Pages

Tuesday, August 20, 2013

Work Life Balance

Jumpa ini di FB, dari wall Dr. Fadhilah Kamsah. Sesuatu yg sgt amat bermanfaat utk diamalkan.

As salamu'alaikum. Terlalu ramai yg bertanya kaedah mencari WORK LIFE BALANCE. Di antara amalan utk mrk samada yg BARU atau DAH LAMA KAWIN: 

1. Jaga solat dgn sempurna, 
2. Bangun tidur terus SENYUM & berdoa utk dpt kebaikan dunia & akhirat, 
3. Jika sempat, sarapan bersama, 
4. Peluk pasangan sblm pergi kerja, bkn sekadar bersalaman, 
5.Lakukan kerja dgn terbaik & ikhlas agar dpt rezki yg berkat & bahagia rtangga, 
6. Sblm balik kerja, programkan minda dgn sebut dlm hati: Ya Allah, aku bersyukur dpt bekerja dgn terbaik hari ni. Aku serahkan kerja & diri ku kpd MuYa Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan/ keluarga & mudah membantu kerja rumah, 
7. Nak masuk rumah baca Bismillah, surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu, 
8. Peluk pasangan & tanya kabar, 
9. Buat kerja rumah bersama-- suami isteri sama2 kerja, sama2 penat, mmg Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci, etc, 
10.Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid), 
11.Berbual & dengari pasangan. Isteri mmg suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dgn syg & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sbb isteri cuma nak lepaskan tension dgn bercerita. RAMAI SUAMI YG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar, 
12. Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tgn & bermaafan, 
13. Pagar diri dgn Fatehah, ayat Kursi, & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh bdn kecuali tapak kaki & kemaluan, 
14. Programkan minda agar esok jika pjg umur agar lebih +ve, ceria, bersemangat & lebih baik drp hari ni, 
15. Sentiasa berdoa & tawakkal kpd Allah. Byk lagi yg boleh di lakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal utk dpt WORK LIFE BALANCE. Moga Allah rahmati segala usha kita. Aamiin, wassalam.

Supermak in Action

You may ask "apsal pagi Selasa yg kalut? Bukan pagi Isnin ke yg kalut?"

Pagi Isnin semalam was smooth and organized. Sbb weekend tak busy mana, except Saturday to wedding in Batu Pahat dan Ahad beraya kat rumah kawan kejap. Bila tak overnite dimana2, I can spend some time on doing chores. 

I managed to iron all school uniforms and some working attires utk stok lebih seminggu! 

Bangga seh....hahahaha. Maklum la, amat jarang berjaya buat ironing utk stok seminggu.

But this morning haru-biru sbb last night I was down with terrible headache. Siangnya berpuasa dan maklum la sejak mula raya, asik makan and makan, bila start puasa, mula la macam2.

Buka posa pon ala kadar aje. Gigih jugakan diri masak sup sayur dan goreng ikan. Cik HB bawa anak2 gi open house jiran belakang rumah, so takde la masak in large portion.

Lepas Maghrib, saya terus tido. Bila ummi tak berfungsi, maka yg lain pon tak reti berfungsi. Bangun pagi ni sikembar langsung rupanya tak check beg dan susun buku ikut jadual (beg pon dok dalam keta lagi!). Hari ni lak ada Pendidikan Seni, lagi la kena bawak mcm2. Kalut mencari mana water colour, kain buruk, t-shirt, bla..bla..bla...

Tup2 boleh pulak tertinggal kat rumah!

Abah pon hantar anak2 pon boleh lupa bg duit belanja. Adoiiiii....

Makanya ummi again jadi SuperMak, lepas anta Insyirah kat babysitter, singgah sekolah hantar peralatan sekolah dan duit belanja. Dah la pagi semalam pon singgah sekolah hantar borang PIBG yg budak2 ni lupa nak bawa.

Sekolah zaman skrg bukan boleh main masuk semborono. Kena lapor diri dan amik kad pelawat. Si mak guard buat muka pelik. Mesti pk apsal la ari2 minah ni dtg?

Saya pon sengih2 ckp "Anak lupa barang".

Nasib la kelas kembar dekat ngan gate sekolah dan tingkat bawah. Kot tingkat 3, dapat mokcik buat exercise pepagi kannnn...

Thanks to my flexible job too...no punch card no fussy boss! 

Friday, August 16, 2013

Pergolakan Syria/Mesir: Peduli atau Tak?

It's very sad to hear about what is happening in Syria and now Egypt.

I'm loss at words. I keep reading/viewing thru FB, blogs (news tak berminat sbb rasa mcm apa yg disampaikan oleh pembaca berita mcm takde perasaan aje!). Sedih melihat saudara Islam dizalimi, dibunuh tanpa belas kasihan.

And yet ada org boleh komen kat FB "tolong jangan share gambar2 yg mengerikan itu".

Hmmmm....ye la, Malaysia ni aman damai ye!

Saya tak mampu nak kupas isu di Syria dan Mesir secara intektual, I can only read dan dapatkan pemahamannya. Saya mahu rasa peduli ttg apa yg terjadi disana. Mereka saudara se-Islam kita, wajarnya apabila umat Islam disakiti demi menegakkan agama Allah, saudara Islam yg lain harus rasa sakit bersama.

Seperti juga isu Palestin, kalau kita x mampu nak berjihad dgn cara mereka berjihad, doakan mereka sentiasa, hulurkan derma kepada mereka, ambil peduli situasi mereka. Share dan share kisah mereka supaya masyarakat dunia sedar apa yg terjadi pada mereka. Supaya lebih byk bantuan dapat dihulurkan, supaya yg zalim dan menindas dapat ditewaskan.

Dan yg penting, kesedaran ketuhanan kita - berapa dalam iman kita? Apa yg terjadi disana, tak mustahil akan terjadi disini kalau umat Islam masih leka dgn kehidupan duniawi, masih sibuk ngan hiburan, masih sibuk ngan material. Yg sibuk di share kat FB - handbag branded terbaru, keta terbaru, percutian terbaru (byk terkena batang hidung sendiri...huhuhu)

Baca la artikel ini utk lebih memahami:




Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri 2013

Yeay! All backlogs on the table done! Sudah jumpa bos and no new task for the time being.

So boleh la kita blog sekejap, sbb nak blog pasal raya ni kena tabah sikit pasal nak upload gambar byk. 

Tahun ni giliran raya kat kampung cik HB - Jalan Bayam, Kota Bharu Kelantan.

Kami sampai KB on 27 Ramadhan, ptg Selasa. Traffic was ok, cuma ada sedikit hiccups kat area Gua Musang, Kuala Krai onwards. Tolak kul 8am dr Tg Malim (kami singgah kat Tg Malim the day before dr Melaka supaya x penat sgt), sampai KB kul 4.30 ptg.

Seronoknya, most adik beradik berkumpul kat rumah Mek Ayoh buka posa sama2. Mek buat nasi kerabu dan byk jugak makanan lain. Family Jalan Bayam mmg besar, more than 50 members of anak2, menantu, cucu2. Cuma 3 famili saja yg takde. Bila berkumpul camni, dah ala2 kenduri dah, sampai kena set-up 3 tempat hidangan.

Set-up 1: Utk geng2 kanak2

Set-up 2: utk lelaki dewasa

Set-up 3 : geng mak2 dan anak2 dara

Close-up gambar makanan sikit

Kira sempat la dua kali kami buka posa sama2 dan buat solat Maghrib berjemaah. That's cara paling best mengeratkan hubungan keluarga - makan dan solat secara berjemaah.


Malam raya: baru la kembar dapat main bunga api

Insyirah pon tumpang sekaki, nasib la kak Aya rajin melayan


Gambar kami sekeluarga...tahun ni gagal lagi nak sedondon. Kes x sempat shopping properly.
Saya n cik HB je yg senada :)
Mek & Ayoh...semoga panjang umur dan sihat sejahtera

Kembar and the cousins

Ptg raya pertama: Open house rumah abg ipar sulung. With cousins dan seorg makcik diorg terselit kat situ..hehe

Kembar and Kak Ngoh, untung kak Ngoh, a medic student kat Ireland - every year dapat balik puasa dan beraya kat Malaysia. Rasa cam Ireland tu dekat je ye Ngoh? Tahun depan Insyaallah she'll graduate.

Our big family photo in candid mode. Susah nak kumpulkan semua org ni. Hampir few shots baru complete.

Kami dok kat KB sampai raya ke-3. Itupon jadual penuh sbb raya ke-2 rumah Jalan Bayam buat solat hajat/open house jugak la kiranya. Then malam gi beraya rumah adik cik HB. Bila nak balik kembar sangat sedih dan asik tanya kenapa umi dan abah x leh cuti lama2. Well, cik HB boleh la kalau nak cuti lama, tapi I cuti dah abis. Kena la back to realiti.

Kami singgah Tg Malim on the way back from KB. The journey was long and tiring because of heavy traffic. Sempat la beraya kat rumah my bapa saudara dan makcik pagi raya ke-4 di Tg. Malim.

So that's how our Raya 2013. I'm feeling so blessed and grateful for having such a loving family members on both sides. Glad that every raya since married (except while we were in Germany), we would never failed to beraya with both sides of family walaupun kadang2 ada adik-beradik yg x sempat jumpa. Bersyukur masih ada ibu bapa dan mertua utk meraikan Syawal nan indah.

Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah.

Tuesday, August 13, 2013

Back To Work

As salam...

How's ur raya?

I'm just back to work setelah hampir seminggu bercuti raya. Patutnya semalam dah start keje tapi saya demam la pulak. Langsung x larat nak bangun, so amik MC la jawabnya. Penat sbb berkelana ke sana sini campur perut terkejut makan macam2 kot...hehehe.

There are so much to share about raya. Tapi nanti la dulu. Nak siapkan keje yg melambak2 atas meja ni dulu. Tak sedap nak blogging while there are so much to do.

Anyway, selamat hari raya aidilfitri to those yang rajin baca blog saya ni. Maaf zahir dan batin especially kalau ada entry2 yg tersalah bahasa dan kata2. 

Friday, August 2, 2013

Good Bye Julia :(

Anak kucing si tompok yg kembar namakan Julia tu dah mati :(.

Lepas sahur, saya bagi the newborns susu, saya tgk Julia tu tido aje dalam kotak. nampak bergerak2. Then pagi tadi sebelum pegi keje, saya gi jenguk. Tengok Julia still tido dalam kotak. For the past 3 days, asal pintu dapur dibuka aje Julia akan dtg ke pintu. Nampak keras, so saya sentuh mmg dah mati....sob..sob...sob.

Entah la kenapa dia mati sbb semalam pagi masa bg Whiskas dia makan sampai habis. Cuma saya perasan petang saya bg Whiskas dia x makan pon. Bekas air dan susu pon penuh lagi. 

Ni sikembar  tak tau lagi. Saya kena tunggu diorg balik dari sekolah, tengok sendiri body Julia, baru boleh tanam. Kalau tanam dulu, nanti diorg x percaya. Nabilah dah ckp byk kali "Julia tu umi jangan bagi org tau".

Sedih jugak rasanya bila kucing mati walaupun hanya few days dia dok ngan kami. Dulu saya takde perasaan camni, siap tak paham nape roommate saya zaman sekolah nangis sampai bengkak mata bila dia call rumah dan mak dia kucing diorg mati. For me masa tu "it's just a cat".

Hopefully, the other two survive la. I was worried about the newborns more than Julia sbb Julia macam dah besar sikit so supposedly dia la yg akan ok. 

But it's not :(

Thursday, August 1, 2013

Si Anak2 Kucing

Tiga hari lepas masa sampai opis waktu pagi, tengok tepi pintu opis ada org letak satu kotak yg kat dalamnya ada 3 ekor anak kucing. Yg dua tu nampak mcm baru lahir, mata pon x bukak lagi. Yg seekor tu dah besar sikit, dah boleh jalan. Masa mula2 tengok tu, I tgk sekali imbas aje sbb nak berkejar pegi meeting kat client's office. I was hoping nanti ada la kot yg akan amik anak2 kucing tu.

Tapi balik tengahari tengok diorg masih disitu. Then I went off to pick-up twins from school. Nabilah ikut saya ke opis sbb dia x sihat. Sampai opis, tgk anak2 kucing tu ada lagi. Nabilah yg mmg dah lama berangan nak jaga kucing, terus merayu2 nak amik anak2 kucing tu. Saya pon x sampai hati walaupun tak minat kucing dan x penah/pandai jaga kucing, jadi kami bawak la naik ke opis, then letak kat pantry dulu. Saya call kawan tanya cemana nak jaga anak2 kucing, dia suh bagi susu dulu. Nasib kat opis ada susu tepung so bancuh la dan letak kat piring. The bigger one nampak mcm minum la, kesian dia terketar2..lapar sgt agaknya. Yg dua newborn of course tak tau apa2 pon.



Abis keje, angkut la anak2 kucing tu balik rumah. Singgah amik Insyirah dan bgtau makcik bbsitter pasal anak2 kucing tu. Makcik ckp kalau kecik camtu kita kena susukan dia, guna la syringe ke apa. So bila balik rumah, buat susu dan cari syringe nak susukan anak2 kucing tu. Susahnya, sbb mulut dia sgt kecik pastu x reti nak menyusu. Tapi saya try abiskan guna 3ml susu dalam syringe. At least there's something in their bellies. 

Yg besar ni, saya try bagi mkn nasi gaul ikan goreng, tapi dia makan sikit aje. 
Kembar namakan dia Julia, entah betul ke x kucing betina. 

Saya sharekan pasal anak2 kucing ni kat FB. Ramai la kawan2 yg bg tips dan kata2 motivasi utk saya tabah jaga anak2 kucing ni. Honestly saya jaga disebabkan rasa kasihan sgt kat baby cats ni. Ikutkan I never thought of having pets at home sbb hidup seharian pon dah cukup hectic. Saya x penah suka kucing pon, inikan pulak nak jadi 3 ekor kucing, jaga 3 anak pon dah cukup huru-hara. I don't like the smell of cats, nak deal ngan kencing beraknya lagi.....adoiii.

That' s why as I announced in FB, kalau ada yg nak sila la amik. They said it's kucing baka cantik, makcik bbsitter pon ckp camtu. Tapi kalau takde yg nak, I would try my best utk jaga kucing2 ni.

Hari ni dah hari ke-4. The newborns are still alive, although struggle nak bg diorg minum susu. Everytime I feed them, I really pray they would survive and keep growing. Kesian dgr diorg menjerit2/nangis kot. I can only feed them right after I'm done with sahur, then once again b4 going to work (kadang2 x sempat), dan balik lunch time. Kemudian ptg lepas balik keje dan malam sebelum tido. In between, I just hope they are not very hungry. I guess they must be missing their mother terribly :(.

"Julia" pulak keeps missing from the box. Tapi dia just pusing2 area rumah. Pantang buka pintu dapur, mesti nak masuk dalam rumah. Nasi campur ikan dia x layan sgt, so I gave her chicken meatloaf tapi x mkn byk juga. Pagi tadi saya beli Whiskas dan balik rumah nak bg dia makan. Oh, yg Whiskas laju pulak makan.

Amboi, dah pandai demand ye Julia!

So, saya akan terus jaga kucing2 ni selagi takde org nak. Balik raya nanti, saya dah minta tolong makcik bbsitter jagakan and she said boleh. Mudah2an Allah permudahkan la kehidupan anak2 kucing ni, semoga kuat dan dapat terus membesar and maybe they would be permanent extension of our family.

I have lots to learn about caring for cats.

I really wonder la, cemana org boleh buang bayi (anak manusia)? Tgk anak kucing dibuang pon dah sedih mengenangkannya.