Pages

Monday, October 8, 2012

Naik Mahkamah

Lanjutan dr kes Surat Chenta, maka hari ni sy pon berangkat la ke mahkamah.

Mulanya aritu nak pi bayar kat cawangan trafik aje tapi dgr kata kena bayar full amount....RM300, tu so cik HB kata tunggu naik court la, boleh buat rayuan mintak kurangkan saman.

So pagi tadi pegi la Mahkamah Majistrate Alor Gajah dgn skrip yg dah disediakan oleh cik HB (sbb cik HB dah penah naik court awal thn ni, pon sbb kesalahan x pakai tali pinggang keselamatan, so dia share la pengalaman dia).

Mula tu gi Bandar Alor Gajah sbb cik HB kata mahkamah kat situ. So kul 7.30 am dah gerak  pi sana sbb kata kalau sampai cepat kul 8 am, cepat register so cepat la kes kita naik. So pukul 7.55 am dah sampai. Parking agak jauh la jugak sbb kata mahkamah tu xde tempat parking. 

Sampai depan mahkamah, tgk ada notis perpindahan mahkamah ke Lesung Batu, Alor Gajah bermula Julai.

Lesung Batu? aikk? Mana itu tempat? 

Nasib la kebetulan masa tu ada group pekerja majlis daerah tgh sembang2 kat area tu. So diorg citer la cemana nak sampai situ n siap offer nak tolong hantar sbb diorg ingat I dtg naik bas. Sy ckp xpe, sy drive cuma sy x tau tempat tu kat mana. Bila dh diorg describe gitu-gini, so cam agak2 tau, gi la mencari tempat tu.   Mujur la berjaya sampai at 8.10 am.

Tapi kaunter pendaftaran kata kul 9 am baru mahkamah bersidang. Org tu kata "gi minum dulu dik"

Orait!

Sy pon drive keluar cari kedai jual surat khabar n sarapan. Gi satu kedai makan ni, amik nasi goreng n order nescafe. Yg x bestnya, org dok pandang2...aiseyy, pelik ke tgk pompuan makan sorang2? Tau la jarang pompuan lepak sorang2 makan....tp x yah la dok tgk berkali2 cam la sy tak pakai baju...huhuhu.

Tapi mokcik mmg muka selamba, layan je nasi goreng n nescafe.

Kul 8.45 am gi balik mahkamah, tgk org dah ramai menunggu kat depan bilik mahkamah. Kul 9.10 am, semua dipanggil masuk. Ni la first time masuk bilik mahkamah...cam jakun sikit ye...hehehe. Pakcik polis siap bg briefing DO's n DONT's. Siap bg contoh skrip rayuan yg boleh dibuat...hahaha. Paling penting pakcik polis kata, off kan hp sbb kang kalau tepon berbunyi, tepon boleh dirampas dan tunggu la sampai kul 5 ptg baru boleh claim balik tepon. 

Tak lama pastu hakim pon masuk...ok, majistrate cam sgt muda n handsome. Tapi xde la pakai jubah and wig putih tu. Pakai blazer shj.

Ingatkan bila dah register awal, dpt la kes kita awal. Rupanya tak, diorg habiskan kes2 bawah JPJ dulu. Mcm2 kesalahan ada - xde lesen, road  tax mati, memandu bawah umur, ada tu kesalahan dia sampai 5-6 kes la! Kebanyakannya mmg dapat pengurangan la, janji mengaku bersalah, sbb kenapa buat kesalahan tu buat rayuan. Pastu hakim akan jatuhkan hukuman. Then pegi la bayar saman kat kaunter pendaftaran.

Sy punya turn dah kul 10 lebih, dah tak terkira selepas beberapa org. Sib la hakim hensem so takpe la....hihihi. Ended up saman sy perlu dibayar sebanyak RM80 shj.

Tapi proses nak bayar pon lama gak. Makanya overall masa sy utk tujuan masuk court 3 jam ye! Nasib la working hours flexible and keje tgh x banyak.

Kalau x, stress!!!

Tuesday, October 2, 2012

Rezeki

Someone close, called few days ago, ngadu yg dia pregnant walaupun udah amik pil perancang. So agak terkejut sbb sangkanya bila dah amik protection, manakan mungkin mengandung. Lagi pulak dia belum bersedia utk menambah lagi sbb anak baru umur 8 bulan dan yg sulung tu pon baru nak masuk 2 thn. So kehidupan agak hectic gitu.

Well, nak kata apa...pil perancang cuma memberikan paling tinggi 98% perlindungan, ada jenis cuma 94%, so chances to be pregnant masih ada. 

I know it's hard for her because even now anak2 pon dijaga atuk dan nenek di kampung sbb mak ayah bekerja with odd-hours jobs. Sometimes x dpt jumpa anak2 for weeks disebabkan kesibukan bekerja. I can understand how she feels sbb sure rasa bersalah dgn anak2.

Masa kembar umur 8 bulan dulu pon sy pernah 'terlewat'. Masa tu risau gak la sbb rasa jaga sikembar pon dah cukup hectic utk kami suami-isteri coz kami takde pembantu rumah. Tapi lepas check dgn doktor, kelewatan tu bukan bermakna 'lekat', so lega la juga rasanya. Itu zaman masa pemikiran nak fikir senang aje la, bukan zaman mencari redha Allah....huhuhu. Tapi katakan la mmg dah ada, go through jugak la susah senang. Takkan nak bunag kan? Dosa besar tu!

Macamana pon anak ni rezeki yg Allah dah tetapkan. Bila Dia nak bagi, pakai apa pon akan dapat jugak. So kena la menerima dgn hati yg terbuka. Kalau rasa susah nak jaga, rasa pendapatan mungkin x cukup, doa la banyak2 supaya Allah mudahkan segala urusan kita. Kata org, setiap anak tu ada rezekinya.

Dan fikirkan jugak mereka2 yg bertahun2 berusaha nak dapatkan anak tapi tak jugak dapat.....

Oat 3

Nope, I haven't started my morning with oat...yet!

This morning, I accompanied cik HB for breakfast at our favourite warung atas bukit. But for 2 days in a row I managed to put a constraint to myself - I only ordered Nescafe tarik! 

Makcik warung agak pelik anyway...hehehe. Because the typical me will eat mee goreng + telur mata or roti sardin.

It's hard especially seeing cik HB sipping his soto soup. 

But I don't want to break our breakfast date. It's the only time we can chat in peace without interruption from kids.

I'll do some oat later.....

Monday, October 1, 2012

Our Masterchef ^_^


Sabtu, kami pegi groceries shopping at TESCO then ternampak organic lamb burger patties. Kami jarang sgt menyimpan frozen process food mcm burger patties, sausages, nuggets, etc. Saja tak nak jadi kebiasaan makan process food. Sesekali terjumpa yg jarang ada cam lamb burger patties, kami pon nak try la. A bit pricey tapi lagi murah la kalau compare burger McD. So why not sekali-sekala kan...

And tetiba cik HB offer nak masakkan burger for dinner utk mlm tu, tapi dek kerana kami keluar pon dah lewat ptg dan kelaparan maka kami cuma dinner kat luar. And lamb burger will be dinner on the following night.

So last night, our new chef pon bertungkus-lumus prepared dinner dibantu dua anak dara dek kerana excited ngan lamb burger. Sy tinjau2 gitu je dgn harapan jgn la sepah sgt dapurku...hehehe.

Bukan senang nak tgk chef ni mencemar duli ke dapur. 
Mmg harus masuk blog! hehehe

Siap pakai apron tu...hahaha

Kakak sebenarnya x makan daging tapi 
buat tanda good sbb nak support usaha Abah :)

Yg sorang ni mmg suka makan kambing, so sebiji burger besar 
dia dpt abiskan dlm masa yg sekejap!

Pasni kalau nak mengharapkan chef masak lagi, kena la rajin tinjau benda2 baru. Kot nanti jumpa burger ostrich ke burger rusa ke, ada la harapan merasa air tangan chef sorang ni ^_^.

Friday, September 28, 2012

Kisah Rumahtangga

Sebelah rumah sewa kami skrg, adalah rumah milik satu keluarga ni. Masa mula2 pindah, yg sy nampak diorg adalah satu keluarga yg bahagia. Punya lima anak, ada lelaki ada perempuan. Walaupun si ayah tu bekerja jauh tp hujung minggu sure balik kerumah.

Sy ngan si mak jarang bersua muka sbb si mak pon bekerja. Bila balik pulak sibuk ngan urusan didalam rumah. Sesekali bila ternampak muka adalah bertegur sapa tapi nk kata sembang panjang tu mmg takde la. 

Sy selalu kagum tgk si ayah sbb rajin buat keje2 rumah biar pon cuma balik dihujung minggu. Pulak tu kalau cuti sekolah si ayah ni pon akan amik cuti jugak utk spend masa ngan anak2. 

Cik HB lak kagum ngan abg ni ss dia pakai motor superbike. So bila dia ride the superbike, ngan helmet cun dan jaket kulit, mmg nampak sgt bergaya la!

Jadi kita semua nampak yg baik2 saja....

Sampai la hari sy bersalinkan Insyirah, mak sy kata masa sy kat hospital, org sebelah bergaduh teruk, sampai anak2nya berlari keluar rumah mintak tolong jiran2 sbb si ayah heret si mak masuk bilik dan pukul si mak teruk2!

Pastu si anak (yg sulung perempuan umur 15 thn) buka cerita kata si ayah tu dah lama ada girlfriend kat luar dan merancang nak kawen lagi. Si mak membantah, lalu kena la pukul.

Makcik jiran lagi satu pulak kata dulu dah penah jadi jugak hal yg sama tapi sejak anak yg bongsu lahir, jadi baik balik (anak yg bongsu dah 2 thn skrg).

Tu yg mak sy cerita kat sy la...

Lepas keluar hospital, sy tgk rumah sebelah biasa2 aje. Takde pon huru-hara mcm yg mak sy citer. So sy anggap biasa la suami-isteri bergaduh, dah berbaik la tu kot! Si mak tu pon ada melawat sy masa sy dlm pantang tapi kami borak biasa2 aje.

Cuma pastu sy makin jarang nampak si mak dan anak2. Kadang tu sampai berminggu2 xde kat rumah. Sy tau la yg kampung diorg dekat2 sini aje, so sy assume maybe selalu balik kampung kot. Si ayah tu pulak yg selalu ada kat rumah. Sy pon tertanya2...x keje ke abg ni?

Cik HB walaupun selalu terserempak ngan abg ni kat luar rumah, xde la pulak tanya mana org rumah n anak2. Org lelaki kalau sembang, yg keluar citer pasal kereta, pasal motor....kata nak citer pasal org rumah ke anak2 ke mmg jarang kan?

Sampai la sehari sebelum bulan puasa, sy balik keje n terus masuk dapur..tup2 cik HB kata kakak sebelah nak jumpa. Sy pon keluar la...kakak tu kata dia nak balik kampung so nak ucapkan selamat berpuasa. Sy pon tanya la "nape dah lama x nampak akak kat rumah skrg? akak selalu balik kampung ke?"

Pastu dgn mata yg bergenang dia kata "akak dgn abg dah berpisah!"

Sy pon like "Hah? Kenape?" Terkejut ok!

Dia pon cepat2 kesat mata ckp "Dah xde jodoh kot". Pastu cepat2 salam sy dan lari masuk kete sbb anak2 semua dah tunggu dlm kereta.

Lepas tu rumah tu terbiar sepi. Ada la kadang2 sy nampak abang tu kat rumah tu tapi kakak tu mmg lama la x dtg. Tup2 abang tu menyewa rumah lain kat taman yg sama.

Right before raya baru sy nampak kakak tu balik. Kebetulan masa tu sy pon baru balik keje, jadi sempat la berborak panjang. Baru la kakak tu cerita apa yg jadi. Katanya dah bertahun2 dia sabar dgn kerenah ex-suami yg kaki pompuan dan panas baran. Selalu sgt dah kena pukul sampai pengsan2 (Erk...takut kan dgr?). Sampai la yg kes terbaru ni dia dah x boleh tahan bila abg tu kata nak kawen lain sedangkan selama ni byk perbelanjaan rumah n anak2 kakak ni yg tanggung. Family pon dah tau perangai abang dan berpihak dgn kakak ni. Sampaikan mak mertua kakak ni sendiri yg merayu kat anak lelaki dia lepaskan je la kakak ni sbb mak mertua dia pon x tahan dah tgk kakak ni kena seksa ngan abg ni.

Ikutkan abg ni x nak lepaskan kakak ni...ye la, apa susah...anak2 bini boleh jaga sendiri walaupun dia cuma weekend husband, perbelanjaan rumah pon bini tanggung, rumah pon atas nama bini..so rugi la kalau lepaskan. Maybe dia sayangkan lagi kakak ni tapi tetap nak kawen lain.

Dalam tempoh tu selalu la dia dok pukul2 kakak ni sampai kakak ni at last buat report polis. Dulu kakak ni x berani sbb abg ni commando n you know la how commando is. So akhirnya dgn bantuan keluarga, police report semua akhirnya abg ni terpaksa jugak ceraikan kakak ni tapi ada pulak syaratnya! Anak no.4 n 5 mesti bagi kat abg ni....

Kesian kan? Budak2 tu selama ni tau ada mak ayah sekali kena duduk ngan ayah saja...ni kes yg no. 4 dan 5 sbb diorg kecik lagi. Yg kakak abg mmg dgn gembiranya ayah is no longer in picture sbb diorg trauma dgn ayah yg panas baran.

Kakak tu kata dia terpaksa terima syarat tu walau hati berat. Sebab anak2 yg tiga pertama tu mmg nak mak diorg bebas dr ayah diorg. Yg si ayah saja bg syarat tu sbb nak dera perasaan kakak tu. 

Sy tanya "kakak dah x nak dok rumah ni lagi ke?" Mmg sayang tgk rumah tu sbb dah renovate cantik2, extend lagi (rumah corner lot). Pastu sebelum ni mmg cantik terjaga sbb diorg rajin buat landscape...tup2 tinggal gitu aje.

Kakak tu kata dia x berani sbb takut kena ganggu dek abg tu. Sbb selama ni pon abang tu dok mencari dia kat sekolah (kakak ni guru). Jadi dia rasa lagi selamat duduk dgn family kat kampung.

Dan semalam kakak tu balik lagi. Sy pon again baru balik keje. So kami sembang2 lagi.

Terbaru, kakak tu kata dia dah mohon mintak tukar ke Chemor, Perak mulai tahun depan. Sy kata "jauhnya kak!". Dia kata xpe la, dia nak mulakan segalanya baru dan dia akan bawa anaknya yg 3 org tu. Lagi jauh lagi bagus sbb rupa2nya abg ni dok ganggu kakak ni lagi. 

Sy tanya "abis, x rindu ke nanti dgn dua org yg kecik tu?" 

Dia kata jangan tanya la, mmg patah jiwa dia kalau kenangkan anak yg dua tu tapi dia perlu kuatkan semangat utk kehidupan yg baru. 

Apa la perasaan anak2 kecik tu kan? Kesian, moga2 diorg boleh membesar dgn baik tanpa trauma dgn masalah mak ayah diorg.

Kakak ni balik ni pon sbb nak jenguk rumah dan sedang merancang nak sewakan rumah dia tu. Dan juga nak cari buyer utk superbike yg ex dia pakai sbb apparently superbike tu dibeli atas nama kakak tu. Sy tanya cemana akak boleh setuju loan atas nama akak? Kakak tu ckp " bukannya setuju tapi kalau dah arahan!"

Mmmmm.....apa nak ckp ek?

Sy ada tanya juga kat kakak tu yg abg ni sy nampak cam rajin je buat keje2 rumah. Kakak tu kata "memang, dari segi tu mmg bagus, rajin jaga anak, in fact anak baru lahir dia pon dia pandai jaga, buat keje rumah semua boleh tapi tu la...kaki perempuan dan panas baran".

Hmmm...pengajaran ni buat diri sendiri sbb selalu rasa nak compare abg tu rajin buat keje rumah bandingkan dgn cik HB. Tapi tu la, x semua benda perfect. Kena belajar bersyukur ngan apa yg kita ada. Mungkin lebih tang tu tapi kurang kot ni.

Apa2 pon amik la iktibar dr kisah ni. Hargai kehidupan kita, rumahtangga kita dan cuba la bagi yg terbaik utk org2 disekeliling kita. Buat suami, jaga la hak isteri anda, jgn la sesuka hati mengambil kesempatan atas nama seorg suami.

Buat kakak tu, kita doakan semoga urusannya dipermudahkan Allah dan semoga satu hari nanti dia akan dpt kebahagiaan yg dicari.


Oat 2

"Hmmm....bau oat sungguh harum"

*percubaan memujuk diri*

Second morning with oat breakfast!!!

.....and counting....

Thursday, September 27, 2012

Oat!

First morning having breakfast with oat combo with Horlicks and Anmum milk.

Hopefully I survive the oat breakfast and do this every morning.

Hopefully I won't be tempted to take nasi lemak, mee goreng, roti canai...bla...bla...

Hopefully I can see some reduction in weight....

It's a small step, yes...but something has to begin somewhere, eh?

Bismillah....