Masa berlalu dgn pantas kan? Tempoh setahun bagaikan tak terasa. Barangkali ni la antara tanda2 akhir zaman, betapa masa berlalu tanpa kita menyedarinya...
Sy rasa mcm baru aje came out ngan entry ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5, tau2 it's time ulangtahun ke-6 pula...
Alhamdulilah, jodoh kami masih panjang dan moga2 ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhirat. 6 thn perkahwinan banyak mengajar kami erti bahagia, sabar, tolak-ansur, saling memahami...pendek kata mcm2 perkara. Sometimes it is not a smooth journey, ada masa kami bertekak, bermasam muka, berperang dingin, namun alhamdulilah dpt berbaik semula. Sbb itu sy kagum pd married couples yg x penah berselisih faham. Sy sendiri bukan isteri yg perfect, ada masa sy degil, ada masa sy bersikap x peduli, ada masa asyik x puas hati... tapi sy selalu berdoa moga Allah s.w.t jadikan sy seorg isteri yg terus berusaha menjadi isteri yg baik, yg solehan utk cik HB.
Doakan kami bahagia dunia akhirat dlm ikatan perkahwinan ini.
Oh, BTW, sempena ulang tahun kami ke-6, cik HB telah menghadiahkan sy kitchen machine BOSCH MUM4426 yg sy suka sgt2. Thnak you laling...i love you so much ^_^

Ini satu artikel berkenaan perkahwinan yg sy tertarik. Dipetik dr SINI. Buat pasangan suami isteri diluar sana, let's work towards happy marriage ok...
Erti Sebuah Perkahwinan...
September 2009 genap 24 tahun perkahwinan kami. Saya beruntung kerana suami seorang yang penyabar kepada saya dan anak-anak. Dia menyayangi kedua ibu bapa saya sebagaimana dia menyayangi kedua ibu bapanya dan dia menerima semua ahli keluarga saya. Begitu juga di pihak saya, saya juga menyayangi kedua ibu bapa dan keluarganya. Saya menerima mereka seadanya.
Pernikahan bukan sekadar menghalalkan yang haram tetapi ia lebih daripada itu.
"...Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan..."
Perkahwinan datang bersama tanggungjawab di bahu. Jika dahulu hanya fikir tentang diri sendiri, apabila berkahwin kena fikir sekali tentang pasangan/anak2/keluarga dua2 pihak. Bukan sedikit pengorbanan daripada pihak suami, isteri dan apatah lagi anak-anak. Apabila dah tinggal bersama segala kekurangan diri akan terserlah. Carilah titik persamaan yang akan mengukuhkan lagi ikatan yang ada, bukan masing2 mencari alasan untuk saling menjauhkan diri.
Begitulah kehidupan berumahtangga, saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Perkahwinan datang bersama dengan tanggungjawab yang mesti digalas di bahu.
Sebaik-baik contoh kehidupan berkeluarga ialah rumahtangga Rasulullah s.a.w. Baginda yang paling berlemah lembut pada keluarganya. Baginda menyayangi kanak-kanak dan tidak segan untuk mencium anak-anak dan cucu-cucu baginda. Sesungguhnya banyak lagi yang kita boleh pelajari dari buku-buku yang baik yang bercerita tentang Sirah Rasulullah s.a.w. untuk kita jadikan pedoman.
Pelbagai cerita yang kita baca dan ada yang kita lihat dengan mata sendiri tentang perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bersabda :
"... bukan dari kalangan umatnya sesiapa yang menentang perkahwinan. ... Jika seseorang itu berkahwin maka telah sempurna sebahagian dari agamanya. Besarnya nilai sesebuah perkahwinan...."
Malangnya apa yang kita lihat hari ini amat menggusarkan. Perkahwinan menjadi seperti permainan. Bila suka, ambil, tak suka, lemparkan ke mana sahaja. Ada yang berkahwin umpama menukar baju, baik lelaki atau perempuan. Bukan sedikit seorang suami yang mengabaikan anak isteri hanya untuk mengejar wanita lain.
Kepada adik-adik yang akan berkahwin, selalu saya ingatkan. Kadang-kadang jadi seperti leteran kepada mereka .... Cantik atau kacak bakal pasangan kita, bukan menjadi keutamaan bila telah sah ikatan perkahwinan. Apa guna pasangan yang cantik atau kacak jika masing-masing tidak menjalankan tanggungjawab? Mungkin sebelum bernikah, adik-adik hanya mendengar umpama angin lalu apa yang saya katakan, tapi selepas bernikah mereka akan mengakui dan berhadapan dengan realiti kehidupan. Tambah lagi, apabila telah ada cahaya mata, tanggung jawab menjadi semakin besar !
"....perkahwinan itu akan menjaga kehormatan dan pandangan....tetapi jika agama tidak dijadikan landasan dalam sesebuah perkahwinan, maka jadilah perkahwinwn itu umpama barang yang tiada nilai..."

5 comments:
ingat lagi..aku attend kawin kau kat tg malim dgn zack...happy anniversary neny..semoga berkekalan..insyaallah
happy anniversary neny n zul semoga berkekalan ke akhir hayat hendaknya...amin.
congratulations!
Neny, sama-samalah kita layari bahtera rumah tangga dengan baik... semalam Akak menyambut ulang tahun ke-25...
* ulang tahun perkahwinan ke-25...
Post a Comment