Kami pon sama, tapi bukan la pegi melancong cuti2 Malaysia melainkan pulang menziarahi ibu ayah di Kota Bharu. Kebetulan Mek nak kena operate bg membetulkan kembali kedudukan usus yg terlari sedikit dr kedudukan asal.
On the way ke KB pagi Deepavali, kami tak berdepan ngan traffic jam yg teruk melainkan kat area bukit2 antara Padang Tengku - Merapoh-Gua Musang sedikit jam sbb kereta byk. Bertolak kul 7pg dr Melaka, kami sampai KB kul 5.30 ptg. Asalnya nak gerak kul 3pg tapi hari Isnin tu sy masih bekerja, pulak tu hari tu ada presentation lak sampai ke pukul 6 ptg. Balik rumah dah lemau, takde mood nak kemas barang2. Just masak utk buat bekal aje. Besok paginya baru pack barang2. Maklum la nak balik agak lama jugak, maka byk la brg2 nak dibawa termasuk la segala blender, slow cooker utk masak makanan Insyirah kena la angkut bersama.
Balik KB kali ni kami takde la suka-suki keluar shopping2, makan colek kat PCB atau lepak2 kat Pantai Irama Bachok. Kali ni kami byk lepak di hospital and then uruskan apa2 yg patut di rumah Mek. Alhamdulilah, operation Mek dikira smooth, takde apa2 masalah, operate hari Rabu, pagi Jumaat dah boleh keluar hospital . Skrg ni dlm proses pemulihan dirumah.
So smlm kami pon pulang semula ke Melaka pagi semalam. Gerak dr KB kul 8 pagi, tau kul bape kami sampai?
Kul 9.30 mlm hokeh!
That made us 13.5 hours on the road....phewwwwww
Nak kata heavy traffic, xde la sgt...melainkan kat area berbukit2 tu again, byk gak la lori balak. So kalau nak overtake pon kena tunggu betul2 clear, atau pon tunggu ada lane memotong. Sakit gak hati bila ada kereta yg selamba aje memotong, x kira tgh naik bukit ke, kat selekoh ke, depan ada kereta approaching ke, belasah je ikut dan. Kot eksiden dia mati sorang2 xpe, ni kang x pasal2 org lain x berdosa kena sama!
Tapi kami buat pit-stops pon byk kali jugak. Berenti isi minyak la, berenti makan, toilet-stops la. Anyway, ayam goreng Muzdalifah kat RnR baru Gua Musang agak meletop jugak! Kalah KFC :). Rasa cam next time nak singgah lagi makan ayam goreng situ. Hopefully perniagaannya diorg ni kekal maju.
Balik KB mmg seronok, but I dread the long journey. Standard 10 -12 jam on normal traffic tapi boleh extra few hours more dimusim2 cuti dan perayaan. Kalah flight Frankfurt-KL....huhuhu. Maybe kalau ada highway cam PLUS, masa perjalanan jadi lagi pendek?
Kat rumah tu, berselerak ngan beg2 nak di unpack dan baju2 kotor nak dibasuh. Dah la skrg hujan pagi petang, alamatnya mmg akan ku hantar dobi la jugak kot.
3 comments:
Mudzalifah Fried Chicken ni ada kat Bangi. Buka since early 2011. Tapi dah 3-4 bulan tutup. Katanya closed for renovation. Tp x buka2 sampai ke sudah. Aku harap mereka tak gulung tikar. Ayam goreng nya sedap jugak.
nak kami anta trockener sebijik ka...?
:)
kami rindu kakak beha n kakak bela...
Dal: Sbb tu aku kata "Hopefully perniagaannya diorg ni kekal maju." Sbb Radix Fried Chicken kat MYDIN MITC pon dah lama tutup. Padahal aku rasa ayam dia sedap aje. Sian bisnes org melayu, susah nak bertahan.
Liza: Hehehe...xpe. Anta dobi lagi syiok, siap dah berlipat :. Kos cuma RM2/kg.
Post a Comment