Pages

Wednesday, November 28, 2012

Impian Berkebun

Sadly, kami x berjaya jugak pindah bulan ni....

Kontraktor grill masih x siapkan lagi keje diorg. Janji diCAPATI sungguh la!

Anyway, mokcik dah asik berangan2 nak buat edible garden and also kalau extra rajin tanam2 bunga. Syok gak layan gambar2 kat Houzz.


Menarik kan herbs ditanam teratur aje dlm pots

Tak sangka lemon pon boleh tanam dlm pot!

Aaaaaaa...berangannya nak ada laman camni


Lagi edible garden yg teratur



Dan ini lagi....

Skrg ni pon kalau lalu2 depan rumah2 org suka skodeng kebun diorg. Rumah teres setingkat takat tanah sekangkang kera pon mcm2 tanaman ada. Yg tanah sikit depan umah pon sempat gak diorg tanam bendi la, terung la. Seronok tengok! Tapi mokcik xde tepon canggih nak amik gambar, jadi xde la boleh tunjuk bukti. Kang amik gambar ngan kamera kang apa lak org kata kan? Cam paparazzi la plak. Silap2 kena pelangkung...hehehe

Tuesday, November 27, 2012

Insyirah & Highchair

Since jenuh la meriba Insyirah every family meal time dirumah, dan sesudah beberapa kali pinggan kami ditarik2nya, siap hari tu ditepuknya sambal belacan dlm pingganku, akhirnya Insyirah has her own dining chair = highchair :)

Pencarian highchair idaman yang menepati segala kriteria pon bukan mudah, abahnya sgt fussy, specs tinggi but doesn't want to pay more than the budget. Berminggu2 gak la keluar masuk kedai baby, shopping stores sekitar Melaka ni, akhirnya berkenan gak la ngan satu ni.

Excited!

Kakak2 kembar dulu xde pon highchair. Kami pon wonder macamana kami survived makan ngan budak berdua tu dulu. Tapi ingat2 balik, dulu rumah KL kami comel aje. Kat living hall tu la jugak kami letak meja makan, so kami boleh makan while the twins main2 kat bawah meja makan ^_^. 

La ni meja makan kami di dapur. Takkan nak biar Insyirah sorang2 kat living hall. Dan tak selamat la pulak rasanya biarkan Insyirah berkeliaran kat lantai dapur. And umminya takde la rajin sgt mop lantai dapur sampai berkilat kan (mcm la selalu mop pon :P) jadi pembelian highchair mmg la satu keperluan (sbb cik HB rasa cam mewahnya la Insyirah pakai highchair)

Kakak2 kembar tumpang interframe :)

Dibagi semangkuk pisang (potong kecil2), abis ditelangkupnya! 
Huru-hara kakak Nabihah nak menyelamatkan keadaan. 
Kena belajar table manners Insyirah nih ^_^

Friday, November 23, 2012

Kisah Luminarc

Lepas dinner semlm, sy kelam-kabut nak mandi and solat Maghrib. Kami selalu dinner at 7pm, it's a new regime I started couple of months ago as part of healthy living (mkn dinner awal amat digalakkan yo!).

At the time, sikembar masih belum selesai makan. Sy cuma pesan bila dah habis makan, letak pinggan dlm sinki dan tutup leftovers dgn tudung saji. Saya mmg x bagi diorg basuh pinggan especially yg kaca, dibimbangi akan pecah.

Tak tau pulak cik Nabilah terlebih rajin smlm, dia basuh pinggan la pulak....

Bagus tapi akibatnya 2 biji serving plates Luminarc kesayanganku pecah!!!!

Ummi hampir menjerit histeria tapi mujur teringat cerita Saifulislam dan kisah Iphonenya terendam dlm air dek kerenah anak2 so apa la sgt 2 biji Luminarc yg pecah kan? So kita cepat2 tekan butang PAUSE = bertenang dan elak menjerit2 marahkan anak. Sy tarik nafas. Nabilah terkulat2 tgk sy, agaknya menunggu ummi naik hangin. Didn't remember what I said to her, but she kept saying sorry la.

Mmg x patut sy nak marahkan dia.

Pertamanya, niat dia baik, dia hanya nak membantu.

Kedua, antara anak dan Luminarc, dah tentu la anak lagi berharga. Kalau kita marah dia beria2, mungkin dia akan fikir kita lagi sayang pinggan-mangkuk dr diri dia kan?

Set Luminarc itu mmg kesayangan saya. Set dinner black and white dibeli di Jerman tahun 2008 hanya pada harga 20 Euro. Saya hanya beli 1 set, ingatkan stok sentiasa ada, tapi bila sy nak beli lagi, dah out of stock dan selepas tu dah x jumpa dah set yg sama. Dan mmg sy guna utk kegunaan harian sbb ianya ringan dan nampak bergaya. Bila serve ada stail la org kata walaupun kadang2 yg dihidang cuma ayam goreng dan sayur goreng...hihihi. Sebelum ni mmg ada yg terpecah tapi cuma cawan dan cawan sy tak kisah sbb sy ada set cawan kesayangan yg lain.

Tapi takpe la, pinggan-mangkuk boleh dibeli tapi kasih sayang anak2 ada lah PRICELESS....

Bak kata Ustaz Hasrizal (Saifulislam):

"Marah la anak. Tapi jangan sampai melabelnya, 'Bodoh!, Degil! Kamu mmg macam itu!"

Utk ibu-bapa, itu lah namanya CINTA TANPA SYARAT.

NOTA KAKI: sila baca buku Murabbi Cinta by Ustaz Hasrizal, ada byk cerita keibu-bapaan dan rumahtangga didalamnya.

Thursday, November 22, 2012

Memahami Isu Palestin

Lagi artikel di petik dr Facebook. Sgt bernas dan jujur pandangan saudara Hakim Najili ini. Jujurnya sy sangat akui kebenaran kata2nya. Betapa kita umat Islam serata dunia rata2 sgt ignorant dgn apa yg terjadi dgn dunia umat Islam. Bukan hanya isu Palestin tapi isu Rohingya, isu Syria dan banyak lagi. Mudah2an kita mampu mengubahnya.


MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?

1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za, apa sebenarnya intention pihak zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za shj. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadik kesimpulan ringkas yg diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat paleystin?

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sy juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, mmg IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, dan minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, mcm mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?

8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sbb tue kalau tgk di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, org dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam dgn Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki Tangan Awam suatu masa dahulu)

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sbg alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

13. Tidurlah awal, agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.
 

Mutiara Kata

Dari Facebook

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai

 keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Wednesday, November 21, 2012

Cakkkkkk

Main dgn Insyirah mmg melekakan....sbb dia dah pandai respon. Siap tiru balik apa yg kita buat. Skrg ni main cak2 mmg favourite dia.

So ni video yg sempat dirakam tatkala Samsung milik Abah masih berbateri secukupnya nak amik video. Kalau x, bateri asik kritikal aje lantaran kakak2 yg conquer Samsung itu buat main game atau layan Youtube. Selalu sgt time Insyirah buat aksi2 comel, konon nak rakam, sekali low battery! 

Hampehhhh

Ummi nye phone? Alahai, ummi belum ada smart phone la....wuwuwuwu. Mungkin kah Abah nak hadiahkan  Samsung Note II ke SIII ke....*wink*wink*

Mimpi

Minggu ni not much things at work. Big bosses are away for overseas FAT, meetings pon takde. Kalau tak, mau 2-3 meetings kena attend dlm seminggu! E-mail pon senyap-sunyi...hehehe.

Tapi apsal malam tadi aku mimpi one of the big bosses ajak melawat tapak projek????

Agaknya sbb terlampau rileks kot dr keje...hihihi.