Pages

Thursday, November 28, 2013

It's Gone

Lama x blogging kan?

Well, ada dugaan yg menimpa, for those yg belum tau saya mengalami keguguran :(.

It started few weeks ago at week 11, when I noticed ada blood stain everytime saya buang air kecil. Not so much but the blood stains akan ada everytime saya buang air kecil. Masuk hari ke tiga seeing the stains, I decided to check it with doctor.

So petang Isnin, pergi la klinik kesihatan memandangkan saya belum lagi buka buku pink. Went thru the procedures - timbang berat, check BP, amik darah, check air kencing semua, then I told the nurse about the stains. Nurse rujukkan saya ke doktor, doktor pon scan dan ckp my fetus size is way too small compared to my EDD. EDD is 11 weeks but my fetus was only 6 weeks 6 days. So dia mintak saya pegi Hospital Besar Melaka dan pegi jumpa doktor kat sana sbb kat sana diorg akan buat vaginal scan which lagi accurate. Malam tu jugak dia suruh pegi and bagi referal letter.

Gi la malam tu ke GH Melaka dan discan sekali lagi. It showed the same thing and according to doctor, the fetus heartbeat pon barely noticeable. She suggested that saya tunggu lagi 2 minggu dan buat scan lagi sekali utk tgk status pregnancy ni. Kalau by 2 weeks masih xde development, means it is a missed miscarriage katanya dan kena buat D&C. I was given 1 day MC. 

So within two weeks I waited and prayed hard that it's going to be ok. The stains still there occasionally and I took the pregnancy supplements diligently hoping that my condition would improve. A bit feeling down but I told myself to be redha je la apa pon kemungkinan. 

Then came the next check-up on 6/11/13 kat GH. The fetus size still 6 wks and 6 days no heartbeat detected. Doctor kata mmg kandungan x developed. So kena la buat D&C. Check schedule dan diberi tarikh utk D&C on 12/11/13 tapi kena masuk ward on 11/11/13 utk observation dulu.

So that was it, 12/11/13 tu buat la D&C. And this is the second D&C I went thru. Penah buat D&C masa kat Jerman dulu back in 2009 mcm sy penah cerita kat SINI. 

How am I feeling? Hmmm...terasa la kehilangan tapi takpe la, bukan rezeki nak tambah anak lagi. The twins were already excited bila tau nak dapat adik lagi tapi bila jadi mcm ni byk la soalan diorg tanya. Mujur diorg masih ingat cerita 2009 tu, so senang la nak explain.

I am now back to work since 2 days ago lepas dah MC hampir 16 hari. Health wise, I guess I am fully recovered. Masa tgh MC malas sungguh nak blogging. 

People at work gave remarks that I miscarried due to work stress. But I don't feel that way. Ntah la, saya x rasa stress pon, pada saya kalau dah tak jadi mmg x jadi la.....

I have a lot more to share about my experience masa stay kat hospital aritu because I learnt something during the 3 days being warded  tapi nanti2 la. 

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Sekejap aje dah muncul tahun baru....

Azam tahun ini (1434H) nak memperbaiki lagi ibadah seharian, ingat nak la khatam Quran tahun ni. Semalam check penanda Quran, ku baru baca sampai pertengahan Surah Hud. 

Teruk tak teruk? Huhuhu....

Cita2 nak baca Quran at least 2 mukasurat sehari tapi kadang2 berhari2 tak ngadap Quran. Ntah la apa yg disibukkan sgt, yg pasti mmg sibuk dgn urusan duniawi. Nak2 dalam keadaan cam skrg ni, asik nak tido aje, solat pon dihujung2 waktu.

Minggu lepas, hari Jumaat sempat mendengar Usrah Nurani kat radio Ikim. Tetamu yg jadi speaker menceritakan bagaimana kesedaran untuk menjadi Muslim lebih baik selepas diserang stroke ketika usianya 34 thn dan ketika berada di pusat karaoke!

Katanya mmg x sangka sbb sebelum itu dia adalah seorg individu yg sihat, cergas dan muda lagi, tup2 kena stroke. Tu pon mujur la Allah masih panjangkan umur dia untuk memberikan peluang berubah kearah lebih baik.

Jadi peringatan kepada diri sendiri sempena tahun baru Hijrah ni, jangan la lalai lagi dengan kehidupan dan keperluan duniawi aje. Umur bukannya makin muda, lagi 5 thn dah 40 tahun. Ustaz Pahrol ckp:

Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)

Moh la kita berusaha kearah kebaikan, walaupun byk cabarannya. 

Salam Maal Hijrah 1435. Semoga kita menjadi umat Islam yg lebih baik dimasa2 yg mendatang.



Friday, November 1, 2013

Kebun Yg Terabai (October Update)

Eversince berbadan dua dan bermula phase morning sickness serta keletihan sepanjang masa, kebun yg x seberapa pon terbiar. Kalau sebelum ni, mampu siram pokok2 dua kali sehari (pagi sebelum pegi keje dan ptg lepas balik keje), skrg ni sekali sehari pon belum tentu. Jadi pokok2 mmg la sgt terbiar dan byk yg kekuningan...huhuhu.

Cik HB kadang2 ada la jugak menyiram tapi priority dia rumput2 dia la....agak2 dia rajin baru la dia siram pokok2 lain.

 Dua hari lepas, mokcik gagahkan diri tuai sayur2 yg dah matang, sayang kalau x tuai...walaupun x memasak, mokcik sedekahkan kat babysitter Insyirah. Yg ada cuma sayur pak choy dan juga sawi.

Ni la rupanya vege patch setelah dituai sayur2 yg matang dan elok. Serabut! Lupa nak snap gambar sebelum sayur2 dituai. Best tanam pak choy dan sawi ni sbb walaupun dah tuai, nanti akan naik balik. Sebelum2 ni mokcik selalu amik buat rencah nasi goreng or mee goreng. Lepas ni bila dah sihat dan berkemampuan, nak clearkan balik patch ni dan tanam semula sayur2.

Sebelum x sihat, sempat semai benih kailan dalam patch pokok kari. 
Nampaknya naik dgn baik walaupun x terjaga.

 
 Cik HB ckp dinding pagar belakang jiran rumah kami naik lumut mungkin disebabkan kami menyiram vege patch kami. Jadi sebagai jiran yg prihatin, cik HB nak tambah batu-bata kat tepi dinding supaya mengurangkan air meresep ke dinding. Masalahnya projeknya tergendala begitu saja...vege patch pon haru-biru dibuatnya.




Sebelum x sihat, sempat memulakan projek raised bed yg kedua. Tapi lepas tu saya pon x larat, 
cik HB pulak kena back injury, so terbengkalai la projek ni. Sgt la berharap boleh pi mencari tanah utk fill up the bed dan nak buat soil treatment (i.e compose). Saya plan nak tanam bendi, cili dan mcm2 lagi dalam raised bed ni.
 
 
 Aritu makan mangga yg sedap dan manis pemberian siapa tah. So bijinya saya tanam dgn harapan boleh dapat anak pokok. Tu nampaknya dah bercambah. Lama la jugak menunggu ianya bercambah.
 Dah lama x memasak, daub bawang pon x terguna. So trimkan sikit supaya daunnya lebih lebat lagi.




 Marigold yg saya tanam dr benih yg dibeli dr Mydin dah berbunga! Tapi dahlia masih slow pertumbuhannya. Mungkin dahlia perlukan penjagaan rapi compare to marigold

Cita2 saya dan cik Hb nak jadikan laman depan kami mcm gambar ni...kena lagi gigih la berusaha

Harapannya semoga saya cepat la kembali ke keadaan sihat bertenaga. Cik HB dia tunggu saya juga baru projek jalan. Kalau dia sorang2 nak buat, selalunya bertangguh2 la....hahahaha

Wednesday, October 30, 2013

Kayyyyy

Insyirah skrg tgh belajar berckp. Hari2 aje je vocab baru dia grab. Paling obvious dia suka ckp 'Kayyyy' (ok)

*********************************
Ummi: Insyirah, jom mandi
Insyirah: Kayyyy
*********************************
Kakak: Insyirah, jom tgk tv
Insyirah: Kayyyy

**********************************
Insyirah merengek2 kat ummi, nak apa x tau. Then Ummi ckp "jom kita pegi tgk pokok kat luar"
Insyirah: Kayyyyyy
**********************************
Yg kelakar malam tadi la. Dia demam sikit. So abahnya pujuk makan ubat.

Abah: Insyirah, makan ubat ye..
Insyirah: Nanakkk!!! (tak nak)
Abah: Jom la makan ubat
Insyirah:  Nanakkk!! (ngan kepala tergeleng2, dua2 tangan pon menggeleng2. Kelakar!)
Abah: Jommmmmm la
Insyirah: Nanakkkkkkkkk (lagi kuat dan panjang harkatnya)

So ummi saja menyampuk dan  ckp: Jom makan coklat!
Insyirah: Kayyyyyyyyy (sambil sengih2)

Amboi, paham pulak! Ingat nak ckp Nanakkk tadi....hehehe

 'Pelapang hati' kami....sesuai sgt ngan namanya Insyirah.

Monday, October 28, 2013

Mutiara Kata - Utk Ibu Mengandung

For me, mengandung itu bukan la sentiasa indah. Ada masanya rasa tak tabah je mengharungi dugaan mengandung. Rasa nak mengomel, nak merungut, nak self-pitied, nak nangis...walaupun ini bukan first time mengandung.

Padahal bukan x sedar dan tak percaya bahawa Allah memberikan byk pahala utk setiap kesusahan seorg ibu mengandung itu lalui. Jadi setiap kali rasa nak mengeluh, cepat2 la istighfar dan cari la artikel2 yg membantu kita berfikiran positif.

So today, I found kata2 hikmah dari Facebook Ustaz Ebit Lew yg menyentuh hati. Semoga diri ini bertabah dan tak berkeluh-kesah.....

Saya bila tengok isteri asyik mual, alahan yang agak berat, tiada selera makan dan lemah kerana mengandung. Saya bertambah sayang isteri saya kerana Allah, terlalu banyak korban dia demi untuk melahirkan seorang anak.

Begitulah korban seorang ibu kita dan isteri kita. Isteri kita jaga lagi anak kita di rumah. Apa hadiah kita kepada mereka? Kita tidak didik mereka dengan agama dan kasih sayang. Kita tidak didik mereka seperti Nabi saw dan sahabah didik isteri mereka. Kita berkasar dan marah mereka? Kita tak faham kesusahan mereka? kita lupakan korban mereka? Kita arah mereka macam mereka milik kita. Mana ada milik kita. Mereka milik Allah. Kita milik Allah. Mereka amanah Allah kepada kita.

Mereka yang mengandung telah berkorban begitu besar sehingga ia dicatat dalam Al-Quran tentang korbannya seorang wanita yang mengandung. Bila kita tenung mereka dengan sayang. Bantulah mereka. Jika orang lain susah kita cepat kasihan. Isteri kita tanggung berat dan beban yang besar. Janganlah jadi zalim pada mereka

Setiap urat yang yang sakit diberi pahala dan diampunkan dosanya. Setiap letih,sakit, pening, loya, sakit badan, setiap kesusahannya diberi pahala, diampunkan dosa, dinaikkan darjat di sisi Allah, dan diampunkan dosa mereka.

Kesusahan seorang ibu mengandung untuk bergerak, uruskan rumah, untuk ke bilik air, untuk solat, untuk uruskan rumatangga semuanya sedang dihitung oleh Allah. Setiap kebaikan pasti Allah balas dengan kebaikan. Ya Allah tingginya kemuliaan yang kau beri pada seorang wanita.

ya Allah jadikanlah setiap kesusahan wanita Islam yang mengandung dan bersalin dalam dunia menjadi asbab hidayah buat setiap manusia di seluruh dunia seluruh alam sampai kiamat - ebit lew yang dhaif dan berdosa

Thursday, October 17, 2013

Pregnancy & Extreme Hunger

I think I've mentioned several times in the previous post that I am hungry all the time with this pregnancy.

Bukan lapar yg sikit2, lapar yg sampai menggigil2 that you can't focus on what u are doing and you feel like vomitting. And I need abundance of food sekali makan, and I would be hungry again after 1 hour.

It's crazy!!!

I don't remember being this extremely hungry masa mengandungkan kembar dan Insyirah. Tak selera makan ada la. After 4 bulan baru start boleh makan dan makan banyak tapi tak la sentiasa lapar mcm skrg.

Tapi walaupun sentiasa lapar, not all the food I can eat. I can only eat certain foods - and I crave for the unhealthy ones - Maggie, junk foods. Bila makan kat kedai, I would order air manis sedangkan sebelum ni I am very concern about sugary drinks.  

So my eating habits sekarang mmg dah berubah sama sekali!

Pagi2, sampai opis dalam 8.30 am dah mencari heavy breakfast - give it nasi lemak dgn telur mata, bihun goreng ke, bihun soto. But never mee goreng. The sight of mee goreng buat rasa nak muntah! I am concern eating these heavy breakfast tapi nak buat sendiri healthy breakfast menu mmg x daya la.

Kalau bungkus aje, I am saved from minum air manis tapi kalau makan kat kedai sure nak order milo air. Kekadang je la boleh makan kat kedai kalau cik HB teman. Nak makan sorang2 kat kedai mcm segan. Tapi ada masanya kalau tak tertahan sgt nak makan bihun soto sedap kat kedai satu ni, nak bungkus leceh, sy selamba jugak pegi makan sorang2.

Then pukul 10 lapar lagi, saya turun kedai runcit bawah opis, beli milo kotak and any biscuit. Kul 12 kang perut dah kelaparan balik tapi saya tahankan sampai kul 12.30 sbb tunggu time kembar balik dari sekolah so sy keluar sekali beli makanan dan amik diorg. Nak keluar byk kali malas. Lunch menu mesti kat satu kedai ni sbb nasi putih dia menepati citarasa saya - lembik2 gitu. Tgk? Bila pregnant ni, mcm2 kriteria makanan nak dimakan. Lauk pon sama ari2 - paru sambal kering, kacang goreng ngan bayam goreng. Ayam dah x lalu sama sekali, ikan2 pon sama. Kari ke, masak lemak ke, langsung tak teringin.

Hari2 sama tau!

Nasi penuh ngan lauk yg melimpah-ruah

Then beli juga buah potong dan makan sementara tunggu kembar keluar dr sekolah sambil berdoa 'cepat la keluar sbb x sabar2 nak makan nasi'. Ada sekali lambat betul kembar keluar, dan saya tak tertahan kelaparan, buah potong pon dah abis, abis lauk nasi campur saya ratah. Nak makan nasi xde sudu. Balik opis makan nasi kosong je la...huhuhu

Starting from today, saya beli roti kismis Gardenia ni buat stok kat opis. Dah lunch nasi sebungkus pon, saya boleh makan lagi 3 keping roti ni! Mulut ni kalau xde makanan, mula la rasa payau dan saliva berkumpul. I survived before with sugarfree chewing gum but recently chewing gum pon buat saya rasa mual.

Kang pukul 3 kang, percaya la saya akan lapar balik. Semalam kul 3ptg, saya pi beli nasi goreng bungkus - pon abis! Bayangkan la kul 1 dah makan nasi bungkus, kul 3 ptg makan nasi goreng pulak!

Cuma malam aje saya tak bape layankan sangat kelaparan. Sbb balik ptg saya akan tido. Bangun utk solat aje. Kalau larat, saya ikut cik HB keluar dinner. Kalau x, saya suruh dia bungkus aje. Mcm malam tadi, kul 10 baru saya makan nasi putih ngan tomyam. Lepas tu tido balik. Kalau kelaparan tgh malam, saya x layan dan paksa diri tido. Tu yg bila bgn rasa tak keruan sbb kelaparan.

My biggest concern with this new eating habit, saya risau dapat kencing manis masa pregnant. Berat saya pon dah bertambah beberapa kilo. Everyday I try to motivate myself to eat healthily tapi nak makan secara sihat, saya kena masak. 

Masak still is not in my mind now. 

I hope this extreme hunger is not going to be the whole 9-months thing. Otherwise saya akan naik berat bdan berpuluh2 kilo la jawabnya. With twins, my last weight before delivery was 76kg, Insyirah at 83kg.

Yang ini????

Adoii, x sanggup memikirkannya.... 

Monday, October 14, 2013

Breastfeeding while Pregnant

Hehehehe...x sampai bape jam dah blogging balik...

Sampai 2 entry ari ni keluar kat blog. Bukan apa, dah berjaya siapkan notes of discussion tadi. Pastu dah x tau nak buat apa. Nak cabut balik, mcm xde kesanggupan walaupun bukan ada sapa2 pon. Opis depan pon nampak gaya, clerk yg pagi tadi nampak ketanya dah x nampak. 

Saya sgt lapar sebenarnya. Tapi malas nak pi cari makanan. Pregnant kali ni x tau la, awal2 dah lapar cam gini. Dulu the first 4 months, the sight of food made me sick, sampai x tau nak makan apa. Skrg ni kejap2 lapar walaupun dah makan byk.

Tadi tengahari dah makan nasi bungkus penuh campur lauk dgn 2 jenis sayur. Memang melimpah ruah la bekas polistrine tu. 

I guess sbb breastfeeding kot, campur pregnant menjadikan perut lapar all the time. Cakap pasal breastfeeding, ada few people concern about me still bf walaupun pregnant. Even the doc yg saya pegi check utk confirm pregnancy aritu pon suruh saya stop bf sbb dibimbangi akan affect kehamilan.

But I've read a lot on the internet on this issue. Byk medical article yg support breastfeeding while pregnant asalkan takde masalah dengan kandungan. Besides, adik ipar yg juga seorg doktor still bf kan anak dia while she is pregnant. 

And tadi I stumbled into Dr. Harlina's blog (wife Dr. Sheikh Muzaffar - the astronaut), dan dia juga cerita dia bf anak sulung dia while pregnant with the 2nd one. Dia kata x sampai hati x bagi bila anak dia buat muka comel minta susu ibu. Sama la cam Insyirah....saya jemput je dia dr rumah bbsitter, kalau dia tgh menyusu botol (formula), dia akan campak botol dia dan jgn harap la dia nak minum dah. Sampai je rumah terus tepuk my breast dan ckp "Nak tutu". So kat rumah mmg bf je la. No doubt you'll be berganda lapar but if u really determined nak bf masa tgh pregnant ni, kena makan secara byk sihat dan amik multivitamin. 

Happy jugak baca that Dr. Harlina kata she was constantly hungry masa peknen, so I am not alone! Hehehehe...

So dalam hal breastfeeding while pregnant ni, saya ikut kata hati je la. Unless kalau di masa2 yg dtg kalau bf would affect my pregnancy, then I would quit la. But I guess ramai mommies diluar sana yg bf while pregnant kan?

Ok, nak pi beli Milo kotak dan biskut susu!