah x rajin dah nak transfer gambar dr kamera mcm dulu2. Nak2 kalau update blog kat opis. Skrg ni guna je la gambar2 yg ada kat handphone!

Kami berlegar2 kat atas Gunung Mat Chincang x sampai pon setengah jam lepas tu dah mula beratur untuk naik skycab turun bawah balik sbb org dah semakin ramai. Kami malas nak beratur panjang2 nak naik skycab. Mujur la beratur nak turun x lama mcm nak naik.

Terfikir jugak, kalau cuti sekolah dtg Langkawi ni cemana la sesak dia ye? Ini takat cuti Deepavali yg jatuh minggu depannya pon dah cenggini ramai orgnya.

Dah sampai bawah, kami pusing2 Oriental Village. Ada byk souvenir stores, ada jugak muzium 3D tapi tak masuk sbb rasa muzium 3D kat Melaka pon dah ada.

Lepas Oriental Village, kami merancang nak makan kat gerai Laksa Sekoq dekat dgn airport Langkawi sbb ramai yg kata sedap. On the way sempat singgah Kampung Beras Terbakar. Tapi tak banyak yg boleh dilihat kat sini. Tempat yg dulunya luas dan boleh kutip beras terbakar, dah dipagarkan dan saiz keluasannya pon kecik aje. Ada lah papan tanda sejarah dan sisa2 beras terbakar yg dipamerkan dalam kotak kaca. Juga rumah tradisi yg terletak di lokasi yang sama. The rest kawasan tu dah jadi tempat shopping barangan souvenirs dan makanan.



Dah sampai area airport, kami mencari2 la gerai Laksa Sekoq tapi malangnya tutup. Ada byk lagi gerai lain yg berniaga benda yang sama dan macam2 lagi so kami just picked any of the stalls. Laksa sekoq tu maknanya laksa yg ada seekor ikan goreng celup tepung atasnya. Kalau x nak ikan boleh amik sotong ka, udang ka. Saya amik laksa dengan sotong celup tepung. Kuah laksa dia rasa biasa2 aje. Takde la sedap sangat sampai teringat2 kot.

Laksa dengan sotong celup tepung

Selain laksa, ada banyak lagi makanan lain. Ada kepak ayam panggang, ada juga makanan panas goreng2 mcm nasi goreng, kueytiaw goreng etc.

Kakak makan kepak ayam panggang

Bestnya makan kat sini sbb ianya kawasan terbuka tepi pantai dan banyak pokok. So nyaman je rasa dgn angin sepoi2 bahasa walaupun cuaca panas terik. Cuma yang tak bestnya kawasan ni agak kotor. Maybe sbb peniaga x jaga sgt kebersihan kawasan dan takde pihak berwajib yg pantau. Tanah becak2 dek kerana peniaga basuh pinggan kat situ. Sisa makanan pon tak dibuang dengan sempurna.


Monday, November 30, 2015

Langkawi 2015 - Part 1


Ni percubaan nak buat entry guna handphone since now i am having courses and the topic is boleh menyebabkan saya tertido, sejuk pon iye macam dok dlm peti ais maka sy pon try la nak buat entry blog. Skrg pon tak banyak masa boleh update blog sbb mmg banyak kerja2 nak dibuat. Jadi sementara ni nak la jugak update.Susah sebenarnya menaip guna phone sbb screen kecik tapi mokcik gigih jugak nak cuba...hehehe

Trip to Langkawi ni betul2 adhoc punya trip. Friday b4 deepavali tu masa sy dok buat keje di opis tetiba dpt WA msg dari cik HB ckp "esok jom gi langkawi".

And i was like "hah????"

Being me yg jenis suka plan ahead dan suka buat list, adhoc2 ni mmg la sgt tak disukai. Nak gi langkawi kot, xkan nak redah gitu je?

Tp cik HB ckp kalau plan2 mmg tak jadi la. Betul jugak, dah 2 kali buat plan nak gi langkawi tapi tak jadi2. Ada sekali dulu kitorg beli travel voucher yg bagi diskaun utk flight, hotel n mcm2. Konon nak pegi Langkawi la. Tapi sbb masa tu sy tak sihat sbb pregnant kan Insyirah langsung tak guna voucher tu sampai voucher tu expired.

Lepas tu sy pulak beli voucher hotel kat groupon utk Langkawi jugak. Berbulan2 plan nak gi siap ada excel spreadsheets utk itinerary and expenses. Pon x jadi jugak sbb masing2 tak dpt cari masa sesuai. Akhirnya voucher hotel tu pon expired jugak...huhuhu.

So balik pd plan adhoc ni, bila cik HB kata confirm kita pegi Langkawi, terus la saya apply cuti. Sini cuti kena apply online, kena apply at least 3 days before, ketua jabatan kata approve baru boleh cuti. Tapi saya dah terdesak, so apply je la online pastu email ke ketua jabatan tanya ada masalah x kalau nak cuti Monday, memandangkan Tuesday tu dah mmg cuti Deepavali. KJ cakap xde masalah, so cuti aje la..hehehe

Malam tu kelam-kabut cik HB booked motel, tiket feri dan kereta sewa. Mujur semua dapat. Kami amik the cheapest motel, the cheapest car rental. Sbb kos ke Langkawi ni mmg mahal2, jadi bab penginapan dan kereta ni amik yg murah2 aje la. Kami bertolak Sabtu tengahari sbb paginya cik HB pi servis kereta dulu. Mujur la PLUS hi-way tak sesak sgt walaupun dah nak Deepavali kecuali jem sekejap kat area Tapah-Simpang Pulai sbb ada accident.

Pukul 11 malam kami sampai Kuala Perlis dan mujur ada motel yg ada family room. Tido situ utk malam tu, then pagi2 terus gerak gi jeti Kuala Perlis. Tak jauh pon. Tapi nyaris nak terlepas feri sbb cik HB ingat tiket kami kul 8.45 am, tapi sebenarnya 8.15 am pagi. Nasib masa sampai terminal jeti pagi tu pukul 8.00 am and kami checked sekali lagi tiket. Terus kelam kabut beratur nak naik feri! Lagi satu mujur beli tiket online awal2 sbb kalau walk-in pagi tu dapat tiket pukul 1 tengahari!

1 jam naik feri, kami sampai jeti Pekan Kuah terus sarapan kat situ sementara tunggu org hantar kereta sewa. Kami sewa Myvi, bayar RM130 untuk 2 hari (ari balik dia x kira). Dah dapat kereta, pegi tgk motel yg letaknya 1km aje dr terminal jeti Kuah. Motel ni tak la cantik tapi selesa la jugak. Bak kata cik HB kita nak guna untuk bersiap dan tido aje. Most of the time kita akan jalan2. Still, murah2 pon RM100 jugak semalam. Kitorg booked thru trivago.com Tapi tak boleh check-in lagi sbb bilik belum ready (masa tu pukul 10 lebih). So kitorg pon gerak pegi Makam Mahsuri dulu.

Seronok jugak di Makam Mahsuri. Selain ziarah makam Mahsuri, bagus utk pengetahuan sejarah anak2, tgk rumah2 lama. Tengok salah satu rumah lama tu brought back memories zaman saya kecil2 sbb rupa rumah lama lebih kurang sama dgn rumah arwah Tok Wan.











Lepas Makam Mahsuri, kami pegi area Pantai Chenang. Singgah makan tengahari kedai biasa2 aje, lauk pon dah abis masa tu. Konon2 nak pi Underwater World tapi area Pantai Chenang punya la sesak, takde tempat pon parking. So kami terus aje la drive pusing2 Langkawi, kira mcm sight-seeing la. Dari Pantai Chenang drive menyusuri pantai lalu airport, then pantai Kok, pusing terus jalan menuju pantai Pasir Hitam, dan akhir sekali sampai balik ke pekan Kuah. Balik motel, solat dan mandi, pukul 5 lebih keluar balik pegi area Pantai Chenang.

 Parking kat Pantai Tengah, kat situ banyak aktiviti pantai. Cik HB usha2 parasailing (parachute yg ditarik bot), then di offer utk buat parasailing pada harga RM50 (harga asal RM100 kot). Sy la dok encourage cik HB suruh cuba, so dia pon buat la. Tapi tak naik sorang2 la, ada la guider yg jaga dia kat belakang. Boleh je nak naik sorang2, tapi cik HB kata mana la reti cemana nak take off dan landing.

Cik HB sebelum berlepas....


Bersambung....

Friday, February 27, 2015

Cuti2 Cherating/Kemaman - Part 2

Day 2 & 3:

We did not have much plan sbb cik HB sibuk dengan keje dia dari pagi sampai petang. So kids and I spent our time kat hotel aje la. We went for breakfast kat cafe hotel guna the complimentary bfast voucher yg utk 2 org. Isnin dan Selasa no buffet, sbb hotel guests x ramai... cuma serve ala-carte. Kami tak tau portionnya banyak, so kami tambah 2 set breakfast for kids. Tapi mmg tak terlarat makan sampai kena bungkus roti balik bilik...hehehe. Hari esoknya, just me and kids having breakfast, cik HB breaksfast kat tempat keje dia, so sy cuma amik 2 order ala-carte. So takde la membazir.  

We ordered American Breakfast, and it's so sumptuous.  

Lepas breakfast, it's pool time! 2 jam la jugak berjemur kat sini. Day 2 & 3 mmg kami saja la yang guna pool tu masa tu. 

This little girl mmg la sgt excited dpt main pool lama2. Jenuh nak ajak balik bilik.

Lepas pool time, mandi2, lepak2 atas katil tengok movie. Heaven ye korang!

Hari pertama cik HB pi keje, kami tak tau jadual dia cemana, so dia pesan order je la room service for lunch. So I ordered satu carbonara and satu bolognese spaghetti. Portion banyak so cukup la utk kami 4 beranak. Tapi rupa2nya cik HB boleh je keluar lunch time. Esoknya dia balik tengahari dan kami lunch kat luar.

Petang Day 2: lepas cik Hb balik keje, kami jalan kaki pi pantai dekat hotel. Dekat sgt2 pantainya, dalam 100 m je gitu. Tapi pantainya tak la cantik sgt. Area ni famous for surfing and low cost chalets - the reason why pelancong asing/backpackers penuh kat area ni

Hehhh? Nape di angkat pulak kain tu sayang?

Untuk dinner pulak Day 2, kami try makan kat Awang Ikan Bakar yang dikatakan popular utk masakan makanan laut area Cherating ni. Lagipon tak jauh dr hotel kami. Dengar cerita kalau hujung minggu atau cuti awam, Warung Awang Ikan Bakar sesak dengan pelanggan dan tempoh menunggu makanan pon lama tapi sbb kami dtg org pon x ramai sgt, maka kejap je la dpt makanan.


Pilihan makanan laut agak best la jugak, kami amik udang buat bakar, sotong utk goreng tepung, ikan kerapu utk masak tiga rasa dan ketam utk masak cili. Masakannya sedap2 belaka. Harga pon berpatutan.

Day 3 pon sama, mandi kolam, lepak bilik, ptg mandi kolam lagi, malam keluar dinner kat kedai berhampiran.

Day 4: Last day...cik HB pon cuma keje half day. Lepas dah checked out, lunch kat satu kedai tepi jalan then kami pegi Santuari Penyu yg letaknya dekat2 Club Med. 

Tiada bayaran masuk dikenakan tapi digalakkan menghulurkan sumbangan utk dana santuari ni. Tempatnya takde la besar la tapi ada la jugak koleksi penyu besar dan anak2 penyu utk tontonan org ramai. Anak2 penyu ni dijaga disini utk sementera mereka besar yang sesuai utk dilepaskan ke laut. 

Kesian jugak tgk penyu sebesar ni hanya boleh berlegar2 dalam kolam yg kecik

Comel kan anak2 penyu ni?

Lepas Santuari Penyu, kami bergerak ke KB menyambung cuti CNY lagi 4 hari. Sesekali bercuti panjang mcm ni best jugak!

Wednesday, February 25, 2015

Cuti2 Cherating/Kemaman - Part 1

Last week, before CNY holidays bermula, cik HB ada kerja di Kemaman dan saya and anak2 ikut sekali. Mujur la kali ni senang saya apply cuti, lagipon sebulan sebelumnya lagi saya dah apply awal2...hehehe. So no reason management tak bagi. Ala, 3 ari je pon!

Kembar pulak, kami pontengkan sekolah dua hari tapi dah bgtau cikgu awal2 la. Cikgu pon ok aje sbb by Rabu sekolah dah mula cuti CNY.

Kami pilih utk stay kat Residence Inn Cherating sbb tak jauh dari tempat cik HB kena keje plus baca reviews ramai yang berpuas hati dengan Residence Inn. Oh ye, saya baru found out that book hotel thru online kadang2 boleh jadi lagi mahal dari book direct dengan hotel. Saya sebelum ni mmg suka book online through Agoda dan lain2 sbb konon2 lagi murah. Tapi kali ini sbb nak guna government rate, saya call pihak hotel dan bila ditanya harga lagi murah. Even without government rate pon lagi masih murah dr harga di online (masa tu la).

Kami sampai Residence Inn dalam pukul 2 ptg. Checked-in, makan nasi tapau dan rehat2 dulu. Since dah booked siap2 bilik deluxe with 2 double beds,  sgt memuaskan hati bila tengok keadaan bilik. Dapat ground floor room, ada balkoni mengadap swimming pool (semua bilik pon facing swimming pool..hehehe). Lagipon it was not peak season, so mmg la senang nak dpt bilik yg best. Harga pon berpatutan.

For 3 kids, having 2 double beds dah cukup dah, x perlu dah extra bed. 

Cik HB kata ada TV LCD yg penting, sbb dia angkut gadget mcm2 nak connect kat TV LCD!
Deco is not so much but still the room is cozy enough

Toilet and bath pon ok

Berangan nak lepak kat balkoni malam2 sambil minum kopi, tapi sepanjang 4D/3N x pernah pon...hehehe

Nice view eh?

Lauk tapau yang simple for lunch 1st day

Lepas dah makan, solat dan rehat2, kami keluar jalan2 tgk bandar Kemaman. Ini first time saya dtg sini. A friend suggested kami try makan sata kat satu warung yang dikatakan popular kat Kuala Kemaman. Thanks to Waze, senang je jumpa warung ni

Warung Aziz Satar namanya tapi takde kena mengena 
pon dengan Allahyarham Aziz Satar, pelakon veteran tu

Kat sini ada macam2 - sata, otak2, pais2. But honestly speaking, bukan selera kami la. Saya lebih sukakan otak2 Melaka. 

Bagi yg suka pais, kat sini ada mcm2 pais - ikan, sotong, kerang, mcm2 la

Yang ini ketupat goreng


Balik dari Kemaman, si abah and anak2 test swimming pool. Terasa mcm hotel tu private hotel kami, sbb sunyi sepi takde orang! Cuak jugak bila waktu malam sgt la sunyi sepi...hehehe

Saya? Saya malas nak keluar, lagi best lepak atas katil, tgk TV dan perati je diorg dari atas katil....hehehe

Malam tu kami tak kemana2 except pi makan kat gerai berdekatan hotel. Residence Inn ni terletak kat area yang ada banyak chalet dan resorts dan jadi tumpuan pelancong asing yg suka surfing kat pantai Cherating. For me it's a good decision amik hotel ni sbb kalau malas nak pi makan jauh2, banyak je kedai makan within walking distance. Errrr..tp kami x jalan kaki pon...hehehe

Bersambung......