Ramadhan hari ke 7....
Alhamdulilah, masih berpuasa hingga ke hari ini. Tapi solat terawih dah lompong2 jugak. Insyirah was good on the first 2 nights, occupied with color book and crayon. Jadi dapat la solat dengan aman. Malam ke-3 saya tak pergi sbb kepenatan yang amat. Malam ke-4 she was no longer impressed with color book and crayon, sudahnya berlari2 dan menjerit2 sbb kebetulan ada seekor kucing yg dok merayau kat situ.
Alhamdulilah jugak, dah dapat 2 kali berbuka puasa dengan Mak Abah. 2 minggu lepas masa amik Mak Abah dtg Melaka, ingat nak minta diorg stay at least until the first weekend of puasa. Sebab Mak mmg janji dengan adik yg sarat mengandung, lepas stay rumah saya, dia akan pi rumah adik pulak di KL. Tapi adik amik cuti awal pulak, and minta Mak dtg awal rumah dia. So parents saya dok rumah saya seminggu aje, x sempat tunggu puasa bermula.
But somehow Isnin lepas both saya and cik HB dua2 ada kerja kat KL. Since kami cuma ada 1 je kereta yang reliable utk long distant journey, of course kami kena share kereta dan sebab cik HB cuma akan habis kerja dia pukul 5 petang, maka terpaksa la kami angkut semua org pi KL sekali. Sebab kalau kata la kami tinggalkan Insyirah dan kakak2 dia kat makcik babysitter, dah tentu2 kami sampai Melaka lewat malam. Kesian pulak kat makcik. Dah kebetulan Mak Abah pon ada di KL, jadi kami tumpangkan la anak2 kat situ sementara kami ada kerja. Terpaksa la sikembar ponteng sekolah.
Ni la antara dilema yang dihadapi oleh ibu2 yang bekerja tanpa pembantu rumah mcm saya....huhuhu.
So petang Ahad kami dah ke KL, saya dah masak siap2 lauk utk berbuka - ayam masak merah dan daging masak hitam. Sebelum ke rumah adik di Sentul, kami singgah Giant Batu Caves. Nak beli tembikai je pon. Tapi masuk aje Giant, mak aiii....selautan manusia didalamnya. Sesak!
Tapi memandangkan dah masuk, redah jugak la. Dah lama saya tak jadi warga KL, bila sesekali bersesak macam ni mcm sesak nafas jugak dibuatnya. I have realized saya dah x sesuai dah jadi warga KL. Terasa aman damai je duduk kat Melaka. Sesak2 Mydin MITC Ayer Keroh tu takde la seserabut Giant Batu Caves. Imagine la membayar kat kaunter express pon beratur sikit punya panjang.
Sampai rumah adik, saya masak nasi minyak dan buat air tembikai. Mak pulak dah buat jelatah timun nenas dan adik bongsu buat donut. Family adik lelaki saya pon join sekali.
Tak banyak pon juadahnya tapi Alhamdulilah...cukup2 aje...paling penting tak membazir
Isnin: merasa la saya jadi warga KL pi kerja naik LRT. Cik HB dropped saya kat LRT Sentul Timur dan saya naik STAR sampai Masjid Jamek. Ni la baru pertama kali saya naik STAR after so many years! I guess last time time saya naik LRT back in 2007 kot..sebelum pindah ke Melaka. But nothing change so much so xde la saya sesat nak pi meeting kat Menara Multi Purpose kat Jalan Munshi Abdullah tu. Lagipon saya naik LRT bukan peak hours orang nak pi kerja so takde la saya kalut sangat.
Meeting saya pukul 10 am dan 1 jam aje so lepas abis meeting, saya ronda kawasan sekitar. Walaupun dah selalu meeting kat sini, tapi sbb selalunya saya dtg berkereta, saya takde hati nak pusing2 walaupun orang dok ckp pi la Jakel Mall, pi la SOGO and so forth. Ni sbb dah kena jalan kaki nak pi LRT station, saya pusing2 la jugak. Baru la perasan kat mana Semua House dan jalan TAR...hahaha. Elok pulak sepanjang laluan tu ada bazaar Ramadhan. Tak jadi nak naik kat Masjid Jamek, terus jalan menuju SOGO sbb nak naik kat stesen Bandaraya. Tapi sbb dah tengahari, cuaca pon panas, takde la shopping apa pon along the bazaar Ramadhan. Cuma sempat masuk SOGO belikan t-shirt utk cik HB and Abah sempena Hari Bapa. Lepas tu terus balik Sentul naik LRT. Lepas berbuka, solat Maghrib terus gerak balik Melaka.
Setakat ini PARAM (nama singkat pasar ramadhan kata budak2 sekarang) pon saya tak jejak kaki lagi. Alasan malas nak cari parking...hahaha. Sebenarnya ok je tak pegi PARAM pon. Saya masak mcm hari biasa dan kalau rajin buat kuih simple2 mcm cucur udang. Hari pertama buat roti jala dan kuah durian. Rasanya baik mcm ni sbb kalau pi PARAM satgi mesti rambang mata semua benda pon nak. Last2 membazir.
Tengok la kalau ada hari2 yg tak larat atau malas sangat,jengah jugak la kot PARAM tu...hehehe
Setakat ini PARAM (nama singkat pasar ramadhan kata budak2 sekarang) pon saya tak jejak kaki lagi. Alasan malas nak cari parking...hahaha. Sebenarnya ok je tak pegi PARAM pon. Saya masak mcm hari biasa dan kalau rajin buat kuih simple2 mcm cucur udang. Hari pertama buat roti jala dan kuah durian. Rasanya baik mcm ni sbb kalau pi PARAM satgi mesti rambang mata semua benda pon nak. Last2 membazir.
Tengok la kalau ada hari2 yg tak larat atau malas sangat,jengah jugak la kot PARAM tu...hehehe

0 comments:
Post a Comment