Tak larat membaca berita2 terkini di tanahair. Hari2 ada saja berita yg mengganggu fikiran, meremukkan hati and makes myself wonder. Tak baca pulak kang mcm x mengikuti perkembangan terkini. Terbaru berita ini....isteri mati ditikam sang suami, dihadapan anak2nya sendiri! Sila baca di sini utk berita lanjut.
Tak tau la apa yg merasuk si suami sampai boleh ditikamnya si isteri sampai mati. Mereka dikatakan bertengkar, mungkin la si isteri ada mengeluarkan kata2 yg x sedap di dengar, dan si suami yg x berapa nak ada iman ni, yg mungkin dah disorak2kan sang iblis, apalagi...dah setan menguasai diri, ditikamnya la kot si bini. Wallahualam....Yg kesiannya anak2 menyaksikan kejadian, tak tau la berapa lama trauma akan menghantui anak2 ini bila melihat bapa sendiri membunuh ibu mereka. Mudah2an mereka mampu membesar dgn normal.
Orang pompuan ni bila marah ke, emosi ke mmg rasa nak ckp mcm2 benda yg x sedap didengar (x semua la but in general pompuan mmg bermulut laser kecuali wanita2 yg solehah) , yg mungkin diri sendiri akan menyesal selepas itu. Bak org kata "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa". Org lelaki pulak egonya tinggi, kena yg panas baran, bila berdesing telinga, mau kena cerai si bini. Worst case - dibunuhnya terus mcm kes kat diatas tu!
Adat la dlm rumahtangga ada pertelingkahan dan salah faham. Bak kata P. Ramlee dlm Tiga Abdul "sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri". Sebab tu la cara terbaik kalau dah gaduh2 tu better la salah satu pihak bawa diri kemana2. Tak kira si suami ke isteri ke, kalau tau yg sorang lagi mmg jenis baran, tak tau bertolak ansur, pandai2 la melarikan diri kemana2 sampai kemarahan sendiri atau si partner ni surut. Kalau dilayan api kemarahan tu mmh boleh membawa keburukan drp kebaikan. Bawa2 la gi jln2 atau jogging - salurkan tenaga kemarahan tu kpd aktiviti yg lebih berfaedah . Sy ckp camni sbb sy penah buat - mulut sy kalau tgh marah boleh tahan sarcasticnya so sebelum sy ckp sesuatu yg boleh dikesalkan dikemudian hari, adalah baik sy pi jogging :P.
Tapi kot gaduh kul 2 pagi tu pi la masuk bilik air, kunci pastu sental2 apa yg patut ye..
4 comments:
gaduh 2am tuh lain benar2 bunyi nya Neny.. hikhikhik
lain bunyinya kak azie? Tersirat maksud tu...hahaha.
Tapi kes pembunuhan tu mmg berlaku pukul 2am kak azie...
heheheh tu la. baca ayat neny tuh..
'Tapi kot gaduh kul 2 pagi tu pi la masuk bilik air, kunci pastu sental2 apa yg patut ye..' hak nih yg lain maksud nya tuh........ hehehehe
macam2 jenayah kat malaysia..rasa berat hati nak balik ke malaya.. sepanjang masa kena berhati2..ops tersasar pulak.. patut komen pasal berita ini..kesian anak2nya mesti trauma
Post a Comment