Sudah separuh tahun umurnya :)
Kesiannya, masa genap 6 bulan ari Isnin hari tu, Insyirah demam, batuk dan selsema. So immunisasi @ 6 months terpaksa ditangguhkan ke bulan depan.
Dia sudah pandai mcm2, bergolek satu rumah kalau dibiarkan on the floor, kadang2 tersekat bawah meja, kat mana2 celah...hihihi. Dah pandai marah kalau kita ambil brg yg sedang dipegangnya. Sudah juga mula mkn solid, but at the moment sy baru bagi cereal aje. Tak sabar nak bg bubur nasi, jus dan mcm2 tapi nasihat pakar kanak2, introduce one thing at one time and then tgk samada ada allergy atau tak.
Utk perkembangan minda Insyirah, inspired by Islamic Parenting Network dan blog DarwishnDarwisha sy bercita2 nak didik dia dgn Al-Quran seawal umur 6 bulan ini. Sy dah buat kesilapan dgn kembar dulu, tak menitikberatkan didikan Al-Quran dr awal, sebok membeli buku2 nursery rhymes dan ABC. Mungkin x salah tapi setelah sign-up dgn Islamic Parenting Network dan setelah membaca e-mail2 dr pengasasnya Puan Lina Karim, I've realized apa yg penting utk anak2.
E-mail2 Puan Lina penuh dgn tips dan awareness on islamic parenting. Saya x tau kenapa Puan Lina x publishkan shj apa yg yg dah beliau e-mail kan pada semua subscribers on her blog, mungkin beliau ada alasannya yg tersendiri. Tapi apa2 pon, setelah berkenalan dgn IPN, baru la sy kenal siapa Muhammad Al-Fateh, sejarah Mustapha Kamal Attaturk (dunia mengenali beliau sebagai Bapa Pemodenan Turki tapi hakikatnya beliau lah yg menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyah sehingga Turki menjadi negara sekular).
Baru la sedar betapa ceteknya pengetahuan sy dlm sejarah Islam.
Semoga sy terus istiqamah mendidik anak2. It's a hard work, yes...but with strong will insyaallah akan dipermudahkan.


0 comments:
Post a Comment