Sy sedang berfikir tentang Mesir, tentang pergolakan yg berlaku disana, tentang nasib rakyat malaysia yg terkandas, tentang masa depan rakyat Mesir sendiri, yg secara umum adalah saudara seIslam. Menonton berita di BBC channel, semakin hari rasanya situasi semakin teruk disana.
Sy takde sedara mara atau rakan2 yg sy ketahui berada disana, cuma sy kenal seorg rakan blogger bernama Huessna yg sedang belajar di Mesir. Dah sebulan blognya tak diupdate, sy harap dia baik2 saja, and mudah2an dia dah selamat keluar dr Mesir. sy baca dr newspaper, kebanyakan rakyat mesir skrg hidup dlm kacau bilau, tak cukup supply makanan, duit dlm bank pon x boleh nak withdraw, rompakan berlaku sana sini, banduan pon terlepas dr penjara.
Aduhai Hosni Mubarak, kenapa la kamu tak undur diri saja? Kalau rakyat dah x suka kamu, takde maknanya kamu nak terus jadi pemimpin melainkan mahu jadi diktator saja. Tak cukup kah kamu kekayaan yg kamu ada sampai 120billon itu? Tak malu kah kamu mahu terus menerus menindas rakyat negara? Bersekongkol dgn US dan Israel dan terus meneruskan menyusahkan hidup rakyat palestin disebabkan kamu tak mau buka pintu masuk sempadan utk org lain menghantar bantuan kpd mereka?
Semoga rakyat Mesir dapat menuntut hak mereka.
Semoga Mesir mendapat pemimpin baru yg baik dan adil, yg menepati ciri2 khalifah Islam. Semoga takde lagi pertumpahan darah dlm pergolakan ini.
Semoga bumi Mesir kembali aman damai.
0 comments:
Post a Comment