Kat Malaysia kami masih belum memiliki rumah sendiri. Sepanjang 7 thn perkahwinan dah 4 biji rumah sewa kami duduk. Rumah pertama kat Desa View Towers, Taman Melawati KL - duduk 5 bulan aje sbb dpt rumah dekat ngan opis sy kat Desa Pandan. Dah pindah, baru cik HB ckp rumah tu berhantu sbb dia selalu kena kacau...alhamdulilah sy tak penah kena apa2 gangguan sepanjang dok situ.
Rumah kedua kat Desa Pandan. Dari segi keselesaan, mmg x berapa selesa sbb area padat penduduk bising siang malam, parking berebut, rumah pon kecik, cuma 750sqft tapi cukup la utk kami 4 beranak. Yg x kisahnya, depan rumah adalah opis sy, so masuk keje 8.30am, kul 8.25am keluar rumah pon xpe...hehehe. Facilities lengkap - bank, kedai makan, pejabat pos, groceries stores semua within walking distance. KLCC just 10 minutes away by car. Duduk kat situ dr Februari 2005 to January 2007.
Then cik HB dpt keje kat Melaka, kami pon pindah kesana. Duduk kat Taman Kenari Jaya, Durian Tunggal - rumah teres setingkat, 3 bilik tido yg sgt baru (kami first tenant) dgn sewa cuma RM300! Pada kami yg sebelum tu bayar RM700 utk rumah 750 sqft. terasa ianya sgt murah. Cuma agak jauh dr pusat bandar tapi since jln kat melaka tak jem, so x kisah la (skrg tak tau!). Menetap dr Februari 2007 hingga la Ogos 2008 then kami ke Germany.
Germany - rumah sewa skrg adalah jenis wohnung (apartment), selesa utk kami anak-beranak dgn 2 bilik tido. Cuma agak jauh dr uni cik HB dan kami terpaksa membayar dgn harga yg agak tinggi (tinggi bg kami yg berstatuskan student-with-family). Tapi so far financially, alhamdulilah, we managed to pay all the living expenses.
Sekarang, walaupun kami belum lagi menjejakkan kaki ke tanah air, potential rented house sudah ada. Thanks to Jalak Lenteng yg mengambil inisiatif memberikan maklumat pasal rumah ni. Rumah ni milik staff utem yg sedang cuti belajar di luar negara.
Prospek rumah ni sgt menarik - cuma 5 minit dr tempat keje cik HB, tgk gambar2 lagi tertarik, sewa pon murah compare dgn nilai rumah ini, cuma RM450. Rumah besar, struktur cantik, laman juga luas - seronok utk anak2 bermain. Seronok juga kalau mau buat BBQ.
besar kan?
Gambar2 adalah courtesy tuan rumah yg dihantar melalui e-mail
Tapi tuan rumah dah ckp awal2, maintenance byk. Sampah takde org amik, sbb kawasan kampung, so kena bawak sampah ke tong sampah besar berhampiran. Halaman yg luas tu kena maintain jgn bagi rumput/lalang naik dan juga maintain pokok2 keliling rumah (cantas, sapu daun gugur...whatever)
Sy suka rumah ni, sgt cantik dan menenangkan fikiran dgn pokok2 disekeling. Walaupun mungkin hanya sewa utk sementara sbb kami pon nak membeli rumah sendiri dan tak mungkin boleh disewa lama2 sbb tuan rumah pon bila dah habis belajar, mesti nak rumah dia balik. Tapi bila mengenangkan maintenances yg harus dibuat, sy tak confident. Lagipon kalau cik HB kena outstation, tak berani la jugak sy nak dok kat rumah ni ngan anak2 aje sbb jarak rumah ni ngan rumah yg lain cam jauh aje. Kot org pecah rumah ke....takut la jugak.
Makanya kami terpaksa lupakan rumah ni dan maybe looking for a small terrace house je la kot....


