Pages

Tuesday, August 7, 2012

Keberkatan Waktu

Sebelum Ramadhan, cita2 nak mengaji Al-Quran sebanyak mungkin. Kalau boleh setiap kali selepas solat nak cuba mengaji barang semuka dua. Awal2nya istiqamah la jugak. Tapi malangnya impian ni tewas dek kesibukan masa, ketiadaan azam yg kuat dan tidak memberikan keutamaan terhadap cita2 ini.

Pagi tadi selepas sahur, macam biasa mengepam susu sambil tgk Semanis Kurma. Topiknya Syafaat Al-Quran kalau x silap. Betapa ruginya kalau x membaca Al-Quran byk2 di bulan Ramadhan ini sbb besar syafaatnya di Akhirat. 

Selalunya pas pam susu, sy gi basuh pinggan dulu, gosok baju dulu pastu baru mandi dan solat. By then dah kena siapkan anak2 ke sekolah pulak. Selalunya mmg huru-hara sbb at the same time Insyirah pon bangun nak menyusu. Jadi pagi ni sy abaikan dulu pinggan-mangkuk dlm sinki, baju lepas dah ngaji la baru gosok. Sempat x sempat biar la. So masuk je Subuh, terus mandi dan solat dan bertekad nak juga baca Al-Quran. Tengah2 mengaji, Insyirah bangun, nangis sikit2 tapi sy abaikan sampai la sy abis ngaji dua mukasurat. Abahnya tepuk sikit2 dan dia pon eventually stop nangis dan tgk sy mengaji (sy solat tepi katil kami).

Lepas tu baru amik Insyirah, susukan dia dan surprisingly dia tido balik. Selalunya dia nak main2. Boleh la sy iron baju ngan aman damai dan kejutkan sikembar bgn mandi, kemudian siapkan diorg ke sekolah. And pagi ni actually diorg dpt disiapkan 10 minit lagi awal dan boleh pegi sekolah lagi awal.

Dan sy rasa lebih lega :).

Of course sy x sempat basuh pinggan tapi xpe la, balik ptg karang sambil masak basuh la pinggan la. Bak kata Prof. Dr. Muhaya:

 "kalau kita jaga urusan kita ngan Allah s.w.t, insyaallah, Allah akan jaga urusan kita"

Semoga terus istiqamah ye kawan2!

2 comments:

noor said...

Salam, saya pun amat setuju dgn keberkatan masa. Kita utamakan tanggungjawab dgn Allah, dan Allah akan bantu kita selesaikan tanggungjawab kita yg lain dgn manusia... Thanks for sharing...

Neny said...

Salam noor, kita sama2 share la ye. Thanks for visiting :)