Ada lagi 4 hari je lagi rupanya bulan Ramadhan ini. Jerman dijangka menyambut Aidilfitri on Khamis, 9th September 2010.
Aduss...dr segi persiapan mmg mcm x bersiap apa2...cuma alhamdulilah, baju2 raya dah selamat sampai, dikirim adik tersayang bermula dr July lagi. Sengaja suh dia hantar awal sbb nak guna kos pos yg murah aje tapi akan amik masa yg lama. So, lega bila dah sampai sebelum raya. Konon nak buat biskut raya sikit...xde la nak buat byk, just nak buat lagi 2 jenis aje. So far dah ada chocolate chip yg dibuat bersama anak2. Tapi yg 2 jenis tu pon x terbuat2.
Tahun ni raya insyaallah akan menerima tetamu dr Jülich dan UK - kwn2 yg merancang nak sambut raya bersama kami. Tapi so far sy masih belum decide juadah raya. Thn lepas agak meriah sbb buat sate, thn ni tak tau la tapi confirm la ada ketupat dan lemang...SEGERA la tapi ^_^.
Dari segi penghayatan ramadhan...alahai...azam nak baca Al-Quran byk2 tu xde la jadi sebyk mana....baru abis juzuk 2 aje...Ya Allah, ampunkan hamba mu ini yg leka dgn urusan dunia. Terawih pon boleh kira ngan jari berapa je buat. Mudah2an hati ni ditetapkan jugak membuat terawih utk mlm2 terakhir Ramadhan.
Kpd keluarga dan sahabat handai, kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga di Malaysia dan sahabat sekalian x kira dimana jua anda berada.

Gambar raya thn lepas....
3 comments:
neny..salam aidilfitri utk hang dan famili..maaf zahir batin
selamat hari raya aidilfitri utk awk sekeluarga. maaf atas segala salah n silap..
Salam lebaran untuk perantau2 di Raunheim semuanya ya..
Post a Comment