Pages

Friday, July 10, 2015

Catatan Ramadhan 3

Ramadhan 23.....

Haiyo...just few days lagi nak abis dah Ramadhan. Dipenghujung 10 mlm terakhir Ramadhan dimana kita digalakkan utk menambahkan lagi ibadah dan mengejar Lailatul Qadar, mokcik pulak kena 'cuti'. Takpelah, dah mmg fitrahnya gitu...tapi sempat lagi nak posa balik kot sebelum Raya. Insyaallah. 

Dah nak dekat raya persoalan yang selalu ditanya, dah siap ke persiapan raya?

Kami macam biasa, takde la persiapan beria2 sgt cuma tahun ni mokcik buat plan awal. Baju2 dah dibeli sebelum puasa bermula sbb tak kuasa nak membeli-belah tika berpuasa. Ada la lagi satu dua benda yg perlu dibeli so dalam sehari dua ni jengah2 la jugak shopping malls utk membeli. Kuih raya pon baru sempat buat 2 jenis, tu pon takat 1 adunan. Bukannya ada banyak masa nak mengadap buat kuih raya. Nak masak ari2 pon bercinta kan....sampai dah x tau nak masak apa dah.

Tu lah kita ni...punya la banyak rezeki Allah bagi sampai tak tau nak masak apa makan apa. Padahal mcm2 makanan ada. Tapi tu la...pi bazaar Ramadhan yg ada mcm2 makanan pon takde selera nak membeli. Tak nak beli kat bazaar Ramadhan, there are plenty of choices nak makan kat restoran mana2 pon boleh. Asalkan ada duit.

So syukur Alhamdulilah masih punya kehidupan yang baik. Cukup makan pakai dan dikeliling keluarga. Kadang ada jugak rasa nak mengeluh bila penat asik masak, kemas, masak, kemas. Tapi bila difikirkan ramai yang diluar sana tu nak makan pon x cukup, mungkin terpaksa berlapar siang dan malam dan ada pulak yg hidup bersendirian tanpa keluarga, cepat2 la insaf and tell myself to be grateful. 

Setiap saat kena bersyukur tau!



Wednesday, July 1, 2015

Catatan Ramadhan 2

Ramadhan hari ke 14....

Allahuakbar...cepat sungguh masa berlalu...tau2 dah nak abis dah separuh masa pertama Ramadhan. Even anak2 pon terkejut bila ckp dah 14 hari kita berpuasa. Diorg ckp "cepatnya ummi!".

Alhamdulilah, kembar masih berpuasa penuh buat masa ini. Minggu ni pon dah kurang nampak lembik dan merengek lapar. Minggu lepas ada satu hari tu merayu2 tak nak pegi sekolah agama sbb letih sangat. Izinkan jugak la dgn syarat only that day sahaja. No more ponteng2 lagi kalau takde sebab2 munasah. 

Bab buka puasa, so far masih masak sendiri mcm biasa. Cuma ada satu hari minggu lepas pegi PARAM kat Batu Berendam (dekat opis) sbb nak mencuba makanan2 yg jual kat situ. Memang x plan nak masak la kiranya hari tu. Saya beli 2 bungkus nasi kerabu utk saya n cik hB, 2 bungkus nasi ayam utk kembar, 4 biji karipap, 4 biji akok dan sekeping murtabak. 

Mmmm...kembar masing2 cuma mkn separuh aje nasi ayam, cik HB pon x abis nasi kerabunya. Karipap, saya makan 1 biji, 3 biji terbiar. Akok, cik HB makan sebiji, 3 biji lagi terbiar jugak. Murtabak je laku sikit. Tu yg malas nak membeli kat PARAM. Sebab nak jumpa makanan yang rasanya kena ngan tekak mcm payah sikit,  tambah pulak semua tu dah x fresh, sbb org menjual kat PARAM selalunya mungkin dah masak dari pagi. So baik la saya masak sendiri mcm biasa, simple2 pon rasanya family makan lagi banyak dr yang dibeli kat PARAM.

So far baru 2 kali berbuka luar. First, kat masjid sbb opis cik HB anjurkan majlis buka puasa kat situ. Then smlm my project team pulak belanja buffet Ramadhan kat Equatorial, Melaka. Saya dah x keen sangat nak berbuka puasa dengan konsep buffet sbb tahu banyak mana sangat yg kita mampu makan. Tapi sbb kerja kan, tambah pulak boleh bawak family, jadi kita pon pergi la. Mujur la tahun ni satu ni je invitationnya. Kalau tahun2 sebelum ni banyak kali jugak la sbb jaga projek besar, maka banyak la pihak2 yang menjemput ke majlis berbuka puasa. I'm no longer excited about buka puasa kat hotel2 besar. Awal2 keje dulu mmg rasa best sbb dpt makan mcm2 makanan special. Tapi bila difikir2kan patutnya puasa ni mendidik kita menjaga nafsu, tup2 bila buka puasa kita layan nafsu makan sepuas2nya. So mcm tak achieve tujuan berpuasa, ye dak? 

Anyway, tepuk dada tanya la iman masing2 ye....

Of Terawih, minggu lepas banyak hari2 yang malas. Sampai la terbaca sorang kawan pos di FBnya tentang makcik2 yg dah tua yang solat Terawih di masjid, nampak sangat bersemangat dan istiqamah. Kita yang masih muda ni rasa penat sikit dah malas nak pegi Terawih. Memang org perempuan boleh je solat Terawih kat rumah tapi tau2 je kalau mcm diri ini iman yang tak berapa nak kuat, memang chances tak buat adalah lagi tinggi dr buat. Lagipon kalau pergi masjid, rasa mcm lega, sbb balik2 masjid dah boleh tido. Kalau kata lepas Maghrib konon2 baring kejap, alamat tertido pastu tgh2 malam baru nak Isyak.

So kena bersemangat semula pergi Terawih. Kena lawan nafsu malas itu. Kena set in mind that malam2 bulan Ramadhan x sama dgn bulan2 lain jadi kena rebut peluang yang ada. Terutama 10 malam terakhir. Dah la cuma buat 8 rakaat, bukan 21 so kalau 8 pon x mampu nak dikerjakan, memang harus malu dengan diri sendiri. Insyallah, insyaallah, semoga istiqamah. Masak utk berbuka tu, x payah beria2, sbb kalau beria2 tu yang buat tambah penat tu.

Berdikit2 latih diri supaya biasa kan?

Monday, June 29, 2015

Garden Update: Jun 2015

Garden update this month is going to be very short. Sebabnya tak banyak update yang berlaku di halaman rumah. Tapi masih ada update yang perlu direkod dalam blog ini utk sejarah kebun saya...hihihi

The star this month: AMARYLLIS!!!


Dia jadi star bulan ini sbb berbunga utk pertama kali setelah ditanam pada April 2014. Saya ingatkan dia hidup segan mati takmo sbb ada 2 saja daun yg keluar. Benih saya dapat hasil daripada Give-Away gift by Kebun Bahagia Bersama. Dia datang bersama2 dengan bawang spider yang dah berbunga 2 bulan lepas.

Baru2 ni Kebun Bahagia Bersama iklankan jualan benih bawang spider dan amaryllis. Saya cuma beli benih bawang spider aje ataupun nama botanic nya Sacred Lily of Incas ( ye kan Diana?). Kalau la saya tau amaryllis pon berbunga cantik camni, mesti saya beli jugak amaryllis. Mungkin next time kot sbb saya plan nak beli banyak lagi pokok2 dari Kebun Bahagia Bersama tapi kena tunggu lepas raya sbb nanti cuti raya lama, silap2 tak survive pulak anak2 pokok.

Sebelum puasa bermula, saya sempat korek 'harta-karun' kat laman belakang. Mulanya nak mengemas aje garden bed tu, tau2 abis saya bongkar tanahnya mengorek kunyit2 yg punya la banyak. Seingat saya yg kunyit saya korek mak semai back in Disember 2014 setelah mak korek kunyit dari dalam pasu. Lepas tu makan tanam sikit dalam garden bed. 

Hasilnya dapat la dalam sebesen kecil. Makan sendiri tak abis, so saya agih2kan ke jiran2 yg dekat. Ada la dalam 3-4 rumah yang saya hantar kunyit hidup ni. Ni la seronoknya berkebun. Bukan saja boleh dapat hasil utk kegunaan sendiri, boleh sedekahkan lagi ke orang lain!



Tu je la laporan utk bulan Jun. Rasanya bulan Julai mungkin tak banyak jugak boleh update memandangkan bulan puasa dan juga menjelang raya, saya tak banyak masa nak kisahkan hal2 berkebun. Cuma curi2 masa jugak la menyiram sbb cuaca bulan Ramadhan mmg agak panas. Bila balik keje, tgk pokok2 renek abis terkulai layu.

Friday, June 26, 2015

Kun Anta: Be Yourself

Saya bukan la follow sgt trend muzik terkini. Dah bertahun kami laki bini dok buka IKIM.fm sbb banyak perkara baik yang dikongsi kat channel ni. Tapi kadang2 switch jugak la ke channel2 kalau IKIM.fm asyikkan dengan segmen promosi produk. Bosan weh! So dengar jugak la kekadang lagu Taylor Swift ke, ntah sapa lagi tah....

This Kun Anta song dah banyak kali juga dengar kat IKIM.fm. Tapi tak pernah pay attention. Walaupun rentaknya sedap tapi sbb dalam bahasa Arab, tak pernah la nak peduli lagu tu pasal apa. Cuma tau kalau masuk IKIM.fm tu mmg lagu yang membawa mesej yang bagus la sbb polisi IKIM.fm kan hiburan mendidik jiwa.

Sampai la kembar masuk Smart Tahfiz cuti sekolah hari tu, tetiba ari2 dok buka lagu Kul Anta kat Youtube. Rupanya ustaz group diorg nak anak2 didik dia guna lagu tu utk persembahan masa hari penutup. Beria2 la sikembar tu menghafal lagu bahasa arab tu. Bila saya join sekali tengok kat Youtube, baru tau lagu tu pasal apa. Menarik sangat maksud lirik dia bila dah diterjemah ke dalam BM/BI

Liriknya begini....


Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
Aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya

Jadi, aku boleh jadi seorang yang lain
Hanya untuk berbangga

Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

Tetapi yang ku perolehi hanyalah kerugian di atas perwatakan ku ini

Kita tidak memerlukan harta untuk menambah kecantikan,
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
Di dalam hati ia bersinar

Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada
Yang tidak sesuai dengan kita, 
Itulah kecantikan kita
Semakin bertambah hingga ke atas

Jadilah diri kamu sendiri
Pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

Sungguh aku menerima mereka
Tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

Melainkan apa yang telah aku terima itu aku telah redha

Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
Inilah aku

Hal ini kurasakan sudah cukup 
Dan aku sangat pasti

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku

Aku akan jadi apa yang aku suka 

Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Mesejnya sangat mendalam kan? 

Pada siapa yang belum dengar, nah! Belanja lagu Humood Alkhudher ni:

Wednesday, June 24, 2015

Catatan Ramadhan

Ramadhan hari ke 7....

Alhamdulilah, masih berpuasa hingga ke hari ini. Tapi solat terawih dah lompong2 jugak. Insyirah was good on the first 2 nights, occupied with color book and crayon. Jadi dapat la solat dengan aman. Malam ke-3 saya tak pergi sbb kepenatan yang amat. Malam ke-4 she was no longer impressed with color book and crayon, sudahnya berlari2 dan menjerit2 sbb kebetulan ada seekor kucing yg dok merayau kat situ.

Alhamdulilah jugak, dah dapat 2 kali berbuka puasa dengan Mak Abah. 2 minggu lepas masa amik Mak Abah dtg Melaka, ingat nak minta diorg stay at least until the first weekend of puasa. Sebab Mak mmg janji dengan adik yg sarat mengandung, lepas stay rumah saya, dia akan pi rumah adik pulak di KL. Tapi adik amik cuti awal pulak, and minta Mak dtg awal rumah dia. So parents saya dok rumah saya seminggu aje, x sempat tunggu puasa bermula.

But somehow Isnin lepas both saya and cik HB dua2 ada kerja kat KL. Since kami cuma ada 1 je kereta yang reliable utk long distant journey, of course kami kena share kereta dan sebab cik HB cuma akan habis kerja dia pukul 5 petang, maka terpaksa la kami angkut semua org pi KL sekali. Sebab kalau kata la kami tinggalkan Insyirah dan kakak2 dia kat makcik babysitter, dah tentu2 kami sampai Melaka lewat malam. Kesian pulak kat makcik. Dah kebetulan Mak Abah pon ada di KL, jadi kami tumpangkan la anak2 kat situ sementara kami ada kerja. Terpaksa la sikembar ponteng sekolah. 

Ni la antara dilema yang dihadapi oleh ibu2 yang bekerja tanpa pembantu rumah mcm saya....huhuhu.

So petang Ahad kami dah ke KL, saya dah masak siap2 lauk utk berbuka - ayam masak merah dan daging masak hitam. Sebelum ke rumah adik di Sentul, kami singgah Giant Batu Caves. Nak beli tembikai je pon. Tapi masuk aje Giant, mak aiii....selautan manusia didalamnya. Sesak!

Tapi memandangkan dah masuk, redah jugak la. Dah lama saya tak jadi warga KL, bila sesekali bersesak macam ni mcm sesak nafas jugak dibuatnya. I have realized saya dah x sesuai dah jadi warga KL. Terasa aman damai je duduk kat Melaka. Sesak2 Mydin MITC Ayer Keroh tu takde la seserabut Giant Batu Caves. Imagine la membayar kat kaunter express pon beratur sikit punya panjang.

Sampai rumah adik, saya masak nasi minyak dan buat air tembikai. Mak pulak dah buat jelatah timun nenas dan adik bongsu buat donut. Family adik lelaki saya pon join sekali.

 Tak banyak  pon juadahnya tapi Alhamdulilah...cukup2 aje...paling penting tak membazir

Isnin: merasa la saya jadi warga KL pi kerja naik LRT. Cik HB dropped saya kat LRT Sentul Timur dan saya naik STAR sampai Masjid Jamek. Ni la baru pertama kali saya naik STAR after so many years! I guess last time time saya naik LRT back in 2007 kot..sebelum pindah ke Melaka. But nothing change so much so xde la saya sesat nak pi meeting kat Menara Multi Purpose kat Jalan Munshi Abdullah tu. Lagipon saya naik LRT bukan peak hours orang nak pi kerja so takde la saya kalut sangat.

Meeting saya pukul 10 am dan 1 jam aje so lepas abis meeting, saya ronda kawasan sekitar. Walaupun dah selalu meeting kat sini, tapi sbb selalunya saya dtg berkereta, saya takde hati nak pusing2 walaupun orang dok ckp pi la Jakel Mall, pi la SOGO and so forth. Ni sbb dah kena jalan kaki nak pi LRT station, saya pusing2 la jugak. Baru la perasan kat mana Semua House dan jalan TAR...hahaha. Elok pulak sepanjang laluan tu ada bazaar Ramadhan. Tak jadi nak naik kat Masjid Jamek, terus jalan menuju SOGO sbb nak naik kat stesen Bandaraya. Tapi sbb dah tengahari, cuaca pon panas, takde la shopping apa pon along the bazaar Ramadhan. Cuma sempat masuk SOGO belikan t-shirt utk cik HB and Abah sempena Hari Bapa. Lepas tu terus balik Sentul naik LRT. Lepas berbuka, solat Maghrib terus gerak balik Melaka.

Setakat ini PARAM (nama singkat pasar ramadhan kata budak2 sekarang) pon saya tak jejak kaki lagi. Alasan malas nak cari parking...hahaha. Sebenarnya ok je tak pegi PARAM pon. Saya masak mcm hari biasa dan kalau rajin buat kuih simple2 mcm cucur udang. Hari pertama buat roti jala dan kuah durian. Rasanya baik mcm ni sbb kalau pi PARAM satgi mesti rambang mata semua benda pon nak. Last2 membazir.

Tengok la kalau ada hari2 yg tak larat atau malas sangat,jengah jugak la kot PARAM tu...hehehe

Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1436

In few hours time, kita akan menyambut Ramadhan untuk tahun 1436H. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya mcm baru saja Rejab dan konon2nya nak puasa sunat sebanyak yang mungkin dari Rejab hingga la ke Syaaban sebagai persediaan nak menghadapi Ramadhan. Tapi manusia yang tak berapa kuat imannya, mampu puasa sunat takat sehari dua aje....huhuhuhu.

Azam tahun ni nak menjadikan Ramadhan lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Insyirah is 3 years old this year, so harap2 boleh la dia bekerjasama dok diam2 kalau saya nak bawa dia ke masjid utk solat Terawikh. Bab Insyirah satu hal, lagi satu saya sendiri harap2 ada kekuatan la nak kerjakan Terawikh setiap malam. Berdasarkan tahun2 lepas, lepas buka posa and Maghrib tu mmg dah longlai sesangat dan mata pon kuyu habis. Maklum la bangun dari pukul 4.30 am, lepas tu terus menerus tak tido. Tapi tahun ni nak berazam semoga dapat berterawikh. Strategi kena ada kot...ada tips-tips pemakanan yang boleh buat badan bertenaga di bulan posa ni....contohnya kalau berbuka posa tu jangan la makan banyak2 sangat. Kena belajar makan ala kadar. So I'm not going to think so much about food preparation, Insyaallah.

Tahun ni jugak rasanya cabaran dari segi kerja di bulan posa pon kurang sikit dr tahun sebelum ni. Tahun lepas bulan posa saya sibuk commissioning plant, mlm2 puasa pon pi jenguk site nak tgk progress ok ke tak. The current project now  dah siap dah commissioning, cuma ada la few issues yang berbangkit. Tapi rasanya takkan sibuk mcm waktu plant commissioning.

So azam lagi satu nak memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan terjemahannya. Kalau nak khatam the whole Al-Quran dari mula surah Al-Baqarah boleh lah baca  4 mukasurat every after solat. Tapi kena istiqamah la. Takpe, cita2 dan niat kena ada dulu, kan? kan?

Ni nak share checklist amalan ibadah untuk bulan Ramadhan ( dan juga bulan2 lain minus Terawikh la). Meh kita semua usaha untuk menjadi hamba Allah yang cemerlang di bulan Ramadhan ini.


Salam Ramadhan semua!

Tuesday, June 16, 2015

Floria 2015


Dah berapa kali attempt nak siapkan entry nan satu ni. Buat bila dah free dari kerja2 yang wajib. Kena la bagi priority pada kerja dulu baru blogging. Dah nama pon makan gaji. Laptop pulak dari zaman dinasour sememangnya lembab..nak loading gambar berkurun2. 

The previous weekend kami sempat ke Floria 2015. Prior weekend to that masa Floria 2015 bermula kami ada pegi jugak sbb masa tu mmg ada kat KL tapi masa tu kami sampai dah pukul 8 malam. Sekali tgk nak masuk kena beli tiket dan queue sikit la punya panjang. Last kami dtg Floria was 2013 kot and masa tu no entrance fee.

Memandangkan dah lambat dan queue pon panjang, kami batalkan saja dan balik rumah. Mujur la Floria 2015 2 minggu dibuka dan mmg the following weekend kami nak balik Tg Malim. Tapi nak pegi kali ini kami lebih bersedia. Kami beli tiket online dan sampai Floria pukul 10 am utk elakkan kesesakan. Tapi somehow time ni pon dah sesak, cuma tinggal lagi kami tak payah beratur beli tiket la. 

Floria utk penggemar pokok mcm saya mmg tempat yang menghiburkan. Kids love it too. It's just that walaupun sampai pukul 10 am, cuaca dah mula panas. Kalau la cuaca mcm kat Cameron Highlands or Genting, mmg la sangat nyaman berjalan2 tgk bunga. Macam lawatan saya ke Keukenhof, Holland many years ago. Floria pon sebenarnya boleh jadi pameran bunga yang hebat mcm Keukenhof kalau ada cuaca mcm musim bunga tu kan?

Apa2 pon biar la gambar2 yang bercerita....I wish I can elaborate on each photo tapi mau bulan depan pon tak sempat siap entry nih...hehehe

Ini budak pon sgt excited masuk Floria.