Sekejap aje dah muncul tahun baru....
Azam tahun ini (1434H) nak memperbaiki lagi ibadah seharian, ingat nak la khatam Quran tahun ni. Semalam check penanda Quran, ku baru baca sampai pertengahan Surah Hud.
Teruk tak teruk? Huhuhu....
Cita2 nak baca Quran at least 2 mukasurat sehari tapi kadang2 berhari2 tak ngadap Quran. Ntah la apa yg disibukkan sgt, yg pasti mmg sibuk dgn urusan duniawi. Nak2 dalam keadaan cam skrg ni, asik nak tido aje, solat pon dihujung2 waktu.
Minggu lepas, hari Jumaat sempat mendengar Usrah Nurani kat radio Ikim. Tetamu yg jadi speaker menceritakan bagaimana kesedaran untuk menjadi Muslim lebih baik selepas diserang stroke ketika usianya 34 thn dan ketika berada di pusat karaoke!
Katanya mmg x sangka sbb sebelum itu dia adalah seorg individu yg sihat, cergas dan muda lagi, tup2 kena stroke. Tu pon mujur la Allah masih panjangkan umur dia untuk memberikan peluang berubah kearah lebih baik.
Jadi peringatan kepada diri sendiri sempena tahun baru Hijrah ni, jangan la lalai lagi dengan kehidupan dan keperluan duniawi aje. Umur bukannya makin muda, lagi 5 thn dah 40 tahun. Ustaz Pahrol ckp:
Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)
Moh la kita berusaha kearah kebaikan, walaupun byk cabarannya.
Salam Maal Hijrah 1435. Semoga kita menjadi umat Islam yg lebih baik dimasa2 yg mendatang.
0 comments:
Post a Comment