Haih, lamanya x update blog, sampai rasa mcm dah bersawang dah blog ni. I miss blogging actually, sbb bila bosan2 baca balik entry lama2, rasa seronok. But in my condition now, again kemalasan adalah sbb utama nape tak update blog. Setgh org bila preggy lagi excited nak blogging sbb bila blogging it´s like writing the pregnancy journal. Entry ni dah quite sometime jugak drafted, event ni pon dah berkurun berlangsung, mokcik baru terhegeh2 nak masuk dlm blog.
Awal Disember aritu, family cik HB buat percutian keluarga buat julung2 kalinya. Selalunya keluarga besar cik HB berkumpul beramai2 kat rumah mertua kat KB bila time raya atau apa2 majlis keluarga. So atas usaha abg2 & kakak2 ipar/biras, saja la nak buat percutian keluarga. Venue asal di PD tapi atas sbb2 tertentu, akhirnya venue bertukar kat Spanish Villa Home Resort kat Senawang, Seremban. Alhamdulilah, mek-ayoh, semua 10 anak2 dan pasangan masing2 & anak2 dpt berkumpul kecuali family arwah Abg Mi yg x dpt nak join sbb ada hal and 2 org anak abg ipar sulung (sorang student kat Ireland, sorang lagi keje). All together, dekat2 50 org jugak la berkumpul! Ramai kan?
Cantik dan best juga resort Spanish Villa ni. Kami takde apa2 aktiviti sgt, cuma sembang2 dan layan anak2 mandi-manda kat swimming pool. But it was still fun sbb kami spent quality time with each other, makan berjemaah, solat berjemaah. Kebanyakan urusan percutian ni diuruskan oleh Abg Wa & Kak Na and they did excellent works. Nice accommodation, nice BBQ dinner, kami x buang masa dgn memasak sbb all foods utk percutian 3 hari 2 mlm tu, semua catered aje.
View yg sgt indah @ Spanish Villa
Swimming pool cantik and well maintained...and buka 24 jam.
Cuma takde life-saver guards so adults kena sentiasa jaga anak2 yg mandi-mandi
BBQ!
Buffet style dinner
Spot the huge prawn...sama besar dgn small ikan kembung!
Meet the family of Haji Ibrahim!
Setelah beberapa kali attempts nak menyusun semua org
dan pastikan all kids sit still,
akhirnya gambar keluarga ni berjaya dirakam!
Since event ni dikira berjaya juga, kami bercadang nak buat family vacation ni as a yearly event utk merapatkan hubungan kekeluargaan. But next time, kerja2 pengurusan percutian ni perlu la di bahagi2 antara ahli2 keluarga so that takde la teruk sgt compare kalau cuma seorg dua yg uruskan.
0 comments:
Post a Comment