Weekend lepas kami balik Tg. Malim. Saja balik menjenguk Mak Abah. Dah dekat 2 bulan jugak la since our last visit. Hajat dihati nak balik at least sebulan sekali tapi kadang2 dek kerana kesibukan yang tak pernah berkesudahan sedar2 dah lepas dah sebulan. Seboleh2nya nak la jenguk diorg selalu walaupun diorg alhamdulilah sihat. Mak ayah ni kan mmg suka kalau anak cucu balik jenguk diorg. So sibuk cemana pon kita cuba la jenguk mak ayah selalu. Kalau balik Tg Malim, selalunya kami balik on weekend aje sbb cuti panjang dah dedicated utk Mek Ayoh di KB. Bukan tak nak berlaku adil tapi sbb KB tu jauh, maka kami perlu sekurang2nya 4 hari cuti kalau nak balik sana. Abis, 2 ari dah abis atas jalan....
Pagi Sabtu tu kami keluar sarapan kat satu kedai makanan Kelantan, since Mak yg rekomenkan kedai tu. Agaknya fikir menantu Kelantan dia sure la happy kalau dapat makan makanan Kelantan eh? Sedap mmg sedap sampai lupa amik gambar...hehehe
Lepas tu kami nak pi pasar, saja nak tambah stok barang dapur Mak. On the way lalu stesen keretapi Tg Malim. So I mentioned "bila la kita nak naik ETS ye?"
Mak pon terus menyampuk "boleh pegi Midvalley!"
Wahhhh...Mak rupa2nya teringin nak pi Midvalley youuuu....hehehe
So dari nak ke pasar beli ikan, terus pegi stesen keretapi nak check tiket ETS. Agak tak best sbb sistem is not friendly, takde jadual keretapi dipaparkan so harus kena beratur dikaunter tiket utk mendapatkan maklumat. Then dimaklumkan next ETS to KL will be at 11.15pm, masa tu baru pukul 9 am. So tak fikir panjang terus la beli. Sempat la balik rumah mandi-manda (kantoi keluar sarapan x mandi...hahaha)
ETS ni train express electric beroperasi antara KL dan Ipoh dan stop di beberapa stesen along the way termasuk la Tg. Malim. Sebenarnya komuter pon dah sampai ke stesen Tg. Malim tapi yg lecehnya kalau nak ke KL kena transit kat Rawang. And of course berhenti kat banyak stesen la. Mau 2 jam jugak nak sampai KL kalau naik komuter dibandingkan dengan 1 jam kalau naik ETS.
Insyirah with Atok and Opah. Excited ni nak naik keretapi
Me and Mak. Kagum jugak ngan ETS ni. Tahap kebersihan boleh dipuji. Sikit lagi nak sama taraf dengan train kat Jerman. Mungkin perkhidmatan boleh diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia. Standard kelajuan dalam 100km/h, which is ok la. Kalau ada train laju camni balik KB kan best?
Sampai KL Sentral around 12.30pm, amik komuter ke Midvalley. Satu stesen je dr KL Sentral. Convenient la jugak. Kami selalu cancel nak outing ke Midvalley disebabkan tak tahan dgn jem nak masuk parking dia and then nak cari parking. Naik komuter sekejap je dah sampai!
Pi Midvalley semata2 utk lunch...hehehe. I love the food court kat Level 3 tu sbb banyak betul variety makanan. Western, Jepun, Korea, Arab....semua ada. Tak payah nak pening nak decide makan restoran mana.
Kelakar tgk Abah pusingkan cap dia sbb nak senang nak makan. Selamba je Abah mcm hip-hop...hehehe
We didnt go around Mid Valley so much. Kalau ikutkan mmg seronok nak keluar masuk kedai window shopping. Tapi kesian kat Mak nak jalan banyak2. Lutut dia senang sakit. Asalkan dah bawak dia sampai Midvalley cukup la. By 4pm kami dah gerak balik KL Sentral dan minum petang kat sana sbb our train balik Tg. Malim was at 6pm.
Notes on ETS:
1. Harga tiket berbeza utk dewasa, kanak2 dan warga emas.
2. Ada 2 jenis ETS - GOLD and SILVER. Sebenarnya train takde beza. Sama je rupa luar dalam. Cuma SILVER ada subsidi dr kerajaan so murah sikit tapi berhenti di lebih banyak perhentian. Jadual perjalanan utk SILVER pon x banyak. Sehari dalam 2-3 trips aje.
3. Setiap coach ada 2 TV. Tapi yang bosannya diorg mcm tayang movie yg sama aje. Pegi pon Transformer 2, balik pon Transformer 2. Takde cerita lain ke?
4. Saya nak bagi cadangan kat KTM supaya setiap stesen keretapi dilengkapi lif. Kesian kat org2 tua, OKU dan ibu-bapa yang bawa stroller. Kat KL Sentral ok ada lif. Tapi stesen Tg Malim takde lif. On the way ke KL tak payah naik tangga, tapi bila balik kena naik turun tangga. Tangga tinggi pulak tu. Kesian mak saya tau!


.jpeg)


1 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment