Dah 13 Syawal baru nak update blog...hehehe
Nak kata sibuk sgt, takde la sbb skrg dah cuti semester, so agak free la sikit walau ada keje2 management nak dibuat dan nak prepare utk mengajar next semester. Tapi tiap2 tahun kena ada entry pasal Raya, so here I am trying to update.
Tahun ni raya pertama kami sambut di Tg Malim dulu sbb mmg tahun ni turn TM. Raya hari Rabu, hari Sabtu sebelum tu lagi kami dah balik Tg Malim. Selain saya, ada lagi 2 adik yg jugak balik starting Sabtu. Ada yang balik hari Ahad, Isnin dan ptg Raya. Mak happy tahun ni sbb 8 out 9 anak dia raya kat TM. Yg patut turn tahun ni di rumah mertua pon somehow balik raya TM dulu. Cuma abang no. 2 aje yg stick beraya ikut turn mertua dia.
Bila dah ramai2 balik, rumah mak abah pon sempit, kami sewa homestay. Tak paham betul kat FB kenapa ada certain2 org mempertikaikan tindakan ahli keluarga sewa homestay ni. Bukan sbb lupa daratan atau faktor nak selesa sokmo. Tapi dalam kes kami, imagine la kami adik-beradik saja 8 org, campur pasangan dan anak2 lagi. Dah beberapa tahun dah bila Raya, kami akan amik 1 homestay. Saya dan adik2 lain yg balik awal, kami dok rumah mak dulu. Bila dah ramai2 balik, baru kami stay homestay sbb nak bagi laluan adik2 lain merasa dok rumah mak pulak. Rumah mak ada 3 bilik aje, satu tandas dan satu bilik mandi. Tu pon 1 bilik aje yg betul2 boleh occupy, lagi 2 bilik penuh barang mak abah...hehehe. So kalau semua nak berkampung kat rumah mak, mmg sesak jadinya. Dan kalau kata kami amik homestay, lepak2 kat situ x involve dengan persiapan nak raya, lagi la tak betul. Saya ni mmg tukang masak mak, 5 ari kat TM, 5 hari la saya jadi tukang masak, dr juadah buka posa sampai la juadah raya. Kami guna homestay semata2 utk letak beg2 kami, tido malam dan bersiap bagi mengurangkan kesesakan kat rumah mak. Pulak tu homestay tu dekat je ngan rumah mak.
Buat yg parents ada rumah besar, boleh la nak tido ramai2 satu rumah. Rumah mak kami tu dah abis extend dah. Kalau ada rezeki lebih, mmg nak cari rumah besar yg boleh muat semua. Tapi apakan daya...belum ada rezeki lagi. Takpe la...masing2 kehidupan tak sama. Yg penting, jangan menilai tindakan orang sesuka hati.
Balik pada cerita raya, kita layan gambar2 aje la ye...
Mak & Abah di pagi raya. Aren't they sweet? :)))
Ya Allah, rahmatilah kedua ibu-bapaku, sejahterakanlah mereka, ampunilah mereka dan letakkanlah mereka di Syurgamu
My kakak sulung n husband. Anak 4 org gagal dikumpul
utk diambil gambar bersama...hehehe
Anak no. 2: abang dan family
Anak no. 3: kami sekeluarga
Anak no. 4: adik lelaki saya n isteri
Anak no. 5: adik lelaki saya n famili
Anak no. 6: adik perempuan saya n famili
Anak no.7: adik perempuan saya n famili
Anak no.8: adik perempuan saya n suami. InshaAllah tahun depan raya bertiga :)
Anak no. 9 dan bongsu: adik perempuan saya...InshaAllah bakal berkahwin hujung minggu ni.
Selfie ramai2...2 siblings missing here
Ramai kan?
Sebab ramai, terpaksa la amik gambar keluarga luar rumah atas jalan...hehehe
Meriah kan kami sekeluarga?
Pagi raya paling best, adalah makan pagi bersama2, lepas tu bersalam2an dan bergambar. Mmg kecoh la rumah mak. Dan selesai semua tu kami berkonvoi berjalan raya rumah sedara-mara mak dan Abah. Kitorg ikut je mana2 rumah mak n abah nak pergi. Sebab tau tu yg menggembirakan diorg. Jumpa sedara-mara dengan segerombolan anak-cucu dtg bersama2. Seronok mak kenalkan anak2 dia satu persatu kat sedara jauh yg jumpa kat lokasi2 rumah kami beraya.
Mak Abah pasti terkenang zaman perit-jerih membesarkan kami dulu. Kami bukan orang senang, abah x berkereta, jadi kalau berjalan raya, mak abah bawak yg kecik2 aje naik motor. Yg besar2 dok rumah, atau jalan raya sendiri dengan kawan2. Sekarang bila dah besar2, dan masing2 ada kenderaan, ni la masa kita ikut mak ayah kita berjalan raya, jumpa sedara-mara.
Raya ke-2 kami dah bertolak balik KB. Adik2 lain pon dag gerak ke rumah mertua masing2. Tinggal 1-2 famili gerak lambat sikit. Perjalanan ke KB melalui Simpang Pulai-Gua Musang pon smooth aje. Cuma start Kuala Krai ada la sesak sikit. Tapi sbb kami menuju ke Bachok dulu (kakak cik HB dok Bachok buat makan2), kami bypass kat Machang menuju ke Bachok. Gerak pukul 8.30 am dr TM, pukul 6pm sampai Bachok. Not bad jugak la.
Family Jalan Bayam di hari raya pertama. Ramai yang takde dalam gambar ni.
Pertama kali raya tanpa Ayoh :(.
Kami stay di KB sampai raya ke-6. Hari2 penuh dengan agenda makan2. Mujur cuti raya dapat dipanjang ke hari Isnin. Asalnya dekan x bagi staff cuti minggu selepas raya sbb ada urusan kerja fakulti tapi selepas ramai yg merayu nak panjangkan cuti at least ke hari Isnin, maka at last dekan benarkan. Mujur la sbb kalau balik hari Ahad tu travel mmg kena redah jem yang dasyat. Adik HB was supposed to travel back to KL hari Ahad tu..gerak dr KB pukul 7.30 am, pukul 10.30 am masih di Kok Lanas. Dia decide patah balik KB dan travel hari Isnin. Gerak pukul 4 am, pukul 12.30 tengahari dah sampai KL! Kami pon gerak hari Isnin tu perjalanan lancar, Alhamdulilah.
So itu la cerita raya di kampung kami. Alhamdulilah, raya kita di Malaysia mmg meriah. Gembira tgk gambar2 raya rakan2 di FB. Penuh warna-warni. Penuh nilai kekeluargaan. Tu pasal jalan jem sana-sini....hihihi.
Makanya syukur selalu. Allah masih izinkan kita menikmati Aidilfitri, menyambut kemenangan dengan penuh kegembiraan. Pun begitu, tak ku lupa hulurkan doa buat mereka saudara seagama yg ditimpa kesusahan dan kesedihan. Terutama mereka di Syria, Palestine dan Rohingya.
Last but not least, gambar raya bersama rakan fakulti. Fakulti kami awal2 dah buat majlis raya....balik dr cuti aje terus ada majlis raya...hehehe














2 comments:
neny....
adik beradik ko semua cantik2 mcm ko jugak :)
Terima kasih durra :)
Post a Comment