Pages

Tuesday, May 6, 2014

BIG Family Day

Cuti Hari Buruh lepas kami pulang ke KB. Kebetulan pulak family adik-beradik Ayoh nak buat Hari Keluarga Allahyarham Haji Muhammad. Jadi dapat la kami join.

Adik beradik Ayoh mmg ramai, x silap dalam 10 org kot. Tapi walaupun dah dekat 10 thn kawen, bukan semuanya saya kenal, apalagi sepupu-sepapat. Bila riki2 ngan kakak2 biras, diorg pon kata ada jugak lagi yg belum kenal sepupu2nya...nak2 pulak menantu2. Ada yg dah ada cicit jugak.

Masa seorg sepupu meninggal beberapa bulan lepas, abg sulung cik HB adalah bunyi2 nak cadangkan buat hari keluarga ni sbb susah nak berjumpa dan masih ada yg tak kenal satu sama lain. Sampai ada yg meninggal dah pon pakcik/makcik/sepupu tapi anak sedara/cucu tak pernah pon jumpa. 

So masing2 pon setuju la nak buat family day ni. Walaupun x semua dapat hadir tapi sekurang2nya dapat la jugak berkenalan. Perancangan semuanya dibuat oleh family di KB dan akhirnya sepakat utk buat family day di Pantai Melawi, Bachok.

Mana yg memilih utk menginap kat chalet disitu, ptg Jumaat dah sampai la termasuk kami. Chalet kat sini murah2 aje, chalet kami pon cuma RM65/night with aircond and tv. Yang takde aircond and tv, just RM45. Tapi jangan la expect tv LCD ke LED, cuma tv lama saiz 14 inci je la....hehehe. Bilik pon ala kadar, takde la deco2 macam2 kat chalet mewah tu....tapi kami happy ja sbb bilik kami ada 2 katil queen size so it's enough to cater kami satu keluarga.

Malam tu kami makan secara pot-luck. Setiap keluarga bawa makanan, jadi banyak la makanannya.

Ayoh dan adiknya Pok Wae

Mak sedara, cik Ni dipanggil contractor air minuman sepanjang majlis pasal dia in-charge air minuman...hehehe

Kembar and kawan2 berpangkat mak/pak sedara

Disebabkan kami sampai Pantai Melawi dah nak dekat Maghrib, maka xde la budak2 dapat main pantai lama2....esok pagi2 dah turun ke laut.

Insyirah yg dulunya penggeli sgt dengan pasir pantai, kat Pantai Melawi ni dah berubah persepsinya...hehehe. Maybe sbb pasir kat sini sgt halus dan sedap dipijak.

Pagi di Pantai Melawi...tp tak nampak la matahari terbit. The sea breeze was very refreshing. It's a beautiful beach but sadly, not taken care of. Banyak sampah terbiar....huhuhu

Ini semua ahli keluarga kami, kalau ikut list dekat 300 org sepatutnya hadir tapi masa ni ramai yg belum sampai.

Insyirah and cousins, Tasnim dan Anas. Bukan selalu budak2 ni dapat main pasir kan...so biar la main puas2 walaupun lepas tu jenuh nak bersihkan baju2 yg berpasir.

Breakfast time: We had nasi lemak dan saya contribute sandwich sardin. Ada yg dtg pagi tu bawa kuih dan lauk-pauk.

Aktiviti santai 

Kemudian gotong-royong masak utk makan tengahari. Orang lelaki potong daging nak masak singgang tulang/daging dan daging goreng kunyit.

Orang perempuan buat rencah utk masakan dan kerabu mangga

Ada juga ayam dan daging bakar.

Sebelum lunch, ada juga buat games dan sesi berkenalan (masing2 pakai tag nama supaya senang nak kenal...hehehe). Then we had lunch, singgang daging sgt sedap hokehhhh...

By 3pm ramai yg beransur pulang. Alhamdulilah, family day berjalan lancar walaupun takde la sempat nak kenal semua. Ada family yg lepak bersendirian, x campur kami. Tapi at least dah kenal la juga who and who's. For me, dah kenal la jugak pakcik/makcik sedara cik HB. Sebelum2 ni jarang bersua muka sbb kami kan balik jarang2 dan kejap2 pulak tu.

Mudah2an tautan ahli-ahli keluarga semakin erat hendaknya dizaman moden yg ramai org semakin lupakan keluarga dan asal-usulnya.

2 comments:

mis said...

mmg BIG family sgt neny.. dah mcm kenduri dah :)

Neny said...

a'aa mis, mmg dah mcm kenduri dah...hehehe