Weekend lepas kami menerima kunjungan dr kawan sekolah sy, Umi & famili. Rasanya ni last tetamu yg kami dpt terima utk bermalam di rumah kami sebelum kami pulang ke Malaysia for good. Skrg ni mmg tak dpt dah la nak menerima tetamu yg nak bermalam kat rumah sbb brg2 rumah byk dah masuk kotak ngan dah bagi org. Baru ni sorang budak junior dah dtg amik tilam, karpet, pinggan-mangkuk, sofa n kabinet. Tapi takde la sampai rumah kosong, byk lagi perabot yg ada, cuma kalau org dtg nak bermalam tu yg susah sikit sbb dah x cukup peralatan tido. Bilik tido sikembar dah agak kosong, tinggal almari baju diorg shj.
Cerita pasal umi, Umi adalah kawan seangkatan masa kat MRSM Muar dan kami satu dorm and sepasukan silat Cimande. Jgn tanya sy tau bersilat ke tak, sbb rasa masa tu x belajar apa2 sgt pon seni persilatan, balik2 diajar genggam penumbuk...hehehe. Sparing pon rasanya mcm x penah. Yg paling ingat kenangan dlm kelab ni, kami ahli silat cimande ni kena pi merewang kat kenduri kawen somewhere kat Batu Pahat, siap berhujan berembun malam kenduri tu sbb tgk silat show, balik ramai yg demam.....hehehe. Dan kami yg pompuan2 dlm kelab silat tu cuma 6 org, so kami agak rapat la ngan satu sama lain.

guess which one is me?
Umi adalah kawan ke-3 dr MRSM Muar selepas Dal & Afzan yg dtg kerumah kami di Frankfurt. Dah bertahun kami tak jumpa, last jumpa masa kenduri kawen Dal kat Muar tahun 2004. Umi baru abis buat phd kat UK, dan yg dtg Frankfurt ni, kira jln2 sempena meraikan tamatnya phd dia and kira destinasti en-route since dia nak ke Swiss.
So sempat la bawak umi & family jln2 ke Frankfurt and jln2 kat Roemer, Willy Brant Platz, Hauptwache, tepi sungai Rhein Main tu semua. Dah bape byk dah versi gambar kami sekeluarga kat area Frankfurt ni, tinggal lagi bergambar ngan org2 berlainan aje :D
Umi & family with sikembar at Raunheim Bahnhof
Sy & umi - zaman sekolah dulu org ckp muka2 kami seiras
Balik2 ke Roemer juga ku angkut....hehehe
Balik2 kat Euro sign ni juga bergambar....hehehe
Patung2 manusia ni bila tah nak tukar costume,
yg baju karat tu pon dah byk kali kami amik gambar ngan dia
sempat bawa diorg merasa makanan Turki @ DoyDoy
Dua malam umi disini, sempat la kami borak panjang reminiscing good old stories zaman sekolah & update cerita kawan2 sekolah yg mana dia x dgr berita, dan yg mana sy x berita. Anak umi, Sophea pon ngam berkawan dgn sikembar. Umi pon dah nak balik for good ke Malaysia bulan depan, so hopefully kami dpt berjumpa lagi di Malaysia.
To umi, thanks for visiting me and congrats on your success menggenggam phd. I know it wasn't easy journey but have made it, my friend!
1 comments:
Million thanks Nenny for having us.. what's a sweet memory! InshaAllah,,kita jumpa lg di Malaysia nanti...
Post a Comment