Pages

Thursday, December 9, 2010

Winter dan Kerja yg Banyak

Hari ni snow turun ngan lebat lagi, snow setakat ini setebal 10-11cm (based on my measurement on the snow at my balcony). Tadi lepas hantar anak2 ke kindy, terserempak ngan tuan rumah yg tgh gigih mop lantai tangga level dia...aduhai, means sy pon kena mop gak ni walau tau sia2 aje kang kotor balik dipijak oleh ahli keluarga sendiri dan keluarga diatas. Tapi as my landlady ni sgt fussy dan rajin orgnya, with high standard of cleanliness, I just follow suit.

Bukan setakat mop tangga aje yg nak difikirkan time2 winter ni. Nak jaga rumah time winter ni pon mencabar jugak. Sebab, time winter rumah sy ni senang naik fungus kalau tak dijaga sebaiknya. Problem utama - toilet/bathroom rumah ni takde tingkap dan ventilation system. So bila winter humidity menjadi bertambah tinggi dan akibatnya bilik tidur anak2 yg sebelah toilet selalu aje naik fungus. Fungus is a critical issue kat sini, jgn la buat main2 kalau rumah anda ada fungus kat sini...satu, sbb kesihatan sbb spora2 fungus tu boleh mengakibatkan masalah serius pd sistem pernafasan dan dua, boleh merosakkan rumah dan kalau menyewa, tuan rumah boleh tuntut ganti rugi disebabkan masalah fungus ini.

First winter kami disini, kami x notice sgt hal ni. Nampak la fungus naik kat ceiling tp cepat2 sembur anti-fungus spray. But winter last year paling teruk la sbb kami tak tau pon akibat masalah humidity, rupa2nya disebalik almari, dinding sgt lembap sampai wall paper rosak. Bilik tu winter last year mmg kami tak on heater sbb konon nak jimatkan bil gas. Anak2 tido sebilik ngan kami masa tu. So imagine la tahap humidity nya. Mujur la perasan cepat, sebelum fungus membiak dgn dasyatnya sampai merosakkan dinding. Cuma wall paper saja yg rosak, so kami peeled off about half of the wall paper in the room. Sampai sekarang kami tak ganti lagi wall paper tu. Ni kami decide bila dah dekat nak pindah nanti baru kami pasang wall paper.

Then one thing lagi, sy takde pengering baju dan kami menyewa dirumah ini pon tak diberi kemudahan basement. Kebanyakan org menyewa akan dpt basement utk storing barang dan buat urusan laundry so rata2 akan sidai baju di basement. Kami ni takde choice kena la sidai baju dlm rumah. So bermakna humidity bertambah. Heater pulak, kalau on tinggi, satu - of course bil tinggi dan satu lagi heater yg tinggi akan buat rumah sgt panas dan kering, hence boleh buat kulit kering, gatal dan sakit tekak. So kena balance kan setting heater.

Mujur kami kenal kak liza yg byk experiences utk menghadapi isu2 mcm ni. So byk la nasihat dia yg sy apply utk jaga rumah ni dr serangan fungus and at the same time balance the humidity dan jimatkan kos heating. Cuma kerja byk la sikit. Contoh: pagi2 sebelum keluar hantar anak2 ke kindy, sy akan off heater, then buka tingkap dapur, bilik dan hall utk pengudaraan. Lepas balik dari hantar anak2, tutup semua tingkap dan on balik heater. By this doing, dpt menurunkan humidity level dlm rumah. I can see this by looking at the humidity meter. Recommended humidity should be at 65.

But then since heater cuma on up to setting 2.5, it is not high enough to dry the house, so u can see wap2 air kat tingkap rumah. Wap2 air ni tak boleh biarkan sbb boleh meyebabkan fungus, so from time to time kena la lap wap2 air ni.

Dan from time to time jugak kena check kat celah2 almari, kotak2, sofa, ruang2 tersembunyi takde fungus yg wujud.

Ini la keje sy hari2....leceh kan?

5 comments:

nana said...

OMG.. kesiannye kau.. aku tk pernah buat keje2 tu masa winter kat madison dulu, and the snow was so thick.. sgt lah tebal.. mujurlah tk kena bayo byk utk clean rumah masa keluar dari apartment..

thanks for the tips.. ada rezeki dok obersea nnti aku akan ingat tips kau nih.. hehe.. happy wintering!

Neny said...

org2 kat german ni in general mmg pembersih aku rasa. Tgh2 winter selalu je aku nampak makcik2 gigih lap tingkap rumah. So setakat mop lantai tangga tu pd diorg apa la sgt.

Rules menyewa rumah kat sini agak ketat la..depends pd landlord diorg nak bg syarat apa, so kalau dah sign kontrak tu terima aje la.

Saja la aku share tips kat sini, kat tempat lain x tau la cemana.

durra abd razak @ kocikin... said...

Neny,

aku pun keje sama gak mcm ko...bila time winter2 nie..huhu..nak x nak..terpaksa laa buat sbbnya umah sewa dgn agent..kalau x jaga..alamat burn laa ko punya deposit..mujur laa Bad ada..mmg sebijik laa tips2 ko tu ngan apa yg Bad dok buat...

dan..condition Haikal lagi, maka aku mmg sgt2 perlu ikut ala2 regime Kim & Aggie tu..tahun depan..ko dh x yah dah nak buat semua tu ;)

. said...

wooh.. tediousnye.. tidak sesuai utk org malas cam saya..

Neny said...

durra:

ada ke fungus naik kat rumah ko? rumah aku ni sbb design problem, kalau toilet aku tu ada ventilation system atau ada tingkap xde la teruk sgt aku nak menjaga.

Ita: i malas jugak sebenarnya...hehehe. Tapi takut nanti x dpt balik deposit or kena bayar ganti rugi, i merajinkan diri jugak!