Pages

Monday, February 18, 2013

Kejamnya!

Tak tahu la samada korang dah tengok ke belum video ni tapi kalau korang tengok mmg boleh nak pitam dibuatnya. Ada ke baby baru berapa bulan tu di lambung dicampak mcm anak patung? Gila betul bibik ni...dah org amik bekerja, kerja la ngan amanah. Ni suka2 lambung campak anak org.....tgk kat video kita pon risau kot patah tgn, kaki budak tu, leher pon boleh patah! Mental ke hapa?

Apa la perasaan mak bapak baby setelah tengok video ni? Kalau sy, mau kutempeleng sibibik ni berkali2...takde hati perut betul! Mujur jugak parents ni pasang CCTV camera, boleh jugak tau apa yg terjadi. Kalau jenis yg percaya aje kat bibik, dapat bibik mcm ni, masyaAllah... tak tau nak kata....


Tapi sy tau, tak semua bibik camni, tak semua babysitter camni. Sy dan babysitter Insyirah pon hanya based on trust tapi Alhamdullilah so far dia bagus jaga Insyirah. 

Komen Ustaz Zaharuddin di FB on this video:

Pastinya Allah akan memberikan balasan setimpal kepada bibik ini di akhirat, namun kami memohon agar balasan diawalkan di dunia..Allahumma..ia amat zalim dan kejam. Wahai ibubapa, pergilah sibuk mencari duit ye..biarlah anak dengan pembantu rumah atau pendera di rumah?.

Terkedu gak bila baca komen Ustaz Zaharuddin yg ayat last tu....mudah2an anak2ku semua selamat dibawah jagaan babysitter/daycare semasa kami bekerja....

3 comments:

-dal- said...

Aku menangis masa 1dt time tengok video ni., tak sanggup tengok sampai habis

iu rf said...

cian kan kak.. minta2 dijauhkan drp benda2 cmni kene pada anak2 kita semua.. nauzubillah..

ayat UZAR tu ade maksud lain & penerangnya kak..

cuba check balik..
ni sebahagian yg sy dpt tengok

Zaharuddin.net ayat terakhir di atas berbunyi 'biarlah anak dengan pembantu rumah atau pendera di rumah', ia bermaksud, pastikan mereka pembantu di rumah bukan pendera di rumah.! bukan tak perlu pembantu rumah langsung khususnya bagi yang perlu. Tapi kita perlu tapis, pilih dan pantau dan berilah amaran atau bagtau pembantu tu dalam rumah ini cctv penuh tersembunyi di aman-mana agar dia benar-benar jadi pembantu rumah sahaja buakn pendera di rumah.

--------
Zaharuddin.net Kalau statement saya dirasakan tidak wajar, bodoh etc tiada masalah untuk meninggalkan page tidak bermanfaat ini. Insha Allah itu lebih baik bagi iman kalian dan iman saya. Atau anda perlukan bantuan admin saya untuk block penyangka buruk dari terus bersidai di sini?. Saya bukan calon plihanraya yang laparkan sokongan, saya memberi statement untuk menyedarkan, adakala ia manis, adakala ia pahit..jika nak manis sahaja, nanti kencing manis.
Yesterday at 11:53am · Like · 30
--------


Zaharuddin.net Ayat di hujung statament saya itu adalah SANGAT SESUAI bagi ilmu dan pengamatan saya. Jika kalian tidak setuju, then we agree to disagree.
Yesterday at 6:21pm · Unlike · 16


fikir positif kak.. sy tau akk mmg positif! :)

Neny said...

Dal: aku memula x nk tgk gak tp bila org komen mcm2 aku kuatkan hati tgk. Tp nk ulang tayang mmg x sanggup la. tgk sekali cukup.

Iu: akak terkedu bukan apa iu...sbb tau sebaik2nya ibu yg patut jaga anak dia sendiri dr bg org lain jaga....