Pages

Wednesday, June 20, 2012

Komitmen Susu Ibu

Couple of weeks ago, sy dilanda krisis stok susu. Stok susu insyirah rosak dek kerana pintu freezer x ditutup rapat dan kami pulak berkelana ke Penang masa tu. Masa balik rumah, sy terus ke tempat keje, cik HB lak EL so dia decided nak jaga anak2 kat rumah ari tu. Kul 10am, sy call umah tanya khabar, cik HB kabo kata susu dlm freezer semua dah cair, bila panaskan bau pon masam. So dia bg la Insyirah susu formula Friso yg dpt free (tapi dah buka and guna sikit masa pantang) masa bersalin ari tu.

Nak pengsan i dengar ok!!!

Satu, sbb susu dah rosak, ada 15 botol 4 oz setiap satu. Sedihnya tak terkata sbb mmg struggle nak mengumpulkan stok susu. 

Dua, susu formula once dah bukak, tahan utk sebulan aje. Lepas sebulan consider dah expired. Tapi my mistake gak la, sbb x buang susu tu awal2. Cik HB pon satu, x call inform pasal kejadian and tanya apa yg patut dibuat. Aleh2 bg je Insyirah minum susu tu. Aduhai....

So sy pon berkejar la pi cari susu formula memandangkan x leh nak bercuti sesuka hati. Ingat nak beli Friso sbb Insyirah penah minum Friso sekejap masa dlm pantang sbb masa tu sy tgh kritikal puting luka. Kedai kat rumah kami x byk pilihan, Friso takde so beli je Similac LF.

Masa hantar susu balik, Insyirah lak tgh tido. X leh la nak BF kan dia. Then kat opis, call cik HB tanya cemana Insyirah, cik HB kata insyirah mula2 mengamuk x mo minum susu Similac, tp agaknya dah lapar sgt minum la jugak. Alahai, kesiannya dgr...mesti dia rasa susu Similac tu x sedap. Tak best kalau dibandingkan ngan susu umi dia yg penuh khasiat kannn.....

The next day lak, makcik dia a.k.a adik sy dtg jaga Insyirah sbb babysitter dia mintak cuti half day. So half day je la Insyirah minum susu formula, separuh hari lagi sy angkut Insyirah dtg opis sbb makcik babysitter tersangkut kat klinik and adik sy lak nak masuk keje shift petang. Mujur la Insyirah sgt baik hari tu, lepas BF terus tido sampai abis time keje. Syukur alhamdulilah.

Esoknya hantar Insyirah kat makcik babysitter mcm biasa dgn bekalan susu ibu yg sempat dikumpul dlm masa 2 hari. Basically Insyirah hanya minum 4 kali gitu kot susu formula tapi hari ke-3 lepas dia minum susu formula, dia berak ngan poo hijau gelap dan keras. 

Rasa sgt bersalah!!!! 

Skrg ni mmg struggle la mengumpul stok susu. Stok susu adalah umpama kais pagi mkn pagi kais ptg mkn petang sbb kalau missing 1 pumping session, risaunya la susu x cukup. Kalau hari2 yg sibuk, I'm willing to skip lunch sbb nak pump susu and bgn mlm2 jugak nak perah susu. Dan struggle mkn mcm2 nak banyakkan susu.

Mudah2an ada la rezeki Insyirah ngan susu ibu sampai 2 thn. Aminnn....


Friday, June 15, 2012

Mutiara Kata

6 langkah utk khusyuk dalam solat 1. Faham 2. fokus, 3. membesarkan Allah, 4. kagum dan takut pada Allah, 5. harap pada Allah, 6. merasa malu dan hina pada Allah. Ustaz Pahrol- ikim.fm dari kitab imam ghazali . Berapa orang dari kita mementingkan yg paling penting dalam hidup kita. Jika kita ucap saja bacaan solat tanpa tahu makna ibarat burung kakak tua.


Kalau kita timbul niat utk menjadi baik itu benda yg amat mahal kerana ia jemputan dari Allah- ahli sufi


Tidak ada satu detik berlalu melainkan Alah mendidik kita. Hati akan membuatkan kita melihat didikan dari Allah. Celik mata hati dan lihat yg tersirat


Ikut ahli psikologi, bila ada kesusahan 1. kita harus cerita pada orang yang kita cintai dan percayai. 2. Kalau tidak ada orang itu kita tulis atas kertas, 3.cerita pada binatang kesayangan. Kalaulah cerita pada makhluk Allah kita tenang apa lagi kalau kita merayu pada Allah pencipta kita. Allah tidak pernah bosan mendengar masaalah kita tidak seperti manusia. Yakin pada kasih Allah. Jika kita sibuk dengan manusia, kita tidak sibuk dgn Allah. Maka kita harus sibukkan diri dengan Allah supaya kita tidak sibuk dengan manusia. Solat satu kerehatan yg mendekatkan kita dengan Allah. Jika solat tak dijaga jangan hairan kalau hidup penuh masaalah


Orang mukmin ialah mereka yang orang lain selamat dari lidah mereka. Jom jaga apa kita taip difacebook dan blog. Jgn sia siakan jari jemari pada perkara yg mungkar


Berapa ramai manusia yg bermasaalah kerana mempunyai sikap mereka menjadi mangsa kehidupan. Ini dapat dilihat dari bahasa yang digunakan. Bahasa mereka ialah" saya kena, memang dah nasib saya, kenapa saya. Jika mereka ubah kepada " apa saya boleh belajar dari peristiwa ini, apa saya boleh beri manafaat, Allah menguji saya melalui mungkin suami, anak dan orang yg negatif. Jika kita pasang niat utk bertambah baik dan dapat pahala kita akan jadi sgt bahagia dan cerdik mengambil suasana untuk kebaikan dan kebahagiaan kita


Lagi kita cari penghargaan manusia lagi tidak dapat penghargaan. Bebaskan diri dari penghargaan manusia punca ketenangan jiwa

Thursday, June 14, 2012

Masa

Haih, rindu nak blogging. Byk citer nak masukkan dlm blog tp takde masa. Blogging ni bukan apa, just simpan utk kenangan di masa depan. Nanti bila anak2 tgk gambar2 lama diorg pon seronok. Like kisah2 kami masa dok kat Jerman, masa anak2 membesar, blog la tempat nak simpan semua kenangan ni. Skrg ni zaman digital, amik2 gambar simpan dlm pc, kot pc crash, hilang abis gambar2. I thought nak blogging while in the office (lunch time ke) tp asik x ingat nak bawa camera nak upload gambar. Balik rumah mmg x amik tau la nak upload gambar ke, nak check FB, apalagi nak blogging. Masa adalah lebih penting utk masak, basuh, sidai & lipat kain, layan suami & anak2 dan cuba mengaji at least satu muka sehari. 

Cuti sekolah baru ni kami bawa anak2 ke Kidzania, then buat trip ke Penang jumpa kwn2 masa dok kat Jerman dulu. Mat, liza & liya pon ada balik and kami sempat la jln2 di Penang sekejap. All those, I wish to record but I don't know when.

Kena lebih effiencient camni...

Monday, May 14, 2012

Kelam Kelibut

Dah dekat 2 minggu dah sy jadi ibu yg bekerjaya semula. Rasa mcm best dpt bekerja semula, nak2 dlm bidang yg sama sebelum resign dulu, so rasa x susah la sgt nak adapt. Opis & site pon x jauh, bos ok, just client je byk songeh sikit but i think so far manageable.

Cuma urusan rumahtangga n anak2 yg rasanya huru-hara sikit. Insyirah, patutnya dijaga dek satu makcik ni, tup2 lepas 5 ari makcik ni ckp dia nak kena jaga anak dia baru bersalin kat Bahau. Tapi disebabkan dia nak jugak jaga Insyirah lepas dia balik dr Bahau, maka dia sanggup carikan org yg nak jaga Insyirah utk sementara. Haish, panas gak hati mula2 sbb kalau tau dia nak gi jaga anak dia, baik cari org lain tp since kami pon xde calon lain, terima aje la. Nak anta kat nursery mcm x sanggup jugak, sbb mcm2 cerita x best dgr pasal nursery. So far kakak yg jaga Insyirah utk sementara tu ok la jugak walaupun cara dia x ngam ngan kita. Nak kena pesan mcm2 la, contoh: dia nak bg air masak kat Insyirah tp nasib baik dia tanya dulu. Insyirah kan menyusu badan sepenuhnya so x perlu dah nak bg air masak or apa2 yg lain. Dia mcm x happy la bila sy kata x payah bg air masak tp sy buat x tau aje.

Sikembar lak lepas sekolah dok kat daycare. The first week tu happy la sbb ada ramai kwn2 walaupun budak2 kecik preschoolers. Diorg je budak sekolah yg transit kat situ. Masuk minggu kedua Nabilah dah x happy sbb dia kata asik kena paksa tido aje. Lagi satu x leh tgk TV. Maklum la dok rumah time sy pregnant itu ari, mmg balik sekolah diorg tgk TV9 yg ada mcm2 kartun tu. Kat daycare mana la ada TV. Skrg bila jemput diorg balik dr sekolah tengahari terpaksa la deal ngan Nabilah yg suka merengek2 tu. Nabihah as always pasrah aje ngan keadaan!

Keje2 rumah takat buat masa yg sempat je la. Petang, lepas jemput Insyirah, balik rumah dia melekap ngan kita dulu menyusu. Kalau dia kenyang or nak tido, boleh la pass dia kat abah dia. Kadang2 ngan abah pon x kena jugak. Tu yg  terkejar2 nak masak, sambil campak baju dlm mesin, sambil layan kerenah sikembar tu nak itu ini, mana nak tgk keje sekolah diorg lagi. Kul 9 - 9.30 mlm Insyirah dah ajak baring, so sambil nyusu dia tu sy mmg terlelap la. Bagusnya Insyirah dah x berjaga malam dah, nak bgn menyusu pon jarang2. So since dah tido awal n tido x terganggu, I manage to wake up at 5 am, masa tu la nak pam susu, pack baju Insyirah n kembar, iron baju, mandi, solat & buat breakfast simple. Tapi kalau Insyirah bangun awal, mmg x sempat nak buat apa dah.

Sebenarnya sgt la sakit mata tgk keadaan rumah x bersapu, lantai melekit2, kain byk x lipat. Tapi dah nak keje sgt, kena la tahan je mata. Rasa mcm nak cari org yg dtg rumah time weekend bersihkan rumah tapi weekend pon sibuk gak kesana sini.

Adoyai, makanya camni la...hanya mampu luahkan perasaan kat blog...huhuhu

Monday, May 7, 2012

Mutiara Kata

This is from Prof. Dr.Muhaya's FB. Utk dijadikan ingatan sepanjang masa:

Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dgn isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu utk didik isteri. Suami yg biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hanta suami keneraka dgn kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dgn Allah dan suami dan mula keluh kes...ah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaj. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini. Maafkan semua kesilapan keluarga dan hentikan sifat mengungkit masa lalu. Orang yang suka memaafkan akan bahagia dan membahagiakan

Thursday, April 26, 2012

Breastfeeding Challenges

It's been 46 days since delivery. Dah habis pantang - hooray!!! (tapi sebenarnya lepas mak balik kg lepas sebulan sy bersalin, mcm dah x pantang sgt pon...huhuhu). Tapi tinggal lagi beberapa hari je life as full time house sebelum start bekerja next week. 

Start pregnant with Insyirah, sy dah nekad this time around I'm going to breastfeed baby exclusively at least sampai 6 bulan. Masa kembar dulu sy x breastfeed exclusively dek kerana tidak bersedia dan tidak berilmu sgt tentang breastfeeding exclusively utk ibu2 bekerja. Takde role model pon masa tu sbb as far as I know masa tu takde sorang pon my officemates yg pam susu kat opis. Tapi alhamdulilah, sy berjaya juga breastfeed sikembar sampai umur diorg 2 thn dan perah susu (pakai tgn aje!) kat opis bila ada masa or sbb engorgement. 

Skrg ramai kwn2 sy working mothers berjaya breastfeed anak2 diorg exclusively dan byk exposure kat mana2 menggalakkan penyusuan eksklusif. FB, blogs, TV, mcm2 la, so it triggers more mothers to do exclusive breastfeeding termasuk la sy :).

To me breastfeeding is always challenging eventhough this is my 2nd time. The first few days lepas Insyirah lahir, susu tak berapa byk , dia pon x pandai menyusu sgt, so asik x latching properly menyebabkan puting sy merekah teruk. Dah la dia menyusu lama, like 45 min - 1 jam gitu, so my back sakit sgt2 walaupun rasanya dah duduk properly. Ikutkan cabaran2 tu mmg rasa nak give-up bg susu formula aje, but I keep chanting dlm kepala otak - breastfeed is the best for the baby - byk pahala Allah s.w.t berikan utk ibu2 yg menyusukan anak2 mereka, so sy kuatkan semangat and tahan sakit. Dan susu ibu terbukti sgt baik sbb on the 3rd day Insyirah lahir, dia ada jaundis yg agak tinggi levelnya. Masa kat hospital Insyirah byk minum formula sbb sy x larat nak menyusukan dia. So doktor suruh sy bg as much as possible susu badan to Insyirah. Next day, check darah balik, level jaundis Insyirah dah normal! 

Alhamdulilah.

3rd week in confinement, sy dpt job offer yg sgt menarik. Tak amik, mcm sayang, sbb kerja tu kat Durian Tunggal ni je and comes with good salary and vehicle. Mmg la seronok jadi surirumah for the last 3 1/2 years but extra income is always welcome coz selain meringankan beban financial cik HB, boleh la hulur2 kat parents and adik bongsu yg tgh belajar.

But the thing is, I keep asking myself - boleh berjaya ke azam nak breastfeed exclusively ni?

So far, sy dah berjaya simpan sikit susu perah. Ada 14 botol dgn susu 4oz setiap satu, so harap2 cukup la for the beginning. I'm afraid bila dah keje nanti tak sempat nak perah susu byk2 sbb tak tau lagi nature keje ni macamana. At the moment sy guna pam Spectra single pumping yg sy pinjam dr adik sy and I'm aiming to buy Medela Freestyle a.s.a.p sbb rata2 kwn2 rekomen yg itu kalau nak production yg byk dlm masa yg singkat.



Hopefully I'm going to make it - demi Insyirah!

And here is an interesting & motivating breastfeeding montage - thanks to a friend who posted it in FB.




YAKIN BOLEH!!!!




Wednesday, April 11, 2012

Insyirah Solehah



Anak dara sy ni dah genap sebulan :). Ragamnya boleh tahan. Berjaga mlm2, kul 6 am baru nak tido...maknya dah jadi zombie dah...huhuhu. Siang tido punya la nyenyak. Masa opah ada kat sini, ummi boleh la tido sekali ngan Insyirah waktu siang. Ni opah dah balik kampung, kalau ummi tido siang2 cam Insyirah, alamatnya kakak2 kembar x mkn. 

2/5 nanti insyaallah ummi akan kembali bekerja. Kot gini la mlm2 berjaga, aduhai...cemana la ek? Nak kerja ni pon preparation x buat lagi. Stok susu perah sikit je ada, babysitter Insyirah pon x cari lagi. 

Betul ke nak kembali bekerja ni???