Pages

Friday, January 13, 2017

Garden Update: January 2017 - Pokok Pisang Tanduk

It's been more than half a year since my last update on gardening....huhuhu.

Ye la, sebelum pregnant asik xde masa, sekarang dah pregnant lagi la mmg langsung  x jenguk laman and pokok2. 

Tapi Alhamdulilah, dalam tak berjaga tu, pokok pisang tandukyang mak saya tanam pada Disember 2015 dah berbuah buat pertama kali. Happy sgt dari mula tgk jantungnya keluar dan makin lama makin membesar. Sejuk tangan Mak yang tanam 😊😊😊

Alhamdulilah, banyak jugak jadinya dalam 1 jantung tu, ada 10 biji. Semua membesar elok. Kami ni first time tanam pisang, jadinya memang x tau la bila waktu sesuai nak tuai pisang tu. Saya dok la berperang dengan cik HB tanya bila nak amik pisang tu sbb saya risau pisang2 rosak atas pokok. Jiran2 kami ramai jugak yg tanam pisang tapi bukan pisang tanduk, ada yg tanam pisang emas, pisang yg mmg jenis makan mentah tu (sebenarnya mokcik bukannya kenal pon jenis2 pisang...hehehe). So diorg pon rajin bagi pisang kat kitorang sesikat dua bila ada yg berbuah dan waktu bagi mmg hijau lagi dan diorg pesan suh peram. Jadinya saya ingat pisang tanduk pon patut gitu la. Yang cik HB pulak rasa kitorg patut tunggu sampai pisang tu kuning atas pokok. Tapi at last sbb saya bising ari2, bila dah nampak kuning2 dia tebang la jugak...hehehe


 Ni la rupanya masa tgh membesar atas pokok

Ni pulak rupanya bila dah tebang...besar2

So kami pon pakat2 bagi kat jiran2 yg betul2 dekat ngan rumah. Ada 3 rumah, kami bagi 2 biji/rumah. Selebihnya baru kami punya. Jiran2 semua kagum tgk saiz pisang tanduk yang besar ni. Siap abang sebelah minta anak pokok lagi. Abang sebelah kata patut biar je masak atas pokok. Oh ye? Tak tau pon....hehehe

Ni tgh peram la tu....belum masak apa2 lagi. Cadangnya nak buat pengat dan pisang goreng. Happy sgt tgk hasil tanaman sendiri. Pisang tanduk kan mahal....sebiji kalau kat pasar tu dalam RM3-4. Berbaloi sgt tanam pokok pisang ni. Dah la x remeh nak jaga.

Berbudilah pada tanah....banyak manfaatnya :)

Thursday, January 5, 2017

Picnic@ Kampung

Dalam keadaan saya yg tak berapa nak optimum ni mmg takde hati nak pegi bercuti kemana2 so cuti sekolah Disember lepas, kami tak  kemana2 kecuali balik kampung kat Tg Malim, pegi jalan2 shopping complex kat Lembah Klang, pegi makan2 gitu aje....

Kebetulan pulak masa balik kampung aritu, adik2 saya ada yg balik jugak so kami plan dengan kakak sulung yg mmg menetap kat Tg Malim nak pegi berkelah kat Sungai Inki, Kalumpang. Tempat ni tak jauh dr rumah mak saya. Dalam 15 minit perjalanan berkereta. Yg bestnya sungai ni masih preserved kebersihannya dan keindahannya dek kerana orang luar masih tak tahu sangat kewujudan tempat ni. Kebanyakan tempat perkelahan yang terkenal dah tak berapa cantik dan bersih sekarang dek kerana terlalu banyak pencemaran dilakukan oleh pengunjung. Datang berkelah, makan2 semua, sampah ditinggalkan begitu aje. Macamana lah tak jadi penyakit kencing tikus dan wabak2 lain kalau kebersihan tak dijaga. 

Sungai Inki ni nampaknya mcm terjaga jugak la sbb dibawah pengurusan majlis daerah. Ada pekerja yang pantau aktiviti disini. Tak dibenar buat unggun api atas tanah untyk BBQ melainkan bawa bekas pemanggang sendiri. Tong sampah pon banyak disediakan. So harap2 semua ada kesedaran untuk jaga kebersihan alam sekitar kalau nak terus nikmati keindahannya di masa depan.

Jom layan gambar2...


Anak2 bersama sepupu2 mereka sangat la gembira mandi sungai kat sungai. Airnya sejuk sgt tapi x reti2 diorang naik ke darat. Dok la berendam sampai kecut2 kulit,

Ni gambar saya snap dr jauh dan zoom kan..gigih anak beranak ni mengharung air deras. Air kat sini agak deras so kalau banyak budak2 kena ada orang dewasa temankan sekali untuk supervise dengan jarak dekat. Kot2 terhanyut boleh terus tangkap. Anak buah 7 tahun pon x mampu nak cross sungai tu dan hampir dihanyutkan.

Happy betul 2 beranak ni mandi sungai...maklum la kami mmg jarang buat aktiviti outdoor macam ni. Kena selalu bawa anak2 hang-out di tempat2 outing semulajadi macam ni supaya diorg lebih hargai alam sekitar. Sungai cantik dan bersih macam ni dah semakin pupus sekarang. Entah ada ke tak sungai yg bersih lagi 10-20 tahun akan datang.


Mak saya yg sgt adventurous...dia mmg suka aktiviti2 mcm ni sbb katanya dulu dia kecik2 dia hebat berenang semula. Mak membesar di kampung jadi alam semulajadi ni mmg kesukaan dia.

 Adik saya yg pregnant 6 bulan pon gigih nak berendam jugak...

Abah selalunya camni la...dia mmg tak minat aktiviti2 lasak. Selalu jadi pemerhati sahaja...hehehe

 Kembar dan sepupu, Batrisyia


Saya? saya pon x kuasa nak berendam dalam air ,,,,takat rendam kaki aje. Abaikan muka yang selebet...pregnant ni mmg saya rasa saya huduh sangat...huhuhu



Malam tu kami celebrate birthday kakak sulung yang jatuh pada hari berkenaan, sekali ngan birthday adik saya no. 8 yg jugak December born. Kakak saya 45 tahun ni but to me she's always looks younger than her age.


Tuesday, January 3, 2017

Tahun Baru & First Day of School 2017

Assalammualaikum!

Tahun baru sudah....sekejap je 2016 dah berlalu and now it's new chapter 2017. I don't plan much for this year...semuanya gara2 melayan kerenah mengandung kali ini. I am not energetic therefore langsung la tak ambitious. I know tak bagus macam ni. I try very hard everyday to motivate myself to do better for life. Sebab I've been neglecting a lot of things and my family's life currently is very much affected with my conditions (or attitude maybe?)

For the past few months since pregnant, saya susah sgt nak bangun awal. Awal means before 6 am. I would normally wake up at 6.30 am utk solat Subuh. Lepas tu saya baring balik. But today, since school has started, I forced myself to get up before 6 am, kejutkan kembar then solat Subuh, lepas tu turun dapur buat breakfast dan bekal sekolah.

I didn't do anything fancy, just a simple egg sandwiches. Asalkan anak2 ada sarapan dan bekal sekolah. I cannot let them go to school without breakfast and food pack. Maybe for the time being mmg sandwiches la kot jadi menu harian. Sebab senang nak buat.

Sebenarnya persiapan nak sekolah ni pon diorg banyak buat sendiri. Nabihah dah pandai guna the mini sewing machine, so jahit sendiri tudung and lencana. Nabilah punya pon dia tolong buatkan. Alhamdulilah, dia ada minat ke arah itu, mak dia ni mmg helpless sungguh la.



Darjah 6 tahun ni...UPSR masih dikekalkan, cuma tak tahu la formatnya macamana pulak. I'm not very much ambitious about having my kids mesti score all As in their exam. I want them to study because they love to study, not because of scoring in exam. Semoga ilmu yang diperoleh bermanfaat dunia akhirat. Itu doa saya. Of course, semua parents nak anak2 berjaya dengan cemerlang, I want that to but I don't want  the children to be stressful and not happy learning. To be honest, saya mmg tak suka sistem pendidikan kebangsaan sekarang tapi apa nak buat. Kami tak mampu nak hantar ke sistem pendidikan alternatif yang lain (sekolah swasta/international school etc.)


This little one tahun ini bersekolah di tadika baru. Last year, dia bertahan 3 bulan aje di Tadika Iman. Dari minggu pertama lagi dah tak happy di situ. Mulanya kami ingat dia rindukan babysitter dia. Jenuh kami pujuk supaya dia bertahan tapi dah bulan ke 3 masih lagi pagi2 menangis tak nak pegi sekolah, balik pon x happy, maka kami amik keputusan untuk berhentikan dia. Tak nak la emosi dia terganggu sbb patut pegi tadika ni dia kena happy. Kalau x happy, something is wrong somewhere. Maybe sistem tadika tak sesuai dengan dia. Kami redha je la dia x mau sekolah kat situ despite kami dah bayar yuran mahal2 and no refund.

Tadika baru ni, dia dah pegi for 4 days last week for orientation and she seems to be happy with the kindergarden. Pagi2 excited bersiap nak pegi sekolah. Lagipon tadika baru ni dekat sgt dengan rumah, boleh jalan kaki aje.....maybe salah satu faktor yg buat dia selesa. 

Apapon semoga dia terus suka dengan tadika baru ni. 

Wednesday, December 28, 2016

Tamu dari Jerman

Kembali bersiaran....

Susah betul nak selalu update blog ni. I guess ramai bloggers yang dah ignorekan blog masing2. Susah nak tgk my blog lists updated with new entry. Ramai yg lebih aktif di FB dan IG. Well, pilihan masing2. I am writing here untuk kenangan diri sendiri. Seronok bila baca balik cerita lama2.

I am now quite free from work. Minggu P&P dah habis untuk semester ni. Students dah mula final exam. Saya pon dah selesai marked all lab reports and key-in markah. For the time being belum di assign apa2 management works. So let's update so story in this blog!

Awal Disember hari tu kami terima kunjungan Kak Liza dan Cik Dee ke rumah kami. Last sekali kami berjumpa masa kak Liza dan Cik Dee datang rumah kami on Mac 2015. Kami terharu diorg ni sanggup luangkan masa datang melawat kami. Diorg balik cuti kat Malaysia ni kejap aje so mcm terkejar2 la jugak masa diorg. Diorg dtg on weekdays, saya pulak tak boleh cuti masa tu.

Diorg sampai Isnin petang, so malam tu kami bawak diorg dinner kat Asam Pedas Claypot yang popular kat Melaka ni. Tak teringat pon nak amik2 gambar. Saya mmg fail bab2 amik gambar ni. Esoknya Selasa, saya gi keje tp cik HB and the kids ada kat rumah melayan tetamu. Tapi biasa la kak Liza, bukannya dia nak pegi jalan2 pon, siap dia kemaskan lagi rumah saya luar dalam.....hehehehe. Saya dah ckp awal2 dengan Kak Liza yang keadaan rumah saya mmg x semenggah sejak saya berbadan dua dan saya mmg segan dia nak dtg time2 gini tapi being Kak Liza, mana dia kisah tu semua. 

Tau2 bila saya balik dari keje ptg, rumah saya dah diselamat dikemas...hahaha. Dia siap pegi Mydin beli barang2 nak buat BBQ. Memang tak berubah kak Liza ni dari dulu. Sanggup susah payah untuk org lain. Tuan rumah pulak yang naik segan...hihihi

Kemas dah laman saya....pasu2 semua di rearrange as such.


Kak Liza and the the team prepare dinner BBQ. Along with Kak Liza & cik Dee, diorg bawa anak sedara cik Dee Ika dan anak jiran Kak Liza di kampung, nama dia Along. Rajin sgt2 diorg ni. Diorg la yang tolong kak Liza kemas2 rumah saya. Kak Liza kata Along ni anak orang susah tapi sgt la rajin tolong mak ayah dia. Walaupun baru Form 3, boleh diharap macam2. Saja Kak Liza bawa dia berjalan sbb kesian kat anak dia.


Sebab saya tak boleh masak, saya beli siap2 pizza dari Domino's. Tu je la yg tuan rumah contributed...huhuhu

Tengok la....tetamu jugak yang uruskan BBQ...terima kasih la adik2....korang mmg baik hati



Sementara tunggu BBQ siap, kita layan pizza dulu. Kak Liza and cik Dee kata pizza Domino's sedap...hihihi. Ye la, kat Jerman xde Domino's, Pizza Hut ada la. Takde pulak close-up gambar2 makanan yang di BBQ. Mmg fail mokcik ni...x sempat nak amik2 gambar. Tapi yg pasti kambing bakar, salad buah, jagung rebus kak Liza mmg sgt la sedap. Rindu menggamit semula zaman2 kami berkumpul kat Raunheim dulu. Lepas dinner, kami berlonggok depan TV layan movie seram, Insideous. Sama mcm zaman2 berkumpul kat Raunheim dulu...rinduuuuuu

Esoknya tengahari diorg dah nak gerak balik Teluk Senangin. Saya berhajat nak belanja makan tengahari kat Restoran Omak Den yang famous kat Masjid Tanah. Saya tau kak liza dia suka makan makanan melayu yg klasik. Restoran Omak Den tu mmg favourite sy sbb mcm2 masakan melayu yg sedap2 ada kat situ. Tapi malangnya jauh2 kami dtg, tutup pulak restoran tu hari tu. Terpaksa la pegi makan kat Medan Selera Alor Gajah. Nasib baik kat sini pilihan makanan dia boleh tahan jugak la. Cik Dee kata dia pernah makan kat sini dan mmg suka makan kat sini sbb ada sate yang sedap.

Ni je gambar yg sempat dirakam sebelum hp mokcik out of battery!

Insyirah cukup suka dengan tetamu2 ni semua especially cik Dee...hehehe

Lepas makan, diorg semua gerak balik ke Teluk Senangin. By now, Kak Liza dan cik Dee dah selamat balik ke Germany. Walaupun sekejap je masa diorg spent dengan kitorg, kami rasa gembira sangat. Kemesraan tu x pernah hilang walaupun dah bertahun2 kami tinggalkan Raunheim. Saya selalu rasa bersalah that I dont contact them as frequent as I should and dont do much for them compared to what they have done for us.  I wish them well dan Insha Allah ada rezeki moga jumpa lagi. 

Kalau cik Dee or Zurina are reading this (dulu diorg kata ada baca blog ni...hehehe), we want you to know that we love you all so much!!!

Wednesday, November 23, 2016

Expecting

Assalammualaikum,
Lama tak bersiaran kat blog ni. Selain kehidupan yang busy, keadaan kesihatan pon tak berapa bagus. Alhamdulilah, tak sihat sbb nak menambah lagi bilangan ahli keluarga.  Dan macam biasa, bila pregnant, x pernah terlepas dari severe morning sickness (HG). Ditambah pula pregnant di usia hujung 30an ni, lagi la sangat menduga kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental.


Now I am at 14 weeks of pregnancy. Dah second trimester. Masih belum lagi sihat sepenuhnya tapi Insha Allah risiko keguguran tu dah berkurangan. After series of miscarriages before, trauma la jugak bila mengandung tu. The first 3 months mmg sgt berjaga2 dgn pergerakan tapi disebabkan mabuk yang teruk, most of the time melepet je la kerjanya. Sangat la menduga bila stage mabuk bermula masa semester baru pon bermula. Mabuk2 pon still kena masuk kelas mengajar. Seksa sgt rasa tapi tabahkan hati. Jadual kelas dah la penuh hari2. Ada masa tak tertahan, cancelkan jugak kelas2 tutorial. Mujur ada bilik sendiri, so melepet la bawah meja dimasa2 takde kelas. Balik keje lagi la jangan cerita tahap melepetnya. Mandi, solat Maghrib, then tido aje kejenya. Tengah malam baru bangun solat Isyak .


Keadaan kat rumah jugak sgt teruk. Sbb dah tak berupaya nak buat apa2. Semua lepas kat cik HB untuk uruskan. Tapi biasa la kerja orang lelaki mana nak sama dengan kita buat. Tapi sbb diri sendiri tak mampu nak buat, pejam je la mata tgk keadaan rumah yang teruk. Makanan either makan luar atau tapau atau order delivery.


Selain mabuk, badan mmg takde tenaga langsung. Cuma kali ni bertahan tak serah diri ke hospital walaupun masa minggu ke 7-9 mmg langsung x boleh makan dan muntah around the clock. Kalau ikut masa pregnant kembar n Insyirah, bila teruk macam tu pegi la serah diri ke hospital untuk drip sbb rasa sihat sikit bila masuk hospital tapi kali ni tidak. Sebab masa tu kembar tgh sibuk nak exam UPKK, cik HB pon sibuk berulang ke UPM utk Phd dia. So kalau masuk hospital lagi huru-hara la kehidupan kami. Dah la kami dok Melaka ni jauh dari family. Jadi kena la berdikari sendiri.


Ada masa mmg rasa tak tabah, nak je merungut kenapa la nak mengandung lagi. Tapi cepat2 istighfar dan ingatkan diri yang mmg kami sendiri yang nakkan anak ini.... ramai orang kat luar sana yang takde anak, berusaha nak anak tapi Allah tak bagi rezeki tu. Kita ni Allah izinkan untuk tambah anak lagi...cuma dia duga dengan sedikit kesusahan (mabuk yang teruk), takkan la tak boleh sabar kan?
Lagipon dalam keadaan yang susah ni, banyak benda lagi yang Allah dah mudahkan. Contohnya, keadaan kerja saya ni kira flexible jugak la. Takde la kerja long hours dan kerja pon dalam aircond. Tak larat berdiri masa mengajar, boleh je duduk. Tak lalu makan, boleh je pegi cari apa2 makanan yang teringin. Mahal pon masih ada kemampuan nak membayar. Tak larat pegi sendiri, cik HB or kawan2 kerja sentiasa offer utk cari/teman makan.


Pastu, sbb cik HB skrg tgh cuti belajar so most of the time dia based kat rumah. Dalam seminggu dia pegi UPM sekali je, tu pon on day trip. Jadi dia la yang banyak uruskan anak2 dan keje2 rumah. Walaupun tak sempurna kerja rumahnya tapi at least laundry is done, the kids have food to eat. So saya sgt la bersyukur bab yang tu. Imagine la kalau suami kerja jauh, tak dok sekali kita, atau jenis yang tak amik tau urusan rumahtangga dan anak2, lagi la parah kan si ibu yang tak sihat nak hadap semua sorang2 kan?


So, that’s how saya pujuk hati everytime saya rasa down dengan keadaan saya ni. I know some people senang je proses kehamilan diorg. Ada yang langsung tak mabuk, kalau mabuk sikit2 je takde la sampai terjejas kehidupan macam saya ni. Tapi tu rezeki masing2. Apa yang penting buat saya, moga2 diberi kesihatan diri yang bertambah baik dan baby juga sihat sepanjang tempoh kehamilan ni.

Nanti kalau rajin/ada masa, saya nak update pregnancy journey buat kenangan masa depan. Enjoy jugak la baca pregnancy journeys utk kehamilan sebelum2 ni J

Friday, September 2, 2016

Friends Reunion

Gigih berusaha nak update blog...sekian lama dok draf entry, x tau berapa lama baru complete..hehehe. Upload gambar 2-3 keping, save pastu after sometimes upload lagi 2-3 gambar, save....huhuhu

Walaupun ada share di FB dan IG, nak jugak share di blog. This blog has special space in my heart. Since 2007 kot kewujudannya...rasa sayang je kalau x update.....hehehehe. 

Kali ni nak share pasal reunion kawan2. Cerita dah lama, cerita lepas raya tapi tak kisah la kan? Kami berkesempatan jumpa kawan kami zaman Jerman, Mat & Liza yang balik bercuti kat Malaysia baru2 ni. Terima kasih la kat Duan, adik Mat yang sudi jemput kami ke open house dia kat Shah Alam. Dapat la kami bersua-muka dengan sahabat yang banyak bantu kami masa di Jerman dulu.


Kakak2 kembar dan Liya Raihani. Dah besar dah Liya, bulan 8 baru ni dah mula masuk sekolah rendah kat Jerman. Happy schooling Liya!

Dapat juga jumpa Layth Raheel, adik Liya :)

Jenuh kami nak amik gambar bersama2....tu tak berapa nak senonoh formation kami ni...hehehe. Takpe la, janji ada gambar bersama. Nak jumpa lagi, tak tau ada rezeki lagi ke tak kan?

Ain, me and Liza and anak2....

Liya yang sgt friendly, x jumpa dah bertahun2 pon dia x kekok nak bersembang dengan kami. Semoga Liya membesar sihat cemerlang dunia dan akhirat.

Then, kawan lama zaman MRSM Muar, Hud pon ada dtg beraya ke rumah kami. Hud dok Bangi, tapi parents dok Melaka, tu yang dia sempat singgah rumah.


Dan yang setiap tahun xkan lupa berkunjung kerumah kami setiap kali diorg balik bercuti di Malaysia is my BFF, Nat and her family. Memang sangat dinanti2 la kunjungan diorg setiap tahun. Besides we've been best friends since 16, our kids pon sangat ngam with each others.

I made them nasi kerabu. It's special request from Nat, since last year dia datang pon saya jamu dengan nasi kerabu dan that was the last time made nasi kerabu....hahaha. Kalau sendiri nak makan, saya beli je kat kedai. Tapi untuk tetamu istimewa dari Jepun ni, saya sanggup singsing lengan masak sendiri....hehehe.



Happy to see them enjoying my nasi kerabu. Anak2 Nat suka makan budu rupanya. Walaupun lahir dan membesar di Jepun, diorg sikit pon  x kekok dengan makanan Malaysia. Budi bahasa pon sgt bagus. Sikembar kagum dgn diorg ni sbb kalau lepas main mainan, despite bukan rumah diorg pon, diorg akan kemas, siap sapu lantai lagi. Kudos to Nat and Kobi, for raising such nice kids :).

Selain dari nasi kerabu, saya buat lasagne jugak. 
So that the kids ada option lain selain nasi kerabu.

They stayed until after dinner. Ulang lagi makan nasi kerabu dan lasagne. Kami tambah ayam dan kambing BBQ utk dinner bersama dengan salad. Kami tgk badminton final Olimpik 2016 bersama2. Walaupun Lee Chong Wei x berjaya dapatkan emas malam tu, but still it was fun watching the match together. 

Sempat pulak si Nat candid gambar tuan rumah tgh BBQ. Abaikan muka selebet ai ye...hehehe. Actually Nat & Kobi yg dok jaga BBQ tu, ai je tetiba menyibuk...hehehe. Ampun ye tetamu, dtg rumah org tapi  terpaksa masak2 juga...hehehe

Gambar mak2 dan anak2, ayah2 tukang amik gambar je...hehehe

Moga2 terus bersahabat dunia dan akhirat ye Nat. Love you!!!

Tuesday, August 16, 2016

Wedding Adik Ain

Haih, seksanya nak cari masa nak update blog. Though it's semester break now, students cuti, kami staff akademik tetap jugak banyak keje. But I need to update ni, it's my youngest sister's wedding. Buat kenangan masa depan.

Alhamdulilah, 22 Julai 2016, Ain si bongsu selamat dah mendirikan rumahtangga. Bertemu jodoh dengan orang Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. Se-daerah dengan cik HB. Parents saya dpt sorang lagi menantu ore Kelate! Saya tak dapat balik masa majlis akad nikah sbb majlis petang Jumaat, bukan sbb saya x boleh amik cuti tapi x nak pontengkan kembar sekolah agama. Hujung tahun ni diorg ada exam besar so tak nak la ponteng2.

Gambar2 sekitar majlis:

Selepas majlis akad nikah, dengan adik lelaki saya Mae dan isteri.

Adik2 saya: Ana, Ain dan Shima

Hari kenduri

Pengantin dan adik-beradik perempuan

The girls in maroon, ramai yg cakap combination colour yang kami pilih ni menarik :)

My parents agaknya dah lega dah rasa, 9 anak semua dah selamat mendirikan rumahtangga. 

Dengan keluarga Pak Long (yg kiri sekali), satu2nya abang Abah. Diorg dua beradik aje. Gembira tgk anak2 Pak Long semuanya datang.

Our family photo. Pon x cukup korum. Ada je yang missing. 
Kena tunggu gambar jurukamera rasmi utk tgk gambar yang cantik.

Sedih dalam gembira bila tengok si bongsu kawen dah. Dia ni selalu jadi helper si kakak2 jadi babysitter anak2 buah di kala kami menghadapi childcare crisis. Kalau dia cuti time belajar dulu, mmg dia rajin dtg rumah kakak2 melawat anak2 buah. Datang tu pulak siap buat kek dan cookies. Mana la anak2 buah x sayang kan....ni pon anak2 buah dok ckp "tak best la Ashu dah kawen". 

Ye la, dah sampai jodoh dia, kita doakan semoga rumahtangga dia bahagia dunia akhirat.