Couple of weeks ago, sy dilanda krisis stok susu. Stok susu insyirah rosak dek kerana pintu freezer x ditutup rapat dan kami pulak berkelana ke Penang masa tu. Masa balik rumah, sy terus ke tempat keje, cik HB lak EL so dia decided nak jaga anak2 kat rumah ari tu. Kul 10am, sy call umah tanya khabar, cik HB kabo kata susu dlm freezer semua dah cair, bila panaskan bau pon masam. So dia bg la Insyirah susu formula Friso yg dpt free (tapi dah buka and guna sikit masa pantang) masa bersalin ari tu.
Nak pengsan i dengar ok!!!
Satu, sbb susu dah rosak, ada 15 botol 4 oz setiap satu. Sedihnya tak terkata sbb mmg struggle nak mengumpulkan stok susu.
Dua, susu formula once dah bukak, tahan utk sebulan aje. Lepas sebulan consider dah expired. Tapi my mistake gak la, sbb x buang susu tu awal2. Cik HB pon satu, x call inform pasal kejadian and tanya apa yg patut dibuat. Aleh2 bg je Insyirah minum susu tu. Aduhai....
So sy pon berkejar la pi cari susu formula memandangkan x leh nak bercuti sesuka hati. Ingat nak beli Friso sbb Insyirah penah minum Friso sekejap masa dlm pantang sbb masa tu sy tgh kritikal puting luka. Kedai kat rumah kami x byk pilihan, Friso takde so beli je Similac LF.
Masa hantar susu balik, Insyirah lak tgh tido. X leh la nak BF kan dia. Then kat opis, call cik HB tanya cemana Insyirah, cik HB kata insyirah mula2 mengamuk x mo minum susu Similac, tp agaknya dah lapar sgt minum la jugak. Alahai, kesiannya dgr...mesti dia rasa susu Similac tu x sedap. Tak best kalau dibandingkan ngan susu umi dia yg penuh khasiat kannn.....
The next day lak, makcik dia a.k.a adik sy dtg jaga Insyirah sbb babysitter dia mintak cuti half day. So half day je la Insyirah minum susu formula, separuh hari lagi sy angkut Insyirah dtg opis sbb makcik babysitter tersangkut kat klinik and adik sy lak nak masuk keje shift petang. Mujur la Insyirah sgt baik hari tu, lepas BF terus tido sampai abis time keje. Syukur alhamdulilah.
Esoknya hantar Insyirah kat makcik babysitter mcm biasa dgn bekalan susu ibu yg sempat dikumpul dlm masa 2 hari. Basically Insyirah hanya minum 4 kali gitu kot susu formula tapi hari ke-3 lepas dia minum susu formula, dia berak ngan poo hijau gelap dan keras.
Rasa sgt bersalah!!!!
Skrg ni mmg struggle la mengumpul stok susu. Stok susu adalah umpama kais pagi mkn pagi kais ptg mkn petang sbb kalau missing 1 pumping session, risaunya la susu x cukup. Kalau hari2 yg sibuk, I'm willing to skip lunch sbb nak pump susu and bgn mlm2 jugak nak perah susu. Dan struggle mkn mcm2 nak banyakkan susu.
Mudah2an ada la rezeki Insyirah ngan susu ibu sampai 2 thn. Aminnn....
0 comments:
Post a Comment