Pages

Tuesday, October 5, 2010

Day 2: Interlaken & Jungfrau Region

Di Interlaken, kami menginap di Hostel Alplodge Backpackers. Despite harganya yg mahal (128CHF atau 96€ semalam utk 4 org), hostel ni buruk aje (imagine nilai yg sama dlm Ringgit Malaysia adalah mungkin rate hotel bertaraf 4-5 stars). But then this was the cheapest accomodation I could get thru online search and from the reviews, I already expected the worst from this hostel. Rate hotel di Swiss, even yg bertaraf 1-2 bintang adalah mahal mengikut budget kami so hostel terpaksa menjadi pilihan utama. My main concern masa choose this hostel, selain ´termurah´, private room yg sesuai utk kami 4 beranak, adalah security and none of the reviews said anything negative about the security aspect so biar la buruk dan tak berapa selesa pon, janji keselamatan terjamin sbb when you stay in hostel, byk isu2 keselamatan yg timbul.

sebiji mcm bilik asrama kan?

Nevertheless, despite the room looked so shabby and pathetic, in terms of cleanliness, sy berpuas hati. Part paling x best adalah shared toilet/bathroom tapi mujur la bilik kami dekat ngan bathroom dan mujur la bathroomnya sentiasa available bila kami nak guna dan sentiasa dibersihkan. Therefore I didn´t have much complain!

Dan sungguhpun suasana dlm bilik tidak menarik, bila kami bgn waktu pagi dan jenguk luar tingkap, tgk la apa view yg kami nampak...


Indah kan?

Siap breakfast di bilik ain & fatah dan setelah siap bekalan makanan for the day, kami pon mula keluar dr hostel dan memulakan trip kami sekitar Interlaken & Jungfrau region.

From my internet search, terlalu byk attractions yg ada sekitar Interlaken dan Jungfrau Region. Tapi since kami cuma ada 1 hari saja utk ronda2 area ini, maka kami harus membuat pilihan yg bijak. Mula2 kami pergi ke stesen keretapi dan dpt kan maklumat pelancongan. Sebabnya as much as I did my Internet research on the attractions in Interlaken and the vicinity, still info tentang tambang & bayaran utk aktiviti2 sightseeing tak berapa nak ada.

Pagi2 sy dah sibuk bergambar....ni sungai sebelah hostel kami

Jungfrau region dimana Interlaken terletak, terkenal dgn puncak Jungfraujoch, Schiltorn dan byk lagi. Ngan tasik2 yg cantik, banjaran Alps, subhanaallah...swiss memang menakjubkan! Indah sungguh alam ciptaan Allah s.w.t....


Jungfrau...

Mulanya kami bercadang nak naik cable car ke Schiltorn, sbb kami cuma tau rate train ticket to Jungfraujoch adalah 70€/person, which is mahal la! Tapi bila check the price...mak aii, utk 1 dewasa, tiket berharga 135CHF! Ohhh...mmg diluar budget :(. Then check tambang keretapi ke Lauterbrunnen, sebuah kampung yg terkenal dgn kecantikan alamnya dan juga point utk naik ke Jungfraujoch, pon sgt x berbaloi membayar 18€/person one way hanya utk train ride 10km. Lagipon kami travel ngan kereta, so might as well kami drive sendiri aje ke Lauterbrunnen.

Kos travelling & vacationing in Swiss adalah sgt mahal. Utk travelling around Swiss, yg paling menjimatkan adalah membeli Swiss Pass, sbb dgn pass ini, naik public transport seluruh Swiss, termasuk train dan boat adalah percuma. Tapi kalau nak travel utk 7 hari berbaloi la sbb Swiss Pass ini berharga 160€/person dan valid utk 7 hari.

Kembar @ port utk Lake Brienz cruise..
nak naik boat pon mahal juga...40€/person
utk cruise around lake Brienz selama 3 jam

Us...

Sudahnya kami pilih utk naik furnicular ke Harder Kulm. Harder Kulm ini satu lagi point perlancongan di Interlaken. Tiket asal berharga 25CHF/person tapi since kami ada tourist card provided by the hostel,maka kami cuma perlu membayar 5CHF/person! dan kanak2 bwh umur 6 thn adalah percuma.

Nabihah @ Festungbahn

Agak berbaloi juga naik furnicular dan berada di viewing platform Harder Kulm. This is how it is described about Harder Kulm (source from HERE)

The scenic summit offers some of the most spectacular views in the remarkable Jungfrau Region: A bird's-eye view of Interlaken and the area nesting between Lake Brienz and Lake Thun. The two emerald-green lakes, surrounded by Alpine peaks. And the crowning glory--an uninterrupted view of the awe-inspiring peaks of the Eiger, Mönch, and Jungfrau.

view dr dlm funicular

Cantik!!!!

Ada playground kat atas tu...so occupied la sikit sikembar tu

On the way turun...

2 jam kami berada di Harder Kulm, kemudian kami turun ke bwh dan balik ke hostel utk solat. Lepas solat, kami bergerak ke Lauterbrunnen yg terletak about 10km away from Interlaken dgn kereta.


Views on the way to Lauterbrunnen

View in the area is really magnificent! Mata x berkelip2 melihat keadaan sekeliling dan tangan asik nak snap kamera sana sini. Dan asik mengucapkan Subhanaallah berkali2...kalau alam dunia ni saja sudah secantik ini, bayangkan kecantikan syurga ciptaan Allah s.w.t! Sebab tu la kita disuruh berjalan di atas muka bumi dan lihat la kuasa ciptaan Allah s.w.t. Moga2 kita menjadi hamba yg lebih bersyukur kan....

Di Lauterbrunnen, kami cuma habiskan masa berjln di pekan kecilnya sambil menikmat pemandangan dan of course bergambar! Mujur la skrg kita hidup di zaman kamera digital, snap gambar sebyk mana pon x kisah. Cuba 20-10 thn lepas...sewaktu kamera digital belum berkembang pesat dan kebanyakan org masih menggunakan kamera film....hah! pengsan la nak beli bergulung2 filem!

Lauterbrunnen Village

Waterfall @ Lauterbrunnen

Selepas Lauternbrunnen, kami ke kawasan Lake Brienz. Lagi mata dijamu dgn pemandangan indah. Bila jumpa port sesuai utk park kereta di tepi tasik, kami pon berhenti dan lepak2 sambil snap2 gambar.

Lepak2 @ Lake Brienz

Ain & Fatah

Bila rasa dah cukup snap gambar, kami pulang semula ke Interlaken, pusing2 bandar Interlaken, kemudian balik hostel, makan dan rehat.

Me @ Interlaken town

Next episode: Schloss Neuschwainstein & perjalanan ke Salzburg, Austria

Thursday, September 30, 2010

Day 1: Strasbourg (France) - Interlaken (Swiss)

* 5/10/10: ini adalah attempt kali keberapa tah utk completekan entry ni...huhuhu

Kami memulakan perjalanan pd hari Selasa, 21/9/10. Plan asal nak gerak on Sunday, tapi disebabkan beberapa hal, maka hari selasa baru kami memulakan perjalanan. Agak terkejut masa Fattah dan Ain sampai, yg sepatutnya tiba ngan kereta sewa 6-seater Zafira seperti dirancang, tapi sebaliknya muncul ngan Transit 9-seater Ford! Fattah kata itu je kereta seantara dgn zafira yg boleh disediakan oleh syarikat sewa kereta dan rezeki kami apabila ia disewakan dgn harga yg sama dgn zafira yg kami dah booked. Sama mcm kes waktu trip kami di bulan Mac utk trip Luxemborg-Paris-Holland. Best la jugak kami dpt 9-seater van ni sbb byk space ada, tambah pulak kami mmg angkut byk benda. Kalau ngan Zafira, mmg agak sesak la nafas...hehehe

ini dia Transit itu...

peace moment bila sikembar ni tido...
kalau x soklan yg selalu ditanya "bila nak sampai?"
dan jutaan soalan yg lain juga!

yeay!!! dah nak sampai...

Perjalanan dr Raunheim ke Strasbourg memakan masa lebih kurang 2 jam setgh. Tapi bila dah sampai ke tempat parking yg kami dah check online, agak huru-hara, sbb masa nak masuk parking entrance, rasa mcm x lepas aje sbb van kami besar dan tinggi. Again, sama kes cam kat Paris dulu! So kami cuba cari parking lain yg sesuai utk aprk Transit ni. Tapi pusing punya pusing still x jumpa parking yg sesuai membuatkan kami patah balik ke tempat parking yg asal. Setelah diperiksa oleh Fattah, nampak gayanya boleh la nak park kat situ, sbb ada je van besar2 yg parking. Tapi nak masuk parking punya la kena berhati2 dan really time consuming. France ni, rasanya mmg begini...mana2 pon design bangunannya meant utk benda2 kecil ke? utk aprking aje kami dah buang masa dekat 1 jam. Cik HB kata mujur dia dah ada pengalaman parking kereta kat Paris dulu, so kurang sikit la stressnya...hehehe

Setelah berjaya parked van, kami pon mula venture dgn berjalan kaki Strasbourg city ni. Masa tu dah pukul 2 lebih kot. Byk sebenarnya attractions kat Strasbourg tapi disebabkan masa yg singkat, kami cuma sempat melawat beberapa tempat aje. Yg kami sampai Strasbourg Cathedral dan Le Petite France.

Depan butik Longchamp...nope, satu Longchamp pon sy takde lagi

@ Strasbourg cathedral

sesi memujuk nabilah...dia baru je jatuh tersembam diketika ini

Nabilah lagi...


La Petite France

Makan aiskrim....aiskrim nabilah tu tergolek
beberapa saat selepas gambar ni berjaya dirakam

kalau suka...boleh naik bot menyusuri sungai di strasbourg ni...
kami mmg x sempat la nak mencuba

me & ain

Sepatutnya nak juga pergi ke bangunan Parlimen European Union (EU) sbb Strasbourg terkenal sbg bandar pentadbiran EU tapi mmg x sempat la sbb kalau ikut plan asal kami nak singgah ke Colmar, satu lagi bandar peranginan terkenal France....ala, yg Colmar Tropicale, Bukit Tinggi kat Malaysia tu tiru design bandar Colmar ni la. Tapi since dah kul 5 ptg, jgn kata nak pegi Colmar, paling risau kami x sempat sampai Interlaken di Swiss on the scheduled time sbb perjalanan ke Interlaken memakan masa lebih kurang 4 jam perjalanan dr Strasbourg dan kami akan bermalam disana. So tak mau la sampai Interlaken lewat sgt.

di pertengahan jalan, berhenti isi perut
dgn bekal nasi lemak, yg dibawa dr rumah

Perjalanan menuju Interlaken adalah sgt smooth dan yg melegakan, bila kami masuk sempadan France-Swiss, dan bila diperiksa dgn pegawai sempadan, kami x perlu pon beli road tax Swiss sbb kereta sewa kami mmg dah ada pelekat valid Swiss road tax. Alhamdulilah, jimat juga 30€. Lebih kurang pukul 9.30 am, kami sampai Interlaken, tapi since dah mlm agak terkial2 juga mencari hostel yg kami dah booked walaupun Garmin dah indicated kami dah sampai ke tempat yg dituju. Sebabnya di situ ada byk hotel & hostel, so bila dah gelap susah juga nak cam.

Bila dah selamat check-in dan dpt bilik semua, kami anak-beranak semua terus kepengsanan!

Bersambung...next episode : Interlaken....

Wednesday, September 29, 2010

Afzan & Co. Visit


Sebelum nak bercerita pasal Kembara Eropah Siri kedua, sy nak cerita pasal kunjungan kwn sy, Afzan & family yg berkunjung ke Frankfurt pd Hari Raya ke-2.

Afzan ni junior memerangkap roommate sy masa kat sekolah dulu. Dulu masa sekolah, dia byk tau cerita2 personal sy..hehehe. Byk rahsia2 sy zaman sekolah, sy share ngan dia. Last sekali kami jumpa lebih kurang 6 thn lepas, masa kenduri kahwin kawan baik sy, Aida. Lepas tu dgr cerita dia kahwin dan sambung belajar kat UK. Thanks to FB, kami dpt contact balik dan update cerita masing2. Now Afzan tgh buat Phd dlm bidang child development kat Brighton, UK.

Beberapa bulan lepas, Afzan bgtau dia akan ada conference kat Heildelberg, Germany dan teringin nak jumpa sy sekali. Sy pon excited nak jumpa dia balik after all these years x penah berjumpa. Kesian Afzan, first day Raya dia dok sibuk ngan conference. Mujur la conference tu tamat on the second day Raya, so sempat la dia dtg rumah sy dan merasa mkn nasi impit, kuah kacang dan rendang.

Third day Raya, kami meronda Frankfurt. Mcm biasa, mesti la bawa ke Römers &Willy Brand Platz. Balik2 situ je la sy dok angkut org yg dtg melawat Frankfurt. Balik, walaupun kepenatan, tapi kami rancak lagi berborak sampai ke pukul 3pg. Sebabnya esok tu Afzan dah nak balik UK. Oh, rasanya mcm x puas aje sembang ngan Afzan. She´s so sweet, and ckp lembut , still like the one I used to know. Tak berubah pon!

us @ Römers

Kembar dgn Afzan´s two cute boys...Farish & Imran

Afzan, if u happen to read this, thanks for visiting me. I really had nice time meeting you and enjoy our chatting with all the broad issues.

I´m hoping dpt jumpa Afzan lagi...maybe kalau cik HB baik hati, boleh la kot bawa sy pi UK...kan bang kan? *wink*wink*

Tuesday, September 28, 2010

Kembara Eropah - Siri Kedua

Alhamdulilah, kami sekeluarga dah selamat sampai ke rumah setelah berkembara selama 7 hari di beberapa buah negara Eropah. Trip yg best walaupun on tight budget dan memenatkan sbb most of the time kami on the road. Tapi bermotifkan tujuan asalkan dpt menjejakkan kaki ke beberapa lokasi yg menjadi idaman hati setelah sekian lama, I don't have much to complain.

Trip ni agak ad-hoc sebenarnya. Cik HB kata masa bulan posa baru ni, right after lepas raya dan dia abis exam dan sebelum dia mula sibuk balik, dia nak bawa sy and anak2 pi jln2. Destinasi asal adalah Venice, Italy dan beberapa lokasi lain as pit stops since dia dah ke sana atas urusan kerja masa sy dlm pantang bersalinkan sikembar. So dia nak bg sy merasa sampai ke Venice.

Then masa Ain & Fatah dtg beraya kat rumah kami, dan tau pasal plan kami, diorg pon nak join. Setelah bincang dgn panjang lebar, kami tukar route perjalanan dan lokasi utk dilawati memandangkan trip ke Venice adalah tidak cost-effective dan tak boleh nak melawat byk tempat.

Akhirnya, setelah menimbangkan total kos dan masa, maka kami decide ambil route ini: Raunheim (rumah sy) - Strasbourg (France) - Colmar (France) - Interlaken (Swiss) - Schwangau (Germany) - Salzburg (Austria) - Prague (Czech Rep) - Wertheim (Germany) - Raunheim.

So nantikan cerita details sy tentang trip ini....right now let me unpack brg2 dan settlekan baju2 kotor :))

Sunday, September 19, 2010

Raya 2010

Yes..i know.

Raya dah berlalu lebih seminggu, nak dgr lagu raya pon dah x lalu dah. But hey, raya kan sebulan...so belum abis lagi expiry date nak bercerita pasal raya.

Sy x sempat nak buat entry raya lebih awal, selain ada tetamu (yg xde la ramai mana pon), sy xde mood jugak sebenarnya nak mem blog. Tapi memandangkan ni akan menjadi kenangan dimasa depan, mari kita buat report pasal raya 2010.

Compare ngan thn lepas, sy rasa raya thn ni kurang meriah sbb ramai kwn2 rapat xde kat bumi Jerman ni. Liza & Mat pulang beraya di kg halaman, student2 lain pon ramai yg balik, ada yg balik bercuti, ada yg dah balik for good.

Nevertheless, suasana raya masih jugak terasa bila pegi solat raya kat opis General Konsulat Malaysia Frankfurt. Lepas tu ada jamuan raya potluck. Then budak2 students dtg beraya kat Raunheim sementara nak tunggu majlis hari raya kat rumah En. Marzuki, pemangku General Konsulat. Former GC dah lama terbang ke New York utk tugas baru, penggantinya pulak belum sampai lagi.

solat raya @ pejabat konsulat

adik2 yg dtg beraya di rumah kami

Majlis hari raya @ En. Marzuki´s

Sy pon x masak apa sgt. Setakat buat rendang, kuih kacang, nasi impit & lemang segera. Itu pon buat secara gotong raya ngan kak liza dan Ain. Then ada la sikit2 kuih raya.


This is the last raya in Frankfurt. Insyaallah thn depan dpt la hendaknya meraikan hari raya dgn keluarga tercinta di Malaysia.

Dah x larat nak dgr lagu Dendang Perantau...huhuhu

Sunday, September 5, 2010

Dah Nak Raya ke?


Alamak....

Ada lagi 4 hari je lagi rupanya bulan Ramadhan ini. Jerman dijangka menyambut Aidilfitri on Khamis, 9th September 2010.

Aduss...dr segi persiapan mmg mcm x bersiap apa2...cuma alhamdulilah, baju2 raya dah selamat sampai, dikirim adik tersayang bermula dr July lagi. Sengaja suh dia hantar awal sbb nak guna kos pos yg murah aje tapi akan amik masa yg lama. So, lega bila dah sampai sebelum raya. Konon nak buat biskut raya sikit...xde la nak buat byk, just nak buat lagi 2 jenis aje. So far dah ada chocolate chip yg dibuat bersama anak2. Tapi yg 2 jenis tu pon x terbuat2.

Tahun ni raya insyaallah akan menerima tetamu dr Jülich dan UK - kwn2 yg merancang nak sambut raya bersama kami. Tapi so far sy masih belum decide juadah raya. Thn lepas agak meriah sbb buat sate, thn ni tak tau la tapi confirm la ada ketupat dan lemang...SEGERA la tapi ^_^.

Dari segi penghayatan ramadhan...alahai...azam nak baca Al-Quran byk2 tu xde la jadi sebyk mana....baru abis juzuk 2 aje...Ya Allah, ampunkan hamba mu ini yg leka dgn urusan dunia. Terawih pon boleh kira ngan jari berapa je buat. Mudah2an hati ni ditetapkan jugak membuat terawih utk mlm2 terakhir Ramadhan.

Kpd keluarga dan sahabat handai, kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga di Malaysia dan sahabat sekalian x kira dimana jua anda berada.

Gambar raya thn lepas....

Monday, August 30, 2010

Auf Wiedersehen

Rumah sy terasa sunyi skrg...si kecik Liya ngan mama & papa dia dah balik beraya kat Malaysia Sabtu lepas. Sebulan diorg dok kat rumah ni, bila takde mmg terasa la kesunyian. Nak2 pulak hari2 terhibur dgn keletah Liya yg mcm2 tu. Si kembar dah mula bertanya bila Liya nak balik sini balik...aik, baru 2 ari dah tanya...jenuh la nak jawab ari2 sampai sebulan nanti.

Aksi Liya & kakak2

Good thing is, rumah baru Mat & Liza sangat dekat ngan rumah kami, hanya seberang jln raya/rel keretapi. Dr tingkap dapur rumah sy dah boleh nampak balkon rumah baru diorg. So ari2 pon boleh pegi culik Liya :)).

Sabtu tu jugak, kawan kami, Iu & Arif sekeluarga yg sebelum ni duduk di Homburg, pulang ke tanahair for good. So sempat la kami jumpa diorg kat airport Frankfurt. Cuma x sempat nak borak panjang sbb diorg sampai pon kira dah last minute utk check-in then sempat la amik gambar sikit2 pastu dah kena boarding.

4 sekawan...

izzah yg monyok...sedih ke izzah nak tinggalkan deutschland?

us...

tchüss...jumpa lagi!

To Iu & Arif, selamat menjalani kehidupan baru di malaysia. Mudah2an kita jumpa lagi di bumi Malaysia.