Dah masuk posa hari ke 6, mokcik baru terhegeh2 nak salam Ramadhan ye?
Sibuk la lately, banyak lepak kat site dari kat opis....maka xde la dpt nak blogging selalu. Projek dah nak ke penghujung jadi banyak buat testing and commissioning kat site. Ada hari2 sampai ke malam stay kat site....huwaaaaa.
Tu minggu sebelum posa la, tapi sepanjang minggu ni takde la lewat melepasi kul 6 ptg. Sempat jugak la balik masak. Minggu2 akan dtg x tau la...sbb dah janjikan ke client akan sediakan bekalan air bersih sebelum raya. Mokcik kan involved dengan projek buat loji rawatan air, nak2 sekarang ni byk krisis bekalan air, area Melaka pon terjejas jugak maka kena la siapkan projek kami secepat mungkin (sebenarnya mmg dah terlewat pong....huhuhu)
Bila sibuk mcm ni, keadaan kat rumah pon agak terabai. Sambil keje, sambil mokcik teringat2kan baju berendam kat dalam toilet, baju2 tak berlipat, rumah x berkemas, pokok2 dilaman terabai.....Bulan posa ni mmg jadi lagi sibuk...kul 4.30 am bangun, siapkan makanan sahur, kul 5 gerak semua org, makan sahur. Lepas tu basuh pinggan, kemas dapur. Kul 6 naik mandi dan solat Subuh, ngaji sikit. Then turun bawah balik masak lauk Insyirah sambil layan laundry sambil pack barang anak2. Tau2 dah kul 8 am, bersiap nak pi keje pulak, hantar Insyirah ke bbsitter.
Lepas tu dok kat site seharian, gerak sana sini monitoring the works under the hot scorching temperature....
Balik, terus masuk dapur memasak!
Penatttttttttttttttttt...tapi seperti yg telah diazamkan, cuba mengikhlaskan hati sebaik2nya :)
So far belum berjaya lagi ke masjid buat Terawih, buat sendiri pon belum lagi....huhuhuhu.
Memang flat mlm2 selepas dah berbuka, tambah pulak dengan mcm2 tasks nak dibuat.
Mudah2an mampu buat Terawih yg berbaki walaupun tak penuh. Patutnya bulan Ramadhan ni la nak mengejar SALE pahala yg berganda2...bukan kejar SALE kat shopping mall ye!
0 comments:
Post a Comment