Pages

Wednesday, March 9, 2011

Counting days...

Aaaa..lamanya blog ni terbiar sepi!

Tuan punya blog takde la busy mana tapi tadak mood dan situasi mcm tak berapa best nak memblog. Bila rasa nak memblog, masa tu ada je benda yg nak kena buat.

Bulan Mac sudah! Dah nak tgh bulan lak tu...

Bermakna dah boleh menghitung hari2 nak meninggalkan Deutschland dan pulang ke tanahair tercinta.

Buat masa ni preparation is like 70% i would say. Benda2 byk yg dah dok dlm kotak. Kotak2 pon dah byk tersusun sana sini. Cik HB sedang memulun sakan menyiapkan report dan target utk submit full report pd 15 Mac. Then bersedia utk qolloquium. Kami target utk amik flight pulang ke Malaysia pd 31/3/2011. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Ada org tanya apa perasaan nak balik Malaysia for good.

Ntah, takde perasaan apa2 so far. Tapi bukannya takde perasaan rindu kat family, mmg la rindu sesangat, I'm sure yg menunggu kami lagi la tak sabar2 nak nantikan kepulangan kami. Setiap kali call Mak, soalan dia mesti "dah beli tiket flight?", "sampai nanti balik mana dulu?", "bila balik rumah Mak?"

Camtu la...

Sikembar pon asik tanya bila sebenarnya kami nak balik Malaysia. Hari2 mesti tanya "esok ke balik Malaysia?". Susah nak explain to budak2 yg belom paham konsep masa ini.

Tak sabar juga nak tgk reaksi dan komen diorg sampai2 Malaysia nanti. Sebab masa tinggalkan Malaysia dulu, umur diorg around 3 years old, ckp tak byk lagi masa dan x tau apa yg diorg ingat about life in Malaysia. Now dah makin besar, komen mcm2, so boleh imagine la beribu2 soklan cepu emas diorg akan tanya.

Bukan tak happy nak balik Malaysia, itu kan negara sendiri tapi as I always said to friends bila ditanya best ke dok oversea - hidup disini rileks. Rileks la kot sbb sy tak payah keje, hanya fikir hari ni nak masak apa, nak beli apa. Rileks sbb kita tak payah fikir pasal nak beli rumah, nak beli kereta, atau nak bersaing dgn org keliling mcm2 aspek. Maybe kalau duduk permanently, my views will be different. Tapi dlm 2 thn lebih duduk disini, ada byk living aspect & quality disini yg sy kagumi - recycling system, education system, driving attitudes, social attitudes (bab2 menegur, senyum) yg sy harap satu hari nanti Malaysia juga begini. Ok, bukan semua bagus la, kang ada pulak org ckp, kalau benda2 oversea tu semuanya bagus la ye...tapi yg mana bagus tu, harus la dicontohi! Yg tak bagus tu tolak la ketepi!

So there would be a lot to think of bila dah balik Malaysia nanti - kualiti kehidupan, pendidikan anak2, kerjaya sendiri, pembagunan keluarga, well....it's reality of life!

Thus, at the moment, I'm not going to think about any of these yet. Sy masih mau menikmati kehidupan yg rileks ni (tapi rileks ke bila dah nak pindah?) yg tinggal lagi beberapa hari.

12 comments:

areT said...

neny, aku rasa aku paham kot apa yg kau rasa. Mmg sayang nak tinggalkan tempat yg dah lama kita duduk, plus keadaan yg rilek. Balik msia ko kena keja balik,mula busy, dan mcm2 lagi..aku pon penah rs mcm tu bila pindah dr penang ke shah alam dulu...tp nk buat mcm mana kan...org kata, perkara yg baik selalu berlaku x lama...takpe neny...just go with the flow
balik nanti contact2 la aku...

Mrs Azuhaizat said...

hmmm i agreed with u, sebab dah rasa perasaan tu, serius skrg ni still rasa rindu kehidupan kat sana sebab dulu my otak pening kerja ja, the rest i was happy, tak perlu fikir pandangan org keliling kat kita. Mentaliti masyarakat kita sebenarnya masih jauh kalau nak compare dengan org-org kat sana..by the way, just go with the flow ^_^.

Ajzie said...

Alhamdulilah. Semoga semuanya berjalan degan lancar. Insyallah panjang umur dan ada masa dapat lah kita berjumpa di Malaysia yea Neny.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Satu peluang berharga utk berada di negeri org, semoga dapat menjadi panduan untuk masa akan dtg. Saya sendiri, suka baca blog org2 di perantauan supaya saya tak pula di simple life I used to lead. Mmg syukur tak terhingga atas nikmat Allah itu... selamat berpacking... dan bila balik nanti, take one thing at a time... dan kena selalu dan banyak bersabar :D

Jalak Lenteng said...

emm ye tak ye..all this while mase kat jemen mmg xpenah balik Msia kan?? bley pecah rekod nih! plus, byk wang euro dapat di'save'kan $=)

ummiluqman@azma said...

pejam celik pejam celik dah 2 tahun kat sana kan.. mmg best di tempat org terutama bab tak yah kerja tu.. alhamdulillah kita ada peluang kan nak berrileks.. nnti balik jgn lupa contact ok

Neny said...

AreT: Kita mmg sentiasa kena expect changes in life kan? Takkan la sentiasa nak dok dlm comfort zone gitu....insyallah, balik nanti aku contact ko ok.

Ati: Rasanya nak ubah mentaliti masyarakat mmg susah, kadang2 kita pon jadi gitu gak dek faktor sekeliling. Maknanya kita la kita didik diri sendiri utk tak ignore ckp2 org keliling kan?

K. Ajzie: Thanks kak ajzie

Anon: Alhamdulilah, and thanks for all the nice words.

Jalak: tak balik sbb takde duit la jalak, bukan sbb simpan duit...hehehe

Azma: ye azma, sekejap je masa berlalu kan?

iu rf said...

rindunye..!
lama x blogwalking...

perasaan cm sy gk kot ms nk blk mesia.. ade gk rase x mau balik.. cedey.. tp seb bek keje byk..x pk sgt... alhamdulillah.. get redy ngn sbrg kemungkinan kt mesia je ..byk bende kene tempuhi nt.. mmg exactly x sama ngn kt jemen.............rindu!!

nana said...

dah nk balik ek.. kejap je kan.. selamat mengemas!

time kami nk balik from US dulu, mmg kalut lah, and stress manjang.. barang banyak, kotak tk cukup. aku kemas sorang2, hubby sibuk borak sbb last minute geng dtg rumah.. pkl 2 pagi tk siap lagi pack lagi. lesson learnt: maksimakan barang masuk shipping container, bersihkan rumah & kemas barang a day before bertolak balik. tinggal baju2 nk pakai je.

Neny said...

Iu: tu lah, life kat malaysia mmg hectic but again it´s all about choices la jugak. Kalau pilih utk stay kat rumah, x keje maybe boleh rileks jugak. Lagipon kita hidup kat malaysia lagi lama dr hidup kat sini, macamana pon mmg kena hidup kat negara sendiri jugak.

Nana: Alhamdulilah, aku dah almost done with packing. Harap2 x kalut dah la dekat2 nak balik nanti. Still, keje2 membersih rumah masih belum berjalan :)

Ummu Ainaa said...

k.neny, slamat pulang.. sebenarnya dh tak sabar nak jupe si kembar.. hehehehe.. kalau takde tempat nak lepak sblm pindah umah kat Melaka, dtglah umah kami dulu.. takde halnya.. Rasanya dok kat Melaka takdela mencabar sangat, sumer ada plus takla semahal KL.. so no worries. Cuma iyela, takdela buleh rilek2 mcam dulu, banyak kena consider... Anyway, k.nany dah dpt umah ke belum?

Neny said...

DD, thanks for invitation...tp rasanya selagi x dpt rumah kat melaka, akak dok umah mak kat tg malim dulu kot. Tgk la keadaan cemana...anyway thanks ye!

tu la..dulu kan kami dah merasa dok melaka kejap (1.5 thn) so boleh expect la situasi cemana,which is much better la dr KL.