Pages

Thursday, October 20, 2011

Terlebih Sudah

Semalam gi antenatal check utk minggu ke-20. Skrg sy gi check-up kat Poliklinik Komuniti Durian Tunggal. Memula aritu check ngan satu klinik swasta ni. Tapi lepas kena admit kat Hospital Besar Melaka itu ari, sy dinasihatkan buat buku merah kat klinik kesihatan berhampiran. Ingatkan just nak buat buku merah pastu sambung check-up kat swasta. Bukan apa, pengalaman check-up masa pregnant twins dulu kat HKL, aduhai.....menyeksa jiwa dan raga sbb masa menunggu yg lama, nurses yg x friendly dan kena ikut tarikh dan masa yg dah ditetapkan.

Tapi lepas pergi first time bulan lepas, not bad gak la Poliklinik Komuniti Durian Tunggal ni. Dari segi rupa, dah la baru dan cantik, lepas tu the system is very organised. So tunggu turn pon x lama. Nurses and doctor dia sgt la baik, sgt la lemah-lembut, cam x caya jer kita gi klinik kerajaan. Dah la yg entertained sy masa tu satu nurse muda yg sarat mengandung, tapi cool je dia layan kita. Ngan ckp lembut, byk senyum, I really comfortable la at that time.

Lagi pulak, doktor utk klinik ibu mengandung semuanya perempuan Islam so x risau dah pasal aurat. Aritu gi klinik swasta pon sbb isu aurat juga. Kali ni insyaallah nak cuba jaga aurat masa check-up dan bersalin, tu yg kali ni mungkin akan bersalin kat private hospital sbb nak dapatkan gynae perempuan. Masa twins dulu, malu toksah nak ckp la bila ntah berapa ramai doktor lelaki yg ngadap kita, campur ngan ntah bape ramai lagi doktor2 pelatih yg dtg tgk. Tapi masa tu nak buat cemana, pengalaman pon takde campur ngan financially pon tak stable so kita harung jugak la.

Ckp pasal check-up, bp ok, urine ok tapi weight gain melampau sudah. Naik 5kg ko dlm masa sebulan! Adoiii...mentang2 dah boleh makan ni, makan byk sgt la pulak sampai berat naik melampau. Nurse ckp kena jaga makan camni and Isnin ni pulak kena buat test minum air gula utk check diabetes. Ala, dreadnya nak minum air gula tu sbb dgr citer air gula tu tersangat manis dan boleh buat rasa nak muntah. Masa twins dulu sy skipped test tu dan somehow nurse x bising pulak. This time x berani nak skip sbb umur pon dah bertambah, pulak tu mmg ada keturunan kencing manis. So suka tak suka, kena buat juga.

Harap2 mmg takde diabetes la.....

Wednesday, October 5, 2011

Planetarium Negara

Ni citer ntah bape minggu lepas. Dah lama sy draft entry tapi asik x complete. Sy mmg tak rajin skrg nak update blog, x mcm masa kat Germany. Maybe sbb dulu sy dok kat tempat org, and fikir betapa ruginya tak catatkan pengalaman hidup dtempat org. Balik Malaysia, life is a routine, not much to jot about walaupun sebenarnya tau whether it's interesting or not is up to you how you deliver the story.

Back to this entry, kami ke KL masa ni. Sy teringin nak makan steamboat, kat Melaka pulak x byk choice nak makan steamboat yg menepati citarasa. Cik HB lak kata alang2 nak makan steamboat, dia nak makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa sbb dah lama x makan kat situ. Well, sy x kisah mana2 pon, janji steamboat. Lagipon kami ke KL sbb nak melawat rumah baru adik cik HB yg baru pindah kat Jalan Klang Lama. On the way kami ke Titiwangsa, singgah la sekejap kat Planetarium Negara yg terletak kat Taman Tasik Perdana. Sy ngan cik HB penah dating kat sini dulu zaman2 belajar kat Uniten tapi that was years ago, so dah x bape ingat how Planetarium Negara ni sebenarnya.

Planetarium ni x la besar la exhibition area dia but ok la since ianya percuma utk kanak2 dan dewasa cuma perlu bayar RM1. Kami pulak opted nak tgk 3D show dia, so kami cuma perlu bayar tiket show aje, which RM3 for adult, and RM2 for kid.

So altogether, kami habiskan masa 1 jam dlm Planetarium ni, setgh jam berlegar tgk pameran, dan lagi stgh jam tgk show Solar Storm. Twins sgt suka with this kind of outing. Sy, as long as ada aircond, I'm all fine!

Twins and patung astronut

ala, nampak selipar pink la pulak

me @ 16 weeks pregnant. Org kata my perut nampak
besar compare dgn usia pregnancy.

Layan la kabin tidur dlm Soyuz

Tunggu show Solar Storm start

Then kami gerak ke Taman Tasik Titiwangsa utk dinner steamboat kat Restoran Nelayan. However, kami agak kecewa dgn makanan kat Restoran Nelayan. It wasn't as good as I remembered before. Selection steamboat x byk, ketam pon x fresh. Twins langsung x mo mkn apa2. And being me pregnant, dan asik kepanasan, having steamboat pot dgn api gas mmg sungguh tak menyelesakan. Kami spent 1 jam aje kat situ, x amik gambar pon. Then gerak gi rumah adik cik HB kat Jln Klang Lama.

Rasa next time nak try steamboat kat Flaming Sunway la pulak.

Monday, October 3, 2011

Setelah Berbulan-bulan.....

Lama kan blog ni menyepi? Last entry konon2 nak memeriahkan blog ni semula selepas sibuk urusan pindah rumah dan urusan2 lain yg penting, tup2 makin sunyi pulak blog ni jadinya.

Alkisahnya, bermula awal Julai onwards hingga la baru2 ni sy diuji dgn keadaan kesihatan yg sgt2 terganggu. Good news is, sy tidak sihat disebabkan bakal menerima kedatangan org baru, makanya walaupun tak sihat sampai kena masuk hospital, still sy gembira sbb hasrat kami nak menambahkan bilangan ahli keluarga insyaallah termakbul. So biar la mabuk sampai stage hyperesis gravidarum dan kena on IV drip, sy redha dgn doa mudah2an baby lahir sihat walafiat dan sempurna sifat hendaknya. Lagipun ini bukan pengalaman pertama kali, masa pregnant with twins, pon mabuk cam gini jugak cuma sbb itu pengalaman 6 thn lepas, so mcm ingat2 lupa cemana the whole experience.

Ada masa rasa mcm tak tabah juga bila muntah around the clock, sampai minum air kosong pon boleh keluar balik. Masa pregnant minggu ke-7, the night before sy decided nak pi hospital, I vomited dr pukul 3 am sampai 7 am. Dah la bukan ada makanan pon dlm perut, yg keluar lendir hijau, yg menunjukkan badan sudah dehydrated. So pagi2 tu sy ckp kat cik HB, hantar je la saya masuk hospital sbb sy betul2 dah lembik dan tau solutionnya hanya la put me on drip berdasarkan pengalaman masa mabuk mengandungkan sikembar dulu.

The day masuk hospital pulak, ada sikit bleeding so sy bgtau doktor. Risau la jugak chances of miscarriage sbb sy dah pernah keguguran sebelum ni. So doktor pon monitored my condition closely, bg ubat kuatkan rahim, ubat tahan muntah selain dr put me on drip. Suka tak suka, 4 hari juga la menginap kat hospital, sbb level ketone dlm air kencing tinggi so kena tunggu sampai ianya normal. Bosan teramat dok kat hospital tapi badan rasa sihat walafiat dan makanan hospital yg tak berapa sedap tu boleh pulak makan sampai habis!

But then, bila keluar hospital, lembik balik. Makan apa pon muntah tapi disebabkan sy tak mo masuk hopsital kembali, sy paksa diri minum air banyak2 dan cuba makan juga. Muntah pon takpe janji perut x kosong. Bulan puasa malangnya x dpt nak berpuasa disebabkan asik muntah. Nak buat cemana, jawabnya kena bayar fidiah dan ganti je la puasa yg ditinggalkan.

Bulan puasa dan raya tahun ni mmg agak menyedihkan. Makan-minum cik HB dan anak2 sgt la terabai. Cik HB yg mmg takde skill memasak (dia cuba gak masak, tapi ended up dia sendiri yg x selera nak makan), terpaksa membeli samada kat kedai makan atau bazaar Ramadan tapi malangnya bazaar Ramadan kat area rumah kami tak best. Selalu sgt makanan yg dibeli ntah apa2 rasanya. Persediaan raya lagi la sadis, apa pon x shopping. Mujur mak sy uruskan baju kurung sikembar dan baju2 lain sy sempat shopping masa J-Card sale sebelum sakit.

Kehidupan sosial mmg out. Sy masa tgh sakit langsung tak berdunia ngan org baik in reality or online world. FB and blog langsung tak dilayan. Nak keluar rumah pon x sanggup. Masa raya pon x kemana kecuali rumah adik beradik.

Skrg pregnant@17 weeks, things getting better. Sy hanya muntah sekali sekali, pagi terutamanya. Tp selera makan dah ok, dah makan sgt byk ok! Hari tu merasa la sekejap berat badan turun sampai 8kg tapi la ni rasanya dah naik lebih 8kg kot :). Cuma rasa mual dan air liur berlebihan still ada, dan cepat penat. Tp yg penting dah boleh la memasak (aritu masuk dapur pon x lalu!), dan buat keje rumah sikit2.

Skrg tengah happy browsing barang2 baby. Rasanya byk jugak brg2 baby yg nak kena dibeli memandangkan brg2 baby masa zaman sikembar, kami dah bagi2 kat org sebelum ke Germany dulu.

Sunday, July 3, 2011

Cecite

Gosh!! Dah dekat sebulan tidak post entry. Mcm2 alasan kenapa tak update2 blog. Padahal, ada few drafted entries, yg tak tau bila nak selesaikan. Dan tak tau akan dipublishkan ke tak sbb cerita2 tu dah umpama sejarah pulak.

Good news is, skrg sudah boleh mem 'blogging' dgn lebih selesa.

Sudah ada STREAMYX, hooray!!!!

Sudah melalui proses2 dan urusan2 penting berkaitan kerjaya dimasa depan. Hmmm.....tapi outcome belum tau lagi macamana. Doa2kan ye!

Skrg mau update features blog ni, mcm2 benda nak kena upgrade, rupa paras, masukkan balik chatbox, blog list yg tah mana menghilang. Lama dah tak blog hopping. Tak tau sgt cerita rakan2 blog yg selalu dikunjungi dulu.

Mari mencari template yg menarik dulu!


Wednesday, June 8, 2011

Behabella are now 6!


My girls sudah 6 thn!!! How time flies, rasa mcm baru aje celebrate their 5th birthday. This year kami sambut sederhana shj. Kebetulan hari yg sama kami sibuk menghantar family cik HB ke KLIA utk menunaikan umrah. So balik dr KLIA, kami singgah Senawang, rumah abg ipar, beli kek coklat kat King´s dan KFC then celebrate ngan sepupu2 twins kat sana.


To see their happiness at this moment, is so priceless!

Kek coklat pisang dr King´s...not bad tp of course la
secret recipe punya lagi sedap

Ummi harap kamu berdua membesar dgn sihat dan cemerlang dunia akhirat.
You are my sunshines and I love you both!!!

Monday, June 6, 2011

Seriau!

Semalam, kami baru aje pulang kerumah dr Seremban, setelah menjenguk anak2 buah cik HB yg mak ayahnya skrg sedang menunaikan umrah.


Tak sampai sejam sampai kat rumah, sedang sedap2 makan kat dapur, sekali dgr bunyi dentuman yg sgt kuat. Ingatkan Nabilah ada buat something kat hall, sbb masa tu dia sorang2 kat situ. Rupa2nya ada accident kat luar rumah!


Turned out, ada kereta yg dah langgar pagar jiran sebelah rumah! Nampak sorang budak berlari2 sambil menangis2 ckp sorry kat ayahnya. Rupanya budak tu yg punya kerja. Dia pegi masuk gear reverse kereta ayahnya yg enjin sedang on, tekan minyak, langsung kereta undur dan langgar rumah org! Rumah dia dah la kat area berbukit, mmg laju la kereta tu gerak! Dan somehow bila masa tah dia pi pusing stering, kereta tu ngam2 je reverse masuk porch org, langgar pagar, then hentam kereta viva dan motor virago jiran sebelah rumah kami tu. Kalau kereta tu straight reverse, mmg alamat kereta tu masuk longkang besar la, sbb right in front porch rumah budak tu mmg ada longkang besar! Mujur la takde sesiapa yg cedera. Samada budak tu atau org lain.


Kata maknya, diorg sekeluarga sedang bersiap2 nak gi kenduri kahwin. Si ayah start enjin kereta nak bg panaskan enjin, maybe lepas tu masuk dlm rumah sekejap. Gate pon x bukak lagi masa tu. Agaknya masa ni la si boy yg curious ni buat keje.


Kesian juga tgk muka si ayah yg terkedu tgk apa yg berlaku. Maybe tak sangka anaknya umur 10 thn boleh buat hal camtu. Fikirkan juga kos kerugian yg nak ditanggung. Masa kejadian, jiran sebelah rumah sy tu takde kat rumah. Mesti la balik2 rumah, dia tension tgk gate dah roboh, kereta viva bini dia kemek depan belakang, motor virago dia pon affected. Yg ayah budak tu pulak, kereta dia pon rosak sikit, gate dia pon rosak, dah la gate automatik, cast iron lak tu. Haih, sia2 aje buat gate lawa2 kan....


Sy lak cuma fikir, mujur takde org lalu-lalang masa kejadian tu berlaku. Imagine la kalau ada budak2 yg tgh bermain kat atas jalan atau porch rumah yg dilanggar. Imagine la kalau instead rumah jiran sebelah, rumah kami yg kena, langgar pulak kereta neo abg ipar yg kami pinjam....huhuhu. Paling tak terbayang, imagine la kalau sikembar tgh main2 kat porch. Tak terucap ngan kata2 kecuali ALHAMDULILAH berkali2. Harta benda boleh diganti, duit boleh dicari tapi kalau nyawa?


Hopefully mak ayah diluar disana, awasi la anak2. Jangan la lalai dan biarkan benda2 berbahaya ni dicuba dek anak2. Ni ingatan utk kami juga. Mmg la kita x boleh nak elakkan kalau benda nak jadi, tapi sekurang2nya kita berjaga2 la supaya tak menyesal kemudian hari.

Friday, June 3, 2011

Apa nak buat....

Aduhai, kesian kat blog ni! Kejap update kejap tak....

Sebenarnya byk events dan cerita nak dimasukkan dlm blog ni. Tapi halangan utama mesti la broadband yg lembap ni. I know the solution is to sign up je la ngan streamyx. Tapi memandangkan there are so many things to do financially, and sy masih menganggur, so priority harus la diberikan kpd hal2 yg lebih penting. Dan memandangkan hal2 yg penting tak termasuk update blog dan upload gambar2 kat FB, cuma yg penting nak check emails dan msg2 di FB, which can be done dgn broadband (walaupun kelajuannya mencabar kesabaran!), maka buat masa ni nak commit kan kewangan kami dgn membayar streamyx setiap bulan, mmg TIDAK PERLU (percubaan memujuk diri sendiri...huwaaaa!!!) Yes, I have to be realistic and respect the decision...hmmm

Tapi rasa down la jugak sbb x leh nak update blog dgn attachkan gambar2.....huhuhu.

Tgk la, slowly, i try to blog all the stuffs I want to do. Habiskan episod "Our Last Days in Germany", then trip kami ke Teluk Senangin - reunion dgn Kak Liza, Cik Dee & family Liza/Mat, then cerita Kak Liza & cik dee dtg melawat kami di Melaka, then mertua & ipar-duai yg menunaikan umrah and at the same day birthday twins ke-6. Birthday twins tu yg rasa nak update sgt coz it's kenangan diorg membesar.

By the way twins dah masuk tadika kat Ayer Keroh. Cikgu tadika tu menyenangkan hati dan kami dah berbincang dgn panjang lebar dgn principalnya and kami sukakan approach diorg. Hopefully twins enjoy this kindy and sempat belajar apa2 yg patut as preparation nak masuk Darjah 1.

Oh my! dah nak masuk sekolah dah anak2ku!