Pages

Thursday, April 26, 2012

Breastfeeding Challenges

It's been 46 days since delivery. Dah habis pantang - hooray!!! (tapi sebenarnya lepas mak balik kg lepas sebulan sy bersalin, mcm dah x pantang sgt pon...huhuhu). Tapi tinggal lagi beberapa hari je life as full time house sebelum start bekerja next week. 

Start pregnant with Insyirah, sy dah nekad this time around I'm going to breastfeed baby exclusively at least sampai 6 bulan. Masa kembar dulu sy x breastfeed exclusively dek kerana tidak bersedia dan tidak berilmu sgt tentang breastfeeding exclusively utk ibu2 bekerja. Takde role model pon masa tu sbb as far as I know masa tu takde sorang pon my officemates yg pam susu kat opis. Tapi alhamdulilah, sy berjaya juga breastfeed sikembar sampai umur diorg 2 thn dan perah susu (pakai tgn aje!) kat opis bila ada masa or sbb engorgement. 

Skrg ramai kwn2 sy working mothers berjaya breastfeed anak2 diorg exclusively dan byk exposure kat mana2 menggalakkan penyusuan eksklusif. FB, blogs, TV, mcm2 la, so it triggers more mothers to do exclusive breastfeeding termasuk la sy :).

To me breastfeeding is always challenging eventhough this is my 2nd time. The first few days lepas Insyirah lahir, susu tak berapa byk , dia pon x pandai menyusu sgt, so asik x latching properly menyebabkan puting sy merekah teruk. Dah la dia menyusu lama, like 45 min - 1 jam gitu, so my back sakit sgt2 walaupun rasanya dah duduk properly. Ikutkan cabaran2 tu mmg rasa nak give-up bg susu formula aje, but I keep chanting dlm kepala otak - breastfeed is the best for the baby - byk pahala Allah s.w.t berikan utk ibu2 yg menyusukan anak2 mereka, so sy kuatkan semangat and tahan sakit. Dan susu ibu terbukti sgt baik sbb on the 3rd day Insyirah lahir, dia ada jaundis yg agak tinggi levelnya. Masa kat hospital Insyirah byk minum formula sbb sy x larat nak menyusukan dia. So doktor suruh sy bg as much as possible susu badan to Insyirah. Next day, check darah balik, level jaundis Insyirah dah normal! 

Alhamdulilah.

3rd week in confinement, sy dpt job offer yg sgt menarik. Tak amik, mcm sayang, sbb kerja tu kat Durian Tunggal ni je and comes with good salary and vehicle. Mmg la seronok jadi surirumah for the last 3 1/2 years but extra income is always welcome coz selain meringankan beban financial cik HB, boleh la hulur2 kat parents and adik bongsu yg tgh belajar.

But the thing is, I keep asking myself - boleh berjaya ke azam nak breastfeed exclusively ni?

So far, sy dah berjaya simpan sikit susu perah. Ada 14 botol dgn susu 4oz setiap satu, so harap2 cukup la for the beginning. I'm afraid bila dah keje nanti tak sempat nak perah susu byk2 sbb tak tau lagi nature keje ni macamana. At the moment sy guna pam Spectra single pumping yg sy pinjam dr adik sy and I'm aiming to buy Medela Freestyle a.s.a.p sbb rata2 kwn2 rekomen yg itu kalau nak production yg byk dlm masa yg singkat.



Hopefully I'm going to make it - demi Insyirah!

And here is an interesting & motivating breastfeeding montage - thanks to a friend who posted it in FB.




YAKIN BOLEH!!!!




Wednesday, April 11, 2012

Insyirah Solehah



Anak dara sy ni dah genap sebulan :). Ragamnya boleh tahan. Berjaga mlm2, kul 6 am baru nak tido...maknya dah jadi zombie dah...huhuhu. Siang tido punya la nyenyak. Masa opah ada kat sini, ummi boleh la tido sekali ngan Insyirah waktu siang. Ni opah dah balik kampung, kalau ummi tido siang2 cam Insyirah, alamatnya kakak2 kembar x mkn. 

2/5 nanti insyaallah ummi akan kembali bekerja. Kot gini la mlm2 berjaga, aduhai...cemana la ek? Nak kerja ni pon preparation x buat lagi. Stok susu perah sikit je ada, babysitter Insyirah pon x cari lagi. 

Betul ke nak kembali bekerja ni???

Thursday, March 22, 2012

Saat Itu - Part 2


8.30 am: Doktor dtg and dia checked perut, dia kata rahim sy tak mengecut. X tau apa prosedur yg dia buat tapi dia seluk la kat bawah tu and kata dia kena keluarkan  darah beku. Sakitnya yg amat, sampai sy terjerit2. Lepas tu dia kata dia akan bg ubat kecutkan rahim thru IV drip and sy kena keep breastfeeding the baby utk cepatkan proses kecut rahim. Kul 10 am, cik HB and twins dtg melawat and baby pon dah dihantar ke bilik sy. Masa tu I could feel darah mcm keluar byk sgt, sampai lencun kain batik but still I thought nothing. Sampai la nurse dtg balik and kata dia nak bawa sy gi toilet utk kencing. Tapi bila dia tgk kain batik penuh darah, diaorg pon terkejut and tanya sy boleh berdiri ke. At that time sy still rasa ok tapi bila try nak berdiri mmg nampak everything black and rasa nak tumbang. So cepat2 nurses tu baringkan sy, and tau2 keadaan mcm panik aje sbb tiba2 ada ramai nurses berlari2 dtg bilik. Cik HB and anak2 disuruh tunggu kat luar bilik. 

I was really weak at that time, x tau pon apa benda yg diorg buat kat sy. Tapi bila one of the nurse seluk bawah, mcm nak mati sakitnya. Nurse kata ada darah beku lagi dlm rahim sy. Then doktor datang, check lagi sekali dan suruh nurse tolak sy masuk labor room balik sbb dia nak check rahim sy. Masa tu sy mmg rasa takut sgt, dok fikir 'aku nak mati ke ni?' 

Mujur la diorg bg cik HB temankan sy and sikembar lak mak sy jaga kat bilik. Sy dah start nangis masa tu and fikir for the worst aje. Masa doktor check balik and seluk segala, mmg sakit teramat, sy cuma survived dgn gas kat mulut and pegang tangan cik HB kuat2 dan ingat Allah. X tau bape lama prosedur tu tp rasa mcm lama sgt. Siap ngan jahit lagi sekali. And sy tak suka doktor tu sbb she was kind of sarcastic sbb asik ckp 'contraction lagi sakit'. Hello! aku yg sakit ok, bukan ko!!! 

Lepas dah selesai, cik HB tanya doc what happened actually, she said since baby besar, masa proses kelahiran ada luka kat uterine wall, and luka tu dia x perasan masa dia selesaikan delivery process. Kitorg pon percaya aje la sbb dia kan specialist. Tapi cik HB pon kata dia tak suka doktor ni sbb cara dia ckp sungguh la tak friendly and kind of sarcastic. Actually kami pilih dia sbb nak doktor muslimah, tapi x sangka pulak jadi camni. Lepas tu, bila sembang2 ngan org lain yg berpengalaman, diorg kata what happened to me mungkin tumpah darah disebabkan darah beku tak dikeluarkan habis lepas proses kelahiran ataupun ada sisa uri yg tertinggal. Wallahualam, kalau doktor tu tipu kami apa yg jadi sebenarnya, hanya dia yg tahu. Mujur la no more keluar darah dgn byk. According to nurse, I lost about 800ml blood and mujur la HB sy drop at 9.9 and with that tak perlukan blood transfusion. Kalau x, tak pasal2 kena masuk darah pulak. 

Masa in recovery room, I was very weak and emotional. Sy nangis sbb teringatkan kesakitan yg amat itu dan ketakutan kot2 nyawa sy tak panjang, and sy tak dpt jumpa lagi anak2, cik HB dan famili sy yg lain. Sy terbayangkan baby yg baru lahir, yg baru sempat menyusu badan 2 kali sebelum keadaan kritikal itu. Dan sy lega sbb cik HB sentiasa ada by my side disaat2 kritikal itu. Dan dia juga yg menenangkan sy selepas itu, suapkan makanan dan minuman utk sy. Thanks my love!

Alhamdulilah, lepas tu keadaan sy makin ok. Cuma since sy kehilangan darah yg byk, sy tak boleh berdiri lama2. Nak pegi toilet pon kena berpimpin. The next day tu, dah boleh discharged and now I'm getting better walaupun muka still pucat lesi. Rasanya mau sebulan jugak kot masa diambil utk dpt pulihkan balik level darah in my body.

Sesungguhnya pengalaman bersalin kali ni mmg menginsafkan sy. Bukan nak kata masa bersalin kembar dulu tak sakit, sakit juga tapi for me bersalin secara caesarian tak sesakit bersalin secara normal. Maybe kalau x jadi complication tumpah darah tu, I won't be as emotional as I am now.

Baby @ 5 days
3 anak2 dara tersayang


Tapi setiap apa yg terjadi, pasti ada hikmahnya kan?

Saat Itu

Alhamdulilah, sy dah selamat melahirkan anak ketiga kami, a baby girl seberat 3.51kg pd 10.3.2012 jam 4.00 am. It was a fast delivery tp ada la jugak some drama yg akan dikenang sampai bila2.


The whole story: Hari Jumaat, 9.3.2012 tu sy rasa contraction sikit2. Dua hari sebelum ada tanda darah tp sgt sikit and mucuous plug pon semakin byk. Tapi x layan sgt sbb takut false alarm. Dua minggu sebelum tu, in week 38, sy dah ke hospital sbb cirit-birit dan rasa contraction. Tak la kuat sgt tp takut la kot2 betul tanda2 nak bersalin. Turned out, setelah diperiksa, sy takde contraction pon tp based on CTG, heartbeat baby adalah tinggi and because of diarrhea, sy demam sedikit dan dehydrated. So doktor suruh stay utk semalam on IV drip.

Tu yg bila rasa sakit sikit2 aje, malas nak layan. Lagipon before that asik berharap baby cepat lahir sampai rasa stress. Cik HB lak dok berharap baby lahir on 29/2, tarikh tahun lompat tapi  after day by day as EDD approaching, baby masih sedap dok dlm perut. So dok fikir selagi tak sakit yg betul2 sakit, xkan ku pegi ke hospital!

So back to hari jumaat tu, dlm dok rasa sakit2 perut tu, sy layan movie Lord of The Ring. By kul 11pm, rasa makin sakit, so sy stop tgk TV and baring atas katil and start timing the contraction. At the time, contraction mcm 15-10 minit sekali. Sy ckp ngan cik HB, maybe kita kena ke hospital mlm ni tapi tunggu la sampai contraction is like 5 minit gitu. By pukul 1 am, contraction was 6 minutes apart, so sy siap2 pakai baju tapi still x mo gi hospital lagi. Sy on TV and pegang jam. By kul 2pm, dah makin cepat, so sy gerak cik HB suh siap2 nak gi hospital. At 2.30 am, elok2 nak keluar rumah, air ketuban pecah. On the way ke hospital, mmg rasa sakit tak tertahan sbb contraction continuously. Mujur la jalan kosong, cuma tersangkut2 kat traffic light, tu pon cik HB on emergency light dan x tunggu traffic light. 15 minit dah sampai hospital, terus gi wad O&G, masuk labor room, nurse tukarkan baju, check segala & call doktor. Nurse kata opening dah 6cm and progress sgt cepat. Bila doktor sampai (I don't know the time), terus they prepare me for delivery and tau2 dah disuruh push. As this is my first normal delivery, mmg x reti la cara pernafasan yg betul. But I had 4 'cheerleaders' - 1 doktor, 2 nurses and cik HB by my side so try push mcm nak rak, akhirnya baby keluar pukul 4am. Bunyinya mmg mcm senang sbb masuk labor room kul 3 am, bersalin kul 4 am tp sakitnya Tuhan aje la yg tau. Dulu masa kembar, sy bersalin secara caesarian, so walaupun sempat merasa contraction, sakitnya x intense mcm ni. Then tanggung sakit lagi masa doktor keluarkan uri and then jahit episiotomy.

Fresh from the oven!
ololo...dah nangis dah...

Lepas settle tu semua, while still in labor room utk observation, nurse bagi baby yg dah dibersihkan dan disuruh breastfeeding. Baby is so good, sucking reflection dah ada cuma tak berapa pandai sgt nak menyusu. Kul 6am, setelah minum susu and mkn painkiller sy dimasukkan ke wad and nurse kata if everything is fine, petang nanti boleh discharge. Cik HB pon masa tu balik rumah dulu.

Ingat nak tido sbb rasa penat sgt tapi perut rasa sakit sgt2. Ring the nurse and tanya nape perut rasa sakit walaupun dah makan painkiller, dia kata sbb rahim tgh nak kecut, that is why sakit. Kul 7.30, nurse dtg dan disuruh pi toilet utk buang air kecil. Tapi pi toilet x kencing pon, cuma darah keluar berketul2. Pad dua helai totally soaked together ngan pelapik sekali. Tak sangka darah byk camtu but then I thought 'oh, maybe ni normal utk vaginal delivery kot'.

Tuesday, February 21, 2012

Antara SPM & Degree

I´m in my 38th week of pregnancy now. Dah full term dah org kata. Tunggu hari je org kata. Preparation pon dah ready semua - dr barangan baby, beg nak ke hospital, beg baju salin sikembar (in case kena transitkan diorg kat mana2 while I´m at hospital), barangan postpartum - set jamu, bengkung, tungku, so and so.

Date utk check-ups pon byk - yg klinik kesihatan kerajaan punya, yg kat Hospital Pantai. I maintain both sides, walaupun plan nak bersalin kat private tp just in case kot2 terpaksa bersalin kat government, at least I´m all set.

Ckp pasal check-up kat gomen ni, I just wanna share suara hati I ni. Not really big issue, but just something I wanna ponder about.

When I first started going to klinik kesihatan kerajaan utk antenatal check-up, I was interviewed la utk buka file i.e buku merah. Among the question nurse tu tanya "sekolah sampai tingkatan berapa?" instead of tanya tahap pendidikan. But sy pon satu hal, buat2 bodo ckp "sampai tingkatan 5". Ye la, dah ko tanya aku sekolah sampai tingkatan bape, paling tinggi yg aku attend tingkatan 5 la. Kang jwb sy belajar sampai tahap ijazah,  kata berlagak pulak dak? So dia pon tulis kat ruangan "Tahap Pendidikan" tu SPM. Ok, fine, I didn´t bother pon to correct her sbb I wasn´t thinking there would be any impact, besides i wasn´t going for job interview, so what the heck la kan?

Little did I know, it matters somehow indirectly.

Like masa they referred to GH Melaka because I had caesarian case in my first delivery, again I had to go thru another interview sbb diorg nak buka file kat hospital tu. Masa mula2 interview, nurse tu kemain la sombong berckp, layan kita serupa hendak tak hendak and somehow cemana tah along the process, I mentioned I have degree, terus cara dia ckp jadi lain. Terus jadi ala2 lembut gitu and tanya nape kat buku merah tulis SPM aje. Like, seriously does this information make a lot of different?

Dan terus sembang ngan kita ala2 mesra, tanya nape tak kerja, rugi la ada degree tapi tak kerja, sebelum ni keje apa, bla, bla....

Today lak, as I was seeing the doctor kat klinik kesihatan, and she asked how I was doing, ada rasa sakit apa2 ke, I ckp la I ada la rasa contractions sometimes but since it was not consistent, maybe cuma Braxton-Hicks contraction.

And she was so shocked I knew about Braxton-Hicks and blurted out "awak ni staff-nurse ke apa?" and quickly tengok kat muka depan buku merah tu - nak tgk sy keje apa la tu....and then mumbled something like "suami yg pensyarah, awak tak keje...."

Pelik sgt ke if I know about Braxton-Hicks? Like, staff nurse je ke yg tau pasal Braxton-Hicks? Oh, iye la...kata tahap pendidikan sampai SPM je kan nok? Tetiba mention pasal Braxton-Hicks lak....

The thing is, sy dah naik hafal dah kandungan buku What To Expect When You Are Expecting since masa pregnant´kan sikembar lagi  and keep reading it from time to time eversince I got pregnant again. And besides, internet kan ada, so siapa2 pon boleh well-informed kalau rajin membaca.

So, moral of the story?

Ntah la...adakah sepatutnya sy insisted dr beginning that tahap pendidikan sy adalah ijazah instead of SPM supaya tidak dipandang rendah?

Or expect these people not to judge other people based on their level of education and occupation?

But seriously la, can we not be prejudice?

Cuti2 Cameron Highland

Early Februari, masa long weekend cuti Maulidur Rasul, my big family og Tg Malim clan gi bercuti kat Cameron Highland. Actually mak sy la dok mentioned yg dia dah lama sgt tak ke Cameron Highland. Kesian pulak kan dgr org tua ckp camtu and besides kami adik beradik pon x penah lagi pergi bercuti ramai2, so it would be nice to arrange a holiday in Cameron Highland.

I was the planner konon2 la sbb I kan surirumah yg tak bape sibuk and mmg suka planning. Adik beradik lain dgn senang hati pon serahkan everything utk I uruskan. So by end of December, I dah start cari2 homestay utk kami sekeluarga. Even kononnya dah awal dah buat persediaan, by then pon kebanyakan homestay within the budget yg I contacted, all booked much earlier! Ramai sungguh org suka pi Cameon Highland rupanya. Anyway, I managed jugak la booked 3-bedroom apartment yg agak murah ratenya compare dgn homestay lain. Lagipon kami cuma plan nak bermalam satu malam aje.

After all arrangement, nicely buat meal plans la, itinerary utk jln2 la (siap ngan tentative time and everything), kami pon bertolak pagi Ahad tu. Tapi nak gak jadi drama, baru je keluar dr bandar Tg Malim, kat stesen minyak, kereta abg ipar tetiba tak boleh start enginenya. Tapi mujur la lokasi kerosakan dekat ngan rumah kakak abg ipar, so dia pon pi la hantar kereta dia kat rumah kakak dia dan pinjam kereta kakak dia.

Kami   amik lalui Simpang Pulai utk naik ke Cameron sbb ramai yg takut pening & mabuk kalau amik laluan Cameron-Tapah. Simpang Pulai- Cameron jln ok lagi walaupun kenderaan agak byk tapi bermulanya masuk simpang Cameron- Kg. Raja, jln dah start jem. Kami ni kononnya destinasi pertama nak gi BOH plantation kat Sg. Palas. Udah la masing2 terlepas simpang Sg. Palas tu, nak buat U-turn punya la seksa sbb jln jem, campur ngan org suka2 je parking tepi jln yg mmg penuh ngan kedai2 jual bunga, sayur segala. Bila dah berjaya U-turn dan naik simpang Sg. Palas tu, pon jln jem sbb jln dia kecik aje. Kami baru je nak naik, kereta2 yg turun semua pakat bgtau x yah la naik sbb kat atas lagi teruk jem. Ada satu mamat ni kata 2 jam dia stuck half-way on the way up, dia pon decided utk patah balik. Kami pon bila dgr camtu, call semua our drivers and cancel kan trip ke sg. Palas but proceed aje ke Brinchang.

On the way to Brinchang, jem makin dashyat. Nak singgah Strawberry Farm ke, Cactus valley ke mmg mencabar. Org sgt ramai, parking pon takde. So as soon as kami nampak any kedai yg ada cukup parking utk kami 4 kereta, terus la stop. Apa tah nama kedai ni tapi boleh la utk buat toilet pit-stop and amik2 gambar sbb byk gak bunga2an, herbs dan sayur2an ditanam kat sini.

Kami semua tp x cukup korum

Atuk & cucu2
Me and my sisters and sorang sister-in-law

Me and mak. Sy yg dah kembang semangkuk @ 35 weeks

Tapi x lama la kat situ sbb masa tu dah tengahari dan masing2 dah lapar. Kat situ makanan takde dijual and besides kami ada tapau makanan dr rumah. So kakak sy kata better kita gi check-in dulu kat homestay and lepas mkn, solat, then keluar la balik.

But then, the road (both ways) were still in massive jam. Kedai yg kami stop tu, is not even kat Brinchang lagi. Nak sampai Brinchang pon jenuh. Then nak ke Tanah Rata lagi la parah. Jarak Brinchang-Tanah Rata cuma 5km aje but it took us 1 hour nak sampai ke Tanah Rata. Org homestay yg nak bg kunci tu pon berkali2 call tanya bila nak sampai.


Finally kami sampai kat homestay kat Carnation Park, Tanah Rata pukul 2ptg. Masing2 dah kelaparan, x sempat panaskan nasi & lauk2, terus makan. Lepas tu masing2 dah malas dah nak keluar, mengenangkan kesesakan yg sgt teruk. Cuma adik lelaki sy je yg sanggup keluar, bawa mak & abah keluar cari strawberry. Yg lain2 tido and layan tv! Petang sikit, sy n cik HB keluar jugak la bawa budak2 gi playground kat Tanah Rata yg dekat aje ngan homestay kami.

Budak2 ni dpt main playground dah happy dah!

Mlm, plan asal nak gi Pasar Malam Brinchang tp tgk traffic x jugak surut, maka kami hanya lepak2 and makan2 kat homestay aje la. Cameron waktu malam rupanya sejuk jugak la, ala2 autumn masa kat Jerman. Mmg kena pakai sweater and stokin and mandi pakai water heater. Dua adik sy yg mmg ada lelah, semput gak la malam tu walaupun dah pakai berlapis2. Sy yg mak buyung je rilek pakai t-shirt, maklum la pompuan pregnant kan sentiasa panas ^_^

Esok paginya, hasil dr siasatan abg ipar yg rajin meneroka area2 berdekatan homestay kami the day before, dia jumpa strawberry park yg tak berapa famous tapi boleh la kalau takat2 nak tgk strawberry farm, nak mkn aiskrim stoberi dan beli serba sikit cenderamata. So kami pon kesini la sbb´kalau nak pegi tempat2 yg famous, kebanyakannya kat area Brinchang tapi mahu menempuh jem, masing2 tak sanggup! Nak ke strawberry park kat Taman Sedia ni pon jenuh gak la sbb ada ramai gak org kesini tapi somehow kami dpt la jugak parked kereta dan lepak2 makan aiskrim´stroberi.


My bro & wife excited mkn aiskrim

cantik juga buah anggur yg ditanam kat sini

Nabihah & her cousin, Batrisyia

Lepas strawberry park Taman Sedia, abg ipar bawak pulak pegi another strawberry park yg agak terpencil tp x jauh dr situ. But another drama, actually hari tu jugak ramai antara kami yg kena cirit-birit. Culpritnya dipercayai rendang ayam yg kami mkn the day before. Bukan la nak salahkan kakak sulung yg dah susah payah masakkan rendang tu the day b4 kami travel ke Cameron but maybe rendang tak sesuai kot dibuat menu travel. Yg x kena, mak abah & abg ipar. Dan masa pegi 2nd strawberry park tu, sy ngan cik HB dtg lak urge nak membuang and kat situ lak toiletnya x berfungsi ke hapa tah. So kami pon excusekan diri nak pegi balik Tanah Rata dan cari toilet. Tp punya la nak seksa nak sampai Tanah Rata - again sbb jem! Tapi mujur la dpt guna toilet yg bersih kat masjid Tanah Rata.

Lepas tu kami semua terpisah2 sbb masing2 pon ada agenda sendiri. Ada yg nak shopping sayur la, ada yg mencari toilet cam kami la. So kami cuma update lokasi masing2 by phone. Awalnya kami nak balik ikut Simpang Pulai jugak tapi nengokkan jem yg sgt teruk menuju Brinchang, maka kami pasrah je la guna laluan Cameron- Tapah. Laluan Cameron- Tapah x la jem dan kami sempat singgah ladang Bharat Tea kat tepi jln bg mengubati kekecewaan x dpt gi ladang BOH kat sg. Palas.Walaupun org sgt ramai  dapat la jugak proper parking. Cuma nak mkn scones/strawberry cheesecake tu yg x dpt sbb queue nak membeli punya la panjang and seats kat cafe pon sgt penuh. Nasib baik mak buyung x ngidam sgt nak mkn scones ke cheesecake!
cik HB and anak2 sempat gak la bergambar kat sini

All in all, trip ke Cameron Highland kali ni x memuaskan hati sgt. Moral of the story, jgn la pegi tempat2 perlancongan camni ni dikala cuti umum, mmg sesak & padat. Nanti masa habis kat atas jalan aje. Insyaallah, lepas baby dah lahir nanti, kalau ada masa dan budget, rasa nak dtg lagi Cameron, nak lepak2 ngan aman damai sambil menikmati teh Cameron dan makan scones...hehehe

Thursday, February 9, 2012

Bila Waktu Telah Berakhir

Tuesday morning, I received a sad SMS, sent by my friend Zila.

Our ex-collegue from my previous company, Ida passed away, succumbed to cancer. She´s my age.

She was diagnosed with breast cancer in 2009, a few months after she went through a nasty divorce. From the time onward she went through several major operations, had chemo & radiotherapy treatments. But it´s takdir that she´s leaving this world at such young age, leaving behind a daughter, a beautiful girl now aged 6 years.

Al-fatihah to Allahyarhamah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.