Pages

Wednesday, August 20, 2014

Friends @ Raya 2014

Hari ni dah 24 Syawal. Sekejap aje masa berlalu. Kemeriahan raya masih terasa lagi. Jemputan open house pon banyak lagi.

Rumah kami pon Alhamdulilah dikunjungi kenalan, sahabat-handai dan jiran tetangga. Saya takde la buat open house tapi kalau kata ada kawan2 yg nak dtg tu bagi tau awal2, dapat la saya masak kan apa2 yg patut utk dihidangkan. 

So antara yg sempat dirakamkan kehadiran mereka, adalah sahabat baik saya Nat and family yg menetap kat Jepun. Tahun ni dapat balik beraya kat Msia dan sempat beraya kat rumah saya. Alhamdulilah, setiap kali balik bercuti kat Msia, Nat masih sempat curi masa berjumpa ngan kami sekeluarga. Terima kasih Nat, really appreciate our friendship. Nat was my deskmate zaman MRSM dulu and with whom I shared a lot of sweet memories during our teen years.

Kami dan anak2....sempat masak nasi ayam aje utk Nat sekeluarga

Friendship of 20 years...and our kids pon suka bila dapat berjumpa :)

Then Iu and family - our friend during German time. Last sekali Iu dtg berkunjung ke rumah saya back in 2011. So nice to be able to catch things up with her. Walaupun selalu communicate kat laman sosial tapi x sama rasanya dapat bersembang bertentang mata, kan Iu kan? 

Me and Iu

Then last weekend, since ada ramai jugak kawan2 ex-MRSM saya yg menetap sekitar Melaka, maka saya buat la makan2 sikit. Dah alang2 masak, ajak jugak jiran2 yg berdekatan sekali, kawan2 keje dan kawan2 yg duduk sekitar Durian Tunggal. Tapi sempat amik2 gambar ngan kawan2 sekolah aje la.

Nak buat preparation utk makan2 ni punya la saya nervous. Sebab nak masak sendiri dan semua pon buat sorang2. Berjaya la jugak masak mee kari nyonya, nasi ayam, baked pasta, trifle dan choc muffin.

Masak mee kari nyonya seperiuk besar. Puas hati boleh isi mcm2...hehehe. Kalau order tak boleh nak dapat isi mee kari byk camni kan?

Set-up meja buffet yg sgt simple and low cost. Pakai study table si kembar dan lapiknya guna langsir lama...hehehe. Mujur simpan jugak langsir lama kan?

Trifle yg disukai ramai. Nat bawakan murtabak famous dr kedai mak dia di Bukit Baru. Tetamu2 yg lain yg bukan kawan Nat pon tau dari mana murtabak ni dtg. 

Me, Nat, Nila and Ainee

Ex-MRSM Muar Batch 94/95. Even the guy in the blue shirt - Amran is our ex-schoolmate and now married to Ainee.

Catching up with friends is something meaningful in life. Always cherish your friendships. No relationship is perfect but instead of looking at the flaws, we look at the positive side, ok?

Friday, August 8, 2014

Ribut di Durian Tunggal

Kejadian ni dah lama dah. Ramadhan ke 25  bersamaan 23 Julai 2014 masa tu. Tapi sbb nak dijadikan catatan kehidupan, maka kena la masuk blog!

Pagi tu kami terlambat bangun sahur. Saya turun ingat nak minum air aje. Kat luar hujan lebat dan angin kuat. Tup2 dengar bunyi pecah dgn sgt kuat. Saya pon terus jenguk luar tingkap nak tau apa benda yg pecah. Cuma yg nampak pokok2 melayang2 daunnya.

Then dgr cik HB berlari turun dr atas cari baldi. Katanya bilik tidur kitorg masuk air. Ada la sikit air menitik dr ceiling. 

Bila hujan dah berenti dan hari pon cerah sikit, baru la kami keluar menjenguk keluar. So ini la yg kami lihat:

Atap berterbangan rupanya...kuat tak kuat angin sampai atap tiles ni pon boleh jatuh.

Bersepah halaman dgn serpihan atap. Mujur la tak kena kereta.

Agak banyak juga la atap tiles kami yg tertanggal. Dalam 60 keping. Tapi org lain lagi teruk rupanya.

Jiran belakang pon atapnya tercabut2 jugak

Salah satu pemandangan dalam taman kami.

3 buah pokok yg besar tumbang sampai blok jalan. Mujur tak hempap rumah.

Sampai tercabut2 akar sekali

Kat area kampung lagi teruk. Banyak jugak rumah yang rosak teruk. Alhamdulilah takde melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan fizikal yg teruk.

Agak havoc jugak la pekan Durian Tunggal masa hari kejadian. Sbb banyak pokok tumbang dan kerosakan harta benda. Ini baru sikit Allah duga. Baru ribut beberapa minit bukan ribut taufan mcm kat luar negara tu. Kena muhasabah diri selalu. Semoga kita semua dilindungi dari malapetaka.

Tuesday, August 5, 2014

Riang Ria Aidilfitri 2014

Raya dah seminggu berlalu. Alhamdulilah, seperti tahun2 yg lalu, tahun ni kami sambut raya dengan meriah dgn keluarga di Tg Malim & KB. Giliran raya pertama tahun ni di Tg Malim dulu. Dua hari sebelum raya dah pulang ke sana.

Few days sebelum raya ada dugaan kecil yg menimpa kami. Kawasan Durian Tunggal dilanda ribut waktu sahur. Rumah kami mengalami kerosakan bumbung tapi kalau nak dibandingkan dengan org lain, kerosakan kami tu kira minor la jugak. Alhamdulilah, hari yg sama jugak kami dapat cari contractor utk repair bumbung.Nanti bila berkesempatan saya pos entry pasal ribut tu. Skrg ni tgh syok nak citer pasal raya dulu....hehehe.

Raya di Tg Malim, kebanyakan adik-beradik saya semua beraya disana, kecuali abang dan sorang adik saya yg beraya di rumah mertua masing2. So dah ramai2, kami gotong-royong masak mcm2. Rendang daging, dendeng, set nasi minyak, soto, ketupat daun palas, kuah kacang. Lemang je beli ^_^.

Kebetulan pulak hari raya pertama tu harijadi ibunda tercinta. Jadi hari sebelum tu dah beli kek Secret Recipe siap2 dan celebrate harijadi Mak lepas dah bersalam2an. It's priceless to see happiness in Mak's face. I think that's what all mothers want, to be loved, appreciated and celebrated by their loved ones. Kadang2 kita terlupa nikmat hidup bekeluarga ini. Raya ini juga saya menyaksikan seorang yg bukan ahli keluarga terdekat kami datang join keluarga kami beraya. Dia dah kehilangan ibu bertahun2 yg lalu, masih punya ayah tapi somehow tak punya hubungan yg rapat. Hanya menumpang kasih dengan kakaknya, jadi bersama kami la dia menyambut raya. 

Bersalam2an memohon keampunan dari Abah dan Mak tercinta. 
Ya Allah, kasihani la ibu-bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami 
sewaktu kami kecil dan selamatkanlah mereka dari azab kubur dan api neraka. 

My Mak at 65! I think she looks fabulous at her age :).

Me and my parents...

Tahun ni keluarga kecik kami berjaya pakai sedondon, yeay!!! 

Warna-warni Aidilfitri. Tg Malim's clans pon tak berjaya amik gambar keluarga yg lengkap tahun ni. Queen Mak kalut ajak keluar beraya...hehehe

Insyirah Solehah dan Ahmad Ali Firdaus. Comel tak????

Sisters....cuma yg sulung dan no.7 xde masa ni. Kami semua muka lain2 kan?

Raya pertama juga berkesempatan beraya dengan keluarga Pak Long, satu2nya adik-beradik Abah. Kemudian kami ke Sungkai, beraya rumah Maksu, adik Mak. Lepas tu few other houses - mak sedara Abah, sepupu2 Abah. Penat tapi that's Raya all about. Saling ziarah-menziarahi. Bukan selalu pon dapat jumpa sedara-mara, time Raya ni la baru nak kenal balik sepupu-sepapat. Yg dah tua, selagi mereka masih ada, ziarah la mereka. Org2 tua ni mmg seronok kalau org ramai2 dtg jumpa dia.

Kanak2 riang kepenatan berjalan raya. Jalan berjemaah, tido pon berjemaah eh?

Hari raya kedua, kami gerak ke KB pulak utk beraya dengan famili cik HB. Mcm biasa, it was a long journey campur dengan jem segala. Tapi bak kata org, demi kasih sayang, lautan kereta sanggup ku redahi...hehehe. Raya kat KB x kurang meriahnya. Agenda mesti la beraya dari rumah ke rumah, kemudian makan, makan dan makan.....

Kota Bharu dan jem ketika raya memang sinonim! 
Kami nak pegi Bachok ni, selalunya kalau jln tak jem, 20 minit aje...aritu kena sampai 2 jam!!!


Hari2 dihidangkan makanan yg mcm2....banyaknya nikmat yg Allah berikan. Dalam meriahnya Syawal, tak kulupakan  doa untuk saudara2 ku di Gaza, Syria dan diseluruh dunia yang diduga dengan peperangan dan kezaliman. 

Part of KB's clans. Kami mmg selalu gagal nak amik gambar keluarga yg lengkap. Bukan senang ye nak coordinate ahli keluarga yg jumlahnya I think sudah melebihi 50 org!

Kalau dah makan banyak, maka terkulai layu la masing2...hihihi

Adik2 ipar and nieces. Spot Mek & Ayoh at the back :)

Seminggu bercuti terasa mcm kejap aje. Now sudah kembali bekerja. Back to reality!. Tapi raya masih ada lagi 3 minggu...hehehe.

Buat pembaca The Rose Garden (kalau ada pon), Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kiranya ada tulisan2 dan paparan2 yg menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Jangan lupa doakan juga utk saudara2 kita di Palestin dan Syria sana. Jangan juga lupa untuk mensyukuri nikmat yg sgt banyak yg kita ada. Mudah2an Allah tambahkan lagi kenikmatan kehidupan dunia dan akhirat ye!

Tuesday, July 22, 2014

Some Updates

I'm at site now. Dah sekian lama x masuk opis dek kerana sibuk dgn kerja2 kat site. Dan kerana itu jugak la dah lama sy tak update blog. Dok kat site takde internet, my smart phone pon takde mobile internet. Baru2 ni je saya activate mobile internet sbb tersangat la mandom takde internet. And for the second time since having smartphone now i'm trying to  write an entry.

We are now doing plant commissioning. Alhamdulilah dah berjaya menyalurkan bekalan air bersih dr loji air baru ini kepada pengguna. I tell u what, tolong hargai sumber air bersih anda sbb kos mengeluarkan bekalan air bersih sgt la rumit dan costly, nak2 pulak sumber air mentah dan berkurangan dan byk yg tercemar. Bersyukur la kita masih mampu menikmati bekalan air bersih pada harga yg masih rendah despite the cost of constructing and maintaining the whole water supply system is considerably high.



Sedar tak sedar dlm kesibukan harian, tau2 Ramadhan dah nk sampai penhujung. Sedih memikirkan betapa x byknya la amalan ibadah saya ramdhan ini. Minggu lepas dpt la few nights buat terawikh kat masjid sbb adik saya ada kat rumah so dia la yg jadi babusitter insyirah.

Sedih juga memikirkan situasi dunia yg berlaku skrg. Rakyat palestin yg masih menderita dgn serangan zionist-israel, malang yg menimpa MH17 lagi...ya allah, terasa sungguh beratnya dugaan walaupun x kenal secara peribadi mangsa2 yg terlibat. Sbb itu mood nak raya pon x berapa nak ada. Mujur la utk2 anak dah disiapkan, kuih raya pon adik yg byk buatkan. Mokcik satu kuih pon tak tolong dia buat. Hanya providekan brg2 baking aje. Baju raya utk diri sendiri pon x cari lagi nih...huhuhu.

Banyak kan kuih adik sy buat? Dia mmg very passionate in baking dan dia happy je nk buat kuih mcm2 asalkan ada org sponsor. Walaupun dia student ekonomi, cita2 dia nak buat bakery sendiri. Insyaallah Adik!

This year raya kami raya kat tg malIm dulu lepas tu balik KB. Mujur la bos x kata apa bola sy nak amik cuti seminggu.

Mudah2an jgn la pulak cuti saya dibatalkan.

Saturday, July 12, 2014

Let's Help Palestine!

Utk sekian kalinya, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Israel yg kejam menyerang lagi Palestine. 

Atas dasar self-defense kononnya!

Apa lah yg mampu dilakukan oleh anak2 kecil dan pemuda2 yg hanya melawan dan menentang dengan balingan batu?

Istilah self-defense itu lebih sesuai utk rakyat Palestine yg mempertahankan tanah air mereka dari terus menerus di rompak oleh Israel/Zionist.

Sperti biasa juga, pemimpin2 besar dunia hanya mendiamkan diri, media2 antarabangsa juga buat senyap aje...seolah2 takde apa2 yg berlaku di bumi Palestine itu. Alhamdulilah, adanya internet dan media sosial ramai yg berkongsi berita semasa. 

For those who are concerned, let's help the Palestinians. Kita boleh bantu pelbagai cara:

1. DERMA:

Yang mampu dari segi kewangan, hulurkan bantuan anda kepada Aman Palestine atau Aqsa Syarif. Saya cuma rekomen kan dua ini sahaja sbb yg ini saya amat pasti dengan usaha mereka membantu rakyat Palestine kerana mereka adalah NGO yg mempunyai rekod cemerlang membantu rakyat Palestine. Yg lain2 saya x pasti, tapi saya berharap kalau nak menderma, elok juga amik tau tukang kutip derma tu siapa...sbb dah banyak kes2 konon kutip derma utk Palestine tapi lepas tu songlap duit tu.



2. BOIKOT:

Dah selalu juga saya pos entry pasal boikot produk2 yang mempunyai bukti menyalurkan bantuan kewangan kepada regim Zionist. Antaranya Mc Donald's, L'oreal, Nestle, Coca-cola. Banyak lagi tapi kita boikot setakat yg mampu. Boleh rujuk entry lama saya tajuk Palestin. 

Boikot ini even negara2 bukan Islam pon turut sama menyokong. Di UK, di Jepun ramai yang prihatin dengan isu Palestine dan memboikot Mc Donald's tapi kat Malaysia ini ramai lagi yang tak dapat meninggalkan habit mkn Mc Donald's. Saya juga dulu peminat tegar Mc Donald's tapi dah 2 tahun saya stop makan Mc Donald's. You can do it too.

3. SHARE dan SHARE

..is exactly what I am doing now. Sharing the info, news, awareness so that more people would be concerned and help out. Make it viral, make it consistent. Share it on the blogs, on FB, Instagram,Tweeters and any channels possible.

4. DOA

...the least you can do. Doa semoga keamanan, kebebasan dan hak2 rakyat Palestine dikembalikan semula. Doakan semoga tiada lagi nyawa2 yg terkorban terutamanya anak2 kecil yang tidak berdosa.  Doakan semoga tiada lagi penindasan sesama manusia.

Last but not leaset, let's hear this meaningful song. 

The spirits would never die.....


WE WILL NOT GO DOWN by Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Friday, July 4, 2014

Salam Ramadhan

Dah masuk posa hari ke 6, mokcik baru terhegeh2 nak salam Ramadhan ye?

Sibuk la lately, banyak lepak kat site dari kat opis....maka xde la dpt nak blogging selalu. Projek dah nak ke penghujung jadi banyak buat testing and commissioning kat site. Ada hari2 sampai ke malam stay kat site....huwaaaaa.

Tu minggu sebelum posa la, tapi sepanjang minggu ni takde la lewat melepasi kul 6 ptg. Sempat jugak la balik masak. Minggu2 akan dtg x tau la...sbb dah janjikan ke client akan sediakan bekalan air bersih sebelum raya. Mokcik kan involved dengan projek buat loji rawatan air, nak2 sekarang ni byk krisis bekalan air, area Melaka pon terjejas jugak maka kena la siapkan projek kami secepat mungkin (sebenarnya mmg dah terlewat pong....huhuhu)

Bila sibuk mcm ni, keadaan kat rumah pon agak terabai. Sambil keje, sambil mokcik teringat2kan baju berendam kat dalam toilet, baju2 tak berlipat, rumah x berkemas, pokok2 dilaman terabai.....Bulan posa ni mmg jadi lagi sibuk...kul 4.30 am bangun, siapkan makanan sahur, kul 5 gerak semua org, makan sahur. Lepas tu basuh pinggan, kemas dapur. Kul 6 naik mandi dan solat Subuh, ngaji sikit. Then turun bawah balik masak lauk Insyirah sambil layan laundry sambil pack barang anak2. Tau2 dah kul 8 am, bersiap nak pi keje pulak, hantar Insyirah ke bbsitter. 

Lepas tu dok kat site seharian, gerak sana sini monitoring the works under the hot scorching temperature....

Balik, terus masuk dapur memasak!

Penatttttttttttttttttt...tapi seperti yg telah diazamkan, cuba mengikhlaskan hati sebaik2nya :)

So far belum berjaya lagi ke masjid buat Terawih, buat sendiri pon belum lagi....huhuhuhu.

Memang flat mlm2 selepas dah berbuka, tambah pulak dengan mcm2 tasks nak dibuat. 

Mudah2an mampu buat Terawih yg berbaki walaupun tak penuh. Patutnya bulan Ramadhan ni la nak mengejar SALE pahala yg berganda2...bukan kejar SALE kat shopping mall ye!

Wednesday, June 25, 2014

Dush!

Tadi pegi pejabat Bomba sbb nak collect dokumen. Work related.

Dah selalu dah dtg pejabat Bomba ni, hampir setiap bulan rasanya. Hantar dokumen, discussion, amik dokumen.

Hari ni nak jadi cerita....kena marah ngan pak guard....huhuhu.

Selalunya mmg tak stop kat pak guard sbb dulu2 masa mula2 dtg mmg stop, siap parking kat tepi and approach pak guard. Pak guard tu ckp takpe2, masuk aje.

So lepas tu takde la stop dah kat pak guard. Setiap kali pegi just angkat tangan je la kat pak guard.

Tup2, lepas dah collect dokumen and nak drive out, tengok pak guard tercegat kat tengah jalan. Muka dah macam nak telan org and oh yes, pak guard baru sbb muka x penah nampak.

So mokcik pon stop dan.....

Pak guard: Tanya sikit, cik ni org Bomba ke?
Mokcik: Tak, saya dtg collect drawing.
Pak guard: Awak tak nampak ke tu? (sambil tunjuk meja pak guard bawah payung).
Mokcik: Nampak, tapi saya ingat tak payah stop sbb selalunya sebelum ni terus aje masuk.
Pak guard (dengan muka mcm nak makan org) : Awak ingat saya ni tunggul? Saya ni digajikan utk jaga tempat ni, awak main masuk aje. Tolong hormat org sikit ye! Lain kali bawak kereta slow sikit, ingat ini tempat bapak awak ke punya?

Errrkkkkkkk!!! Memang rasa mcm muka kena tumbuk....huhuhuh

Mokcik: Saya minta maaf, minta maaf .
Pak guard: &%*^* (sambung lagi bebel tapi mokcik dah x ingat apa sbb fikiran dah terganggu sbb kena marah camtu).

Mokcik akui mmg lah salah mokcik kot sbb x berenti dulu kat pak guard dulu. Disebabkan kebiasaan la....sbb dah selalu sgt ke sini so ingatkan takpe la. Dan bab laju tu mokcik mmg tak perasan sbb dalam kepala tengah fikir nak rushing aje sbb lepas tu ada appoinment kat tempat lain. 

Kena pulak dengan pak guard yg sentap, memang la padan muka mokcik!

Apa boleh buat, minta maaf saja la. Lenkali beradab sikit dan jangan ingat semua org, semua masa dan semua keadaan itu sama. 

Lain padang, lain belalang...
Lain orang, lain pandangan...

Ye tak?

* Tetiba teringat kes bini Mat Yo maki pak guard...sentap sbb kena marah la tu...hehehe. Nasib baik mokcik x jadi mcm bini Mat Yo kan.......