Pages

Monday, October 14, 2013

Alone in the Office

Sebenarnya hari2 yg lain pon berkeseorangan.

Tapi hari ni rasa super alone sbb kebanyakan rakan sekerja cuti. Esok nak Raya Haji kan...bos pon cuti jugak. 

Saya jugak terpaksa keje sbb dah xde cuti. Cuti byk abis amik EL bila anak2 tak sihat.

The good thing working while others are off, no one would disturb you. Takde phone calls, takde emails masuk. 

It's very quiet!

Takde la bermakna saya boleh curi tulang. All this while mmg I'm working under minimum supervision. All my boss cares is the works assigned are delivered as it supposed to be. 

I am trying to finish off my notes of discussion. Tapi tersangat la slow progress nya. Tadi lapar, dah keluar beli nasi bungkus. Ni ngantuk pulak....huhuhu.

My Skype buddy pon x online, things kat FB pon x menarik....so kasik update la blog sikit!

Walaupun x tau nak citer apa....

Pekan Durian Tunggal ni pon dah meriah dgn org2 yg buat persiapan raya. It's kampung kan, jadi anak2 org sini ramai la yg dah pulang nak berhari raya. Terasa sedih pulak x balik kampung.

Well, pagi tadi saya belikan makcik babysitter 1 kg daging fresh, saja nak sedekah. Bestnya tgk tulang2 lembu yg fresh and I was thinking if I am in my normal state, mesti dah beli dah buat sup tulang. 

Anyway, esok pagi lepas solat raya, kami akan ke Seremban dan spend the day kat rumah abg cik HB. Diorg pon x balik kampung, and so does lagi sorang adik cik HB. So we decided to spend the day bersama2.

Tak bestnya perasaan x balik kampung!!!

Sunday, October 13, 2013

Lapar!!!!

At the moment sy tgh tunggu Pizza Hut Delivery buat penghantaran. Sgt la lapar coz kami x lunch today. We had heavy breakfast in the morning, then pegi Hospital Pantai. Cik HB injured his back again after few years x kena back injury. Kisahnya pagi semalam dia nk siapkan landscape rumah, dok la angkut batu2 kerikil dr depan ke belakang, tup2 sakit belakang sampai x leh bgn. Malam td baru gagahkan diri gi klinik 1Malaysia yg dekat ngan area rumah. Tapi  ubatnya x berkesan, jadi hari ni kami ke hospital. Dah kena inject baru lega.

With me having morning sickness n cik HB cam gitu,  x rajin la nk keluar cari makanan, maka call je la pizza delivery. This month mmg belanja burst la, byk beli makanan luar aje. Walau takat mkn biasa2 cam nasi goreng ke, mee goreng still sekurang2nya rm20 ke atas habis sekali mkn.

So sgt la terasa duit yg mengalir keluar!!!!

I hope cepat2 la phase morning sickness ni berlalu. Bukan la nk merungut tp bila x mampu nk masak, kesian kat bapak budak n budak2. Now the twins cuma breakfast with cereal or biskut aje in the morning. Insyirah pulak, saya dah upah makcik bbsitter utk masakkan makanan dia.

Cepat la PHD dtg!!!! I am very hungry!!!

Tuesday, October 8, 2013

Sharing the News





Dah tgk gambar kat atas, you sure know what I'm sharing kan?

Yes, I am pregnant! 

Tu gambar scan minggu lepas, ikut EDD is 8 weeks but ikut scan is 6 weeks 6 days. So this week ikut EDD saya sudah 9 weeks.

It's not in the plan, we actually had family planning but the natural method la. Tapi manusia hanya merancang, Allah juga yg menentukan.

Macamana pon kami tetap happy. Mmg niat nak tambah lagi seorg tapi tak terfikir dalam tempoh terdekat ni. Konon2 nak tunggu tahun depan, at least selepas kontrak kerja skrg tamat atau lepas Insyirah dah 2 tahun. 

Tapi Allah bagi rezeki lebih awal :)

So far paling bersyukur, saya belum diserang hyperemesis gravidarum. Kalau time Insyirah dulu time2 mcm ni dah selamat kena warded sbb muntah yg melampau dan badan dehydrated. Pregnant kembar pon macam tu. At least until 16 weeks la kena melalui stage hyperemesis ni.

Kali ni rasanya beza pulak. No doubt, mulut dah payau dan loya since 2 minggu lepas. Dan penat melampau. But I can eat dan asik lapar. Mungkin faktor still breastfeeding pon iye jugak yg membuatkan perut asik lapar. Alhamdulilah la kalau mmg x dilanda hyperemesis kali ni, sbb dengan keje yg ada, I don't know how I would go through. So far saya masih boleh keje mcm biasa, cuma bila balik rumah, terasa amat la penat. Jadi keje2 rumah mmg dah x lalu dah nak buat.

So for the time being, cik HB la take over  segalanya. I'm no longer capable of cooking, bau semua dah annoying, so our meals are mostly take-outs and dine-outs. Sesekali cik HB masak la tapi boleh kira la baru bape kali. 

I hope that this pregnancy will go smoothly as possible, tau la kan pregnant after 35yo byk risiko yg perlu diawasi. Kena betul2 monitor sugar level, blood pressure dan mcm2 lagi.


Monday, October 7, 2013

Melaka Wonderland

Ni outing previous weekend, bukan weekend baru ni. Setelah sekian lama dok kat Melaka ni, ni la first time menjejakkan kaki kat Melaka Wonderland. Tu pon demi memenuhi permintaan Nabilah yg mintak reward puasanya trip ke Melaka Wonderland.

Kebetulan bulan lepas Groupon Malaysia menawarkan voucher tiket Melaka Wonderland. Kira utk tiket 2 dewasa, 2 kanak2, boleh jimat dalam RM40. Jadi mokcik pon grab la voucher Groupon tu.

So pagi Sabtu kami pon pegi la Melaka Wonderland yg x sampai 10 minit pon by driving dr rumah. Sikembar excited sesangat sampai ckp "x sangka kita dapat gi Melaka Wonderland"

Hihihi...kesian kan? Kami mmg jarang bawak diorg berlibur kat theme/water park camni....rancangan nak dtg Melaka Wonderland ni pon kami rahsiakan sampai la ke pagi nak pegi tu. Walaupun banyak kali, Nabilah dok suarakan request nak gi Melaka Wonderland, kami buat x layan aje. Bukan apa, tak nak berjanji sesuatu yg tak tau bila boleh ditepati dan juga tak nak bagi diorg terbiasa sgt dgn reward2 utk pegi tempat2 hiburan camni. Tau la budak2 kan....bila dah terbiasa ngan keseronokan, they would want more and more. Jadi baik kita pegi sekali sekali, dan bila camtu they would appreciate even more. 

Itu cara kami fikir la as parents...org lain mungkin fikir cara lain. 

Oh, satu lagi kejutan, nak masuk parking Melaka Wonderland skrg kena bayar RM5 per entry. Walaupun x penah dtg Melaka Wonderland setau kami parking free. Bila ditanya kat budak jaga parking tu, dia ckp baru sebulan berkuatkuasa. Adoiii...

Yang kelakar, masa parking keta, dgr dialog org keta sebelah ckp kat anak2 dia "Hah, skrg ni suma nak kena bayar, parking nak kena bayar, kerajaan dah xde duit dah, abis suma nak suruh org bayar, ni nak masuk dalam tu bape pulak tah nak kena bayar. Dulu murah aje, skrg tak tau la"

Ye la, mana ada yg free skrg!

Peraturan masuk Melaka Wonderland tak boleh bawak outside food tapi mokcik konon2 nak seludup la jugak pizza dan nuggets sbb dgr citer makanan yg dijual dalam tu mahal. Tapi masa cik HB beratur nak dapatkan tiket, mokcik dok melepak kat entrance, tgk security mmg check la beg2 nak pastikan tiada org bawak makanan luar. Siap nampak bekal2 makanan dirampas dan kena tinggalkan kat entrance. Nak balik nanti baru boleh amik balik.

So mokcik pon gabra, mokcik patah balik kat keta nak letak bekas2 makanan dalam keta. Tercari2 gak plastik nak bungkus nuggets tapi takde so makcik balut dalam tisu je dalam 10 ketul nuggets buat bekal anak2. Tapi bila dah masuk, tgk ada org siap angkut bihun goreng lagi! Cemana boleh seludup ek?


Budak kecik konon dah ready nak terjun dalam air.

Mokcik dok melepak kat bawah khemah aje. Tak plan pon nak main2 air.

Blur gambar ni...cik HB and anak2 warm up dulu dalam kolam budak2

Memula cik HB and budak2 layan kolam utk kanak2. Tapi lepas tu Insyirah jadi penakut, dia x nak dah main air. So Insyirah lepak ngan umi bawah shades. 

Lepas tu kami berhijrah ke area lebih mencabar. Area utk dewasa dan kanak2 certain age. Mokcik disuruh cik HB melepak bawah slides besar sbb khemah yg ada dah penuh org. Jadi mokcik dok perati je la org yg melungsur dr slides2 ni. Silap haribulan, kena percikan air sekali....huhuhu

Ntah apa2 gambar yg mokcik snap. Maklum la dok tercatuk sambil Insyirah tido dipangkuan. So snap je la gambar yg boleh dr seat. Rides warna kuning besar tu namanya Twister, paling disukai kembar.

Kami kat situ dr kul 11 pagi sampai 3 ptg. Sikembar tu leka sangat main air, jenuh nak ajak balik. Kesimpulannya, ok la juga Melaka Wonderland ni dari segi water rides nya. Walaupun mokcik x main, asal kan anak2 gembira ok la tu.





Tuesday, October 1, 2013

Pesan Atok

Pagi2 time saya sibuk nak bersiap ke tempat keje, dan paling sibuk nak siapkan beg2 keperluan anak2, between pukul 7.00 -8.30 am, time ni la Insyirah pon sibuk nak memerap ngan saya. Time ni la dia bising 'nak tutu (susu)' or simply nak berdukung.

Tapi tepat kul 8 am dia akan stop memerap dan berkejar ke depan tv sbb nak tengok.....

PESAN ATOK!



Yg comel sekali, dia akan landing atas bean bag dan duduk dgn rileks sekali

Tak sempat pon nak pakai baju selepas tukar diaper sbb dia dah sibuk nak tgk PESAN ATOK.

Tak tau la kenapa dia suka sangat PESAN ATOK tapi rancangan pesan PESAN ATOK yg melibatkan Datuk Hassan Din sebagai pengacara mmg rancangan kanak2 yg bagus. Start rancangan akan ada persembahan kanak2 samada hafazan Al-Quran, Nasyid, pentomin dan macam2 lagi. Agaknya sbb tu Insyirah suka. Lepas tu Atok akan membicara isu2 semasa dari segi hukum, sosial dan macam2. It's really good show cuma tak pahamnya kenapa la ditayangkan hari sekolah time budak2 dah masuk sekolah? Or target audience adalah utk budak2 sekolah petang?



Tuesday, September 24, 2013

Dr. Phil's Test

I've done some personality test with Dr. Phil...quite interesting. It tells you who you are...




And here is my result which I kind of agree with the analysis.  I dare not ask people around me how I am, because people might not be telling the truth, in order not to hurt you or people's opinions might be varying depending on their personality. But this test is quite honest .

At least I know I am not a selfish person :)


You may try and see whether you agree with it or not. It's just based on psychology analysis anyway.

Hasil Tuaian Pak Choy yg Pertama!


Akhirnya saya tuai jua pokok sawi pak choy. Konon nak biar besar sikit tapi mcm x besar2 pon. Bila baca dr blog Tanam Sendiri, sawi sebaik2nya dituai lepas 4 minggu semai sbb lepas tu ianya akan berserat so tak sedap dah nak makan. I guess mine mmg xkan membesar lagi so tuai aje la. Dibandingkan dgn yg dibeli dipasar, mmg la jauh kecik saiznya. Agaknya sbb tak bubuh baja, hanya siram air dan cahaya matahari, kalau extra pon sesekali siram ngan air beras atau air basuhan ikan. Tu yg terbantut tu!

Tapi macamana pon tetap rasa puas hati sbb akhirnya dapat rasa hasil tanaman sendiri. Free of pesticide or chemicals. Rasanya sgt fresh. 

Kat dalam raised bed, still ada sawi biasa nak dipetik. Dah semai kailan, kucai dan daun sup (sekali lagi) tapi so far belum bercambah lagi. I'm so excited to grow more vegetables!