Pages

Wednesday, January 19, 2011

Dioxin Contamination & Free-range Organic Eggs

Di Germany skrg sedang kecoh isu telur ayam, daging ayam (poultry) dan khinzir tercemar dek kerana dioxin. Dioxin adalah sejenis toksin yg boleh menyebabkan kanser. Difahamkan syarikat pembekal makanan haiwan ternakan telah membuat kesilapan mencampurkan lemak utk tujuan industri dan lemak utk makanan haiwan ternakan yg menyebabkan makanan haiwan ni mengandungi dioxin dan seterusnya ladang2 penternakan telah memberikan haiwan2 ternakan makan makanan ini.

Boleh baca berita ini di SINI.

Katanya pihak kerajaan Germany telah mengambil langkah2 sepatutnya utk mengawal isu dioxin dgn menutup ladang2 dan kilang2 penternakan yg dikenal pasti terlibat memberi makanan mengandungi dioxin , menarik balik stok2 yg ada dipasaran (boleh trace dgn code yg ada pd pek bungkusan makanan especially telur).

Kami pon buat masa ni ambil langkah berjaga2 dgn berhenti makan ayam & telur. Ayam ok, sbb boleh ganti dgn daging lembu/kambing (yg ni tak affected) atau makanan laut. Ye, kos mmg bertambah sbb ayam la paling murah disini. Tapi demi kesihatan, takpe la keluarkan belanja lebih sikit.

Telur susah sikit nak stop all around. Sebab byk makanan perlukan telur in the making. Roti, kek, kuih2, kebanyakan resepi mmg guna telur. Mmg ada byk eggless recipe tapi kena ada pulak egg substitute - mana nak cari tu?

So for the time being I'm buying the free-range organic eggs. Mmg la mahal...telur biasa for 10 only 1.29 euro but this type of eggs is 2.39 euro! I've decided nak kurangkan penggunaan telur dlm makanan, just guna utk penting2 saja. My priority mesti la eggless recipe tp kalau setakat guna 1-2 biji dlm recipe, takpe la. Lagipon kata la kita x mo makan telur langsung tapi bila kita beli ready-made roti ke, kek ke yg ada telur tu, lagi la kita concious kan...ni kita buat kek, roti sendiri so kita tau apa bahan2 yg kita guna.

Patut la Jamie Oliver dok memekak2 suh guna organic, free-range products....sbb the conventional type of food products adalah berisiko tinggi utk kesihatan. Mahal mmg mahal tapi for long-term ia adalah pilihan yg bijak, no?

3 comments:

siti.fizzie.fizz said...

kak neny
free range tu apa maksudnye?

Neny said...

wiki kata free-range itu adalah ayam yg dibiarkan lepas bebas tidak terkurung dlm sangkar. maka ayamnya lebih sihat dan menghasilkan daging & telur yg lebih berkhasiat. Tapi free-range tidak semestinya organic, so kalau mau lebih sihat, harus la free-range organic...

nana said...

kat mesia ni sangat lah susah carik free-range organic chicken and eggs.. huhu..