Pages

Saturday, January 23, 2010

Manusia & Kehendak

When i´m really into cooking, I wish I could have this....


and this....


of course this too....


and this....

Then I have this new-born interest -PHOTOGRAPHY
And makes me think of this......


And when I´m into fashion, I have these in mind....
So you see...the WANT-list can go and on and on endlessly....

I remember when I was in Form 1 and in this Kemahiran Hidup class, we had this topic to learn how to differentiate between KEPERLUAN (need) and KEHENDAK (want). I remember cutting pieces from newspapers of materials in life and then pasted them under the section KEPERLUAN and KEHENDAK.

I guess I should be doing that again in order to suppress my temptation of buying things and to sooth my own feeling when I couldn´t get to buy them.

But that D3000.....uwaaaaa!!!!

Thursday, January 14, 2010

Snow

Sebenarnya dah draft entry ni dr minggu lepas lagi, time snow tgh turun dgn lebat. Tapi dek kerana malas, upload je gambar2...nak bercerita malas, so simpan buat pekasam!

Ok, now dah basi...sbb snow pon dah cair, yg tinggal BLACK ICE. Black ice permukaan jalan/tanah yg diliputi salji, kemudian mengeras seperti ais batu. Boleh bayang kan macam ice skating rink, only that tak berapa smooth dan tak canti. Yang telah membuat saya selamat tergolek beberapa hari yg lepas selepas pulang dr menghantar budak2 ke kindy. Nasib baik la tergolek dgn posisi yg selamat - landing melutut dan tahan ngan tangan. Dibuatnya terlentang...huish, risau gak patah riuk kat mana2 bahagian badan. Tahun lepas, sorang member jatuh diatas black ice - patah 2 batang gigi!

Layan saja la gambar2 ok....




Rumah ni comel kan? Tuan rumah ni rajin sungguh deco yard dia mengikut musim. Kalau time Easter lagi colourful dgn deco telur Easter pelbagai jenis.


Monday, January 11, 2010

Monday

Wah, tetiba aku cam rajin asik update blog kan....

Layankan saja.....

Pagi ni elok aje aku turun tangga wohnung nak hantar Nabilah gi kindy (ye, Nabilah aje sbb Nabihah masih mcm x sihat) tetiba jiran rumah bwh yg org Morocco tu tetiba buka pintu rumah dia dan bagitau kindergarten hari ni ni ditutup sbb heizung (heater) rosak. Anak dia pon gi kindergarten yg sama dgn twins dan agaknya dia gi hantar anak dia awal ari ni so dia dpt tau la pasal kindy ditutup.

Aku agak surprise aku boleh memahami setiap butir yg dia ckp (dia ckp German of course!) dan siap tanya beberapa soklan lagi. Sebenarnya aku jarang sembang ngan minah ni sbb jarang bersua muka. Aku selalunya nyorok dlm rumah aje....hehehe.

Apa2 pon aku sgt berterima kasih atas maklumat dia tu. Save us from walking in the snow. Sekolah tu walaupun dekat, still dlm cuaca macam ni, agak mencabar la jugak bila berjalan diatas black ice itu. Lagipon snow tgh turun pagi ni. So mesti la agak kecewa kan bila ko dah jalan2 dlm keadaan mencabar itu sekali bila dah sampai, sekolah tutup. Sia-sia aje kan...

Sunday, January 10, 2010

Ramblings on Sunday noon

Semalam berlalu tanpa apa2 gangguan walau seluruh Germany dilanda ribut salji yg dinamakan ´Daisy´.

Bunyinya cam innocent saja kan?

Tak tahu la kalau ditempat lain kesan Daisy adalah teruk tp di Raunheim ini biasa2 aje. Cuma petang smlm sewaktu sy keluar utk menambahkan stok makanan dan keperluan lain di supermarket yg terletak lebih kurang 300 meter aje dr rumah, mencabar la jugak berjalan dlm keadaan angin yg kuat dan salji halus berterbangan. Sejuk tu jgn cerita la....

Tapi bila BBC kata bersedia ngan stok makanan utk 4 hari, maka sy redah juga la.

Salji penuh di balkoni rumah sy, cukup membuatkan anak2 teruja utk bermain salji. Sy pon teruja, terasa mcm nak pi main salji di park belakang rumah. Lebih luas kawasan lebih menarik. Tapi masalahnya sy doubt ngan tahap kesihatan si kembar. Nabihah demam kembali pd hari Jumaat selepas dua hari ke kindy. Tapi main sekejap mungkin ok kot?

Sy tgh menggoreng karipap (dah selamat telan 3 biji pon! cemana nak kurus camni?). Sekejap lg nak menghadiri majlis harijadi Zurina dan bawa karipap sbg buah tangan. Good excuse utk sy singgah ke park utk main salji selepas majlis kan? Kalau x, malas sungguh la sy nak siapkan budak berdua pakai berlapis2 sebelum keluar dr rumah.

Winter Sonata.

Saturday, January 9, 2010

Daunting Winter



It is so lovely to see snow falling outside, forming white scenery everywhere but the effects of the heavy snow is just too much....

View di balkoni rumah sy di pagi ini

BBC news ari ni membuatkan hati terasa bimbang. Never thought that winter this year would be so daunting. It is said in the news, that the Germans are to be ready to face possibility of power off, insufficient of food rations, roads are going to be closed, transportation stops operating....

Power off la paling merisaukan. Sebabnya di musim winter ni mmg sgt bergantung pd power supply. Heater, dapur memasak semuanya menggunakan elektrik. Even kalau bukan winter pon, sama jugak. So far sepanjang di Germany, belum penah lg mengalami situasi terputus bekalan elektrik mahupun air. Jadi, kalau betul akan berlaku power off, hmm...macamana ye?



Katanya lagi dalam news, it is recommended to find alternative cooking fuel. Hmm...macam harus ke pegi mencari cooker kecil yg ada gas tu, yg selalu org bawa gi camping? Ok la, tp kalau heater off? Sejuk gedi yg selalu suhu dibawah tahap beku ni, tanpa heater mau kebas habis satu badan. Lain la kalau rumah2 lama yg mmg ada chimney. Kalau heizung x berfungsi, maybe boleh ganti ngan membakar kayu2 utk memanaskan rumah. Kalau rumah moden camne? Dan tanpa air panas, nak sentuh air mmg x sanggup rasanya.

Itulah...kehidupan moden yg serba mudah ni jika dicabar dgn bencana alam pon akan menjadi satu masalah kepada manusia jika tiada back-up utk menghadapinya.

Time2 camni mmg terasa sgt kerinduan ngan tanah air tercinta. Yg walaupun panas terik di setgh2 masa, masih tidak terasa begitu tercabar dibandingkan dgn kesejukan yg ber negatif2 ini.

Apa pun, ini cuma dugaan kan....

Oh, sat lagi sy harus memaksa diri berjalan ke EDEKA utk mencari apa2 makanan yg boleh dimakan tanpa perlu dimasak jika betul akan terjadi power off. Dan lilin juga!

Tuesday, January 5, 2010

Hidup biar Sihat!

Nampaknya Januari masih lg merupakan bulan melawat doktor buat kami sekeluarga.

Smlm 2 kali sy berkunjung ke klinik. Paginya ke frauenarzt (klinik sakit puan) utk membuat follow-up check-up selepas D&C procedure tempoh hari. Alhamdulilah, hasil scan menunjukkan semuanya berkeadaan baik dan sy juga xde apa2 masalah berkaitan dgn masalah miscarriage ari tu. It´s just that doktor menasihatkan agar berhati2 supaya tidak hamil dlm tempoh 3 bulan akan dtg. Dan full result on why my miscarriage happened akan diketahui dlm tempoh sebulan lg. He said it could be because of chromosome problem or hormonal problem (blur???). Tak sangka pulak diorg akan menkaji dgn mendalam permasalahan ini. I thought when miscarriage happens, it just happens, you are provided with treatment and so forth and that´s it. But here, they investigate in details to get the answer of the problem. Which is good kan, sbb I am wondering myself what had happened.

Sikembar pon tgh demam sebenarnya. Bermula ngan Nabilah pd ari Ahad, kemudian berjangkit pada Nabihah lak. Tp by isnin, Nabilah mcm dah ok. Tapi Nabihah la yg melepeknya. Ngan muntah, ngan panas...kesian betul tgk dia. Dah la pulak kinderarzt yg dekat rumah ni tutup sbb doktornya pegi bercuti. So terpaksa la mencari kinderarzt di Rüsselsheim. Ingatkan bila call sebelah ptg, dpt appointment the next day tp waktu call nak buat appointment tu, klinik tu suruh dtg time tu jugak.So kitorg pon pegi la. Tapi punya la ramai org. Dari kul 3.45pm menunggu, akhirnya dipanggil utk rawatan lebih kurang kul 5.15pm.

The doctor, even struggling ngan Englishnya, is very friendly. Tak mcm kinderarzt yg selalu kitorg gi. Muka muncung aje. Mcm biasa, doktor checked mulut telinga, then tekan2 perut. Dan tanya samada Nabihah ada diarrhea ke x. Kitorg ckp besides muntah, diarrhea mmg xde tp doktor ckp based on bunyi kat perut Nabihah, it indicated there was something wrong ngan perut dia. So dia kata dia kena buat ultrasound utk tgk condtion perut Nabihah.

And I was like....wow! Ultrasound?

Kalau kat Mesia la kan...(aku x tau la pengalaman org lain sbb aku selalu pi klinik biasa aje) bila buat ultrasound esp. utk kanak2 ni bunyi cam kes serius aje. So aku dah agak takut dah kemungkinan apa2 yg serius berkaitan penyakit Nabihah.

Bila doktor buat ultrasound, he took time explain satu2 benda2 dlm perut Nabihah - tunjuk kidney, tunjuk liver, tunjuk usus...n kitorg nganga je la. Sbb kitorg takut kalau ada apa2 yg abnormal dijumpai. Turned out, Nabihah ada sedikit infection di perutnya. Something I suspected berjangkit from me - kes cirit birit ari tu. And lega bila doktor ckp it´s nothing serious and easily treated. Dan kenapa dia buat ultrasound, dia takut it was something else. Maybe appendiks ke...sbb Nabihah demam, then muntah2, pastu komplen perut sakit.

And even though doktor ni sgt sibuk, sbb mmg ramai patients dia ada masa time kitorg dtg tu, I was amazed betapa detailnya dia check satu persatu n then took time lg nak explain kat kitorg. And time tu dah dekat kul 6pm, yg mmg patutnya klinik dah tutup, tapi dedikasi doktor ni tetap maintain.

Hari ni Nabihah masih belum pulih seperti biasa tp alhamdulilah dia dah nak makan sikit. Nabilah nampak mcm dah ok, hari ni dia gi kindergarten tanpa kakaknya disisi. A good attitude for me, sbb Nabilah selalu asik berkepit ngan Nabihah, so bila dia nak ke kindy sorang2, I´m so happy.

Harap2 no more winter bugs lepas ni....

Saturday, January 2, 2010

End Year & NewYear @ Saarland

Dengan perancangan last minute, hari2 terakhir kami di tahun 2009 dihabiskan di negeri Saarland dan ketibaan 2010 disambut di Homburg, rumah kawan kami, Iu and family.

Kisahnya yg tetiba boleh berjalan kesana disebabkan Kak Liza ygtgh off day 3 hari mau berjalan2. Sy pon mmg teringin nak berjalan2 sementara semua org masih cuti lg ni, so apalagi, terus check ngan Iu samada dia sudi menerima kedatangan kami kesana. Bila Iu bg green light, hari Rabu kami bertolak ke Homburg dgn train. Kami namakan trip ini 'Rombongan Cik Lijah', sempena Kak Liza...kekeke

Twins with Kak Liza & Cik Dee on the way to Saarbruecken

Sewaktu train hampir tiba ke transit station, Arif (husband Iu) called n bgtau sorang lg kawan yg berada di Saarbruecken, Azma bg cadangan supaya kami terus aje ke Saarbruecken dan Azma nak bawa kami jln2 sekitar bandar Saarbruecken yg merupakan ibu negeri Saarland.

Saarland ini salah sebuah negeri Germany yg terletak di sempadan Swiss/France/Luxembourg. Dan kalau kami byk masa harusnya kami lanjutkan aje lawatan ke Luxembourg atau Strassbourg yg femes itu. Tp disebabkan kami cuma ada masa 2 ari aje utk trip ini, maka lupakan saja jalan2 Luxembourg atau Strassbourg. Mungkin di lain masa.

Setiba di Saarbruecken, kami simpan dulu beg2 besar (kunun trip 2 ari tp beg gabak2!) dan yg kelakarnya, siap ikan dan udang fresh yg kami angkut dr Raunheim utk buah tangan tuan rumah (sbbnya di Homburg kata Iu susah nak dpt fresh seafood) pon kami simpan dlm locker...hehehe. Nasib la tgh winter. So seafood tu semua masih ada ais waktu disimpan.Dgn Azma n family, kami meronda bandar Saarbruecken dm masa lebih kurang 1 jam.

Weihnach Markt @ Saarbruecken yg masih dibuka

Sempat gak naik fun ride...

With Azma n family

Kemudian bergerak ke Homburg yg terletak lebih kurang 1/2 jam dr Saarbruecken. Sampai2 je, tuan rumah menjamu kami dgn nasi minyak kismis, kari kambing, ayam masak masak dan mcm2 lagi. Hebat sungguh tuan rumah ni, walaupun dpt last minute notice, mcm2 juadah dia masak. Dah lah anak2 tgh x sihat.

Esoknya, tuan rumah bawa kami ke Zweibruecken, factory outlet pelbagai barangan berjenama. Wah! sungguh rambang mata melihat brg2 disana dgn harga yg jauh lg murah dr harga yg ditawarkan di outlet jualan biasa. Nike, Esprit, Levi's, Mango, Puma, Mexx, Burberry....haih, jenuh mengawal diri agar tidak terpengaruh dgn nafsu shopping yg membuak2. Disebabkan hari itu 31/12/09 dan kedai2 akan ditutup by 2pm, maka kami pon marathon shopping benda2 yg ada dlm top priority dan benda2 yg x perlu difikirkan panjang sebelum mebelinya i.e murah dan cantik. Sy sgt puas ati ngan blouse Esprit yg dibeli ngan harga 10Euro dan dompet Esprit, juga dgn harga yg sama. Hajat di hati mau membeli sepasang sneakers tp disebabkan sy mmg cerewet when it comes to membeli kasut dan kesuntukan masa, maka sy lupakan hajat itu dulu dgn harapan lain kali nak dtg lagi....ngeh..ngeh..ngeh..

Sekitar factory outlet Zweibruecken

Pulang dr Zweibruecken, kami berjalan2 sekitar bandar Homburg dan berjumpa ngan Azma n family yg dtg berkunjung. Sayangnya, bandar dah seolah2 jadi pekan tinggal sbb semua kedai2 dah ditutup sempena New Year Eve. Maka kami pon sekadar window shopping je la. Geram jugak bila tgk kat tingkap2 kedai tu, kebanyakannya menawarkan SALE sempena winter. Rasanya cik2 suami mesti lega sbb kedai2 dah selamat ditutup, kalau x selamat la poket diorg...hehehe.

kanak2 di Homburg

Mak bapak di Homburg

Malam itu sgt meriah sbb kami bergotong royong masak dinner. Then sementara menunggu dinner siap, main bunga api ngan budak2. Pukul 12 mlm, budak2 di bawa keluar lg utk main bunga api. Agak meriah sambutan tahun baru disini walau tiada sambutan official di bandar Homburg. Ramai yg keluar memenuhi jalan2 dan main mercun n bunga api pelbagai rupa. Terhibur jugak melihat warna2 bercahaya di mlm hari. Malam tu dek leka bersembang2, rasanya pukul 4 pg baru sy melelapkan mata.

Main bunga api

Esok pagi, selesai breakfast dan sembang yg x abis2, menjelang tengahari, kami bergerak pulang ke Raunheim.


Kepada Iu n family, terima kasih byk2 kerana sudi menerima kunjungan kami dan memberi mcm2 layanan walaupun anak2 tgh x sihat.

Kak Liza, Azma, sy, Iu dan si comel Izzah

Oh, sy dah rindukan si kecil Izzah yg manja ngan sy itu.