Pages

Tuesday, April 5, 2016

Jalan2 Kerja @ Ipoh


Lebih kurang 2 minggu lepas saya ditugaskan sebagai salah seorang peyelia lawatan industri untuk students fakulti saya. Tempat lawatan area sekitar Ipoh, dengan 8 syarikat dan 12 students. Kebetulan pula jatuh masa cuti sekolah, cik HB pon free jadi saya angkut la satu family...yeay!!!

Walaupun saya orang Perak, saya tak familiar pon dengan area Ipoh. Jadi sesuai sangat la dapat peluang ke Ipoh. Kami gerak dr Melaka hari Isnin, saya amik cuti sbb cik HB ada meeting kat UPM. Kami anak-beranak lepak2 kat IOI City Mall sementara tunggu cik HB selesai kerjanya. Selesai semua, kami gerak ke Tg, Malim dan bermalam kat rumah Mak. 

Esoknya Selasa, pagi2 kami dah gerak ke Ipoh dan terus ke syarikat2 yg ada dalam jadual hari pertama saya. By noon dah selesai dah semua syarikat yg jadual lawatannya di hari pertama. Then kami pi makan Nasi Vaggey yg dikatakan sgt famous kat Ipoh. Saya dan cik HB rasa biasa2 aje, maybe sbb saya bukan la peminat tegar nasi kandar pon. Tu yg gambar pon x amik. 

Then kami ke hotel. Kami booked hotel berkonsepkan butik, namanya S Boutique kat area Tambun. Happy sgt dengan hotel ni, sbb hotelnya baru dan family roomnya sgt cozy. Rate dia rm248/night despite tgh cuti sekolah. Hotel2 cuti sekolah ni kan suka apply surcharge tah hapa2 tapi hotel ni takde la pulak. Maybe sbb baru sgt kot.

Family room yang kami dapat, ada 2 katil queen, dua katil single so mmg terlebih2 la tempat tido. Then ada dua LCD TV jadi xde la mak bapak berebut tv dgn anak2...hehehe. Cuma xde la facilities mcm swimming pool ke, gym ke or restoran. Dah konsep hotel butik mmg budgeted hotel kot....but somehow the interior and the services is not bad pon.

Bilik pertama

Bilik kedua

Cantik kan setting dia? Simple tapi kemas.

Daaa..gambar toilet pon nak masuk blog? Saya bukan apa, saya appreciate toilet yg bersih and functional walau kat mana pon saya pegi :)

Sepanjang ptg kami hanya lepak2, golek2 dalam bilik. Malam baru keluar cari makan. Pusing punya pusing, dan google macam2, akhirnya kami makan kat medan selera Taman Kanak2. Tak jauh dari Ipoh Parade. Ok la sini, mcm2 pilihan makanan yg ada. Yg paling meletop popiah dia. Mmg sedap sgt! Laksa pon sedap. Lepas makan kami pusing2 Ipoh Parade dan beli stok makanan utk makan kat hotel. Lepas tu balik tido....

Hari kedua, sambung lawatan industri. 3 company lagi. Hari ni lunch kami cuma tapau makanan dan makan kat hotel. Sebab cuaca panas sgt dan kami pon keletihan. Sepanjang2 saya buat lawatan, cik HB dan anak2 tunggu dalam keta. Tu pon dah penat...hehehe.

Dah petang sikit baru kami keluar jln2. Kami pi try Laksa Sarang Telur kat area Taman Botani. Agak jauh jugak dari city centre. 


Ni la laksanya. Taste wise saya suka aje tp cik HB rasa so-so aje. Dia x puas hati takde telur rebus....hahaha. Dah telur presented in the form of nest (sarang), so xde la telur rebus dah!

Lepas makan laksa, kami dah x tau nak kemana. Kami just pusing2 area bandar Ipoh. Then makan malam kami try makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Kami pilih kedai ni berdasarkan carian google tempat makan popular di Ipoh. Namanya mcm kedai jual nasi lemak je kan? Tp sebenarnya ada mcm2 makanan. Saya try makan sup belut. Sedap jugak la. Again cik HB rasa kedai ni biasa2 aje.

Hari ketiga, sambung lawatan lagi 3 companies, juga selesai by noon. Kami decided nak pegi jenguk Taman Rekreasi Gunung Lang pasal dah x tau nak buat apa dah kat Ipoh. Tempat ni agak menarik, nak sampai ke situ kena naik bot. Kena bayar la tapi tapi harga reasonable, kami bayar RM10 utk satu family. Naik botnya sekejapan sgt. 

Boat dia agak besar dan lengkap safety jacket walaupun travelling time dia ada kot 2-3 minit saja

Ni view dr pulau Taman Rekreasi Gunung Lang mengadap jeti kami bertolak.  Tempat ni cantik by nature tapi sayang tak dapat penjagaan yg sempurna. 


Tak banyak aktiviti boleh dibuat disini tapi boleh la jugak kalau nak bagi ikan makan. Selain tu ada juga la beberapa ekor rusa dan burung unta. Monyet liar pon banyak. Jadi hati2 jugak la especially kalau bawak makanan.

Terjumpa gua batu kapur....Ipoh mmg banyak gunung batu kapur. These three excited sungguh pi venture gua ni and took selfie!

Lepas Gunung Lang, ada la jugak berhajat nak jalan Kuala Kangsar tp the weather was so hot, and that made everyone tired, jadi balik ke hotel lebih menyeronokkan. So kami x kemana2 dah petang dan malam baru keluar cari makan. Kami repeat balik makan kat Medan Selera Taman Kanak2. 

Esoknya last day in Ipoh, kami checked out dan menuju ke Kellie's Castle. Kellie's Castle ni terletak kat Batu Gajah, off road sikit aje dr route kami nak balik Tanjung Malim. Ianya adalah banglo separuh siap tinggalan zaman British dan terkenal dengan kisah2 mistik. Alhamdulilah, nothing scary happened masa kami pusing2 di sini. 


Agak cantik jugak kan view kat sini?

This is view from the other side of the building

Anak2 dara pon dah nak sama tinggi dengan maknya


So that's all about our time in Ipoh. Not much but at least we got ourselves acquitted with Ipoh and its surroundings and of course foods :)

0 comments: