Pages

Wednesday, December 28, 2011

Family Vacation

Haih, lamanya x update blog, sampai rasa mcm dah bersawang dah blog ni. I miss blogging actually, sbb bila bosan2 baca balik entry lama2, rasa seronok. But in my condition now, again kemalasan adalah sbb utama nape tak update blog. Setgh org bila preggy lagi excited nak blogging sbb bila blogging it´s like writing the pregnancy journal. Entry ni dah quite sometime jugak drafted, event ni pon dah berkurun berlangsung, mokcik baru terhegeh2 nak masuk dlm blog.

Awal Disember aritu, family cik HB buat percutian keluarga buat julung2 kalinya. Selalunya keluarga besar cik HB berkumpul beramai2 kat rumah mertua kat KB bila time raya atau apa2 majlis keluarga. So atas usaha abg2 & kakak2 ipar/biras, saja la nak buat percutian keluarga. Venue asal di PD tapi atas sbb2 tertentu, akhirnya venue bertukar kat Spanish Villa Home Resort kat Senawang, Seremban. Alhamdulilah, mek-ayoh, semua 10 anak2 dan pasangan masing2 & anak2 dpt berkumpul kecuali family arwah Abg Mi yg x dpt nak join sbb ada hal and 2 org anak abg ipar sulung (sorang student kat Ireland, sorang lagi keje). All together, dekat2 50 org jugak la berkumpul! Ramai kan?

Cantik dan best juga resort Spanish Villa ni. Kami takde apa2 aktiviti sgt, cuma sembang2 dan layan anak2 mandi-manda kat swimming pool. But it was still fun sbb kami spent quality time with each other, makan berjemaah, solat berjemaah. Kebanyakan urusan percutian ni diuruskan oleh Abg Wa & Kak Na and they did excellent works. Nice accommodation, nice BBQ dinner, kami x buang masa dgn memasak sbb all foods utk percutian 3 hari 2 mlm tu, semua catered aje.

View yg sgt indah @ Spanish Villa

Swimming pool cantik and well maintained...and buka 24 jam.
Cuma takde life-saver guards so adults kena sentiasa jaga anak2 yg mandi-mandi

BBQ!
Buffet style dinner
Ada salad, buah2
Spot the huge prawn...sama besar dgn small ikan kembung!

Kembar & makcik2 kembar. Makcik2 kembar adalah kembar seiras.

Sempat buat majlis harijadi utk Abg Wa, Zulaikha dan
makcik2 kembar, Che Da & Che Ja
3rd day of swimming pool session!
Pagi yg sgt berangin dan sejuk tp anak2 tetap gigih berendam!

Meet the family of Haji Ibrahim!
Setelah beberapa kali attempts nak menyusun semua org
dan pastikan all kids sit still,
akhirnya gambar keluarga ni berjaya dirakam!

Since event ni dikira berjaya juga, kami bercadang nak buat family vacation ni as a yearly event utk merapatkan hubungan kekeluargaan. But next time, kerja2 pengurusan percutian ni perlu la di bahagi2 antara ahli2 keluarga so that takde la teruk sgt compare kalau cuma seorg dua yg uruskan.

Thursday, November 24, 2011

Grad Sudah....

Sabtu lepas, tadika sikembar - Tadika Iman Taman Tasik Utama buat majlis penyampaian sijil utk pelajar2nya, beserta dgn persembahan. Rasa mcm baru aje kembar start belajar kat tadika since Jun lepas, tup2 dah sampai masa utk graduation. Apa pon sy sgt berterima kasih kpd guru2 kat tadika tu sbb walaupun dlm tempoh beberapa bulan sahaja kembar sempat belajar kat tadika tu, tp dah byk sgt benda2 yg sikembar picked up. Dr tak tahu membaca, dah boleh membaca - both bahasa melayu & english (Nabihah stillslow sikit tp Nabilah dah laju!). And tau buat simple maths utk pre-schoolers. Hafal byk doa yg ummi dia sendiri pon x hafal (mmm...malu tp terpaksa la ngaku), surah2 lazim, surah Yasin pon hafal about half, bacaan2 dlm solat dan byk lagi la. Pendek kata byk la ilmu yg diorg dpt since belajar kat tadika tu and with the approach yg tadika tu apply (all the books and materials), kita mak ayah pon senang nak ajar diorg kat rumah.



Masa kat Jerman dulu sy try juga nak ajar diorg all the basic things but with no teaching skills and inappropriate materials (and motivation too!), not much that I can deliver. Mengajar ni bukan perkara senang (at least for me la), so I really appreciate what the teachers of Tadika Iman have provided to my kids. But I realize, as a parent, I couldn´t rely everything to the teachers. Jadi mak, kita sendiri pon mesti mendidik anak2 kita. I am motivating myself towards educating them both ilmu dunia & akhirat. Fardu Ain la yg paling pentingnya.



About Tadika Iman, ianya adalah tadika islamic yg menitik beratkan pendidikan dunia & akhirat. Approach pendidikannya sgt menarik for me and sikembar seem to enjoy their time there.



Back to graduation day, kembar dah berminggu2 excited about it especially pasal persembahan. Hari2 balik, mesti dok hafal nasyid Iman Raihan ngan boria anak2 tadika Iman dan lagu tema Imam Muda. Sampai kami mak ayah pon sampai naik hafal lagu2 tu!






I agak emosi waktu ini - boleh menitik airmata tgk


sikembar terima sijil...dah besar anak2 ummi!







Moga anak2 ummi berjaya kehidupan dunia & akhirat


excited beratur nak naik pentas!



Terhibur hati tgk persembahan budak2 pra ni...comel2 belaka!

So now twins dah habis tadika, bercuti lebih kurang sebulan sebelum memulakan chapter baru - ZAMAN SEKOLAH!!!!

Kami pon dah kena serius, tak boleh sesuka hati mak bapak nak memontengkan anak2 sekolah, dan kena komited monitor pelajaran diorg. Nak bercuti pon kena ikut jadual cuti sekolah.

Dah terasa parenting is getting challenging.....

Friday, November 4, 2011

Pembawaan Budak? Or Mmg Pemalas?

Malas serba serbi!

I don't know why tp itu la perangai skrg. Nak kata x larat, takde la x larat bebeno tp mmg malas la nak buat apa2. Adakah ini pembawaan budak?

Sbb dulu masa pregnant sikembar, I don't remember being as lazy as now. Maybe dulu I was still working, so whether larat ke tak, I have to drag myself to work but I remember even lepas balik keje still I would cook and buat keje2 rumah.

This time, buat la jugak tapi kena memaksa diri. Masak as simple as possible. Sy rimas begini, sbb eventhough tak de la in nature rajin sgt, I am someone who likes to see things organised. So let's say ini pembawaan budak, boleh gitu?

About pregnancy, I did the glucose test and alhamdulilah at this stage, my sugar level is normal. But since diabetes runs in my family, doctor said I have to do the test once again in my 28th week just for monitoring purposes. Well, takpe la, air gula tu takde la teruk sgt rasa dia. Cuma nak tunggu 2 jam lepas minum tu yg malasnya.

Last week kami pi private clinic sbb nak buat scan. Kat klinik kesihatan hari tu dah scan but cik HB tak dpt nak tgk. Lagipon kot la boleh tgk gender baby dah. Actually about this, kami takde la beria nak tau sgt. By nature of course la kami harap ianya boy sbb dah ada 2 girls kan, tapi honestly boy ke girl tak kisah la. Rasa dah cukup comel dah tgk dia bergerak2 masa scanning tu. Yg penting dia lahir sihat dan sempurna.

I really wonder la macamana org sampai hati buang2 baby. Kita ni tak sabar2 nak tunggu baby lahir.

Thursday, October 20, 2011

Terlebih Sudah

Semalam gi antenatal check utk minggu ke-20. Skrg sy gi check-up kat Poliklinik Komuniti Durian Tunggal. Memula aritu check ngan satu klinik swasta ni. Tapi lepas kena admit kat Hospital Besar Melaka itu ari, sy dinasihatkan buat buku merah kat klinik kesihatan berhampiran. Ingatkan just nak buat buku merah pastu sambung check-up kat swasta. Bukan apa, pengalaman check-up masa pregnant twins dulu kat HKL, aduhai.....menyeksa jiwa dan raga sbb masa menunggu yg lama, nurses yg x friendly dan kena ikut tarikh dan masa yg dah ditetapkan.

Tapi lepas pergi first time bulan lepas, not bad gak la Poliklinik Komuniti Durian Tunggal ni. Dari segi rupa, dah la baru dan cantik, lepas tu the system is very organised. So tunggu turn pon x lama. Nurses and doctor dia sgt la baik, sgt la lemah-lembut, cam x caya jer kita gi klinik kerajaan. Dah la yg entertained sy masa tu satu nurse muda yg sarat mengandung, tapi cool je dia layan kita. Ngan ckp lembut, byk senyum, I really comfortable la at that time.

Lagi pulak, doktor utk klinik ibu mengandung semuanya perempuan Islam so x risau dah pasal aurat. Aritu gi klinik swasta pon sbb isu aurat juga. Kali ni insyaallah nak cuba jaga aurat masa check-up dan bersalin, tu yg kali ni mungkin akan bersalin kat private hospital sbb nak dapatkan gynae perempuan. Masa twins dulu, malu toksah nak ckp la bila ntah berapa ramai doktor lelaki yg ngadap kita, campur ngan ntah bape ramai lagi doktor2 pelatih yg dtg tgk. Tapi masa tu nak buat cemana, pengalaman pon takde campur ngan financially pon tak stable so kita harung jugak la.

Ckp pasal check-up, bp ok, urine ok tapi weight gain melampau sudah. Naik 5kg ko dlm masa sebulan! Adoiii...mentang2 dah boleh makan ni, makan byk sgt la pulak sampai berat naik melampau. Nurse ckp kena jaga makan camni and Isnin ni pulak kena buat test minum air gula utk check diabetes. Ala, dreadnya nak minum air gula tu sbb dgr citer air gula tu tersangat manis dan boleh buat rasa nak muntah. Masa twins dulu sy skipped test tu dan somehow nurse x bising pulak. This time x berani nak skip sbb umur pon dah bertambah, pulak tu mmg ada keturunan kencing manis. So suka tak suka, kena buat juga.

Harap2 mmg takde diabetes la.....

Wednesday, October 5, 2011

Planetarium Negara

Ni citer ntah bape minggu lepas. Dah lama sy draft entry tapi asik x complete. Sy mmg tak rajin skrg nak update blog, x mcm masa kat Germany. Maybe sbb dulu sy dok kat tempat org, and fikir betapa ruginya tak catatkan pengalaman hidup dtempat org. Balik Malaysia, life is a routine, not much to jot about walaupun sebenarnya tau whether it's interesting or not is up to you how you deliver the story.

Back to this entry, kami ke KL masa ni. Sy teringin nak makan steamboat, kat Melaka pulak x byk choice nak makan steamboat yg menepati citarasa. Cik HB lak kata alang2 nak makan steamboat, dia nak makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa sbb dah lama x makan kat situ. Well, sy x kisah mana2 pon, janji steamboat. Lagipon kami ke KL sbb nak melawat rumah baru adik cik HB yg baru pindah kat Jalan Klang Lama. On the way kami ke Titiwangsa, singgah la sekejap kat Planetarium Negara yg terletak kat Taman Tasik Perdana. Sy ngan cik HB penah dating kat sini dulu zaman2 belajar kat Uniten tapi that was years ago, so dah x bape ingat how Planetarium Negara ni sebenarnya.

Planetarium ni x la besar la exhibition area dia but ok la since ianya percuma utk kanak2 dan dewasa cuma perlu bayar RM1. Kami pulak opted nak tgk 3D show dia, so kami cuma perlu bayar tiket show aje, which RM3 for adult, and RM2 for kid.

So altogether, kami habiskan masa 1 jam dlm Planetarium ni, setgh jam berlegar tgk pameran, dan lagi stgh jam tgk show Solar Storm. Twins sgt suka with this kind of outing. Sy, as long as ada aircond, I'm all fine!

Twins and patung astronut

ala, nampak selipar pink la pulak

me @ 16 weeks pregnant. Org kata my perut nampak
besar compare dgn usia pregnancy.

Layan la kabin tidur dlm Soyuz

Tunggu show Solar Storm start

Then kami gerak ke Taman Tasik Titiwangsa utk dinner steamboat kat Restoran Nelayan. However, kami agak kecewa dgn makanan kat Restoran Nelayan. It wasn't as good as I remembered before. Selection steamboat x byk, ketam pon x fresh. Twins langsung x mo mkn apa2. And being me pregnant, dan asik kepanasan, having steamboat pot dgn api gas mmg sungguh tak menyelesakan. Kami spent 1 jam aje kat situ, x amik gambar pon. Then gerak gi rumah adik cik HB kat Jln Klang Lama.

Rasa next time nak try steamboat kat Flaming Sunway la pulak.

Monday, October 3, 2011

Setelah Berbulan-bulan.....

Lama kan blog ni menyepi? Last entry konon2 nak memeriahkan blog ni semula selepas sibuk urusan pindah rumah dan urusan2 lain yg penting, tup2 makin sunyi pulak blog ni jadinya.

Alkisahnya, bermula awal Julai onwards hingga la baru2 ni sy diuji dgn keadaan kesihatan yg sgt2 terganggu. Good news is, sy tidak sihat disebabkan bakal menerima kedatangan org baru, makanya walaupun tak sihat sampai kena masuk hospital, still sy gembira sbb hasrat kami nak menambahkan bilangan ahli keluarga insyaallah termakbul. So biar la mabuk sampai stage hyperesis gravidarum dan kena on IV drip, sy redha dgn doa mudah2an baby lahir sihat walafiat dan sempurna sifat hendaknya. Lagipun ini bukan pengalaman pertama kali, masa pregnant with twins, pon mabuk cam gini jugak cuma sbb itu pengalaman 6 thn lepas, so mcm ingat2 lupa cemana the whole experience.

Ada masa rasa mcm tak tabah juga bila muntah around the clock, sampai minum air kosong pon boleh keluar balik. Masa pregnant minggu ke-7, the night before sy decided nak pi hospital, I vomited dr pukul 3 am sampai 7 am. Dah la bukan ada makanan pon dlm perut, yg keluar lendir hijau, yg menunjukkan badan sudah dehydrated. So pagi2 tu sy ckp kat cik HB, hantar je la saya masuk hospital sbb sy betul2 dah lembik dan tau solutionnya hanya la put me on drip berdasarkan pengalaman masa mabuk mengandungkan sikembar dulu.

The day masuk hospital pulak, ada sikit bleeding so sy bgtau doktor. Risau la jugak chances of miscarriage sbb sy dah pernah keguguran sebelum ni. So doktor pon monitored my condition closely, bg ubat kuatkan rahim, ubat tahan muntah selain dr put me on drip. Suka tak suka, 4 hari juga la menginap kat hospital, sbb level ketone dlm air kencing tinggi so kena tunggu sampai ianya normal. Bosan teramat dok kat hospital tapi badan rasa sihat walafiat dan makanan hospital yg tak berapa sedap tu boleh pulak makan sampai habis!

But then, bila keluar hospital, lembik balik. Makan apa pon muntah tapi disebabkan sy tak mo masuk hopsital kembali, sy paksa diri minum air banyak2 dan cuba makan juga. Muntah pon takpe janji perut x kosong. Bulan puasa malangnya x dpt nak berpuasa disebabkan asik muntah. Nak buat cemana, jawabnya kena bayar fidiah dan ganti je la puasa yg ditinggalkan.

Bulan puasa dan raya tahun ni mmg agak menyedihkan. Makan-minum cik HB dan anak2 sgt la terabai. Cik HB yg mmg takde skill memasak (dia cuba gak masak, tapi ended up dia sendiri yg x selera nak makan), terpaksa membeli samada kat kedai makan atau bazaar Ramadan tapi malangnya bazaar Ramadan kat area rumah kami tak best. Selalu sgt makanan yg dibeli ntah apa2 rasanya. Persediaan raya lagi la sadis, apa pon x shopping. Mujur mak sy uruskan baju kurung sikembar dan baju2 lain sy sempat shopping masa J-Card sale sebelum sakit.

Kehidupan sosial mmg out. Sy masa tgh sakit langsung tak berdunia ngan org baik in reality or online world. FB and blog langsung tak dilayan. Nak keluar rumah pon x sanggup. Masa raya pon x kemana kecuali rumah adik beradik.

Skrg pregnant@17 weeks, things getting better. Sy hanya muntah sekali sekali, pagi terutamanya. Tp selera makan dah ok, dah makan sgt byk ok! Hari tu merasa la sekejap berat badan turun sampai 8kg tapi la ni rasanya dah naik lebih 8kg kot :). Cuma rasa mual dan air liur berlebihan still ada, dan cepat penat. Tp yg penting dah boleh la memasak (aritu masuk dapur pon x lalu!), dan buat keje rumah sikit2.

Skrg tengah happy browsing barang2 baby. Rasanya byk jugak brg2 baby yg nak kena dibeli memandangkan brg2 baby masa zaman sikembar, kami dah bagi2 kat org sebelum ke Germany dulu.

Sunday, July 3, 2011

Cecite

Gosh!! Dah dekat sebulan tidak post entry. Mcm2 alasan kenapa tak update2 blog. Padahal, ada few drafted entries, yg tak tau bila nak selesaikan. Dan tak tau akan dipublishkan ke tak sbb cerita2 tu dah umpama sejarah pulak.

Good news is, skrg sudah boleh mem 'blogging' dgn lebih selesa.

Sudah ada STREAMYX, hooray!!!!

Sudah melalui proses2 dan urusan2 penting berkaitan kerjaya dimasa depan. Hmmm.....tapi outcome belum tau lagi macamana. Doa2kan ye!

Skrg mau update features blog ni, mcm2 benda nak kena upgrade, rupa paras, masukkan balik chatbox, blog list yg tah mana menghilang. Lama dah tak blog hopping. Tak tau sgt cerita rakan2 blog yg selalu dikunjungi dulu.

Mari mencari template yg menarik dulu!