Pages

Tuesday, September 25, 2007

Emergency Leave

Malam Rabu last week, pukul 11.00 mlm, aku tgh tido, maklum la bulan puasa ni aku bangun pukul 4 pg then straight tak tido. Lepas terawih, dah mcm zombie...ngantuk cam ada gam kat mata. Aku dikejutkan dgn bunyi hp ku yg terletak di bwh bantal tp x sempat nak jwb dah stop. Bila check missed call, rupanya Che Wa, biras aku di KB call. Nape ek telefon time2 camni? Tak lama pas tu hp hubby aku lak yg berbunyi. Since hubby ku yg menjawab, aku dok suspen dgr dia asik ckp 'Haa?, Bila? Kat mana?'. Ekspresi muka dia pon semacam. Hati ku dah berdebar2 dah ni, wondering is there anything bad happen back in KB? Is it my father or mother in law? Kedua2 nya ada mcm2 penyakir esp. FIL. Ada gout, kencing manis, darah tinggi and jantung.

Bila hubby hang up phone, dia bgtau that my FIL is in hospital. Adik beradik dia yg mmg duduk kat KB beramai2 hantar FIl gi hospital. Hubby aku pon mula gelabah dan dah stat fikir bukan2. He started making calls to other siblings yg dok luar KB and they also apparently kept trying making calls to us. So sama2 enganged, mana la nak dpt. But finally we managed to get hold abg ipar kat Seremban. Hubby terus buat keputusan nak balik KB malam tu gak since abg dia pon decide nak balik. Adik ipar kat KL pon nak balik gak. However, kakak ipar dr KB bgtau MIL berpesan jgn bgtau adik2 yg tgh belajar, Marina and Mek Nor sbb diorg nak exam, takut nanti kalau dgr berita mcm ni, mengganggu study.

Bila hubby kata nak balik KB mlm tu, aku blank. Sbbnya kami x pernah travel balik KB mlm2 buta camni. Perasaan bercampur aduk antara takut and panik. Nak stat packing pon aku x tau nak mula dr mana. Dah le mlm tu air xde, pinggan dlm sinki byk, baju pon berendam. Tp cepat2 aku buangkan perasaan2 yg x penting tu. Bapak mertua sakit, jgn fikir hal2 lain. Aku cuma takut hubby aku yg gelabah, nanti drive pon x concentrate. X sampai 1/2 jam aku packing, main sumbat mana2 yg perlu. Utk kembar, aku angkut je satu kotak toyogo baju2 diorg. Kul 12 mlm kami bertolak dr Melaka. Nak jemput Mek Ja kat Wangsa Maju n janji nak jumpa abg ipar kat Tol Karak.

Sampai KL dekat2 kul 2 pg, tp on d way kakak ipar dah call bgtau FIL x kritikal tp hanya di masukkan ke wad biasa aje. So diorg nak bgtau x payah la balik tp we all dah on d way pon. Cuma bila dah tau camni xde lah hubby aku nak kalut2 sgt. Tak lama lepas tu we met abg ipar kat Tol Karak, he told us we are not going thru Gua Musang route tp lalu LPT then ikut Terengganu. Route tu jauh compare ngan Gua Musang tp dr segi safety it's better sbb route Gua Musang byk bas n jln bahaya.

Sedang melalui lebuhraya Karak, Nabilah yg sedang sedap tido atas pangkuan aku tetiba menjerit takut. Terkejut sungguh aku. Takkan bulan puasa ni ada gak 'benda2' yg mengacau dia. Tp Nabilah mmg selalu mcm ni. Hubby selalu kata Nabilah agaknya selalu nampak hal2 supernatural. Jenuh la aku peluk dia, sambil tutup mata dia sbb dia asik nak pandang atas, pastu ckp takut. Hish..kalu lalu ikut Gua Musang, lg le suspen aku.

Sepanjang perjalanan, aku asik tersengguk2 tahan ngantuk tp x berani nak tido sbb takut hubby aku tgh2 drive terlelap ke. Dia pon mesti ngantuk gak sbb siang langsung x tido, penat posa lg. Dah le x biasa drive mlm. Dekat2 kul 5 kami berhenti di R&R Gambang utk bersahur. Tp R&R LPT ni x meriah cam R&R PLUS. Tu pon nasib ada satu kedai jual buhun/mee sup. Dapat juga la kami bersahur. Lepas subuh, kami sambung perjalanan. Keluar LPT kami lalu jln Jerangau-Jabor. Masa ni ada lah masa yg sgt2 ngantuk2. Hubby pon x berenti menguap. Risau aku tgk dia. Aku pon dlm dok tahan mata, terlelap gak.

Abg ipar drive laju ke depan, entah berapa kali dia asik kena stop tepi jln tunggu kitorg. Mana nak potong lori lagi, pastu asik ada road block je sepanjang jln kat Terengganu. Rasa nya pasal isu rusuhan bakar bendera tu kot. Akhir setelah dekat 12 jam travel, kul 12.30 tghari baru kami sampai KB. Aduh, penatnya....tp xpe la, demi org tua.

Sampai aje rumah mertua, kami mandi n bersiap ke hospital. Alhamdulliah, FIL dah ok. Rupanya sugar level dia rendah sgt sampai affect memori dia. Yg diorg suma ni panik sbb dia mcm x ingat apa yg berlaku. Cucu yg dtg rumah ari2 pon dia x kenal. Tu yg ckp pun merapu aje. Hari Khamis dia dah discharged.

Hari Sabtu kami pulang semula ke Melaka. One more issue to think consequence to 3 days emergency leaves, plan cuti raya needs to be advised. Huhuhu....jenuh nak negotiate ngan bos ni.

Tuesday, September 4, 2007

Zoo Melaka




Ahad baru ni kami bawa si kembar gi Zoo Melaka. Bukan apa, dah dok lebih 6 bln kat Melaka n ari2 lalu zoo, xkan x pergi2. Lgpon nak tgk perkembangan minda si kembar, samada kenal ke x ngan animal2 live at zoo rather than watch them in books and tv.

So pepagi lg aku dah bangun siapkan bekal sbb x tau kat dalam tu nanti makanan yg dijual ok ke x. Sbb malas nak masak beria2, aku cuma buat nasi goreng, ayam masak kicap n sandwich sardin. Ala, bukan nak berkelah pon. Since umah aku kat Durian Tunggal aje, x payah la aku nak bawa makanan beria2 cam satu ari lak nak dok dlm zoo tu.

Kul 11.30 pg kami sampai kat zoo, nasib baik org xde la ramai sgt. Beli tiket pon senang. Kalau kat Zoo Negara beratur sikit punya panjang nak beli tiket. Si kembar dah awal2 diikat kat stroller. Walaupun dah 2 tahun lebih, still lg senang bawa diorg berjln2 ngan stroller. Kalau x susah nak kontrol.

Mula2 kami tgk spesis2 haiwan mamalia. Nama pon aku x ingat apa. Tp syok jugak la dtg zoo ni sbb ada koleksi binatang dia yg aku x penah tgk lg. Kembar pon excited tgk animals. Cuma dah tgh2 jln rasa lenguh gak berjln so bila nampak ada train berhenti kami sibuk nak naik tp kena halau sbb rupanya kalau nak naik train kena naik dr stesen yg dah ditetapkan shj n perlu beli tiket. Malunya.......

Anyway, it was a good outing sbb kembar appreciate apa yg diorg tgk kat zoo. Kul 3 ptg kami balik tp kepala aku punya la berdenyut n sgt le penat.

Hai...lepas ni kat mana lg nak berjalan?

Thursday, August 30, 2007

Hari Keluarga

Familiku dtg hari Jumaat lepas. Malam tu bawa diorg mkn ikan bakar kat Alai. Order kupang masak cina (yg ini mmg sedap), pastu ikan siakap yg dimasak pelbagai. Satu ikan black pepper, sweet sour, bakar special, ikan bakar berempah, sotong goreng lg, kerang bakar lg. Pendek kata mmg puas mkn la mlm tu. Harganya untuk 10 org dewasa n 5 kanak2 baru RM140. Rasa berbaloi giler sbb rasanya kalau mkn kat Umbai mau double. Tp agaknya level iodine aku mau tinggi kot. Bahaya ni...

Sabtu lak sibuk memasak n ptg bawa diorg jln2 kat Bandar Hilir. Tu le baru aku masuk Muzium Melaka. Rasanya penah masuk dulu masa rombongan sekolah rendah. Peh! bape tahun dah tu....
Tp naik lenguh kaki jln ngan diorg ni. Maklum la rombongan cik kiah...sat org ni nak gi situ, sat kang yg sorang ni nak gi sana. Malam lak dah lepas masak dinner, aku dah flat. Diorg still leh kuar gi Jusco lak.

Ahad diorg balik, kakak aku ckp lain kali nak amik cuti seminggu jln2 kat melaka. Huh! Aku dok melaka dah bape bulan ni pon x abis lg ronda2 melaka.

Thursday, August 23, 2007

Hari Keluarga - Coming Soon

Esok famili aku nak dtg umah. Ramai lak tu yg nak dtg. Kakak aku n famili dia n adik beradik aku yg lain. Yg x best nya dtg masa aku blom gaji. Tp dah ckp ngan hubby, kalau dia dah gaji esok, nak belanja diorg makan ikan bakar. Dah 2 kali parents aku dtg sini tp aku x sempat lg nak bawa diorg pusing2 Melaka sbb dtg masa x kena. Nape la diorg ni x mau dtg on 31/8 tu nanti? Cuti panjang sket. Mak kata suma ada hal masa tu nanti. Ok la, nak dtg, dtg la....

Ni tgh plan menu n aktiviti utk diorg, senang nanti xde la aku pening nak masak apa.
Menu seperti berikut:

Jumaat (24/8) :

Dinner: Asam pedas ikan tenggiri, sayur bayam, ikan goreng, sambal belacan

Sabtu (25/8)
B'fast: Nasi lemak, roti sardin
Lunch: Ayam goreng, sambal udang, kacang buncis goreng
Dinner: Makan kat luar (gi Alai)

Ahad (26/8)
B'fast: Bihun goreng
Lunch: Kari daging, sawi goreng, ikan goreng

Mlm ni kena la aku berkejar gi Tesco/Giant cari stok brg. Peti ais dah kosong tu.

Happy Anniversary!


Smlm, 22/8/07 is our 3rd anniversary. Rasa cam baru je kawin...hehehe. So dah mmg plan nak keluar berdua to celebrate. Ni our annual event, so far blom miss lg. Sbb nak save cuti utk raya terpaksa la amik half day. Kul 2 ptg, aku pi park keta kat Jusco and hubby dtg jemput. Park keta kat jusco tp pi dating kat Mahkota Parade. Saja...sbb Mahkota Parade besar sket. Lgpun kat Melaka ni apa la sgt shopping complex yg ada.

Sampai Mahkota Parade pi lunch dulu. Lapar giler ni. X byk option utk restoran (selalu kalau anniversary pi restoran yg 'class' sikit, fast food x main...hehehe). At last pi Nando's aje....
Ye la, nak mkn yg mahal2 e.g kat hotel ke, tgh pokaai...hahaha. Anyway, mkn kat Nando's for two pon dah RM50. Then we decided nak tgk wayang. Hubby nak tgk Rush Hour 3 tp aku x suka ngan Chris Rock tu. Sebenarnya nak tgk Transformer tp hubby dah tgk masa kes dia merajuk ari tu (merajuk pi tgk wayang...cheh!). Tp dia kata it's ok kalau tgk lg sekali pon sbb Transformer best. So beli la tiket 4 Transformer. Show kul 4.30 p.m, ada masa 1 jam lg, kitorg pi ronda2 kat Parkson.

Hubby dok tanya nak apa for anniversary n dia cadangkan beli handbag ( sendiri tanya, sendiri jawab...daaa) sbb skrg tgh sale. Tp apa aku berkenan suma dia x berkenan. Huh! Boringnya....dlm hati rasa nak keluar sendiri, guna duit sendiri je beli. At last, belek punya belek x beli pon sbb dah dekat masa nak tgk wayang.

Transformer mmg best! Tp penat tgk asik berperang je. Lama lak tu, 2 jam lebih. Bila abis tu kelam kabut gi solat Asar. By d time nak balik dah kul7 mlm. Teringat kat budak2. Rasa bersalah giler balik lambat. Sure diorg dok tunggu kat pintu grill. Hubby drop me kat Jusco utk amik keta. Sampai umah dah kul 7.30 am. Rush nak mandi, solat n masak dinner. Back to normal routine on the day of anniversary day.

Happy anniversary to us!

Wednesday, August 15, 2007

Episod Pengenalan

Akhirnya sampai gak seru aku nak mulakan blog sendiri setelah puas dok merantau ke blog orang...hehehe, baru rasa cam follow trend.