Pages

Tuesday, June 29, 2010

Weekend

Another full weekend...

Azma and family from Saarbrücken once again berkunjung kerumah. Tapi hanya semalam then Saturday pagi2 Azma dah ke Frankfurt atas urusan kerja. Then Saturday noon, Kak Rosliza & suami from Idstein dtg berkunjung buat pertama kali ke sini. Since Kak Liza nak venture Raunheim, ptg tu kami keluar berjln2 ke Einkaufzentrum (pusat beli-belah) Raunheim.

Kak Liza & the twins..all in purple!

Einkaufzentrum Raunheim ni xde la besar sgt tapi Kak Liza kata best sbb REAL, Toom Markt, pastu ada small shopping complex yg ada kedai kasut Deichman, kedai2 baju, kedai elektronik, semuanya in one place. Big store utk brg2 kelengkapan rumah TEDOX dan Toom Baumarkt pon ada. Yes, sy pon akui mmg best that semua kedai2 ni dok setempat tp sy dah selalu sgt kesini (like every 2 days) so sy dah agak bosan la jugak ngan tempat ni dan berharap Hauptwache Frankfurt is just some distance away..mcm boleh jln kaki ke dr rumah (eceh..melampau!)


Depan shopping complex tidak bernama....

Penat meronda, singgah minum kopi dan makan kek...

Then Ahad pulak, Mat & Liza dtg lepak kat rumah kami since sama2 nak menonton game WC Germany vs. England. Unfortunately Kak Liza & Abg. Azam x dpt join watching the match sbb diorg ada appointment ngan tuan rumah diorg.

Match Germany vs. England mmg sgt2 best! Sy sebenarnya bukan peminat bola, couldn´t even imagine I could sit down watching the whole game but this year WC, suddenly I´m a big fan of football. Dari x penah tau sapa dan sapa player utk negara mana, suddenly now sy kenal sapa Wayne Rooney, sapa Lukas Podolski, sapa Kevin Prince Boateng dan siap google Wiki utk kenal lebih lanjut Mesut Özil (ni player favourite sy!).

Tak rugi sokong Germany aritu (despite sy sorang je sokong Germany, cik HB & Mat sokong England hokeh!). Mmg Deutschland main dgn sgt cemerlang. Tak sabar tunggu match Germany vs. Argentina!

Ok, back to Ahad....lepas game abis, kitorg keluar berjalan kat park belakang rumah sy. Though dah pukul 7 mlm, hari masih lagi terang benderang.

Twins and basikal hadiah besday. Thanks to Uncle Mat as the major contributor!

Kat park ni penuh dgn pokok epal, plum, pear dan ceri. Dan since ianya terletak dikawasan awam, maka sapa2 pon boleh petik. Tapi buat masa ni epal, plum, pear suma belum lagi masak. Hanya ceri je yg kami boleh petik. Tahun lepas sy dah merasa dah epal kat park ni but unfortunately x sedap la. Maklum la buah free, dok kat kawasan awam, sapa la nak jaga bg ianya berbuah dgn baik. Imagine ye kalau taman2 kat malaysia tu ditanam ngan pokok mangga ke, pokok rambutan ke...pastu suka hati la sapa2 nak amik..agak2 praktikal x? Ke nanti buat bergaduh je sesama manusia?

Pokok epal

Nabihah depan pokok epal

Pokok ceri

Aksi pemetik ceri...sib baik sampai tgn nak petik...hehehe

Nabilah dan ceri yg dipetik sendiri (setelah didukung oleh Uncle Mat!)

Pokok plum

Main buai
Org tua pon boleh main gelongsor kat playground ni...hehehe

Monday, June 28, 2010

Picnic

Kat Rüsselsheim ada satu park ni, agak cantik especially di waktu summer. Since on Friday, Kak Liza & cik dee cuti dan free dr sebarang aktiviti, maka kami semua pi lepak2 kat park ni. Just bawa KFC, ceri, strawberi & roti dan lepak kat situ. Sungguh aman rasanya lepak dibawah pokok yg rendang ngan angin sepoi2 bahasa...hampir tertido la dibuatnya.

Picnic menu omputih...KFC, brötchen, cherry...

Bunga2 yg cantik kat park ni...

Ada fountain juga...

Ye, sila main puas2...

mama & Liya

Ummi and Liya..

Liya and Tok Chik & Tok Dee

Liya yg comel & cheeky...rindu la nanti bila dia dah pindah ke Aachen :(

Monday, June 21, 2010

Birthday/Eating Party?

On 18 June, it's cik HB's 32th birthday. Yes, birthday kami berdua berbeza 6 hari shj. Boleh celebrate sama2 kalau nak. Kalau ikutkan dah tua2 ni agak segan la nak ber birthday2 party kan? Especially utk org2 yg pemalu cam kami ni.

Anyway, atas permintaan ramai (ecewah...xde la ramai pon, sorang aje pon), maka kami buat la makan2 sikit sempena birthday kami baru ni. Just kami 3 famili aje campur ngan famili Kak Emi yg baru prtama kali berkunjung ke rumah sy.

Kak Liza buat home-made cendol, kerabu daging & nasi beriani, sy buat daging hitam manis, ayam goreng lemon stail mamak (ok, i know namanya agak koya sikit, tp tu resepi sy amik dr Myresepi) acar timun-karot, kek coklat, popiah & samosa. Liza bawa meatball & ayam masak pedas (lupa la cik oi nak tanya nama masakannya). Thanks to Kak Emi yg bawa agar2 milo ngan agar2...hmm... x tau! Sambil layan World Cup (Itali vs. New Zealand) dan 2 babies comel, si Liya & Asha, sy asik makan dan makan. Cendol kak liza yg super sedap tu, sy makan 3-4 mangkuk kot (lost count actually!).

My chocolate cake!

Antara dua watak utama...

Aksi comel Stefan main peek-a-boo ngan Liya

Aksi comel Cik Dee & Liya

Eh, Nabihah nampak cam kakak yg dah besar la!

Cik HB dpt hadiah jersi ori Germany yg custom-made khas sempena birthday dia yg ke-32, siap dgn nama dia lagi! Hadiah beramai2 dr Kak Liza, cik Dee, Mat, Liza, Awie & Zurina. I know he likes it very much, dah lama dia dok eyeing jersi Germany tp bertangguh2 nak beli.


Thanks to Kak Liza on her initiative nak buat majlis ni, we all had great time. When Stefan (boyfriend Zurina) nak balik, he said "this is a nice birthday party!"

And I said " What birthday party? It is all about eating party !"
^_^

Saturday, June 12, 2010

Semakin berumur....

It's nice kalau la nombor itu boleh diterbalikkan

TAPI hakikatnya....

I am 32 today.

Doakan semoga sy menjadi muslimah yg lebih baik...

Dan ageing gracefully....hehehe

Friday, June 11, 2010

Jom layan Polyvore!

Sy suka pi tgk baju2, kasut2, beg2 kat shopping complex. Cuma sy x jadi gila cam Becky Bloomwood shopping sampai terpaksa berhutang 12 credit card! Sy berangan aje lebih...dan kalau betul nak beli pon selalunya sy buat budget and cari baju bwh 20 Euro aje.

Lagi satu berangan yg best adalah di Polyvore. Walaupun x dpt memegang materialnya, cuci mata pon cukup la. Alangkah bestnya kalau shopping adalah semudah clik n clik di Polyvore ini. Tapi total kos utk berfesyen seperti dibwh adalah lebih kurang 600 Euro!

Baik sy beli Kitchen Aid....hahaha


Tuesday, June 8, 2010

Of Summer

I'm glad now it's summer.

Though sometimes some days are those rainy days, still I appreciate the warm of summer. When I wake up in the morning, the first thing I would think is to do laundry. I really love it when I manage to get wet clothes dry up under the hot sun in very quick time when during winter laundry takes at least 2 days to dry up inside the house as I don't have electrical dryer and worry whether the humidity from the washed clothes would cause mould to grow!

Then summer means you can get out from the house without having to bundle yourself in layers of clothes. It's the time to wear sandals, ballerina, slippers, pumps, stilettos....(ok, I only have two pairs of summer shoes, although I wish I could have more summer shoes...hehehe).

Summer also makes me start again with my morning walk. In winter, I gave excuses to myself that it was too cold to be outside, the road are slippery because of the snow or frost, I didn't have the right shoes to have a long walk in that weather...bla..bla..bla. But now, I force myself to start walk again, an hour a day!

The negative part of summer on the other hand...well, not many I could think of but I now keep fighting with the flies. They are absolutely non-exist, not even one you manage to find during the winter but as it hot now, they come happily flying around the house, making the buzz sounds which is so annoying to my ears. And I have to make sure that all the food are properly covered, if not it would be the feast for the flies. We have this electrical insect repellent, it resembles a tennis/badminton racket and I would be running around the house with this device, hunting the flies. I guess I use this device much better than I use the badminton racket :))

Food also easily get rotten under this weather. Recently I had to throw away half of a bread loaf because there were fungus growing on it even though the expiry date was still long way to go. Rice from the dinner the night before could also easily get rotten the day after. So I have to be alert when buying groceries. For me, buying extra load is not a good thing during this season.

The thing is, what I notice, living in a four-season land, makes you appreciate what you could have in each season.

But I guess I would probably not missing summer as we have 'Summer Forever' in Malaysia.

Saturday, June 5, 2010

Akibat Shopping Tengah Malam

Sepanjang dua minggu berturut2 rumah kami x putus2 menerima kunjungan tetamu. Tamu dari Malaysia DD & Nazrin, kemudian Elfi & Najib dr Aachen dan terbaru Ain & Fattah dr Juelich. Alhamdulilah... ceria sungguh rumah kami ngan tetamu2 ini sampai sikembar bila dijemput balik dr kindergarten mesti tanya hari ni siapa yg dtg ke rumah...kekeke. Tu juga sbbnya saya dah lama x update blog.

Semalam cik HB announced kat Darmstadt ada some sort of festival so semua kedai2 akan dibuka sehingga tengah malam. Since Ain & Fattah still ada disini, kami pon ajak la diorg ke sana. Ain & Fattah suka aje rupanya walaupun perancangan asal diorg nak balik ke Juelich semalam. Darmstadt terletak lebih kurang 45 minit dr rumah sy...agak leceh nak pegi sana compare ngan ke Frankfurt sbb kena tukar train 2 kali but for me yg jarang2 dpt gi Darmstadt ( despite the fact my husband goes there almost everyday! *roll eyes*) it's worth going there sbb Darmstadt adalah satu bandar yg menarik and ada byk pilihan shopping yg pelbagai.

By the time kami sampai Darmstadt, dah pukul 5 ptg. Sy & Ain memulakan operasi keluar masuk C&A, H&M, ZARA, ESPRIT bagai despite kami bukannya plan nak beli apa pon. Maklum la dah janji kata nak cuci mata plus budget shopping pon tadak :)). Anyway sy beli juga t-shirt summer yg cantik utk si kembar yg harga asal sehelai cuma 3 Euro but with 20% discount jadi 2.40 Euro. Suka2...walaupun utk diri sendiri x beli apa2.

Sang2 suami dok la tercatuk kat luar kedai yg kami beli sambil keep an eye at the twins. Tapi by the time nampak SATURN (kedai brg2 elektrik & gadgets), terpaksa la kami lak take turn jaga twins and kasi chance kat org2 lelaki cuci mata kat SATURN. Then kami solat Asar/Maghrib, pegi dinner around 10pm dan lepas tu still keluar masuk kedai. Org punya la ramai...agaknya org2 jemen ni pon jakun bila kedai2 dibuka sampai tgh malam. Maklum la selalu kedai2 pukul 8 mlm dah tutup. Certain kedai kadang2 kul 6 ptg dah tutup.

Dlm dok leka keluar masuk kedai tu, none of us concern about time. Lupa yg kami ni dtg ngan train, jauh lak tu dan lupa yg train pon ada had masa beroperasi. Pukul 11 lebih baru la kami bergerak ke Darmstadt Hauptbahnhof dan nasib kami baik sbb train ke Wiesbaden dilewat masa departure nya. Bila dah naik train pulak, baru tau yg malam tu cuma satu je laluan rel yg beroperasi, menyebabkan train yg kami naik tu asik stop beberapa kali (lama lak tu!) utk memberikan laluan kpd train2 lain yg menggunakan laluan yg sama. Masa tu baru la kami terfikir yg kami ni nanti kena turun kat Bischofheim dan tukar train utk ke Raunheim (rumah sy) tapi kalau delay camni punya lama ada ke lagi train ke arah Frankfurt melalui Raunheim yg masih beroperasi?

Kami siap dah bincang kalau katakan dah xde train, kat hauptbahnhof (stesen keretapi) mana nak bermalam? Nak ke Mainz ke atau Wiesbaden (since keretapi yg kami naik tu akan melalui Mainz dan terus ke Wiesbaden). Tu pon sebenarnya nasib baik kami sempat caught this train, sbb apparently that was the last train to Wiesbaden from Darmstadt for that day. And nasib baik train ni dilewatkan perjalanannya.

Lepas tu terfikir Mat, dan cik HB terus call Mat and mintak dia check kan jadual train. Confirmed kami mmg dah terlepas the last train to Raunheim di Bischofheim tu sbb last train kat Bischofsheim pukul 12.02. Masa tu kami masih jauh lagi nak sampai ke Bischofheim. So Mat suggest kami turun aje kat Bischofheim then amik cab. And Mat siap call kan company teksi utk book kan teksi utk kami with flat rate which is only 15 Euro dr Bischofheim ke Raunheim. Lega la kami dgr sbb kami x biasa amik teksi kat sini and kami ingat mungkin la teksi akan charge mahal memandangkan jarak Bischofheim ke Raunheim agak jauh jugak dan masa pon dah tengah malam. Dalam train dok stop byk kali tu, kami dok dgr sorang passenger ni dok marah2 kat DBahn (the train company) officer disebabkan kelewatan ni. Walau x paham sgt, kitorg dok tergelak2 la jugak dgr mamat ni membebel /maki hamun kat officer tu and officer tu amazingly boleh tahan je dgr apa saja mamat tu ckp!

By the time kami sampai Bischofheim, jam dah pukul 12.40 mlm. Apparently ramai juga org yg stranded mcm kami. Ada satu minah ni siap bgtau kami, smlm pon dia stranded camtu gak and dia kata dia gi claim tambang teksi ngan DBahn and dpt bayaran tanpa byk soal. So dia suh kami minta resit tambang teksi then nanti pi claim kat pejabat DBahn. Wah, lega gak tau info tu.

Tak lama lepas tu teksi kami sampai, and passengers lain yg stranded approached driver teksi kami, minta tolong dptkan teksi utk diorg. Si driver ni pon call la kawan2 teksi dia...kira bagus la bisnes teksi malam tu... Driver ni berketurunan Turki dan bila tau kami ni Muslim, dia pon buka topik Palestin dan cerita mcm2. Mujur la Fattah & Ain fasih ckp jemen, kalau sy ngan cik HB alamat kami nganga saja la...:))

By the time sampai rumah dah lebih pukul 1 mlm. Driver teksi tu bila tau kami boleh claim ngan DBahn, siap nak bg resit 20 Euro walaupun kami cuma bayar 15 Euro. Tapi kami x mau amik kesempatan diatas situasi ni. Dah sgt syukur dah kami selamat sampai ke rumah tanpa perlu bermlm kat mana2 bahnhof atau membayar kos sgt tinggi utk sampai ke rumah!

Tu la kisahnya dek kerana excited dgn shopping yg x berapa pon shopping sebenarnya....