Pages

Wednesday, September 26, 2012

Landscape

Rumah baru nanti, kami ada sedikit laman. Xde la besar mana... tapi boleh la kalau berangan nak buat pergola ke, nak buat landscape ke, garden herbs ke...

Garden herbs mmg impian dr dulu. Maybe yg mampu nak ditanam nanti cuma daun pandan, daun kari, serai tapi setelah tgk blog Mixed Family yg tanam mcm2 English herbs, mcm teruja juga nak buat benda yg sama. Kot kang jgn lalang yg penuh udah la ye!

Anyway, I browsed thru Houzz dan tertarik dgn some landscapes:











A Reminder


Saw this on FB News Feed and I wonder whether I am this type of parent? 

Hopefully not....

Parenting is indeed challenging. But no matter how challenging it is and how hard it is, it's a lifetime commitment all parents obliged to. Kena selalu ingat anak2 adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dididik dgn sebaik2nya. Semoga kita tidak sibuk mengejar dunia sampai terlupa tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa (peringatan utk diri sendiri!). Dan sentiasa la belajar utk menjadi ibu bapa yg lebih baik demi anak2.

Meh baca sajak dipetik dr blog Saiful Islam, 

If I Had My Child to Raise Over Again
By Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I’d finger-paint more, and point the fingers less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
I’d do more hugging and less tugging.
I’d build self-esteem first, and the house later.
I would be firm less often, and affirm much more.
I’d teach less about the love of power, And more about the power of love.

Monday, September 24, 2012

Penjagaan Diri

Satu hari dpt satu statement dr seorang rakan sekerja, anak dara yg single-mingle:

"Akak jaga la balik appearance, muda lagi akak ni"

Sentap jap. Tapi mesti ada kebenaran disitu. Adehhh..mesti i nampak tua sgt dr usia sebenarnya....huhuhu.

Siapa yg x nak nampak cantik, muda remaja gitu kan? Mesti la nak, tapi dek kerana sejak menjadi ibu bekerjaya ni kan, it's like running against time. Kalau dapat completekan 3 asas utama menjaga kulit muka - cuci-segar- lembap pon dah cukup bagus utk every morning and night. Ni kang, baru je nak apply toner, anak dah macam nak pengsan menangis so kirim salam la ye kat toner and moisturizer.

Seronok tgk mak2 yg dah beranak 3-4 org, tapi still maintain nampak cam anak dara. Nak cantik, banyak masa dan duit kena dedicate. Unless kalau dah mmg cantik semulajadi. Kadang2 tempted aje nak spend duit beli SKII ke, Shiseido ke tapi financial commitment lain byk lagi. Tu belum cerita masa lagi. Teringin nak pegi spa, tapi at least kena ada satu hari free utk spa. Gi gunting rambut pon time lunch, bila masa la nak spa?

Exercise pon dah lama x buat.  Sedang berkira2 nak menyusun jadual hidup agar ada masa utk exercise (kot ye!). Konon2 lepas selesai urusan pindah rumah nanti, rasa2 cam petang2 nak gi buat power walk sambil tolak stroller Insyirah ^_^. Teringat dulu masa dok Jerman, I did a lot of walking. Maybe sbb mmg takde kenderaan masa dok sana, so nak tak nak kena la jalan nak kesana-sini. Tapi selalu jugak jalan just for exercise. Lepas hantar kembar ke tadika, selalunya I'll go for a walk utk 1 jam. Kat sana ok nak berjalan lama2 pon especially masa spring/autumn sbb cuaca nyaman gitu. Kalau spring, tgk bunga2 berkembang sepanjang jalan, kalau autumn, leka melayan pokok2 warna merah, oren gitu. 

Rindu pulak rasanya!

Oh, terasa nak buat makeover skrg! Ada sapa2 nak sponsor?

Wednesday, September 19, 2012

Rumah oh rumah...

Kunci rumah, kami dah dapat since awal bulan Ogos. Tapi dek kerana sibuk nak raya, sibuk keje, sibuk urusan rumahtangga so langsung x urus apa2 utk proses nak masuk rumah baru tu. Cuma target by November nanti kami nak pindah masuk. Dan ada la sekali dua merayau minta quotation utk lampu2/kipas.

Tapi tau la masa kan berlalu dgn sgt pantas.

By the time abis cuti raya, tau2 dah masuk September. Baru start nak minta quotation dr contractor nak renovate rumah. Actually bukan nak renovate apa, setakat nak buat plaster ceiling sikit, grill of course kena pasang, extend sikit kat belakang utk buat open laundry area dan buat kitchen cabinet. Mula2 rasa x mo buat dulu kitchen cabinet sbb nak kitchen cabinet idaman kalbu tapi tau la dream kitchen ongkosnya harus la besar. Tapi budget yg ada ciput aje. Pastu fikir2 balik, kalu x buat skrg lagi leceh sbb nanti nak kena beli almari dapur jugak, kemudian kalau buat kitchen cabinet later on, lagi susah nak manage sbb rumah dah ada barang. Sapa nak tunggu rumah while contractor buat keje? So xpe la, buat je la simple kitchen cabinet yg praktikal. Dapur idaman tunggu la 10 thn akan dtg, kot ada rezeki kan...

Before jumpa contractor, plan macam2 nak reno rumah tapi bila dpt quotation, hamekkkk....over budget ye!  Terus cut sana sini....hahahaha. So kita buat yg basic je la ye...xyah nak berangan mcm design2 dlm Anjung Seri ke Impiana ye...

Last week baru finalised keje2 ubahsuai ngan contractor. Tak tau la sempat ke diorg nak siapkan dlm tempoh sebulan yg dijanjikan tu. Tolong la sempat sbb pastu proses nak basuh rumah lagi, rasa cam basuh sekali je x cukup tu, kena basuh at least 2 kali ngan mop sekali sbb teruk sgt berabuk. Tu lagi satu nak fikir, kena out source la urusan membasuh rumah sbb kami berdua aje. Dan cuma boleh buat over the weekend. Tolak sy sbb dah tentu kena jaga anak2. Nak amek cuti buat weekdays, i have cuti no more...huhuhu.

Lampu2 baru je beli hari Isnin aritu, tu pon x abis lagi sbb byk benda yg berkenan out of stock kat Ikea. Speaking of Ikea, mak aiii...pegi hari Isnin ari tu, Ikea dah serupa jualan gudang. Punya la ramai org! Dulu org kata Ikea mahal kan? Tapi skrg harga Ikea mmg mampu beli la. Contoh: Lack side table yg dulunya rega RM59.90 dah jadi RM17.90! Kitorg pon rembat la 2 biji sekaligus! Sayangnya, cermin toilet yg dibeli, balik2 x jumpa. Agaknya cik HB tertinggal kat kaunter bayaran kot sbb dlm bil ada item cermin tu...huhuhu.

Langsir pon x cari lagi ni...adehhh. Perabot2 baru mmg xde lagi perancangan nak membeli. Kami akan guna aje apa yg ada skrg. Biar la rumah cam padang bola bak kata org, xpe...we'll do it slowly. Ikut budget semasa ye!

Tu belum citer lagi part nak berkemas rumah sewa nak pack barang2. Hari2 punya domestic chores pon x sempat nak buat, inikan lagi nak cari masa nak pack barang2? Huwaaaaaa...

Hmmm, kena sit down buat mitigation plan la camni!

Tuesday, September 18, 2012

Fetih 1453: Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh

Tertarik dgn kisah SultanMuhammad Al-Fateh, seorg raja dr Kerajaan Turki Uthmaniyah yg telah berjaya menawan Kota Constantinople yg bertahun2 dikuasai oleh kerajaan Kristian Orthodoks, menemukan sy dengan filem Turki ini. Kebetulan sejak asik membaca pelbagai versi intenet tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, tetiba masa jln2 kat Giant, terjumpa VCD movie ini. Walaupun filem Turki sekali pon, x kisah la sbb ada subtitle English. Lagipon telinga sy agak biasa ngan bahasa Turki (walaupun x faham!) hasil dr pengalaman dok kat Raunheim/Ruesselsheim, Germany yg mmg penuh dgn org Turki ye!

Walaupun agak tersasar sedikit dr kisah sebenar (berdasarkan pembacaan sy di internet), Sultan Muhammad Fetih tidak digambarkan seorg yg warak dan tenang, dan sedikit kuciwa sbb ada byk scenes perempuan seksi, juga scene2 intim yg mcm x perlu ada, but still filem ini masih menarik dan jelas tentang perjuangan Sultan Muhammad Fetih menakluki Kota Constantinople.

So if like historical movie, and some more tentang pahlawan Islam, tonton la movie ini.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan tentera yang berada di bawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera.” [HR Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad (4/335)]


Friday, September 14, 2012

Insyirah Solehah @ 6 months

Sudah separuh tahun umurnya :)

Kesiannya, masa genap 6 bulan ari Isnin hari tu, Insyirah demam, batuk dan selsema. So immunisasi @ 6 months terpaksa ditangguhkan ke bulan depan.

Dia sudah pandai mcm2, bergolek satu rumah kalau dibiarkan on the floor, kadang2 tersekat bawah meja, kat mana2 celah...hihihi. Dah pandai marah kalau kita ambil brg yg sedang dipegangnya. Sudah juga mula mkn solid, but at the moment sy baru bagi cereal aje. Tak sabar nak bg bubur nasi, jus dan mcm2 tapi nasihat pakar kanak2, introduce one thing at one time and then tgk samada ada allergy atau tak.



Utk perkembangan minda Insyirah, inspired by Islamic Parenting Network  dan blog DarwishnDarwisha sy bercita2 nak didik dia dgn Al-Quran seawal umur 6 bulan ini. Sy dah buat kesilapan dgn kembar dulu, tak menitikberatkan didikan Al-Quran dr awal, sebok membeli buku2 nursery rhymes dan ABC. Mungkin x salah tapi setelah sign-up dgn Islamic Parenting Network dan setelah membaca e-mail2 dr pengasasnya Puan Lina Karim, I've realized apa yg penting utk anak2.
E-mail2 Puan Lina penuh dgn tips dan awareness on islamic parenting. Saya x tau kenapa Puan Lina x publishkan shj apa yg yg dah beliau e-mail kan pada semua subscribers on her blog, mungkin beliau ada alasannya yg tersendiri. Tapi apa2 pon, setelah berkenalan dgn IPN, baru la sy kenal siapa Muhammad Al-Fateh, sejarah Mustapha Kamal Attaturk (dunia mengenali beliau sebagai Bapa Pemodenan Turki tapi hakikatnya beliau lah yg menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyah sehingga Turki menjadi negara sekular).

Baru la sedar betapa ceteknya pengetahuan sy dlm sejarah Islam.

Semoga sy terus istiqamah mendidik anak2. It's a hard work, yes...but with strong will insyaallah akan dipermudahkan.

Monday, September 3, 2012

Rasa

I feel like a terrible mum...

Hari2 tak sempat nak didik anak2 dgn sepatutnya. Have been trying to juggle efficiently between works, house-chores, family needs but still I feel like I am failing miserably.

I know I have to give priority. Being a full-time working mother and no maid, I have to accept that I can't be doing everything smoothly. Can't expect that I manage to do things in perfection. 

So, mesti bagi keutaamaan kat anak2. Mesti ajak diorg solat bersama2 utk Maghrib & Isyak. Mesti sit down with them at night, go through the homeworks and tahap pelajaran diorang. Lantak la how messy the house will be. Lantak la kalau makan nasi goreng hari2 pon. 

Ya Allah, berikan lah aku keberkatan waktu....