Pages

Friday, December 25, 2009

Mazrah in da Town

Mazrah adalah kwn lama ku since Darjah 1... antara my fierce competitors yg selalu berebut tempat 1-3 setiap kali peperiksaan masa kami sekolah rendah dulu. Dulu sekolah rendah kami kecik ja. Satu darjah satu kelas...satu kelas adalah dlm 30 org lebih kot. Maklum la sekolah kampung.

Dulu masa sekolah rendah, mmg kami rajin melepak bersama2 - merempit berbasikal satu Hulu Bernam tu, even masa raya siap terlepas ke daerah Tg Malim (ni kalau mak masing2 tau ni, mmg kena belasah cukup2 nih!), main terup (ala, bukan terup judi tu, terup Happy Family ja!), redah kebun getah/kelapa sawit kekadang, pendek kata apa saja aktiviti la.

Lepas UPSR, kami sama2 dpt tawaran ke Yayasan Selangor, satu program dibawah kerajaan negeri Selangor yg menempatkan anak2 Selangor dr seluruh negeri di beberapa asrama, kemudian disekolahkan di top schools sekitar KL dan Lembah Kelang. Kami satu asrama di ATPN, Kg Pandan tp aku ditempatkan kat sekolah BBGS (Bukit Bintang Girls School) dan Mazrah di CBN (Convent Bukit Nanas). Tapi somehow kami tetap dpt dok satu dorm.

Hidup aku sepanjang disitu amat tidak menggembirakan - let say aku x tahan cabaran la. Ye la, budak Form 1 lain kena dibuli gak, kena torture mcm2 dan homesick. Tp aku mmg sungguh tidak dpt adapt dgn life yg sgt hectic disitu. Ari2 aku tepon parents aku mintak dikeluarkan dari situ. Pada aku xpe la kalau aku x sekolah glamer sekali pon, asalkan aku rasa aman bahagia. At last, disebabkan agaknya abah aku dah x tahan sgt dgr aku merengek2, akhirnya setelah tamat Form 1, aku dikeluarkan dr Yayasan Selangor. Mazrah lak kekal sampai abis Form 5 disitu.

Lepas keluar Yayasan Selangor, kebetulan abah aku lak ditukarkan tempat kerja kat Rawang. So jarang la aku dpt jumpa Mazrah kecuali kalau sesekali parents aku balik Tg Malim dan masa tu lak Mazrah ada kat kampung. Then masa aku buat A-Level, family aku pindah balik ke Tg Malim, so kerap sikit la jumpa Mazrah time dia pon cuti belajar. Tp kalau pon kami lama x berjumpa, mak2 kami kalau terjumpa kat pasar tu kerap la meng update perkembangan kami. So adalah jugak latest news. Masa aku still bujang, even dah keje, at least time raya kami jumpa la jugak. It was either aku gi beraya rumah dia, or dia dtg beraya rumah aku.

Then aku kawen...dan selepas tu mmg x penah berjumpa. Sbbnya raya dah ada giliran. Kalau pon aku beraya kat Tg Malim, aku spent like the first 2 days of raya je kat sana...tu pon dah penuh ngan agenda melawat sedara mara, lepas tu dah gerak balik KB. Kalau raya KB lak, the first 5 days la at least aku kat sana (lama la sikit sbb KB tu kan jauh) pastu by the time aku balik Tg Malim adalah baki cuti sehari dua yg diperuntukkan jugak utk melawat sedara mara. Lgpon by that time, dah ramai dah kengkawan yg meninggalkan kampung halaman.

Tapi thanks to technology, Mazrah stumbled into my blog, and kitorg berhubungan balik. Baruku tau dia dah bertahun keje di Sabah, the reason nape aku jarang terserempak ngan dia kat kampung. Kemudian ada Facebook lak. So lg rancak la berhubungan walaupun sekadar di alam cyber.

Pertengahan tahun ni, Mazrah buat plan nak jln2 ke Europe dan memandangkan aku dah ada kat sini, aku jemput dia berjalan ke Frankfurt sekali. Sebenarnya nak jalan2 ke Europe kalau kena perancangan dan pandai cari peluang, kosnya adalah affordable. Tp of course la affordable here for me is the back-packing style (affordable tu kan sgt subjektif maknanya). Contohnya Mazrah dpt tiket Ryanair dr Dublin ke Frankfurt ngan harga 35 Euro aje dan kemudian tiket train ICE (train laju di Germany) dr Frankfurt ke Paris cuma 39 Euro. Tp ngan syarat, kena beli tiket seawal 2 bulan la!

Tp malangnya the day Mazrah sampai, aku lak masih di hospital (kes miscarriage ari tu). Patutnya aku yg gi jemput dia kat airport tp terpaksa la suh cik HB yg gi. Cik HB lak dah la x penah jumpa Mazrah, tp once again thanks to FB, aku suh dia tgk gambar2 Mazrah kat FB utk memudahkan proses pengecaman. Nasib baik la senang cik HB jumpa Mazrah kat airport walaupun mulanya ada sedikit kekeliruan. Mlm tu Mazrah kitorg tumpangkan kat rumah Mat & Liza sbb kalau Mazrah ikut cik HB balik rumah kitorg kang, mati kutu lak dua2 org tu.

Nasib baik aku dah discharged the day after. Dan nasib baik la badan rasa sihat. Maka dpt la aku melayan tetamu. Kalau x, x pasal2 lak tetamu lak yg kena layan aku. So sempat la bawa Mazrah jln2 ke Darmstadt dan Frankfurt. Untungnya Mazrah, sbb dr hari dia mula dtg, dan sepanjang dia kat sini, snow turun ngan lebat. Sbbnya dia mmg dok teringin nak merasa main snow. Kalau ikut last year, time camni snow ada ciput je. Cuma yg x bagusnya, suhu terlampau sejuk, dropped sampai -12C. So x byk tempat boleh bawa Mazrah berjln. Hari ahad kitorg setakat lepak kat rumah, main snow kat balkon aje...heheheh.

Mazrah and the twins on carousel @ Frankfurt Christmast Markt

Isnin, Mazrah bergerak ke Paris dgn ICE. Aku sgt berdoa semoga dia selamat throughout the journey sbb aritu train pon delayed sbb snow turun ngan lebat. Dan di Paris lak, dia stay kat hostel, so harap2 everything is fine. Namun, thru FB aku dpt tau dia hilang kamera masa jalan2 kat Paris. Kes pickpocket! Buat masa ni dia dah berada di London, mengabiskan saki baki hari2 perjalanan sebelum terbang pulang ke Malaysia. Semoga selamat sampai ke tanah air.

3 comments:

Jalak Lenteng said...

owh my..paris memang terkenal ngan pickpockets!marabahayaa!

Neny said...

tu la pasal...padahal baru je the day before she left for Paris, kitorg sembang pasal ni and dah senaraikan cara2 nak elakkan pickpocket. Sekali kena jugak!

Jalak Lenteng said...

oo i tot she had never know, hmmm scary!!