Pages

Showing posts with label Insyirah Solehah. Show all posts
Showing posts with label Insyirah Solehah. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Tahun Baru & First Day of School 2017

Assalammualaikum!

Tahun baru sudah....sekejap je 2016 dah berlalu and now it's new chapter 2017. I don't plan much for this year...semuanya gara2 melayan kerenah mengandung kali ini. I am not energetic therefore langsung la tak ambitious. I know tak bagus macam ni. I try very hard everyday to motivate myself to do better for life. Sebab I've been neglecting a lot of things and my family's life currently is very much affected with my conditions (or attitude maybe?)

For the past few months since pregnant, saya susah sgt nak bangun awal. Awal means before 6 am. I would normally wake up at 6.30 am utk solat Subuh. Lepas tu saya baring balik. But today, since school has started, I forced myself to get up before 6 am, kejutkan kembar then solat Subuh, lepas tu turun dapur buat breakfast dan bekal sekolah.

I didn't do anything fancy, just a simple egg sandwiches. Asalkan anak2 ada sarapan dan bekal sekolah. I cannot let them go to school without breakfast and food pack. Maybe for the time being mmg sandwiches la kot jadi menu harian. Sebab senang nak buat.

Sebenarnya persiapan nak sekolah ni pon diorg banyak buat sendiri. Nabihah dah pandai guna the mini sewing machine, so jahit sendiri tudung and lencana. Nabilah punya pon dia tolong buatkan. Alhamdulilah, dia ada minat ke arah itu, mak dia ni mmg helpless sungguh la.



Darjah 6 tahun ni...UPSR masih dikekalkan, cuma tak tahu la formatnya macamana pulak. I'm not very much ambitious about having my kids mesti score all As in their exam. I want them to study because they love to study, not because of scoring in exam. Semoga ilmu yang diperoleh bermanfaat dunia akhirat. Itu doa saya. Of course, semua parents nak anak2 berjaya dengan cemerlang, I want that to but I don't want  the children to be stressful and not happy learning. To be honest, saya mmg tak suka sistem pendidikan kebangsaan sekarang tapi apa nak buat. Kami tak mampu nak hantar ke sistem pendidikan alternatif yang lain (sekolah swasta/international school etc.)


This little one tahun ini bersekolah di tadika baru. Last year, dia bertahan 3 bulan aje di Tadika Iman. Dari minggu pertama lagi dah tak happy di situ. Mulanya kami ingat dia rindukan babysitter dia. Jenuh kami pujuk supaya dia bertahan tapi dah bulan ke 3 masih lagi pagi2 menangis tak nak pegi sekolah, balik pon x happy, maka kami amik keputusan untuk berhentikan dia. Tak nak la emosi dia terganggu sbb patut pegi tadika ni dia kena happy. Kalau x happy, something is wrong somewhere. Maybe sistem tadika tak sesuai dengan dia. Kami redha je la dia x mau sekolah kat situ despite kami dah bayar yuran mahal2 and no refund.

Tadika baru ni, dia dah pegi for 4 days last week for orientation and she seems to be happy with the kindergarden. Pagi2 excited bersiap nak pegi sekolah. Lagipon tadika baru ni dekat sgt dengan rumah, boleh jalan kaki aje.....maybe salah satu faktor yg buat dia selesa. 

Apapon semoga dia terus suka dengan tadika baru ni. 

Friday, March 11, 2016

Insyirah 4th Birthday

Mencuri2 masa nak update blog sekejap...dah lama saya tinggalkan blog ni bersawang. Sungguh mmg tak sempat nak update blog mcm dulu2. Kerjaya skrg banyak menuntut masa dan komitmen. 

Tapi untuk kenangan di masa depan, saya nak juga update blog sempena birthday Insyirah semalam. Bukan utk tatapan orang lain sangat, melainkan untuk diri sendiri. Esok2 bila anak2 dah besar, kenangan masa diorg kecik la yang dirindui. Macam sikembar, tau2 dah jadi anak dara. Jadi bila ada blog with  entry lama2, saya seronok mengimbau zaman kanak2 diorg. Tu pon terasa ruginya tak update banyak cerita/gambar diorg masa kecik. 

As I said, smlm birthday Insyirah yang ke-4. Kami hantar kek ke tadika utk disambut bersama kawan2. I made choc muffins sebagai tambahan. Gigih nokcik bangun pukul 5 pagi nak bake 65 biji muffins...hehehe. Kek pon cuma beli kat bakery La Boheme, AEON. Nak tempah kek pon x tau kat mana nak tempah.

Muka stress...she was cranky that morning sbb bangun awal mcm ummi, then masa nak pegi tadika menangis2. Tu dah pukul 10 am, muka tak ceria jugak

Tu kawan sebelah dia yg bacakan doa pagi, Kuat sungguh suara dia...hehehe

Sempat amik video jugak:



Didoakan semoga anak Ummi Abah ini membesar menjadi anak yang sihat dan cemerlang dunia akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah bertepatan dengan namanya Insyirah Solehah.

Ummi sayang kamu sangat2!!!

Thursday, January 14, 2016

Insyirah ke Tadika

Musim persekolahan 2016 dah minggu kedua. Hajat di hati,  first day of school every year for the twins nak diabadikan di blog ni. Bukan apa, untuk kenangan di masa depan. When i browse through entry dulu2, masa kembar kecil, memang kenangan yang indah.

Tapi pagi first day of 'Back To School"saya boleh pulak terlupa nak snap gambar kembar. Sbb masa diorg nak ke sekolah saya masih lagi sibuk memasak di dapur. 

Umi sorryyyyyyy.

Tahun ni Insyirah juga dah mula bersekolah. Kami daftarkan dia ke Tadika Iman, tadika kakak2 dia dulu. Sejak dah dibelikan beg, kasut sekolah, dan brg2 sekolah, dia excited sangat nak pegi sekolah. Kami tak lah mengharapkan sangat dia belajar membaca/menulis/mengira dan cepat pandai. Tujuan kami hantar dia ke tadika, supaya dia boleh berkawan. Duduk rumah Nenek (babysitter dia), cuma ada baby umur setahun (cucu Makcik). Lagipon rimas jugak la dia dok mengadap kartun kat sana dari pagi sampai petang.

First day tu memang sangat senang la. Dari bangun tidur, mandi dan bersiap dan sampai sekolah asik la tersengih2. Gembira sangat. I didn't have to wait for so long. Tengok dia ok je dan boleh sesuaikan diri, saya pon ckp kat dia yang umi nak pegi keje. Dia pon kata ok. 

Muka ceria nak pegi sekolah

Excited!

Insyirah and group anak2 4 tahun

Jemput dia balik dari sekolah pon dia sangat happy. Cuma dia minta nak singgah rumah Nenek. Si saya pon bawa jumpa Nenek. I know how much she and Nenek love each other.

The first 3 days langsung takde masalah nak pegi sekolah tapi masuk hari ke-4 dia merengek2 tak nak pergi sekolah. Nak pergi rumah Nenek. Jenuh pujuk nak siapkan dia. Sampai sekolah pulak x nak keluar kereta. Thinking that mungkin malam sebelumnya dia tido lambat maybe sebab tu cranky. Tak nak paksa2 dia, saya pon bawa dia pegi office saya.

Lepak kat opis umi

Rupanya dia x sihat sbb masa di office saya pon dia nampak mcm kuyu dan ada batuk n selsema. Bawa ke klinik dan lepas tu hantar balik rumah (sbb Abah dia ada kat rumah).

Esok paginya kembali ceria ke sekolah.

Tapi minggu ni adalah minggu yg mencabar. Malam Ahad Nenek dan famili datang jenguk dia kat rumah. Terus pagi Isnin ckp x nak pegi sekolah, nak pegi rumah Nenek. Meraung2 x nak keluar kereta tapi sbb Abah yg hantar takde chance la nak ponteng lagi.

The rest of days Umi yg kena hantar, pon kena dealing dgn tantrum dia. Tapi keraskan hati jugak, cuma tak la marah n tengking2 dia. Just pujuk baik2. Nak kata x suka sekolah, jemput sebelah petang gembira aje. Maybe pagi2 tu rutin dia dah biasa pegi rumah Nenek maka rindu sgt la kat Nenek kot. Kesian jugak bila fikirkan, dia dah dijaga Nenek dr umur 2 bulan sampai nak dekat umur 4 tahun ni, for sure the bonding is so strong. Nenek pon aritu masa mula2 ckp nak hantar Insyirah ke tadika, mmg sedih sangat.

Saya tak berniat nak putuskan hubungan diorg. Cuma dah sampai masa Insyirah kena masuk sekolah. Dah ckp jugak kat makcik, nanti hujung minggu kitorg akan bawa Insyirah jumpa Nenek. Makcik pon bila2 boleh dtg rumah jenguk Insyirah.

Alhamdulilah, all this while Insyirah dijaga oleh org yg sgt sayang kat dia mcm cucu sendiri. Insyallah sampai bila2 pon Insyirah akan sayang Nenek, ye Nenek!

Wednesday, March 11, 2015

Insyirah Turns 3!!!

How time flies....

Our little girl celebrated her 3rd birthday yesterday.

Syukur Alhamdullilah, she is such a lovely young girl, blessed with good health and brightness, she brings joys to our family.

As a mother, I wish dia akan membesar dengan sihat sejahtera, jadi anak yg solehah dan cemerlang kehidupan dunia akhirat. For her to achieve that, saya selaku mak dan ayah dia sangat bertanggungjawab mencorak kehidupannya di masa yg mendatang. Kena ingat itu selalu.


For her birthday, I bought a Play-Doh set. Ini set Play-Doh yg pertama utk dia disebabkan kesian dia dok tgk video Play-Doh demo kat Youtube. Kami jarang belikan permainan utk dia, dan dia pon banyak main toys warisan kakak2 dia. Kakak2 dulu ada jugak Play-Doh tp sekejap aje dah hancur. That's why kami tak keen nak beli Play-Doh tapi untuk Insyirah kami belikan la satu bagi merasa. Tapi nampak gaya kakak2 yg lebih main...hehehe.

Dinner smlm, kami pi Secret's Recipe utk celebrate birthday dia. Pilih Secret's Recipe sbb byk choice dan boleh makan kek sekali. Tapi terkejut sbb harga makanan dah naik banyak jugak la. Tu belum apply GST lagi, dah naik camtu sekali. Kalau dengan GST?

Dia suka sangat Choc Lave SR ni..Ummi kena belajar la buat choc lava yg sedap mcm ni

Ini apa yg kami order smlm...dgn kenaikan harga makanan yg significant ditambah pulak dengan GST nanti, nampak gayanya lepas ni kena kurangkan makan luar. Mari la kita belajar2 masak  sendiri menu2 SR ni ye!

Cakap pasal harga barangan yg semakin naik ni, smlm baca kat IG Chef Wan dia pon merungut tentang keadaan ekonomi yang semakin teruk. 


Dia yg celebrity chef yg kita kira pastinya banyak duit pon dah plan nak kurangkan budget mkn luar and other expenses, kita ni tak berapa berduit ni lagi la pulak kan?

Ngeri la nak lalui situasi bila GST dah berkuatkuasa nanti!

Thursday, January 22, 2015

Kak Chik yg Cakap Banyak :)

Sedar tak sedar, our little Insyirah is going to be 3 years old in less than 2 months time. She's getting wittier day by day and growing up so fast! Aksinya dan kata2 sgt la menghiburkan hati tapi saya jarang la sempat nak rekodkan video aksinya. Masa tu la bateri hp nyawa2 ikan or dead! Or I am too busy to catch it. Kagum dgn mak2 yg selalu sempat rakamkan aksi2 comel anak2 mereka. Maybe I am not sentimental  and determined enough to capture all those moments. 

She is now very good at conversation and knows quite a lot of vocabs. Yang tak tahan, dia panggil kami suami isteri "Mama-Papa" instead "Ummi-Abah". Tak tahu la mana belajar but she's so persistent in calling us that walaupun kakak2 marah...hehehe. And sbb selalu x sempat nak rakamkan aksi2 comel dia, maka nak bercerita je la kat sini buat kenangan di masa depan. Nanti dia dah besar, it's gonna be a sweet memories of her.

Drama 1:

She is playing with her cookery toy sets. Then she came to her Abah and offered him a cup of coffee.

Syira: Papa, kopi (hulur set cawan and piring)
Abah: Oh, sedapnya (sambil pura2 minum)
Syira: Memang la! 


Set cookery ni makcik babysitter dia belikan. Insyirah memang sangat disayangi oleh babysitter and family so dia dilayan mcm cucu sendiri. Selalu dapat toys and baju2 from them. Alhamdulilah. Makcik ckp kalau Insyirah tak datang, makcik sunyi takde kawan nak sembang....hehehe


Drama 2:

I was driving around Durian Tunggal and Insyirah as usual will ask me a lot of questions:

Syira: Mama, kita kat mana?
Ummi: Kat Durian Tunggal
Syira: Hah? duyan? Nak..nak..nak...

Hahaha...ni la respon budak kecik hantu durian. Dia mmg suka sgt durian. Kalau dpt makan durian, berketul2 dia ngadap. Kalau beli durian crepe, satu dia punya sorang, padahal satu biji durian crepe ikut standard yg dijual kat kiosk Mydin tu besar la jugak!

Takde lak gambar makan durian, makan spaghetti ada la :)

Thursday, November 13, 2014

Weaned Off

Akhirnya budak kecik berjaya jugak weaned off!

Dah banyak kali kami try sebelum ini nak stopkan dia breastfeeding. As much as I love breastfeeding, the current situation makes me so tired so kalau malam2 Insyirah masih nak bergantung, memang I can't cope it with it anymore. Lagipon dia dah 2 tahun 8 bulan, dah cukup besar utk wean-off and I guess my milk production pon dah takde sangat. 

Methodnya: sapu kopi la....hehehe. Sebelum ni buat gitu jugak. Memang dia merajuk, terus tido peluk bantal, lepas tu Abahnya jugak yg kesian dan cakap tak payah la stopkan dulu.

But now it's the best time to wean off, memang kena pon. Still guna method sapu kopi dan lepas tu dia terus tak nak dah. No more mintak "susu ummi". Akan minta "susu botol' aje. So far dah 2 minggu rasanya she has not asked for "susu ummi".

I'm kind of sad jugak, coz my baby dah besar...dah jadi kanak2. But somehow every child will grow up and that's a fact every parent have to accept kan?

She's really a big girl now..dah boleh main swing tanpa risau dia akan jatuh.

This is a selfie by her...suka betul main camera tepon ummi!
Our wefie :).

Monday, March 10, 2014

Doakan MH 370 & Insyirah Solehah is 2!!!!

How's your weekend?
Rasanya semua rakyat Malaysia terkejut dgn berita kehilangan pesawat MAS MH370 pada pagi Sabtu lepas. Sampai ke hari ini, masuk hari ke-tiga, masih tak dapat dipastikan apa yg dah jadi pada pesawat tu dan anak kapal serta penumpang2.

I don't know anyone on board but am deeply concerned and worried to what has happened to them. Perkara terbaik yg mampu kita lakukan, doakan la semoga mereka masih selamat. Apa pon jua, hanya Allah yg mengetahui segalanya.

And today, anak dara bongsu saya, Insyirah Solehah sudah genap 2 tahun usianya.

Alhamdulillah. So far she is blessed with good health and such a bright, cheerful little girl. She's really our 'pelapang dada', sesuai dgn namanya Insyirah. Setiap hari ada je aksi dan lagaknya yg menghiburkan hati. 

I noticed I haven't shared much of her photos throughout the years...so nak tepek la serba-sedikit..

Ini masa dia lahir....

And at 1 month

At 2 months 
5 months....very bubbly and chubby masa ni...i miss these moments

8 months 

1 year

1.5 years..
Recent photos

And last night! Please excuse baju seksi dia and comot duckling-face ^_^. 

She loves Upin-Ipin so much! Ckp pon byk guna skrip Upin-Ipin. Sikit2 'Alaaaa....'

Terjatuh sikit 'Adoi, akit aku' (Adoi, sakit aku)
Yg part ni x bagus la sbb guna 'aku'. Tak manis gitu....

Vocab semakin banyak so ckp pon dah banyak  dan juga suka nyanyi :). Her favourite tagline "Tak nak"

Semua benda pon "Tak nak". Kasi coklat dan Upin-Ipin je ok! 

She is still breastfeeding and I have no plan to wean her so far. Sbb balik2 aje rumah, dia akan minta bf and I think it's a quality time I spend with her. Tapi dia juga a fussy eater now, nak bagi dia makan mmg susah sikit. 

Tak pe la, as long as she's healthy dan tak underweight, I'm not going to fuss about her eating habit. 

Doa saya sebagai ibu, semoga anak ini membesar dengan sihat dan cergas dan cemerlang dunia akhirat. Saya ada tanggungjawab yg besar untuk menjadikan dia dan kakak2nya anak yg solehah yang akan menjadi asset saya dunia dan akhirat.

Wednesday, October 30, 2013

Kayyyyy

Insyirah skrg tgh belajar berckp. Hari2 aje je vocab baru dia grab. Paling obvious dia suka ckp 'Kayyyy' (ok)

*********************************
Ummi: Insyirah, jom mandi
Insyirah: Kayyyy
*********************************
Kakak: Insyirah, jom tgk tv
Insyirah: Kayyyy

**********************************
Insyirah merengek2 kat ummi, nak apa x tau. Then Ummi ckp "jom kita pegi tgk pokok kat luar"
Insyirah: Kayyyyyy
**********************************
Yg kelakar malam tadi la. Dia demam sikit. So abahnya pujuk makan ubat.

Abah: Insyirah, makan ubat ye..
Insyirah: Nanakkk!!! (tak nak)
Abah: Jom la makan ubat
Insyirah:  Nanakkk!! (ngan kepala tergeleng2, dua2 tangan pon menggeleng2. Kelakar!)
Abah: Jommmmmm la
Insyirah: Nanakkkkkkkkk (lagi kuat dan panjang harkatnya)

So ummi saja menyampuk dan  ckp: Jom makan coklat!
Insyirah: Kayyyyyyyyy (sambil sengih2)

Amboi, paham pulak! Ingat nak ckp Nanakkk tadi....hehehe

 'Pelapang hati' kami....sesuai sgt ngan namanya Insyirah.

Tuesday, October 1, 2013

Pesan Atok

Pagi2 time saya sibuk nak bersiap ke tempat keje, dan paling sibuk nak siapkan beg2 keperluan anak2, between pukul 7.00 -8.30 am, time ni la Insyirah pon sibuk nak memerap ngan saya. Time ni la dia bising 'nak tutu (susu)' or simply nak berdukung.

Tapi tepat kul 8 am dia akan stop memerap dan berkejar ke depan tv sbb nak tengok.....

PESAN ATOK!



Yg comel sekali, dia akan landing atas bean bag dan duduk dgn rileks sekali

Tak sempat pon nak pakai baju selepas tukar diaper sbb dia dah sibuk nak tgk PESAN ATOK.

Tak tau la kenapa dia suka sangat PESAN ATOK tapi rancangan pesan PESAN ATOK yg melibatkan Datuk Hassan Din sebagai pengacara mmg rancangan kanak2 yg bagus. Start rancangan akan ada persembahan kanak2 samada hafazan Al-Quran, Nasyid, pentomin dan macam2 lagi. Agaknya sbb tu Insyirah suka. Lepas tu Atok akan membicara isu2 semasa dari segi hukum, sosial dan macam2. It's really good show cuma tak pahamnya kenapa la ditayangkan hari sekolah time budak2 dah masuk sekolah? Or target audience adalah utk budak2 sekolah petang?



Monday, September 2, 2013

Stage Main Bedak


Dah mcm tepung gomak kan?

Alkisahnya dia berjaya membuka zip beg baju dia yg dihantar ke rumah babysitter. Dalam tu ada bedak. By the time saya nampak, dah separuh botol dah kot yg dituang.

Padahal, kakak2 kembar n Abah were there in the living hall. Tapi takde sapa pon perasan yg minah kecik dah buat onar ngan bedak bayi...huhuhu.

It's part of the growing up process, eh? Stage main bedak ni rasanya rata2 mak melaluinya...ke tak?

Tuesday, August 27, 2013

Oh Budak Kecik!

Pagi tadi si budak kecik patahkan cermin mata saya...huwaaaaaa!!!

Ni bukan kali pertama, masa bulan posa tu dia dah buat sekali dah. Yg tu mmg salah saya la sbb letak atas katil, dia jumpa apalagi kan...

Pegi ke kedai cermin mata, diorg kata x leh buat apa, kena la tukar frame yg suit dgn lense. Terbang RM250 masa tu..abis bajet baju raya I...huhuhu

Yg pagi tadi saya letak atas ironing board, sbb nak sapu krim kat muka...sepantas kilat dia boleh capai dan tau2 dah prakkkkk....patah! Sama je ngan kejadian hari tu...

Mmg saya marah kat dia sambil tepuk sikit tgn tu. Biasa sgt!

Terus melalak2 cari Abah. Dia ni mmg x leh marah sikit pon, bila kena marah, teresak2 nangis dan selalunya Abah la tukang pujuk. Surprisingly at this age, sekali pon Abah x penah marah dia lagi padahal kembar dulu masa umur mcm ni dah kena marah dah.

Anak manja Abah sungguh!

Tadi masa anta dia ke rumah babysitter, dia tgk saya dgn muka berkerut. Selalunya rajin gak babai2 saya, tp pagi tadi dia jeling2 aje. Amboi!!!

Ni saya kat opis, teringat kat dia, rasa kesian gak marahkan dia. By the way, umur dia baru setahun 5 bulan. Walaupun nampak gaya dah paham macam2 tp tak boleh la nak salahkan dia atas kejadian spek patah kan?



Maka Ummi redho je la....

Jadi nak ubat hati sbb menyesalkan marahkan Insyirah Solehah, ni nak tepek gambar2 aksi comel dia:

Suka dok dalam bakul baju...sila abaikan persekitaran umah yg bersepah ye

Ni masa kena angkut dia dtg opis, makcik bbsitter amik EL!

Mcm ni la aksi dia selalunya kalau menonton rancangan kegemaran 



Ni pulak video masa kakak2 dia ada sukan tadika, diorg buat persembahan, si Insyirah pon sibuk nak join...hahahaha




Friday, July 19, 2013

Aksi2 Budak Kecik

Si Insyirah dah menjangkau usia 16 bulan, or 1 thn 4 bulan. Akal, aksi dah semakin macam2. Skrg ni galak memanjat sana sini. Macam2 aksi stunt dia nak buat. Memang x berani la nak tinggalkan dia sendirian. Senyap2 kang ada je keje dia buat. 

Tgk ni!

Bangga la tu dpt berdiri atas kereta sorong dia tu...kot tergolek ummi x pujuk...

Ni kegemaran baru - panjat tv console dan berjoget2 atas tu..tv pon dia tau 
kat mana control buttons, abis semua dia tekan. Oh, spot the extra pant - 
tu dia sendiri yg sarung. pantang jumpa seluar, baik seluar dia or seluar kakak2 semua nak sauk!

So now dia la culprit buat rumah bersepah. Brg2 dapur dia hangkut pegi living hall, baju2 kotor dr dlm bakul baju pon hangkut gi living hall. Tapi xakpe la Insyirah, explore la as much as you want asalkan tak membahayakan diri. Being active and creative shows that you are growing up healthily.

That's the most important thing! 

Wednesday, May 29, 2013

The Hospital Stay

The long weekends, where most people spent it on vacation or family event, we on the other hand, spent it in the hospital. Second time of the year..

Insyirah start demam hari Selasa dan sy ingat cuma demam2 biasa. Sy bg dia paracetamol. But then demam dia on-off. Hari Khamis, sy bawa dia ke klinik panel thinking that she might need antibiotics. Hari tu pulak klinik Dr. Wahidah tu punya la ramai org, kami menunggu dr 9.30am, kul 11am baru dpt jumpa doc. 

Bila doc check dada dia, doc kata nafas bunyi pelik, could be asthma or bronchiolitis. Bronchiolitis as I googled means:

Bronchiolitis is a common illness of the respiratory tract caused by an infection that affects the tiny airways, called the bronchioles, that lead to the lungs. As these airways become inflamed, they swell and fill with mucus, making breathing difficult.

So dia kata kena refer to hospital for further check-up. Which I complied and asked to refer to Insyirah's paed, Dr. Lee kat Hospital Pantai.

Sampai kat hospital, terus gi klinik dr.Lee dan mujur Dr. Lee xde patient time tu. Dia terus check Insyirah dan confirm kena masuk wad. Terus naik ke paed ward dan sementara diorg uruskan Insyirah utk amik darah dan pasang drip line, sy turun ke bawah utk uruskan admission. Cik HB kena balik jemput kembar dari sekolah. Then buat x-ray pulak.

Mujur ada katil kosong walaupun 4-bedded room. Last time Insyirah warded, kami menunggu berjam2 nk dpt bilik. 

Ptg tu diorg buat physioteraphy utk buang kahak. First time sy tgk, x sampai tgk Insyirah melalak2. Physio dibuat 2 kali sehari. Neb every 4 hours. Kalau mlm2 tu tgh tido, rasa mcm kejap2 nurse dtg. Dtg amik suhu, kang dtg bg ubat, kang dtg lg buat neb. Tu yg penat dok hospital. Tido terganggu. 

Kena bedung camni, pastu belakang ditepuk2 for quite sometime.
 

Lepas tu sedut kahak dr hidung dan mulut. Mmg meraung mcm nk rak la Insyirah

Kena neb every 4 hours. Hari pertama dan kedua mmg dia melalak2 la time neb tu. 
Hari ke-3 muka dah pasrah dah!

Hari kedua: bosan dok bilik, kita pusing2 wad kanak2. 
Ada playroom tp kena kunci sbb ada kes penyakit berjangkit...huhuhu

Mujur la cafe hospital ada jual mcm2 makanan dan yg penting kopi sedap! 
Jadi ummi retreat kt sini je la bila dah x larat nk lepak kt bilik

Ada masa dia ok je layan conteng buku...hehehe

Hari kedua dapat upgrade ke single room. 
Jadi kakak2 suma 'bercuti' jugak la kat hospital. 
Angkut comforter, bantal segala!

Bila kakak2 ada, ummi n abah ada extra babysitters :)

Last day in the hospital, dah tahap bosan sgt dah, 
kejap2 ajak keluar bilik.

By 5th day, doc ckp kahak dah hampir clear, so boleh discharge. Kata physiotherapist, kes macam ni dah common dah. Waktu Insyirah masuk tu ada 4-5 kes yg sama. Budak umur 2 minggu pon ada kes macam ni.

I asked doc, since dia kata Insyirah ada sedikit lelah, bermakna Insyirah asthmatic ke? Doc kata utk first time ni, dia x consider Insyirah as asthmatic tp kalau kes ni berulang2 lagi, mmg asthmatic la. Hopefully she is not. Kesian kalau dia asthmatic.  

Bila org tanya kenapa Insyirah kejap2 masuk hospital, I don't know what to react. Ikutkan Insyirah was a full-breastfed baby until 1 year old. Only recently I top up with formula sbb production dah menurun. She doesn't go to nursery, she is exclusively cared by the babysitter. Takde budak lain kecuali kadang2 cucu babysitter dtg. But still, kalau nak sakit...apa la yg boleh dikata?

Hangat juga la hati bila kata 'kejap2 masuk hospital'. Sebab bukan la selalu sgt pon. Baru kali kedua dan kali pertama was in February which 3 months ago. Itu pun kes lain.

Tapi takpela, biar la apa org nk kata kan...yg penting kita dah amik langkah2 yg sepatutnya utk kesihatan anak kita.

Moga sihat la Insyirah sentiasa hendaknya...aminnnn.

Thursday, April 11, 2013

Insyirah @ 1 Year

Yeay, sudah jumpa transfer cable camera!!!

So boleh la blog pasal birthday Insyirah walaupun dah sebulan dah majlisnya...hehehe

Kami buat majlis 3 in 1 sebenarnya. 1- kenduri masuk rumah baru, 2 - majlis aqiqah Insyirah and 3 - birthday Insyirah sekali. Ngam2 buat tarikh 10/3 - hari lahir Insyirah. 

Ni la first time buat kenduri sendiri di rumah sendiri. Baru la sedar susah jugak la nak arrange. Dulu aqiqah kembar kami buat kat KB, tumpang kenduri kahwin adik ipar. Bagi duit je kat MIL, yg lain semua org uruskan.

Semua benda kami cari kat Internet kecuali caterer. Kambing pon cari kat Internet, tu yg sampai ke Simpang  Bekoh (sempadan Johor-Melaka) kami pegi beli kambing...hahaha. Tapi berbaloi sbb semua org kata kambing x bau. Rupanya bau x bau kambing selepas dimasak bergantung pada cara kambing tu dipotong. 

Caterer pon ok, masak sedap. Service bagus. Pastu thanks to my adik2 dan ipar2 yg tolong kemas rumah, tiupkan belon, especially adik Ain yg tukang sediakan desserts dan juga birthday cake Insyirah. Gigih sungguh dia menyiapkan segala cupcakes, kek2 dan birthday cake Insyirah (Rainbow Cake with cream icing deco) sampai tido kul 3pagi. Tuan rumah pon tido lagi awal...hehehe.

Thank youuuuuuuuuu dek!!! You are my star :)

Rainbow cake in the making 

Taraaaa!!! Home-made birthday cake utk Insyirah. Cantik x?


The dessert table - cupcakes, apam polka dots, 
chocolate cakes, puddings, muffins
It's pink day yo!

Terima kasih jugak kat makcik babysitter Insyirah yg buatkan baju kurung utk Insyirah dan juga tolong arrangekan group marhaban bacakan yassin masa kenduri tu.

Geng marhaban

Tetamu yang hadir. Thanks to kawan2 yg sudi dtg even jauh dr KL, sgt terharu hokeh!

Insyirah dan Mak Uteh 

Rasa cam kejap aje Insyirah dah besar. Now bukan baby tapi dah toddler. Rindu zaman dia baby - chubby, senang jaga. Sekarang badan pon dah susut sikit dan lasak kemain. Suka menjerit lak tu...huhuhu

Semoga Insyirah Solehah membesar dengan sihat, cerdas dan cergas dan jadi anak solehah penyejuk hati dan mata ummi dan Abah sebagaimana nama mu Insyirah (melapangkan dada) Solehah (yg soleh).